Saat Cinta Membara 15

Bab 15

“Sayang anak ibu, kita pergi rumah mak mertua kau ya,” pujukan ibu membuatkan perasaannya lemah.Baru dua hari dia balik, dia terasa betapa belum cukup rehat dirinya. Terasa lemah seluruh perasaannya, seperti baru balik dari berperang pula. Suaminya pula menghubunginya berkali-kali. Dia sengaja matikan telefon agar tidak terganggu dengan lelaki itu.
            “Ya ibu tapi...” dia masih memikir. Memikir panjang. Banyak sangat difikirkannya. Sebenarnya dia tidak mahu bertemu dengan lelaki itu.
            “Boleh tak kalau bukan hari ini ibu?” soalnya sambil memandang kosong wajah tembam ibunya. Terasa sunyi hidupnya. Tambahan pula kakak sulungnya masih belajar di Australia. Kata kakaknya, dia akan menghabiskan masternya di sana. Aduhai, kenapa pula aku lagi jadi mangsa! Soalnya dalam hati.
            “Nak pergi  bila lagi ni?” soal ibunya. Dia kalau boleh tidak mahu pergi. Namun dia terpaksa. Ibunya memang suka memaksanya. Akibatnya dia selalu tertekan dengan paksaan-paksaan ibunya. Itu lah sebabnya dia hanya balik sekali setahun ke kampung halamannya. Padahal dia bukannya tidak mampu hendak balik selalu tetapi dia malas.
            “Imran tahu Sara balik sini? Kenapa dia tak datang sini?” soal ibunya dengan pandangan tajam. Dia yang ralit melihat ulangan rancangan Running Man tersentak apabila nama lelaki itu disebut. Dia mahu berterus-terang atau tidak? Soalnya. Lelaki itu tidak pernah dipedulikannya sejak tiga tahun setengah yang lalu. Dingin sungguh hatinya mendengar nama lelaki yang terhegeh-hegeh kepadanya sejak dia di tingkatan satu itu. Ah, biar padan mukanya! Bisiknya jahat!
            “Kenapa Sara macam sedih pula ni? Sedihkah terkejut ni?” dia diam. Sebenarnya dia bukannya sedih. Dia sudah memasamkan mukanya kalau dia diajak hendak ke rumah keluarga mentuanya. Mahu sahaja dia bersembunyi di mana-mana. Dia malas mahu bersemuka dengan lelaki dan seluruh keluarganya. Aduhai, jahatnya dia! Namun itulah hakikatnya.
            “Tak de pe pe ibu...” katanya merenung jauh ke depan. Entah apa yang direnungnya di dinding wall paper three D pilihan ibunya itu. Dia sudah jadi tidak selesa apabila menyebut mengenai emak mertuanya. Terbayang wajah kurus kecil itu. Entah sihat atau tidak wanita itu.
            “Mari kita jenguk keluarga mentua Sara, dia sakit.” Kata ibunya. Setahunya selama ini memang mak mentuanya sakit tapi sakit apa?
            “Sakit apa pula ibu?” soalnya pura-pura tidak tahu.
            “Sakit tulang belakang dia tu lah! Sampai dia tak boleh bangun pula sekarang. Tu yang dia nak jumpa sara. Dia dah pesan awal-awal. Tak bolehlah Sara lama-lama di rumah keluarga ni, bukan apa, Sara tu dah bersuami.” Kata ibunya pula. Dia jadi sebak pula.  
Dia rasa dia belum lagi hendak berpisah dengan ibu bapanya lama-lama. Dia masih home sick lagi. Tetapi apa yang dia boleh buat. Dia kena dengar cakap ibunya. Nanti apa pula kata emak mertua dan keluarga mereka semuanya. Mungkin emak mentuanya tidak kisah, tetapi ipar duainya pasti kisah! Itu yang dia tak nak dengar.
“Kasihan pula mak orang tu  ibu,” katanya. Ibunya sudah menjelingnya. Mungkin ibunya geram dengan sikapnya.
“Mak orang tu? Mak mentua kau tu Sara!” kata ibu berkau-kau sudah dengannya. Kalau sudah ibu menyebut ‘kau’ bermakna ibu agak marah. Nada suaranya juga berubah.
“Ye laa tu...” katanya yang masih tidak dapat menerima kenyataan dirinya. Ah, susah sungguh menjadi Maisara Hanis. Susah sungguh.
“Mungkin Sara boleh bagi dia nama ubat yang baik untuk sakit pakejnya tu!” cadang ibunya. Dia diam. Dia mengingat nama ubat untuk penyakit emak mertuanya.
“Nantilah saya fikirkan ibu.” Katanya masuk ke dalam biliknya apabila rancangan kegemarannya sudah habis.
“Nak ke tak nak?” soal ibu. Dia toleh ibunya. Dia angguk. Apa kuasanya hendak menahan melawat besannya di kampungnya?
“Ok laaa ibu!” katanya perlahan. Sebenarnya dia sungguh tidak berminat. Tahukah ibunya yang hatinya bagaikan kaca terhempas ke lantai konkrit.
Malah sakitnya bagaikan daging tubuhnya disiat-siat dan dilumat-lumat hancur. Tidakkah ia menyakitkan? Hanya air mata sahaja peneman dirinya apabila dia selamat diijabkabulkan tiga tahun setengah yang lalu. Namun dia padamkan air matanya dengan senyuman dan keceriaannya. Sehingga Airil Amar tidak pernah tahu siapa dia.
“Kenapa tak siap? Nak pergi ke tidak?” soal ibunya. Dia sudah menukar blaus dan skirt kembangnya dan ibu tidak perasan yang dia sudh bersedia hendak pergi ke kampung emak mertuanya. Kampung emak mertuanya juga berjiran dengan kampung ibunya. Namun ibunya jarang balik ke kampung sejak ibu bapanya meninggal dunia.
“Nak pergilah ni! Tak nampak saya dah tukar pakaian ni?” soalnya. Walhal pakaiannya masih yang biasa-biasa sahaja. Dia agak keras hati.
“Oh kalau macam tu ibu yang belum siaplah ni!” kata ibunya tergesa-gesa bersiap.
“Tu lah! Siapa yang lambat sebenarnya!” dia ketawa.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               
“Ye laaa! Ye laaa!” kata ibunya yang terus masuk ke biliknya. Dia hanya  ketawa melihat ibunya yang kelam kabut menukar pakaiannya. 
“Jom kita pergi.” Kata ibunya. Dia mengambil kunci kereta ibunya dan bergerak menuju ke kereta mereka.
“Imran dah tahu ke yang Sara ke kampung dia?” soal ibunya. Dia beku sendirian.
“Err...nanti saya beritahu...” katanya agak gagap.
“Kenapa macam tu? Sara ni macam tak sayangkan suami?” kata ibu mula berleter tidak senang hati dengan dirinya.
‘Memang saya tak sayangkan dia ibu. Saya pun ada kawan lelaki yang lain sejak di sekolah menengah dulu. Tapi nak buat macam mana ibu dan ayah dah setuju nak nikahkan saya dengan lelaki kesayangan ibu! Nak buat macam mana?’ katanya dalam hati. Dalam sibuknya memandu kereta dia sibuk juga memikirkan lelaki yang dijodohkan dengannya.
“Sepatutnya Sara dah beritahu dia!” kata ibu lagi. Terasa bengit telinganya.
“Ya ibu nanti sampai sana saya beritahu dia.” Katanya. Tetapi dia tidak save kan pun nombor telefon lelaki itu di telefonnya. Bagaimana dia hendak menghubungi lelaki itu? Ah biarlah,


Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Api Rindu Masih Menyala

Novel Cinta Sang Pilot Bab 30

TEASER 1: CINTA SANG PILOT