Enovel Saat Cinta Membara Bab 27
“Lepas ni kita balik ya.” pintanya. Dia sudah rindu kepada ibunya. Tetapi dia tahu ibunya tidak akan lekat di rumah kalau petang-petang begini. Ada-ada sahaja aktivitinya. Ibunya aktif berpersatuan sejak akhir-akhir ini. “Balik?” soal lelaki ini. Dia angguk. Dia tidak mahu berlama-lama di pusat membeli belah kegemaran lelaki ini. Sesak nafasnya. Apatah lagi lelaki ini yang tidak lepas-lepas memegang tangannya. Sakit sungguh hatinya. “Kita nak pergi nengok wayang lah sayang!” buntang matanya. Tengok wayang pula? Sudahlah dia kepenatan dan dia memang tidak biasa berjalan berj...