Enovel Saat Cinta Membara Bab 27
“Lepas ni kita balik ya.” pintanya. Dia sudah rindu kepada ibunya. Tetapi dia tahu ibunya tidak akan lekat di rumah kalau petang-petang begini. Ada-ada sahaja aktivitinya. Ibunya aktif berpersatuan sejak akhir-akhir ini.
“Balik?” soal lelaki ini. Dia angguk. Dia tidak mahu berlama-lama di pusat membeli belah kegemaran lelaki ini. Sesak nafasnya. Apatah lagi lelaki ini yang tidak lepas-lepas memegang tangannya. Sakit sungguh hatinya.
“Kita nak pergi nengok wayang lah sayang!” buntang matanya. Tengok wayang pula? Sudahlah dia kepenatan dan dia memang tidak biasa berjalan berjam-jam di pusat membeli belah ini.
“Nengok wayang? Movie apa yang bagus? Awak saya tak biasa tengok wayang sebenarnya. Kalau awak nak juga awak beli aje di Astro First. Saya tak suka tengok wayang di sini!” katanya. Paling-paling dia suka melihat drama Thailand. Adakah ditayangkan sekarang?
“Sayang, bila lagi kita nak keluar tengok wayang? Minggu depan kita sibuk nak pindah rumah, ada majlis di rumah kita sikit dan balik kampung lawat mama abang di kampung. Jadi sekarang lah masanya. Lagipun dah berdua degan isteri ni takkan tak boleh nak beramah mesra dengan isteri kan?” dia semakin cuak. Lelaki ini memang suka-suka hati dia lah.
“Lain kali lah awak. Saya penat ni! Lagipun yang mernacang nak pindah tu awak! Bukan saya!” katanya memberi alasan. Sebenarnya dia tidak mahu ikut campur dalam urusan dengan lelaki ini tetapi apakan daya dia sudah bernikah dengan lelaki ini. Dia sepatutnya ambil tahu semua pergerakan lelaki ini. Ah, tidak!
“Abang dah beli tiket sebenarnya!” kata lelaki ini. Bulat matanya. Mahu sahaja dia pengsan di situ juga. Dia sudahlah kepenatan. Dia mana tahan kalau berjalan-jalan lebih-lebih dengan lelaki yang perasan bagus ini.
“Dah beli? Bila masa awak beli?” soalnya bulat matanya. Lelaki ini pula tersengih-sengih memandangnya.
“Abang beli online lah sayang! Abang malas nak berebut-rebut beli berbaris lagi! Lagipun ibu dah tahu kita akan balik lambat hari ni! Kalau tak balik pun tak pe!” dia sudah ketuk dahinya. Lelaki ini memang penuh dengan perancangannya yang tersendiri terhadap dirinya. Aduhai!
“Pandai lah awak ni kan! Saya ni sebenarnya nak balik nak berehat! Saya penat dengan sikap awak ni! Saya tak biasa ada awak dekat dengan saya! Selama ini saya seronok aje dengan ibu dan adik-adik saya!” katanya sudah berterus terang dengan lelaki ini. Geram sungguh dia. Mahu telan pun ada lelaki ini. Lelaki inisudah ketawa.
“Itu dulu masa tak de suami bolehlah! Sekarang ni abang dah ada. Kenalah sayang biasakan diri dengan suami. Tak lama lagi kita ada anak! Tentulah kita akan lebih bahagia kan sayang! Sayang tak suka kita ada anak?” kata lelaki ini. Naik berbulu telinganya mendengar kata-kata lelaki ini tentang anak. Dia kalau boleh belum bersedia segala-galanya tentang rumah tangga. Ah kalau boleh... Semuanya hanya kalau boleh. Sekarang pula lelaki ini cakap yang bukan-bukan pula. Aduhai!
“In your dreams lah ya Imran! Dah berapa kali saya cakap yang saya tak suka, tak sukalah!” katanya cuak. Sudah berkali-kali lelaki ini cakap nak ada anak. Kalau cakapnya ini dimakbulkan Allah macam mana? Alahai suami?
“Memang semuanya bermula dengan mimpi. Lama-lama nanti kita akan biasalah tu sayang! Biasa berdua kan!” kata lelaki ini lagi. Ada-ada sahaja katanya semuanya dibalas dengan hebat oleh lelaki ini. Entah-entah dia ni memang juara bahas di universitinya dahulu. Huh!
“Sudahlah awak dengan mimpi awak tu ya! Saya tak suka tak sukalah!” katanya geram. Lelaki ini mengeluarkan tiket wayangnya di poket selauarnya.
“Jom lah kita makan dulu. Nanti sayang lapar abang juga yang susah. Jom kita makan!” kata lelaki sambil memegang tangannya. Dia hanya mengikut walaupun selalu berasa cuak dengan sikap lelaki ini tetapi lelaki ini pandai mengambil hatinya. Pandai melayan kerenahnya kalau sudah berada di luar kawasan keluarganya. Dia suka juga dengan sikapnya ini tetapi entah kenapa dia masih belum dapat menerima lelaki ini dalam hatinya. Kenapa ya?
“Makan pula?” soalnya cuak.
“Ya lah, kita makan dulu. Tadi sayang kata sayang penat, kita duduk dulu di Restoran Takwa Maju tu then lepas ni ada sejam lagi baru kita pergi tengok wayang. Jangan risau. Temankan abang aje ya. Kalau sayang nak tidur di bahu abang pun tak pe!” kata lelaki ini membuatkan dia mahu ketawa. Boleh pula dia nak tidur di bahu lelaki ini? Soalnya dalam hati.
“In your dreams!” katanya lagi.
“Tak nak sudah! Abang offer sekali saja tahu!” kata lelaki ini.
“Imran, jangan nak perasan ok!” katanya.
“Perasan apa pula ni?” soal lelaki ini pula.
“Eh dia yang perasan!” katanya tidak mahu mengalah. Akhirnya dia sudah duduk di depan lelaki ini dengan muka yang cuak. Lelaki ini sudah meminta dua nasi ayam dan air lemon sejuk. Dia pula masih dengan mood marah dan marah.
“Makan ya sayang. Jangan nak marah-marah!” kata lelaki ini masih hendak memulakan kemarahanya.
“Awak ni kalau tak buat saya marah dalam sehari tak boleh ke?” soalnya.
“Mana ada.” kata lelaki itu.
“Bila masa awak nak bawa saya ke kedai buku? Kedai buku tu di tingkat dua aje! Jangan buat-buat tak tahu ya!” katanya.
“Ya lah sayang, makan cepat-cepat nanti abang bawa sayang tengok buku pula.” kata lelaki ini. Dia sudah tersenyum. Harapannya hendak melihat buku-buku terbaharu di pasaran akan terlaksana akhirnya.
“Terima kasih awak!” katanya yang sudah mengucup pipi lelaki ini tanpa sengaja. Selalu sahaja dia mengucup pipi ibunya jika ibunya sudah membelikan dia barang kesukaannya. Ah dia perasan lelaki ini macam ibunya pula. Lelaki ini sudah tegakkan badan dan bulat matanya yang agak kecil itu. Mungkin terkejut dengan tindakannya.
“Sukanya hati abang kalau sayang selalu buat macam tu kat abang!” kata lelaki ini dengan wajah yang agak merah. Dia pula memang sudah terlajak malu.
“Mana ada! Saya tak sengajalah!” katanya menundukkan pandangannya ke lantai.
“Tak pe abang tak marah pun!” kata lelaki ini membuatkan mukanya semakin membahang.
“Ah sudahlah awak! Diam-diam sudahlah! Malas saya nak layan awak ni!” kata lelaki ini. Lelaki ini tambah ketawa dengan sikapnya. Dia betul-betul tidak sengaja tadi.
“Sayang, siapa yang tidak gembira kalau isteri sendiri sudah mengucup pipi abang ni! Memang gembira sangat lah!” kata lelaki itu yang sudah membawa tangannya ke pipinya sendiri. Betapa syahdunya suasana itu.
“Maafkan saya awak, saya tak sengaja. Selalunya ibu saya selalu buat kejutan kepada saya dan saya akan mengucup pipinya!” katanya perlahan masih menahan malu dan ribut di dadanya.
“Tak pe sayang, abang gembira!” kata lelaki ini. Dia diam dan apabila nasi ayam sudah tiba di depan mereka, mereka makan tanpa bersuara. Lagipun dia mahu cepat siap makan dan menuju ke kedai buku Popular. Suka hati dia!