Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Isyarat Cinta 14

Bab  14 Usai pernikahan antara Muhammad Irfan  dan Nur Adawiyah Mustafa dengan mas kahwin RM200. Adawiyah menangis tidak berlagu memikirkan nasibnya yang tiba-tiba sahaja menjadi isteri kepada lelaki majikannya itu. Entah apakah mimpinya sehingga nasibnya menjadi seaneh begini. Biliknya yang terhias indah itu tidak terlihat indah di matanya. Sungguh menyakitkan hatinya.             Sebentar lagi pasti lelaki itu akan masuk ke biliknya. Adawiyah yang menunjukkan rasa tidak setujunya hanya duduk di dalam biliknya setelah majlis selesai. Dia malas mahu menatap seraut wajah bahagia milik Muhammad Irfan. Dia benci sebenarnya.             “Tak sangka ya jodoh kau kuat dengan bos kau,” usik Rafiqah sebelum majlis pernikahan bermula. Adawiyah menangis sepuas hatinya.             “Boleh tak kalau kau yang nikah ...

Novel: Isyarat Cinta 13

Bab 13 “Irfan, apa yang sudah kaucakap dengan mak aku ya? Kenapa kau cakap yang bukan-bukan? Kenapa? Kalau pun kau nak nikah, kenapa dengan si miskin ni? Kenapa saya Irfan? Lepas tu kau buat fitnah pula dengan mak saya!” Adawiyah tidak peduli. Dia sudah menghamburkan kemarahannya kepada Muhammad Irfan di pejabatnya pagi itu. Tidak ada lagi keayuan yang ditunjukkan selama dan sesuatu yang menyebabkan lelaki itu jatuh cinta kepadanya. Sudah tidak ada hormatnya kepada lelaki itu. tidak ada! Dia tidak peduli!             “Sabar dulu sayang, saya boleh terangkan...” jawab Muhammad Irfan. Adawiyah sudah mengamuk. Adawiyah sengaja menunjukkan kemarahannya. Dia tidak mahu lelaki memperlakukannya sedemikian rupa.               “Sabar kau kata? Sabar apa setelah kaufitnah aku? Apa yang aku boleh sabar? Cuba kau beritahu aku!” jawab Adawiyah. Selama ini dia sangat menghorm...

Novel: Isyarat Cinta 12

Bab 12 Muhammad Irfan datang bertemu dengan emaknya dan mengadu macam-macam kepada emaknya itu. Puan Musliah pula tidak dapat menerima hakikat yang anaknya sudah berbuat sesuatu di belakangnya. Walaupun kebenarannya dia sendiri tidak tahu. Namun, dia mempercayai kata-kata Muhammad Irfan yang juga majikan anaknya Adawiyah. Muhammad Irfan  mencadangkan agar mereka bernikah segera. Puan musliah berfikir sesuatu. Elok juga. Dia tidak mahu ada orang lain yang akan tahu akan perbuatan sumbang anaknya. Dia berasa malu kepada dirinya dan masyarakat kerana gagal mendidik anaknya.             Petang itu Puan Musliah menunggu anaknya balik dari kerja. Dia ingin membuat perhitungan dengan anak gadisnya itu. Selama ini anak gadisnya itu tidak pernah memberitahu apa-apa kepadanya. Kenapa benda sebesar gunung itu pun anaknya masih menyimpan rahsia? Tetapi dia agak perasan, anak gadisnya itu agak pendiam sejak akhir-akhir ini? apakah i...

Novel: Sentuhan Kasih 14

14 Ketika Aliff safwan memasuki bilik mandi, aku cepat-epat mengambil telefonku untuk menelefon emak. Aku tidak tahu apa cerita mereka di situ. Semalam aku sibuk bercerita dengan Mak Odah dan Aliff Safwan. Lelaki itu benar-benar melayani aku bagaikan puteri raja. Aku sebenarnya tidak mahu dilayan begitu. Bagaimana kalau aku sudah sendirian di tempat kerjaku nanti?             “Asalamualaikum mak,” aku memberi salam kepada emak. Hatiku terlalu sebak. Kalau emak didepanku, aku sudah menceritakan semua perkara yang berlaku di sini. Namun, sebagai anak mak yang sedang meningkat dewasa aku tidak sewajarnya berbuat demikian. Pasti emak kecewa dengan sikapku.             “Walaikumsalam, apa khabar anak mak di situ? Boleh biasakan diri duduk dengan suami dan keluarga baru?” aku hampir sahaja menangis mendengar suara sebak emak. Apa yang patut kujawab? Patutkah aku memberitah...
13 “Asalamualaikum Mak Odah,” aku memberi salam apabila Mak Odah sudah membuka pintu. Aliff Safwan pula menjawab panggilan telefon. Aku tidak tahu siapa yang memanggilnya.             “Wah, berseri-seri pengantin yang jumpa mak mertua dia ni! Ada apa-apa ni!” usik Mak Odah. Aku terkedu namun tetap memaniskan muka. Aku tiba-tiba menjadi rindu kepada emakku sendiri. Aku akan menelefon dia nanti, bisikku. Wajah lembut emak terbayang di mata.             “Puan Mariam masak apa tadi puan?” soal Mak Odah. Aku senyum lagi. Apa yang harus aku jawab?             “Tak sempat dia masak Mak Odah. Kami minum dan abang ada panggilan telefon pula tentang kerjanya. Kami terpaksa balik ke rumah, dia nak kerja!” jawabku menyembunyikan kepedihan hati. Mak Odah memandang aku lama. Dapatkah dia membaca luka di hatiku?  ...

Novel: Isyarat Cinta 11

Agak lama tak bertemu di ruang maya ini. Saya sendiripun terasa sendiri. Moga teraplodnya bab 11 ini akan mengubati rindu semua pembaca ya. Kalau suka, bacalah lagi novel ini di  http://penulisan2u.my  . Bab 1 baru disiarkan pada hari ini 8.10.12. Harap terhibur membacanya ya. Komen ya.  Bab 11 Sudah dua hari Adawiyah tidak muncul di Kedai Indah Telekomunikasi. Muhammad Irfan tertanya-tanya. Sebenarnya dia sudah seperti cacing kepanasan. Semalam dia sudah bertanyakan kepada Marina Chang kerani harapannya di tujuh buah kedai miliknya, namun gadis itu tidak memberikan jawapan yang diinginkannya. Dia terpaksa menebalkan mukanya sekali lagi menanyakan kepada Marina Chang pada hari ini. pasti Marina tahu, mereka berdua agak rapat. Adawiyah pula tidak datang bekerja tanpa memaklumkannya. Apakah masalah gadis manis itu sebenarnya?             “Marina, awak sudah hubungi Adawiyah tak? Kenapa dua hari dia tak datan...