Novel: Isyarat Cinta 12
Bab
12
Muhammad
Irfan datang bertemu dengan emaknya dan mengadu macam-macam kepada emaknya itu.
Puan Musliah pula tidak dapat menerima hakikat yang anaknya sudah berbuat
sesuatu di belakangnya. Walaupun kebenarannya dia sendiri tidak tahu. Namun,
dia mempercayai kata-kata Muhammad Irfan yang juga majikan anaknya Adawiyah. Muhammad
Irfan mencadangkan agar mereka bernikah
segera. Puan musliah berfikir sesuatu. Elok juga. Dia tidak mahu ada orang lain
yang akan tahu akan perbuatan sumbang anaknya. Dia berasa malu kepada dirinya
dan masyarakat kerana gagal mendidik anaknya.
Petang itu Puan Musliah menunggu
anaknya balik dari kerja. Dia ingin membuat perhitungan dengan anak gadisnya
itu. Selama ini anak gadisnya itu tidak pernah memberitahu apa-apa kepadanya.
Kenapa benda sebesar gunung itu pun anaknya masih menyimpan rahsia? Tetapi dia
agak perasan, anak gadisnya itu agak pendiam sejak akhir-akhir ini? apakah ini
sebabnya? Kenapa Adawiyah sendirian menghadapinya?
“Asalamualaikum mak, eh, kenapa mak
monyok saja ni? ada masalah mak?” soal Adawiyah yang kehairanan melihat
emaknya.
“Walaikum salam! Selama ni kau ke
mana Wiyah? Ke mana? Cakap kat mak!” soal Puan Musliah ketika anaknya itu sudah
duduk di sofa. Adawiyah yang baru balik itu terkejut. Tidak pernah emaknya itu
bertanya sekasar itu.
“Saya kerjalah mak! Apa pula saya
buat? His, mak ni tak pasal-pasal teriak pula!” soal Adawiyah kehairanan. Dia
masih kepenatan kerana baru balik dari kerja. Baru bertukar kerja, banyak pula
kerja yang perlu dia pelajari di tempat kerjanya yang baru itu.
“Kerja mana? Betulkah kau kerja atau
kau buat kerja sumbang belakang mak? Kenapa majikan kau datang sini tadi?
Kenapa dia cari kau di sini tadi!” adawiyah terkesima. Dia takut Muhammad Irfan
akan bertanya yang bukan-bukan kepada emaknya.
“Ha? Siapa mak? Majikan saya?”
Adawiyah sudah kelam-kabut. Dia pasti rahsianya sudah terbongkar.
“Siapa lagi? Majikan kau lah! Berapa
orang majikan kau?” soal emak, Puan Musliah benar-benar ingin tahu. .adawiyah
sudah ketakutan dengan kemarahannya. Jarang sekali dia meninggikan suaranya
kepada lelaki itu.
“Saya kan kerja mak!” Jawab
Adawiyah.
“Kerja mana? Kau dah pindah kerja?
Senangnya?” mahu atau tidak Adawiyah terpaksa mengaku akan perbuatannya.
“Saya sudah pindah mak! Saya
terpaksa pindah! Saya tak senang hati dengan kerenah bos saya tu!” jawab
Adawiyah perlahan-lahan. Marak mata Puan Musliah memandang anaknya itu. selama
ini anaknya itu tidak berterus terang dengannya.
“Senang-senang kau pindah!
Senang-senang orang dah rosakkan maruah kau, kau tinggalkan macam tu saja? Apa
sudah jadi dengan anak gadis macam kau ni ha? Kau kalau dah gila nak kawin,
kenapa tak beritahu mak? Kenapa rahsiakan kepada emak! Selama ni Wiyah tak buat
macam ni kat mak!” tercengang Adawiyah mendengar leteran emaknya. Apa yang
sudah jadi? Adawiyah kehairanan. Sebenarnya dia mahu menangis saat itu juga
namun dia tidak mahu emaknya bertambah kusut dan susah hati dengan masalah yang
boleh dihadapinya seorang diri.
“Apa maksud mak ni?”
“Kau jangan pura-pura! Kau dan
majikan kau tu dah buat perkara terlarang kan di tempat kerja kau ya? Kenapa
kau diam?” soal Puan Musliah lagi.
“Perkara terlarang? Saya tak faham
lah mak! Apa yang mak cakap ni? saya tak fahamlah mak! Siapa yang buat perkara
terlarang pula?” soal Adawiyah lagi. Dia sungguh hairan.
“Majikan kau tu dah mengaku sudah
tidur dengan kau, betul? Kau pura-pura tak faham?” soal Puan Musliah. Adawiyah
menggeleng. Rasa mahu pecah kepalanya. Lelaki itu memang sudah berbohong kepada
emaknya.
“Siapa datang tadi mak? Majikan saya
dulu? Siapa, Irfan?” soal Adawiyah. Emaknya mengangguk.
“Dia datang pagi tadi. Kenapa
Adwiyah buat macam tu? kenapa tak beritahu mak? Selama ni susah senang kita
hidup bersama nak, kenapa buat mak macam ni?” Mahu sahaja Adawiyah meraung.
“Sumpah mak! Tak ada mak! Tak ada!
Majikan saya tu memang sengaja nak perangkap saya mak dan mak! Saya masih tahu
jaga diri saya mak! Lelaki tu bohongi mak! Dalam dunia serba moden ni, apa
sahaja orang boleh buat mak!” kata Adawiyah. Wajah dan mata emak dipandangnya.
Namun emak tidak mahu memandangnya. Marah benar emak kepadanya.
“Sudah! Jangan kau bohong dengan
mak! Esok dia datang meminang! Kau kawin saja dengan dia hujung minggu ni
jangan banyak dalih lagi! Siapa lagi yang mahukan kau, kelapa yang sudah
ditebuk tupai?” kata Puan Musliah. Adawiyah sudah menangis. Dia bukan begitu.
Dia tidak akan mencalarkan maruahnya sehingga seteruk itu. kecuali jika lelaki
itu hendak menganiaya dirinya.
“Saya tak mahu mak! Saya tak pernah
pun tidur dengan dia! Tak pernah mak! Kenapa mak tak mau percayakan saya?” soal
Adawiyah. Namun dia kesal, emaknya hanya mendengar kata-kata majikannya dan
bukan penjelasannya.
“Dia dah mengaku nak
bertanggungjawab! Takkan dia nak bohong pula!” sergah Puan Musliah lagi. Emaknya
benar-benar sudah marahkannya. Apakah yang boleh dibuatnya?
“Betul, saya tak buat mak! Saya
berani bersumpah! Saya tak buat! Saya tak pernah pun tipu mak!” kata Adawiyah
bersungguh-sungguh.
“Mengaku sajalah! Esok kau jangan
turun kerja lagi! Kau pergi cuti! Jangan kau pandai-pandai nak lari dari
majikan kau yang lama tu! Awas kau ya! Esok mereka akan meminang kau! biarlah
kau kahwin! Tak guna juga kau nak sembunyikan hal ini! ” ugut Puan Musliah
pula. Adawiyah sudah tidak tahu nasib dirinya. Dia hanya menangis sepanjang
malam.
“Minggu depan atau hujung minggu ni kamu
nikah! Mak tak mahu tangguh-tangguh! Perkara ni dah memalukan mak! Kalau orang
lain tahu bagaimana?” soal Puan Musliah.
“Saya tak mahu kahwin lagi mak! Saya
masih muda! Saya masih nak belajar! Jangan dengar cakap lelaki tu mak! Dia nak
perangkap saya lah tu mak!” kata Adawiyah. Dia berdoa agar emaknya
mempercayainya. Namun dia kecewa, emaknya lebih percaya lelaki itu berbanding
dia.
“Tapi kau sudah rosak! Muda atau
tidak, kau harus kahwin! Soal belajar sudah soal lain! Orang dah kawin pun
boleh buat! Tapi ini sudah melibatkan maruah kita Wiyah!” jawab Puan Musliah.
Adawiyah sudah malas mahu bertekak dengan emaknya itu. Mahu atau tidak dia terpaksa
pasrah! Pasrah!
“Apa-apa sajalah mak. Apa yang
penting saya tak buat! Kalau mak mau saya kawin, baik, saya akan ikut cakap
mak!” sahut Adawiyah yang sudah malas hendak membuat emaknya percaya dengan apa
yang sudah berlaku. Sia-sia sahaja usahanya.
“Memang kau kena kawin kalau kau
sudah rosak macam tu! tu lah, hari tu pandai-pandai kau pergi kerja! Mak cakap,
kita jahit baju saja, tapi kau degil nak! Degil! Sekarang inilah balasannya!”
kata emaknya. Adawiyah tidak berdaya lagi.
“Saya terima kata-kata mak, saya nak
rehat mak!” kata Adawiyah. Emak menjelingnya tajam.
“Mak tak tahu nak buat macam mana
lagi Wiyah. Selama ni kau hanya mendiamkan diri. Tapi baguslah kalau lelaki tu
nak mengakui kesilapannya! Kalau tak, kau yang memalukan mak!” kata emak. Sakit
telinga Adawiyah mendengar lelaki itu hendak bertanggungjawab. Aduh,
bagaimanalah hidupnya selepas ini?
‘Jika inilah takdirnya, aku terima
Ya Allah,’ bisik Adawiyah sebelum memasuki biliknya.