Novel: Sentuhan Kasih 14
14
Ketika Aliff safwan memasuki bilik mandi, aku cepat-epat mengambil
telefonku untuk menelefon emak. Aku tidak tahu apa cerita mereka di situ.
Semalam aku sibuk bercerita dengan Mak Odah dan Aliff Safwan. Lelaki itu
benar-benar melayani aku bagaikan puteri raja. Aku sebenarnya tidak mahu
dilayan begitu. Bagaimana kalau aku sudah sendirian di tempat kerjaku nanti?
“Asalamualaikum
mak,” aku memberi salam kepada emak. Hatiku terlalu sebak. Kalau emak
didepanku, aku sudah menceritakan semua perkara yang berlaku di sini. Namun,
sebagai anak mak yang sedang meningkat dewasa aku tidak sewajarnya berbuat
demikian. Pasti emak kecewa dengan sikapku.
“Walaikumsalam, apa
khabar anak mak di situ? Boleh biasakan diri duduk dengan suami dan keluarga
baru?” aku hampir sahaja menangis mendengar suara sebak emak. Apa yang patut
kujawab? Patutkah aku memberitahu cerita yang sebenarnya? Aku tidak pandai
membohongi emak. Selama ini aku terlalu rapat dengan emak.
“Saya baik-baik
saja mak. Mak ayah apa khabar?” soalku pula sudah sebak.
“Sihat
Alhamdulillah, kami semua sihat di sini,” jawab emak gembira.
“Syukurlah kalau
mak dan keluarga semua sihat,” jawabku.
“Hmm, menantu mak
macam mana, dia layan anak mak dengan baik tak?” air mataku laju mengalir.
Mengalir bagaikan air di pancuran rumah kami.
“Baik juga mak,” jawabku
serak.
“Aliya menangis?”
soal emak cemas. Aku ketawa untuk memujuk emak.
“Mana ada, saya
gembira di sini mak. Semua ahli keluarga di sini baik-baik belaka, mereka layan
saya dengan baik mak,” jawabku.
“Syukurlah nak, mak
pun gembira dengar. Nenek Aliff sihat tak?” soal emak. Aku tidak tahu tentang
khabarnya. Apa pula harus kujawab? Belum sempat kami berjumpa nenek, Aliff
Safwan sudah membawa aku balik ke rumah. Aku pula memarahi suamiku dengan
bersungguh-sungguh sekali.
“Esok saya balik
mak, ada benda nak ambil” aku member alasan begitu. Hakikat aku mahu sahaja memeluk
emak. Suara mama mertuaku masih menyucuk tangkai hatiku.
“Eh awalnya nak
balik? Lama-lama lah sikit kat rumah suami tu. Nanti kalau Aliya di bandar tu,
tak dapat duduk sana lama-lama, kasihan pula Aliff duduk sorang-sorang di situ!”
nasihat emak. Aku kaku. Aku memikirkan jawapan yang patut.
“Abang nak hantar mak,
dia ada urusan dengan mama dia di Kota Kinabalu,” jawabku. Tidak kusedar Aliff
Safwan sudah dibelakangku dan mengambil telefonku.
“Mak,
asalamualaikum, mak sihat, ayah?” Aliff Safwan sudah mengambil alih bercakap
dengan emak. Aku geram. Entah apa yang mereka bualkan, aku sudah malas mahu
mengintip.
“Saya nak bawa
Aliya ke Kota Kinabalu esok mak, saya ada urusan di situ. Aliya masih cuti,
jadi bolehlah saya berkenalan mesra dengan dia kan mak,” ceritanya. Geram
sungguh aku. Pandai pula dia melayan emak mertuanya. Cerita aku hendak balik
kampungku sudah tipis. Aku terpaksa pasrah. Sepuluh minit kemudian, dia sudah
menyerahkan telefon kepadaku.
“Sayang tak boleh
lari dari abang,” dia menghampiri dan memegang tanganku. Aku menutup mata. Dia
hanya memakai tuala pendek paras lutut dan menyerlahkan bentuk tubuhnya yang
sasa.
“Tak nak! Tak nak!
Eh, awak pegilah pakai baju!” aku menutup mataku cuba lari dari pegangannya. Dia
ketawa.
“He, abang nak kiss sayang sikit lah!” usiknya. Mukaku
sudah merah dan membahang. Dia sudah mencium pipiku. Seketika bibir itu mendarat
di pipiku, alangkah syahdunya kurasa. Namun aku cepat sahaja tersedar dan menolak
tubuh tegap itu.
“Janganlah Aliff,
saya nak solat Zohor ni,” jawabku terus berlari menuju ke bilik mandi. Entah
berapa aku akan duduk di dalam bilik mandi itu. Aku belum mengambil keputusan
lagi.
“Takutlah tu,”
usiknya lagi. Dia terus mentertawakan aku. Ya Allah, aku tak suka dnegan
keadaan ini, bisikku dalam hati.
***
Kedengran bunyi ketukan di pintu. Ketukan bertalu-talu.
“Sayang buka pintu
ni,” kedengaran suara lelaki itu di muka pintu bilik mandi. Kedengarannya
cemas. Aku masih membasuh mataku yang sembap oleh air mata.
“Sayang, abang nak
ambil wudhuk ni, buat apa di dalam lama-lama tu?” soalnya pula. Aku sengaja
membuka air kuat-kuat. Aku masih tidak bersedia hendak keluar dari bilik kecil
itu.
“Sayang, abang buka
pintu ni ya,” katanya. Aku teringat akan
kunci pendua yang dimilikinya. Aku cepat-cepat mencuci mukaku yang sudah lencun
dengan air mata.
“Awak nak apa ni?
Sibuk betullah!” kataku agak kasar. Dia ketawa memandang aku. Dia berdiri di
depanku dengan kain pelikat dan baju t-shirt putihnya. Wajah itu sungguh comel dengan
pakaian begitu.
“Abang nak pastikan
sayang ni selamat,” jawabnya mencuit pipiku lalu meloloskan diri ke dalam bilik
mandi. Aku yang tinggal keseorangan merasa pipiku sudah hangat.