Novel Kuimpikan Bahagia Bab 13
13 Nuha Qarina sudah berada di sisi Aliff Safwan. Wajah lelaki itu sudah ceria sedangkan wajah Nuha Qarina semakin sayu. Entah kenapa perasaannya jadi begitu, dia sendiri berasa sukar. “Nuha, kereta Nuha tu dah lama tak dipakai. Kalau ada masa, Nuha start kan enjinnya ya. Kalau Nuha tak berkenan dengan kereta tu, abang boleh tukar yang baru ya!” kata Aliff Hakimitiba-tiba. Bibir yang mengganggu bibirnya sebentar tadi dicemuhnya. Nuha Qarina benar-benar ingin marah dengan sikapnya yang terburu-buru. Terpana Nuha Qarina dengan pelawaan itu. Nuha Qarina semakin takut rahsia yang disimpannya akan diketahui oleh lelaki itu. “Tak, tak. Jangan susah kan diri kerana Nuha! Nuha tak perlukan kereta tu. Nuha kan dah ada kereta!” katanya menolak lagi. pandangannya dihalakannya ke luar. Dia bagaikan tidak mahu memandang wajah suaminya itu. ...