Novel Kuimpikan Bahagia 11
11
“Hari ni kau nak uruskan apa lagi Nuha?” soal Kartika di sisi pintu
pada pagi itu. Nuha Qarina hanya menggelengkan kepalanya. Tidak tahu apa lagi
yang hendak dilakukannya. Perlahan Kartika menghampirinya dan duduk di birai
katil bujangnya itu. lapis tilam Nuha Qarina yang bercorak bunga-bunga halus
dipandang Kartika dengan teliti.
“Entahlah Ika. Aku
tak tahu apa yang nak aku buat lagi. Aku bingung sekali. Aku hairan dengan
perubahan sikap lelaki itu. Sepatutnya selepas dia nikah dengan bekas
kekasihnya itu, dia berbahagia seperti mana doaku. Tetapi, lain pula yang
dibuatnya! Aku pula yang dikejar-kejarnya! Apalah yang ada padaku lagi, selain
semangat untuk terus hidup!” kata Nuha Qarina lemah. Dia seperti tidak
mempunyai kekuatan untuk melakukan kerja-kerjanya.
“Betulkah kau ada
doakan kebahagiaan dia dengan bekas kekasihnya tu?” sempat Kartika mengejeknya
dalam keadaan dirinya yang nanar dan bingung itu. sebiji bantal peluk sempat
dilontarkannya ke arah Kartika yang sudah bersiap dengan baju kurung hijaunya.
“Ika, tempat kita
ni dah tak selamat. Kita seharusnya pindah dari sini! Saya tak mahu dia akan
menjejaki saya lagi. maafkan saya Ika kerana menyusahkan awak!” kata Nuha
Qarina memohon maaf kepada sahabatnya itu.
“Nuha, ke mana lagi
kita nak pindah?” Tanya Kartika dengan berat hati. Nuha Qarina memandang tajam
ke arah sahabatnya itu.
“Tak apa, minggu
depan, saya dah nak berangkat, tapi yang menjadi masalahnya…”
“Apa lagi
masalahnya?”
“Dia akan balik
dari London
minggu depan. Esok dia ke London .
Dia pasti akan mencari saya! Jadi, saya tak mahu awak bocorkan rahsia saya.
Saya takut dia akan bergegas mencari saya di sana !” kata Nuha Qarina bagaikan ketakutan.
“Biarlah dia
mencari awak di sana .
Saya akan berikan alamat awak di sana dan awak
dan dia akan berbulan madu di sana
semula! Macamana, bagus tak rancangan saya tu?” kata Kartika seperti berseloroh
kepadanya.
Mata Kartika dipandangnya lama. Dia tidak akan setuju
dengan rancangan sahabatnya itu.
“Tolonglah Ika,
jangan buat saya macam tu! Kalau awak anggap saya sebagai sahabat, tolonglah
rahsiakan hal ini! Aku tak minta banyak dari kau, aku minta kau rahsiakanlah
pemergian aku ni!” kata Nuha Qarina merayu sahabatnya itu.
“Saya tengok kali
ini Aliff datang kepada awak sebagai lelaki yang jujur dan benar-benar
menyayangi awak Nuha. Kenapa awak tak terima dia semula? Atau, awak buta dalam
menilai suami awak sendiri!” terlongo dia dengan pertanyaan Kartika itu.
benarkah Aliff Safwan ikhlas menerimanya kali ini?
“Entahlah Nuha, aku
tak tahu! Yang aku tahu, aku sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan lelaki
itu.” kata Nuha lagi.
“Mungkin dia masih
memendam perasaannya terhadap awak Nuha. jangan-jangan dia hanya menduga awak
hari awak berbulan madu tu? Mungkin dia nak lihat kesahihan awak menyayangi dia
tak” kata Kartika menduga.
“Saya tak mahu
dimadukan Ika. Kalau awak di tempat saya, awak pun tak mahu bermadu kan ? Tapi dalam paksa
saya sudah dimadukan Ika! Awak mahu sahabat awak ni akan lebih terseksa lagi?”
kata Nuha Qarina lagi. Kali ini Kartika menyepi dan seperti memikirkan sesuatu.
“Kasihan awak Nuha.
Sepatutnya sejak dulu, awak dah dengar nasihat saya. Tapi awak ikut juga
pujukan emak awak tu! Entah kenapa mak awak tu takut sangat kau jadi tua!” kata
Kartika memulangkan paku buah keras. Kelu lidahnya hendak berkata lagi.
“Itulah kesilapan
saya. Macam awak tua-tua tak kahwin pun tak apakan? Kita seharusnya masih macam
ni! Tak perlu saya menukar bentuk kehidupan saya! Ah, kenapa saya dengar
pujukan emak dan kakak saya?” kata Nuha Qarina bagaikan menyesali segala apa
yang sudah berlaku kepada dirinya.
“Jangan macam tu Nuha.
itu takdir namanya Nuha. jangan menyesali apa yang berlaku. Ika tak mahu awak
rasa sesal dengan apa yang berlaku. Nampaknya Aliff tu macam nak awak semula,
awak tak mahukah terima dia Nuha?
Namun, saya akan tetap bantu awak kalau saya mampu. Awak
kan sahabat
saya? Siapa lagi yang bantu awak kalau bukan saya? Minggu depan kalau awak dah
jalan saya akan pindah ke rumah mak saya di Taman Khidmat, Kolombong. Biarkan
laki awak tu sasau mencari awak kan ?”
kata Kartika lagi memujuk Nuha Qarina yang masih nanar dengan apa yang baru
berlaku. Mereka sama-sama ketawa kemudiannya. Nuha Qarina memeluk erat
sahabatnya sejak di bangku sekolah itu.
“Ya biarkan dia.
Saya malu hendak berjumpa dengannya. Saya selalu mengelak tapi dia begitu
pandai mencari saya Ika. Tapi, hari esok dia sudah terbang ke London katanya semalam. Jadi, kita tak perlu
risau!” kata Nuha Qarina separuh ragu. Dia tidak bertanya bilakah lelaki itu
akan balik ke tanah air, sama ada dalam minggu ini atau dua minggu kemudian.
Biasanya lelaki itu berurusan sehingga dua minggu lamanya di sesuatu tempat
tetapi paling awal dia akan berada di sana
selama tiga hari. Nuha Qarina merancang sesuatu dalam mindanya.
“Ika, dua tiga hari
ni awak sepatutnya pindah dan saya akan berangkat menaiki teksi, awak jangan
bimbang ya!” kata Nuha Qarina mencadangkan perpindahan Kartika yang dikenalinya
sejak kecil itu.
“Saya akan menurut
arahan puan!” kata Kartika lagi. mereka sama-sama ketawa lagi.
“Ika, err…”
“Ya, ada apa Puan Nuha?”
Nuha Qarina memandang tajam ke arah sahabatnya Kartika. Dia bagaikan tidak
dapat meninggalkan sahabatnya itu. namun, dia harus meneruskan persekolahannya
yang masih bersisa.
“Jangan kau bergaya
nak berpuan-puan dengan saya! Boleh tak awak tolong saya ni? Saya ni
sungguh-sungguh ni!” seketika dia bersuara. Kartika begitu tenang memandangnya.
Inilah saat-saat akhir mereka bersama. Tidak lama lagi Nuha Qarina dan Kartika
akan berpisah buat beberapa tahun lamanya.
“Tolong apa Nuha?
saya ni sedia berkhidmat untuk Negara saya!” soal Kartika lagi. mereka
sama-sama ketawa.
“Tolong kembalikan
kunci kereta ini. Kalau awak mahu awak pakailah kereta saya tu! Tapi kalau awak
tak mahu tolong kembalikan kunci kereta tu kepada yang empunya diri! Kalau awak
tak mahu kereta saya tu, tolong kembalikan ke rumah emak saya di Kinarut sana . Saya hanya akan
ambil pada empat tahun akan datang, itupun kalau saya panjang umur, kalau tak,
apa boleh buat!” kata Nuha Qarina seperti memberikan amanah terakhir.
“Ya saya akan tolong
Nuha, jangan risau. Hanya serahkan kunci sahaja kan ! Semuanya mudah untuk diuruskan!” Kata
Kartika lagi. Nuha Qarina hanya tersenyum dengan kelucuan dan mimik muka yang
dibuat oleh Kartika itu.
“Terima kasih Ika.
Hanya awak sahaja sahabat dan saudara saya dalam dunia ni!” kata Nuha Qarina.
Dia semakin sayu dalam hari-hari terdekat dia akan berangkat ke luar negeri
ini.
“Nuha, apa lagi
urusan awak selepas ni! Mari saya tolong awak hari ini, saya tahu malam tadi
awak tak makan dan tak tidur! Saya tahu awak dah jatuh cinta kat suami awak tu kan ? Tapi dia dah
madukan awak kan ?
Bagaimana awak nak luahkan segalanya tu kan ?”
kata Kartika lagi semakin mengusiknya.
“Jangan kau nak
mengada-ada! Cuma, aku nak beli barang-barang di pasar saja. Ada makanan yang nak aku bawa nanti!” kata Nuha
Qarina yang sudah bersedia dengan apa yang berlaku kepada dirinya.
“Baik saya sedia
menjadi pemandu! Jadi, sementara awak bersiap, saya pergi ke pejabat dulu, ada
sesuatu yang saya nak uruskan di kedai tu. Tentang tempahan yang tak selesai
tu!” kata Kartika. Nuha Qarina sudah menganggukkan kepalanya ketika dia sudah
pun berlalu. Nuha Qarina masih terkalut melihat barang-barangnya di atas katil
itu. Bunyi kereta Kartika sudah berlalu. Nuha Qarina berbaring semula di atas
katilnya. Dia bagaikan masih mengantuk kerana tidak dapat tidur semalaman.
Entah apa yang difikirkannya, dia sukar hendak menelaahnya. Tiba-tiba dia
mendengar bunyi hon dibunyikan. Terkejut sakan dia. Langsir di bilik tamu
disingkapnya. Kereta Mercedes hitam sedang berada di sana .
‘Siapakah yang
datang ni? Aliffkah?’ soalnya cemas. ‘Ya Allah, kenapa dia datang? Bukankah dia
hendak ke London
pagi ini?’ soal Nuha Qarina lagi penuh cemas.
Pakaiannya semalam belum ditukar lagi. dia mengambil
keputusan untuk membeku di dalam rumahnya itu. tetapi, keretanya masih terpaku
di luar, apa yang harus dilakukannya? Berkurung atau keluar menemui suaminya?
ah, lelaki itu sudah memasuki ruang halaman rumah mereka ini. Pintu sudah
diketuk. Mujurlah rumah itu sudah berkunci.