Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Novel Salwa Maisara Bab 21

Bab 21 “Jadi izinkan saya keluar dari sini bang,” pintanya dengan jujur. Dia bukan meminta talak tetapi dia meminta agar suaminya menunaikan perjanjian mereka agar mereka hidup asing-asing pada permulaan ini. Dia belum bersedia hendak menjadi isteri dalam erti kata yang sebenarnya. Izinkan dia murnikan perasaan gawat yang terlampau gawat dengan kehadiran lelaki yang dirasakan terlalu cepat ini. Dia tidak betah berlama-lama di sisi lelaki ini. Namun dia memang suka melihat wajah selamba suaminya ini, wajah asuh tidak acuh, wajah bengis dan sesekali menjelingnya dalam diam. Namun dia tidak tahu apa di hati lelaki itu.             “Aku takkan benarkan kau keluar dari sini selama-lamanya!” katanya berkata seperti seorang raja yang kejam! Dia terkejut. Apa yang lelaki ini hendak buat kepadanya? Bukankah dia sudah setuju buat masa ini mereka akan tinggal asing-asing? Kenapa lelaki ini sudah tukar fikiran? Dia memang agak geram ...

Novel lSalwa Maisara Bab 20

Bab 20 “Awak tidur dengan kekasih awak semalam?” soal Syed Muhammad Budriz setelah dia membuka pintu biliknya dengan susah payah. Matanya sudah macam mahu terkeluar mendengar tuduhan lelaki itu. Siapa yang tidak geram! Ingatkan dia ni perempuan murahan yang bawa lelaki tidur sesuka hati? Lelaki itu hanya diam macam batu tetapi soalannya boleh memecahkan batu granit. Telinganya pun boleh berdarah. Tidak sedikit pun menolongnya. Hilang pula machonya lelaki ini. Malah sakit hati mendengar soalannya. Adakah dia hendak tidur dengan lelaki lain? Eh, memang tidak patutlah! Patutkah dia hilang maruah hendak tidur dengan lelaki lain yang bukan muhrimnya? Soalnya dalam hati.             “Abang sayang, saya ni masih tahu hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan, halal haram, dosa pahala, walaupun saya bukan ustazah! Kenapa abang nak tuduh-tuduh saya macam tu?” soalnya mengembalikan soalan kepada suaminya. Syed Muhammad Budriz ketawa....

Novel Salwa Maisara Bab 19

Bab 19 Dia tarik nafas lega apabila lelaki itu sudah keluar ke balkoni bilik resort ini. Lelaki itu menakutkannya. Entah lelaki jenis apa dia itu? Berkali-kali dia rasa mahu mati. Nasib baik telefonnya berbunyi. Kalau tidak dadanya tidak berhenti berdegup kencang seperti tsunami mengganas. Kalau sering begini, dia rasa dia harus cepat mati! Argh! Dia belum mahu mati seawal ini. Banyak rencana dalam kerjayanya yang belum dicapainya. Sekurang-kurangnya jika rumahtangganya gagal, dia masih ada kerjaya yang kukuh dan berjaya. Tetapi jika kedua-duanya dia gagal, dia tidak tahu harus bagaimana lagi. Sungguh menyakitkan mengingati semua yang baru berlaku pantas dalam hidupnya ini! Dia terkenang Indra Roslan seketika ini. Kasihan sungguh dia dengan lelaki itu. Bagaimana dengan perasaan kawan sekerjanya itu apabila mengetahui dia sudah kahwin? Ah, Indra Roslan seperti sudah terpahat nama itu di hatinya. Namun dia tidak dapat memahat terus nama itu di hatinya. Dia sudah bersuami. Lainla...

Novel Salwa Maisara Bab 18

Bab 18 Ah, kenapa dia bertindak berani dengan gadis yang juga isterinya itu? Sepatutnya dia tidak mahu menakutkan isterinya itu. Sebenarnya dia hanya geram dengan sikap isterinya yang menunjukkan keberaniannya bercakap-cakap dengan cukup mesra dengan lelaki lain. Dia yakin lelaki yang dia kenalkan sebagai kawan sekerjanya itu adalah lelaki yang mempunyai niat hendak memperisterikan isterinya itu. Dia yakin dari cara pandangannya kepada isterinya itu. Kenapa isterinya boleh memberikan kenyataan mereka tidak ada hubungan apa-apa atau mereka hanya kawan biasa. Dia tidak percaya. Sampai mati pun dia tidak akan percaya. Itu memang sudah ternoktah dalam dirinya yang isterinya itu bukan isteri yang baik. Isteri yang kuat berpura-pura. Baharu sahaja kahwin dia sudah tahu siapa isterinya! Ah, menyakitkan! Ah, cemburukah dia? Bukankah selama ini dia memang mahu tinggal asing-asing dengan isterinya itu. Asing-asing maksudnya bukan mereka memutuskan hubungan suami isteri mereka. Mereka ma...

Novel Salwa Maisara Bab 17

 Bab 17 Telefon lelaki itu berbunyi. Bulat matanya memandang. Telefon di dalam poket seluar jeans lelaki itu dipandang tegang. Ada rasa lega bertakhta di hatinya untuk beberapa saat. Dapatlah dia menarik nafas lega walaupun hanya sesaat. Fikirnya dalam hati. “Ya Sulaiman. Walaikumsalam.” Jawabnya. Dia rasa tidak puas hati berlawan cakap dengan isterinya. Dia jeling isterinya. Gadis itu masih di birai katil dengan wajah sendunya. Dia belum puas hati menyakat gadis itu. Memang usikannya agak nakal tetapi dia mahu isterinya belajar sesuatu dan bukannya sesuka hatinya bercakap-cakap dengan lelaki lain. Dia paling pantang kalau gadis yang dikenalinya mempunyai kekasih selain dirinya. Teringat Natallie Juliana, dia tidak tahu kalau kekasihnya itu mempunyai kekasih lain selain kekasihnya. Argh! Sakit hatinya mengenang isterinya ini.             “Jadi tak jumpa pagi ni?” soal Sulaiman. Dia belum mandi lagi. Tadi dia ce...