Novel Salwa Maisara Bab 18
Bab 18
Ah,
kenapa dia bertindak berani dengan gadis yang juga isterinya itu? Sepatutnya
dia tidak mahu menakutkan isterinya itu. Sebenarnya dia hanya geram dengan
sikap isterinya yang menunjukkan keberaniannya bercakap-cakap dengan cukup
mesra dengan lelaki lain. Dia yakin lelaki yang dia kenalkan sebagai kawan
sekerjanya itu adalah lelaki yang mempunyai niat hendak memperisterikan isterinya
itu. Dia yakin dari cara pandangannya kepada isterinya itu.
Kenapa
isterinya boleh memberikan kenyataan mereka tidak ada hubungan apa-apa atau
mereka hanya kawan biasa. Dia tidak percaya. Sampai mati pun dia tidak akan
percaya. Itu memang sudah ternoktah dalam dirinya yang isterinya itu bukan
isteri yang baik. Isteri yang kuat berpura-pura. Baharu sahaja kahwin dia sudah
tahu siapa isterinya! Ah, menyakitkan!
Ah,
cemburukah dia? Bukankah selama ini dia memang mahu tinggal asing-asing dengan
isterinya itu. Asing-asing maksudnya bukan mereka memutuskan hubungan suami
isteri mereka. Mereka masih suami isteri yang sah tetapi dari cara penerimaan
isterinya itu dia tahu isterinya pun rasa terpaksa menerima dia dalam hidupnya.
Jadi apa salahnya buat sementara waktu ini mereka tinggal asing-asing dan tidak
perlu mereka hidup bersama dahulu. Tetapi apa yang gadis itu buat di
belakangnya? Belumpun lama mereka berpisah, gadis itu sudah buat hal kepada di
belakangnya. Bagaimana dia mahu mempercayai gadis itu?
Siapa
yang tidak sakit hati? Mahu sahaja dia musnahkan gadis itu tetapi dia masih ada
rasa perikemanusiaan kepada isterinya itu. Jadi dia sabarkan hatinya. Isterinya
itu sepatutnya sudah dihukum. Tetapi dia tidak menyangka pula dengan nafsunya
sendiri sehingga dia sendiri hampir sahaja menyentuh gadis itu. ah, nasib baik
dia masih mengawal sabarnya. Jika tidak, sudah habis dia kerjakan isterinya
sebentar tadi. Peluh dingin di dahinya membuktikan dan dia masih ingat akan
sebuah kesabaran walaupun hanya berbaki sedikit sahaja.
Dia
masih teringat lagi wajah cantik isterinya itu hampir kelemasan apabila dia
mengucup bibir isterinya itu tanpa sengaja tadi. ah, entah kenapa dia tergamak
berbuat demikian. Meronta-ronta tubuh kecil itu tanpa dapat menolaknya. Ah, terima
ajelah Salwa! Bisiknya.
Sebenarnya
dia tidak berniat hendak menakutkan isterinya begitu. Dia tidak sampai hati
sebenarnya. Dia masih ada belas kasihan. Itulah sebabnya dia mahu tinggal
berasingan dengan isterinya itu, dia mahu isterinya bersedia menjadi isterinya
seperti mana dia. Dia juga sedang menyediakan dirinya menjadi suami yang
bertanggungjawab untuk isterinya. Namun lain yang direncana lain pula yang
berlaku. Entah kenapa dia hampir sahaja terbabas sebentar tadi.
Kalau
dia terbabas dia tidak tahu bagaimana hendak memohon kemaafan kepada isterinya
itu. Namun, sedikit terbabas pun dia rasa sedikit bersalah namun dia tidak mahu
menunjukkan rasa bersalah kepada isterinya itu. Dia mahu mengajar isterinya
itu. Ah, kenapa dia harus terluka mengenang isterinya itu? Mengenang dia dengan
kekasihnya! Ah, mereka memang seperti pasangan kekasih!
Natalie
Juliana di mana? Soalnya kepada dirinya sendiri. Dia hubungi gadis itu sejak
semalam. Kononnya semalam, dia mahu menemui kekasihnya itu. Namun apa yang menghampakannya
apabila gadis itu tidak dapat dihubungi. Entah ke mana dia pergi. Dia tahu
kekasihnya memang selalu sibuk tetapi dia tahu kekasihnya selalu hadir untuk
dirinya. Kenapa sejak dua malam yang lalu, dia tidak dapat menghubungi gadis
itu? Ke mana dia? Soalnya sendiri. Ah, resahnya menjadi-jadi. Malah dia menjadi
berburuk sangka kepada kekasihnya itu.
Mana
lagi mengenang isteri, mengenang perniagaannya, sekarang dia mengenang
kekasihnya pula. Ah, jangan-jangan gadis itu pun mempunyai kekasih lain selain
dirinya. Siapa yang mahu menjadi orang kedua dalam hidup seseorang. Dia sendiri
tidak mahu menjadi orang kepada isterinya. Ah, begitu jugakah perasaan Natalie
Juliana kepadanya? Jadi, sekarang dia bersenang-lenang dengan kekasihnya? Mana
boleh kalau begitu? Kenapa semua orang berpaling tadah?
Salwa
Maisara. Ah sebuah nama yang indah. Ke mana gadis itu menghilang. Dia pula
sengaja menghilangkan dirinya seketika daripada bertentangan mata dengan
isterinya itu. hampir-hampir dia tidak mampu mengawal dirinya tadi. Kalau dia
tidak mampu mengawal tadi dan gadis itu membalasnya dia yakin sudah terjadi
sesuatu antara mereka. Nasib baik isterinya itu meronta-ronta. Dia kasihan pula
kepada isterinya.
Ah,
ampunkan aku Ya Allah.
Kenapa
pula gadis manis itu wajahnya menari-nari di matanya? apa yang sudah berlaku
ya? Takkan semudah itu dia jatuh cinta kepada isterinya yang kononnya bukan
tastenya! Tetapi kalau Allah menghendaki, bagaimana pula? Jangan-jangan sejuta
kali dia akan jatuh cinta lagi kepada isterinya itu! benarkah? Dia mana tahu.
Semuanya memang kuasa Tuhan. Dia hanya menyerahkan kepada takdir Allah.
Bagus juga kalau dia
jatuh cinta kepada isterinya sendiri. Tak perlu dia sibuk cari-cari di luar!