Novel Salwa Maisara Bab 21
Bab 21
“Jadi
izinkan saya keluar dari sini bang,” pintanya dengan jujur. Dia bukan meminta
talak tetapi dia meminta agar suaminya menunaikan perjanjian mereka agar mereka
hidup asing-asing pada permulaan ini.
Dia
belum bersedia hendak menjadi isteri dalam erti kata yang sebenarnya. Izinkan
dia murnikan perasaan gawat yang terlampau gawat dengan kehadiran lelaki yang
dirasakan terlalu cepat ini.
Dia
tidak betah berlama-lama di sisi lelaki ini. Namun dia memang suka melihat
wajah selamba suaminya ini, wajah asuh tidak acuh, wajah bengis dan sesekali
menjelingnya dalam diam. Namun dia tidak tahu apa di hati lelaki itu.
“Aku takkan benarkan kau keluar dari
sini selama-lamanya!” katanya berkata seperti seorang raja yang kejam! Dia
terkejut. Apa yang lelaki ini hendak buat kepadanya? Bukankah dia sudah setuju
buat masa ini mereka akan tinggal asing-asing? Kenapa lelaki ini sudah tukar
fikiran? Dia memang agak geram dengan sikap lelaki ini. Suka benar menukar
arah. Apakah arah haluan suami isteri mereka akan berubah juga? Aduh! Kenapa
begini?
“Bang, bukankah abang nak kita
tinggal asing-asing?” soalnya. Suaminya sibuk dengan laptopnya. Sesekali sibuk
bercakap di telefonnya. Entah siapa yang dihubunginya pada waktu begini.
Sepatutnya hari ini sudah hari Ahad tetapi lelaki ini tidak pun sibuk hendak ke
mana-mana. Apakah dia tidak ada hal di pejabatnya? Bukankah dia balik ke sini
kerana urusan pejabatnya yang penting? Kenapa pula dia seperti tidak ada
urusan? Apakah benar tidak ada urusan?
Atau,
lelaki ini sudah tidak percayakan dirinya dan melupakan semua urusannya?
Soalnya berteka-teki dengan tingkah laku suaminya yang agak pelik ini. Matanya
melihat ke televisyen tetapi hatinya wallahu alam, Tuhan sahaja yang tahu.
Penuh simpang siur memikirkan lelaki berwajah serius iras Remy Isyak dengan kulit
yang agak putih macho ini. Kalau lelaki ini mengasihinya, dia seribu kali mengasihi
suaminya ini.
Namun
dia tahu lelaki ini tidak mahu menerimanya. Lelaki ini kahwin dipaksa oleh
keluarganya. Keluarga lelaki ini amat mementingkan agama dalam kehidupan
mereka. Tetapi kenapa lelaki ini seperti mengabaikan urusan agamanya pula? Soalnya
sendiri. Masih lagi dia berbicara dalam diam.
“Sudah! Jangan nak buat hal dengan
abang! Awak takkan saya izinkan ke mana-mana lagi! Kecuali ambil barang di
rumah sewa awak nanti!” kata lelaki itu seperti bom mengebom di kepalanya.
Alangkah kejamnya kata-katanya itu. Kenapa dia tidak dilepaskan sahaja seperti
mana dia hari pertama pernikahan mereka. Dia dilepaskan dengan penuh
kegembiraan? Kenapa hari ini dia dikurung pula? Apakah dia pesalah? Atau, dia
didera? Syed Muhammad Budriz, tolong lepaskan dia!
“Kenapa pula begitu bang? Bukankah
kita nak tinggal asing-asing? Kenapa pula abang nak kurung saya?” dia mendesak
lagi suaminya agar dia dilepaskan kembali ke rumah sewanya bersama Rosnah
semula. Namun dia melihat lelaki itu menggeleng berkali-kali. Wajah tampan itu
sudah menjadi bengis. Alangkah tidak cerianya dia menyambut wajah lelaki itu.
“Awak dah tahu jawapannya sayang!”
kata lelaki itu. Cukup kaku wajah itu. Benci sungguh dia dengan kerekter
suaminya yang baru dinikahinya ini.
“Saya tak nak!” katanya cuba
berdegil. Mata kuyu lelaki itu sudah menjadi seperti mata harimau yang siaga hendak
menangkap mangsa. Benci sungguh dengan mata itu. Alangkah baiknya kalau dia
boleh lenyapkan wajahnya saat ini juga?
“Awak nak degil kat abang, err
sayang? Nak degil lagi? Ada hadiah tahu kalau semakin degil! Nak tahu apa
hadiahnya?” soal lelaki itu. Dari langkah lelaki itu dia tahu lelaki itu hendak
mendekatinya. Apakah yang hendak dilakukan kepada dirinya lagi? Ah, dia tidak
mahu menjadi seperti tadi. dia mahu melawan kalau lelaki berbuat sesuatu yang
dia tidak suka.
“Tak nak! Saya tak nak apa-apa dari
awak!” katanya terketar-ketar apabila lelaki itu sudah memeluk pinggang
kecilnya. Dia menolak-nolak tangan itu sekuat hatinya. Dia menutup matanya.
didengarnya lelaki itu ketawa. Ketawanya dekat dengan wajahnya. Nafas hangat
lelaki itu terasa menampar wajahnya. Alangkah menyakitkan hatinya. Mahu sahaja
dia cubit lelaki itu, dia tidak peduli. Namun dia masih ada kewarasan. Dia tahu
lelaki ini tidak suka dia dicabar-cabar. Dia benci lelaki ini sejak dia ah,
malunya dia hendak mengingati perbuatan
lelaki ini.
“Awak tak nak?” soal lelaki itu
berbisik di telinganya. Dia menggeleng. Memang dia tidak mahu apa-apa.
“Berbaris orang hendakkan abang tahu
tak?” soal lelaki itu. Dia tidak peduli. Walaupun 100 atau 1000 gadis yang
datang kepada suaminya dia tidak mahu peduli. Apa yang penting dirinya
dilepaskan!
“Saya tak peduli!” katanya perlahan.
Nafasnya tersekat-sekat oleh perbuatan suaminya ini.
“Tak peduli?” soal lelaki itu. Dia
angguk. Mahu sahaja dia menangis melihat perbuatan lelaki ini. Sungguh dia tidak
suka.
“Ya saya tak peduli! Abang banyak
wang! Suka hati abang nak buat apa. Saya tak mampu nak halang!” katanya. Lelaki
itu ketawa.
“Sayang, sayang isteri abang, kenapa
sayang tak nak buat sesuatu agar 1000 gadis yang datang tidak mampu merampas
abang dari sayang.” Kata lelaki itu bertambah menyakiti hatinya. Masam mukanya.
1000
gadis konon! Macam kasanova! Adakah lelaki ini kasanova? Playboy yang punya
banyak kekasih? Keliling pinggang sehingga dia terlalu terkenal di kalangan
para gadis di luar sana? Ah, tidak mungkin!
“Abang, saya tak berapa tahu
mengenai diri abang. Kalau memang abang nak sesiapa pun di hati abang, saya tak
mampu nak halang! Apa yang penting, lepaskan saya!” katanya berterus-terang
kepada suaminya ini. Memang benar dia tidak tahu bagaimana hendak menghalang
suaminya. Kalau memang diah hendak bernikah satu lagi, dia siapa?
“Sayang ni suka mengalah!” kata
suaminya lagi. Terbuntang matanya. tangan lelaki itu masih di pinggangnya.
Lelaki itu menatap wajahnya dan menatap penuh perasaan. Perasaan apa, dia tidak
tahu.
“Bukan suka mengalah. Antara kita
belum hadir sayang atau cinta, jadi abang boleh buat apa sahaja sekarang
sebelum hadirnya apa-apa perasaan antara kita. Kalau dah hadir sesuatu, jangan
harap saya akan lepaskan. Tetapi kerana kita tak ada apa-apa perasaan dan hanya
ada ikatan suci ini, maka dipersilaakan jika abang nak tambah kuota!” katanya
berterus-terang. Lelaki itu ketawa.
Bagaimanapun
dia terlihat wajah itu kelat dan mungkin juga cuak. Mungkin suaminya tidak
gembira dengan jawapannya. Ada dia peduli? Dia hanya bercakap yang benar
sahaja!
“Ah, awak sengaja nak buat hal ya
dengan abang sayang?” soal lelaki itu kepadanya. Ada dia kisah? Tapi kalau
lelaki itu mempengapa-apakannya, siapa yang akan kisah? Aduhai, dia pandang
wajah lelaki yang sedang memandangnya dengan pandangan penuh makna itu dengan
penuh perhatian. Apakah dia perlu mohon maaf? Ah, tidak! Sepatutnya lelaki itu
yang perlu mohon maaf sebab tidak melepaskan dia keluar dari biliknya ini.
“Abang, saya minta secara baik, saya
nak semula kita tinggal asing-asing bang!” pintanya semula. Lelaki itu
menggeleng-geleng lagi. Matanya tajam menikam kalbu namun ditahannya perasaan
debar yang mengganggunya sejak tadi. Kalau diikutkan marahnya mahu sahaja dia
lari dari bilik ini! Biar padan muka suaminya!
“Jangan nak cari pasal dengan abang!
Kalau awak depan abang, senanglah abang nak jawab dengan mak dan ayah sayang.
Kalau tak, apa yang saya nak jawab? Baru pagi tadi papa abang telefon abang
tanyakan hal mengenai sayang. Sekarang sayang nak pergi lagi? Oh, tidak. Sayang
jangan nak buat hal! Sayang lupakan dulu hal abang nak tambah isteri tu! Nanti
kalau kita tak serasi, baru abang fikirkan hal itu!” kata suaminya dengan
bersungguh-sungguh. Mahu sahaja dia menangis. Tadi dia rasa dia ada harapan
lagi. Sekarang harapan itu sudah musnah. Musnah sama sekali.
“Abang, mak dan ayah saya tu
pandai-pandailah saya nak jawab!” katanya. Berdebaran dadanya saat pandangan
mereka bersatu.
Ah,
lelaki ini sejak kali pertama mereka bertemu, dia memang sudah menyimpan
harapan, harapan hendak hidup bersama. Tetapi apabila lelaki ini hendak tinggal
asing-asing dengannya, perasaan kasihnya terus hilang, dan hormatnya kepada
lelaki ini bagaikan kabut ditelan matahari. Hilang semuanya! Tetapi kenapa pula
sekarang dia mahu kembali bersama dengannya?
“Sudahlah sayang! Janganlah nak
banyak alasan dengan abang! Abang tak suka! Kalau boleh tolong abang! Kalau
mama dan papa abang datang sini,kat mana abang nak cari sayang?” katanya lagi.
Dia sudah meluat.
“Janganlah bersayang-sayang dengan
saya! Saya memang tak nak dipanggil begitu. Panggil Salwa sudah cukup bang!”
katanya kepada suaminya itu. Lelaki itu masih memeluk pinggangnya. Ah, debaran
dadanya bagaikan gendang dipalu sekuat hatinya.
“Sayang, sayang takkan ubah
panggilan abang ini sekalipun sayang nak kembali kepada kekasih sayang tu!”
kata suaminya membuatkan matanya hampir terbeliak.
“Saya nak balik kepada kekasih? Saya
mana ada kekasih bang!” hampir dia menjerit.
“Sudahlah! Jangan nak mimpilah awak
terpisah dengan abang semula. Kita akan tinggal di kondominium abang. Dan
jangan sesekali cuba melarikan diri sebab abang akan beri sayang seorang
pemandu yang akan menghantar dan menjemput sayang ketika kerja!” kata suaminya
yang sudah hampir muktamad. Sakit hatinya.
“Abang, tolonglah bang! Saya merayu
kat abang! Tinggal dengan abang saya okay tapi kalau nak beri saya pemandu,
saya tak nak! Saya ada kereta sendiri bang!” katanya. Mahu merayu pun ada.
Lelaki itu ketawa kecil.
“Okay, fine. Sayang. Abang memang
suka dengan permintaan sayang tu. Deal ok!” kata suaminya melepaskannya.
“Ya.” Katanya.
“Kalau abang nampak lagi sayang
dengan kekasih sayang tu macam mana? What will we do?” soal lelaki itu
perlahan. Pandangan matanya macam mata panah yang sedang memanah tepat ke anak
matanya. Mahu sahaja dia cucuk mata tajam menikam sukmanya itu.
“It’s
up to you!” katanya dengan angkuh. Terbuntang mata suaminya.
“Benar?” soal suaminya. Dia sendiri
angguk.
“Bagus, kalau ada apa-apa terjadi
kepada awak, jangan nak buat hal pula ya!” kata lelaki itu. Dia sedikit
ketakutan pula. Lelaki ini memang tidak dapat digertak. Kalau ada berlaku
sesuatu kepada dirinya, apa yang dia hendak buat? Soalnya sendiri!
Ah, pasrah ajelah!