Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Novel Salwa Maisara Bab 25

Bab 25 “Alhamdulillah dah sampai pengantin baru yang ditunggu-tunggu ni!” kata mama mentuanya. Kata suaminya panggil emaknya sebagai mama. Papa mentuanya Syed Badaruddin juga tercegat di muka pintu dengan senyuman manisnya. Mereka bersalaman dan berpelukan dengan mama mentuanya.             Matanya masih terbuntang melihat ruang tamu rumah ibu bapa mentuanya yang macam padang bola dan lengkap dengan segala perabot yang tidak begitu menyemakkan kepala. Ruang tamu rumah mentuanya ini belum tentu menyamai keseluruhan ruang rumahnya. Rumah mereka di kampung hanyalah rumah semi-detached yang dibeli emak dan ayahnya semasa masih bekerja. Dia tahu dia tidak setanding keluarga suaminya ini. Entah mengapa ibu bapanya memilih keluarga Syed Muhammad Budriz ini menjadi keluarganya.              “Apa khabar mama?” soalnya.         ...

Novel Saat Cinta Membara Bab 6

Bab 6 “Kenapa buang pula telefon tu?” soal Nurin Aninah di muka pintu biliknya. Bulat matanya dan merah mukanya selajur melihat muka Nurin terpacul di situ.             “Eh, kau tak de kerja lain ya? Kenapa nak skodeng-skodeng saya?” soalnya yang sudah agak malu. Nurin Aninah ketawa. Dia pula yang rasa cuak.             “Best juga dengar suami isteri berbual-bual ya... pasti rindu-rinduan kan Mai!” kata gadis yang penyibuk itu. Bertambah-tambah naik darjah marahnya.             “Engkau kalau tak menyibuk boleh tak minah sibuk?” soalnya dengan perasaan yang amat marah.             “Salahkah?” soal Nurin Aninah pula.             “Eh awak ni tak de sahsiah kan? Suka-suki nak dengar perbualan orang di tele...

Novel Salwa Maisara bab 24

Bab 24 “Baiklah, kita mula sebagai kawan, awak nak tak Puan Salwa?” soal lelaki itu apabila mereka sudah duduk di Dyana Cafe di lapangan terbang Kota Kinabalu itu. Redup mata lelaki ini mengajukan pertanyaannya. Kelat wajahnya.             “ Up to you !” jawabnya. Dia malas hendak memanjangkan hubungan mereka. Kalau nak jadi kawan boleh juga, dia tidak membantah. Kalau dengan cara itu lelaki itu boleh berlemah lembut dan tidak mengambil kesempatan kepada dirinya, kenapa dia tidak setuju. Kan?             “Kenapa pula puan tak beri pendapat?” soal lelaki itu suka ambil kesempatan di atas kelemahannya. Dia terasa panas. Dia menjeling suaminya ini. lelaki itu tersengih-sengih macam kerang busuk memandangnya. Kalau dia tidak sabar, sudah dia cepuk lelaki ini dengan tangannya. Boleh tak dia buat begitu kepada suami? Boleh kut kalau suami yang mencemaskan dia ini! Dia malas h...

Saat Cinta Membara bab 5

Bab 5 Dia membiarkan sahaja telefonnya meminta layanannya. Dia sibuk menelaah pelajarannya saat ini. Peperiksaan terakhir akan berlangsung tidak lama lagi. Biarkanlah! Ah, kalau ibu macam mana? Kalau lelaki tu, pedulikanlah! Ah, lelaki tu mana pernah berani nak hubungi dia! Tahu dia takut! Tetapi bukan main berani nak luahkan perasaannya! Sakit hatinya!             “Apahal kau angkat telefon kau tu?” sergah Nurin Aninah. Terkejut dia apabila Nurin muncul dengan bedak sejuk di muka. Ingatkan hantu mana tadi.             “Kau ni mengejutkan aku lah! Kalau tak aku ingat kan kau tadi, memang aku dah jerit sekuat hati!” katanya. Nurin serius memandangnya.             “Hantu konon! Tu telefon kau kenapa tak angkat? Bising!” kata Nurin mengulangi.             “Bi...

Enovel Cinta Sang Pilot, Isyarat Cinta dan Kuimpikan Bahagia sudah siap untuk tempahan

Ketiga-tiga enovel cinta di atas iaitu Cinta Sang Pilot, Isyarat Cinta dan Kuimpikan Bahagia sudah pun siap untuk dibaca sepenuhnya oleh peminat-peminat novel cinta. Sekarang ada potongan harga besar-besaran dari harga sebenar.  Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi penulis di imanasuha@yahoo.com untuk tempahan pembelian enovel itu.   Terima kasih.