Novel Salwa Maisara Bab 25
Bab 25
“Alhamdulillah dah sampai pengantin baru
yang ditunggu-tunggu ni!” kata mama mentuanya. Kata suaminya panggil emaknya
sebagai mama. Papa mentuanya Syed Badaruddin juga tercegat di muka pintu dengan
senyuman manisnya. Mereka bersalaman dan berpelukan dengan mama mentuanya.
Matanya
masih terbuntang melihat ruang tamu rumah ibu bapa mentuanya yang macam padang
bola dan lengkap dengan segala perabot yang tidak begitu menyemakkan kepala.
Ruang tamu rumah mentuanya ini belum tentu menyamai keseluruhan ruang rumahnya.
Rumah mereka di kampung hanyalah rumah semi-detached yang dibeli emak dan
ayahnya semasa masih bekerja. Dia tahu dia tidak setanding keluarga suaminya ini.
Entah mengapa ibu bapanya memilih keluarga Syed Muhammad Budriz ini menjadi
keluarganya.
“Apa
khabar mama?” soalnya.
“Baik
nak Salwa. Syukurlah kamu selamat sampai ke sini! Mama bimbang dengan
kejadian-kejadian yang berkaitan dengan boeing sejak akhir-akhir ini. Kapal
terbang MH17 pun belum sampai mayat-mayat mereka dari Ukraine-Rusia sana!
Kasihan mereka!” kata Datin Syarifah Fauziah. Mahu menangis dia memandang wajah
wanita agak berusia itu. Namun dia nampak muda dari usianya yang sebenar.
“Ya
mama, nasib baik kami selamat mama,” kata Syed Muhammad Budriz. Namun apa yang
memukau matanya ialah suasana rumah keluarga Syed Muhammad Budriz yang bagaikan
mahligai indah itu. Memang semuanya tidak ada di kawasan perumahan mereka di
Pahang. Setakat lampu kristal pun rumah mentuanya itu sudah nampak
berkilau-kilau dari jauh.
“Syukurlah
kamu selamat sampai sini! Marilah kita duduk di sini,” kata mama mentuanya yang
membawa mereka duduk di sebuah ruang tamu. Sofanya berwarna hitam. Papa dan
suaminya terus sahaja berjalan-jalan di ruang luar yang agak tenang.
“Bagaimana
dah jadi isteri ni Salwa? Anak mama ok tak? Dia tak marah-marah kat Salwa?”
soal mama mentuanya bagaikan polis. Dia geleng.
‘Sebenarnya anak mama
menakutkannya! Nasib baik terjumpa dia sarapan dengan Indra Roslan, kalau tidak
belum mereka akan balik bersama hari ini!’ katanya dalam hati. Entah-entah
lelaki ini sudah sedia hendak menceraikan dia. siapa tahu?
“Tak
de mama! Dia ok aje!” katanya. Mama mentuanya memegang tangannya. Anak lelakinya
pun tidak pernah semesra itu.
“Oh
syukurlah. Mama takut dia berkasar dengan menantu mama ni! Tak pe kalau dia tak
elok dengan menantu mama, beritahu mama, jangan segan-segan!” kata Datin
Syarifah Fauziah. Apa yang dia hendak jawab? Mereka hanya mula sebagai kawan
dan bukannya sebagai pasangan suami isteri yang lain. Memang kena juga cara
lelaki itu.
Kalau mereka tidak serasi,
mereka boleh memilih penceraian atau perpisahan. Tak ada gunanya sebuah
perkahwinan ini diteruskan jika tidak ada persefahaman.
“Kenapa
Salwa? Tak sesuai dengan anak mama?” soal Datin Syarifah Fauziah. Dia geleng. Mukanya
kelat. Susah dia hendak menjawab.
“Kami
sedang menyesuaikan diri mama!” katanya agar mereka kelihatan seperti suami
isteri yang bahagia. Haha!
“Eh,
kak ipar dah datang lah! Eh... bukan kak Natallie lah! Saya ingat abang kahwin
dengan kak Natallie!” kata gadis manis yang baru bersalaman dengannya itu. gadis
itu datang dengan skirt labuhnya yang berwarna merah hati agak kembang dan baju
t-shirt berwarna putih. Rambutnya disanggul tinggi. Paras rupanya memang
cantik. Mukanya bujur dan kulitnya putih bagaikan kulit telur. Memang halus dan
licin. Kalah cantiknya Neelofa. Siapa sebenarnya gadis ini? Dia tertanya-tanya
dalam hati. Ah, inilah akibatnya kalau tidak berkenalan dengan suami sendiri!
Tersayatnya hatinya Tuhan
sahaja yang tahu. Ketika mereka bernikah memang adik suaminya ini tidak ada.
Entah dia di mana. Dia benar-benar tidak mengenali suaminya. Dan, suaminya pun
tidak mahu bercerita apa-apa mengenai keluarganya. Dia hanya memberitahu yang
dia hendak balik ke Kuala Lumpur. Dia macam kerbau dicucuk hidung, asyik
menurut sahaja.
“His,
kau ni Sofie! Apa hal cakap macam tu! Sejak bila kau kenal dengan Natallie yang
mama tak suka tu?” kata Datin Syarifah Fauziah dengan muka masam. Dia hanya
diam tetapi dadanya berombak ganas. Memang benar suaminya memang ada kekasih
sebelum menikahi dia. Sudah dia cakap, suaminya kena kahwini kekasihnya kalau
dia mahu! Dan, ceraikan dirinya.
“Tu
lah mama aje yang tak tahu! Kami dah selalu jumpa bakal kakak ipar tu mama!”
kata gadis yang dipanggil Sofie itu. dia nampak belum matang tetapi sangat
mengenali gadis yang bernama Natallie yang selalu dia sebut-sebut itu. benarkah
itu kekasih Syed Muhammad Budriz?
“Maafkan
mama Salwa, ini mama kenalkan Syarifah Sofiah, anak kedua mama. Dia ni masih
belajar di Kolej Lim Kok Weng. Tak suka nak jauh-jauh katanya!” kata Datin
Syarifah Fauziah. Dia hanya diam dan menyalami tangan Sofie dengan penuh
kelembutan. Sebenarnya hatinya terluka. Suaminya pula sudah bersembang dengan
papanya. Dia keseorangan. Tetapi lelaki tu pun sama! Mereka mesti bersekongkol
sebab itu melibatkan kekasihnya.
“Harap
kak bahagia dengan abang,” kata Syarifah Sofiah sinis. Ah, kata-kata itu doa
atau penghinaan? Soalnya dalam hati. Dia memaniskan mukanya.
“Terima
kasih Sofie...” katanya.
“Hati-hati
kak Salwa. Natallie tu pantang haknya diambil!” bisik Syarifah Sofiah. Marak
matanya. Ingat dia gentar? Soalnya dalam hati.
Memang dia tidak akan takut
bersaing dengan gadis itu! Apa kata suaminya semalam? Kenapa dia tidak mahu
mempertahankan suaminya daripada godaan sesiapa? Soalnya. Buat apa dia
mempertahankan suaminya kalau sekelumit cinta tidak ada pun untuknya? Lebih dia
berambus sahaja dari hidup suaminya itu. Itu lebih baik dan lebih menenangkan
hatinya. Dia percaya itu.
“Cakap
kat dia, saya pun tak hingin!” katanya tegas. Marak matanya. mata Syarifah
Sofiah juga marak, malah seperti terkejut dengan ketidakgentarannya!
“Maksud
kakak?” soal Syarifah Sofiah. Dia mula resah. Mungkinkah dia sudah terlajak
kata? Ah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.
“Maaf,
maafkan kakak!” katanya memohon maaf dari adik iparnya itu. Syarifah Sofiah
menyengih memandangnya. Ada dia peduli?
“Sofie,
bawa kakak duduk kat sofa. Pasti kakak tu penat! Baru aje sampai dari Kota
Kinabalu!” Celah Datin Syarifah Fauziah. Nasib baik kalau tidak, pertengkaran
sudah berlaku. Dia tarik nafas.
“Mari
kak, kita duduk sana.” Kata Syarifah
Sofiah. Dia menurut. Gadis ini memang agak celopar mulutnya. Namun siapa dia
hendak menegah?
“Ya,
mari.” Katanya.
“Kak
kenal abang Riz berapa lama?” soal Syarifah Sofiah macam polis. Mamanya hanya
mengikut mereka dari belakang.
“Tak
kenal. Mak ayah yang tunangkan.” katanya jujur. Bertambah marak mata gadis
manis yang bermata galak itu.
“Tak
kenal? Ingatkan kenal!” soal Syarifah Sofiah. Dia menggeleng. Mereka memang
hanya kenal dalam dua minggu begitu, terus aje kahwin. Dia percaya juga kepada
pilihan ibu bapanya.
“Takkan
Sofie tak tahu yang kakak ni dijodohkan dengan abang awak. Tak elok kak nak
menolak. Walaupun pelbagai spekulasi yang kak dengar!” katanya bercakap dengan
penuh profesional. Syarifah Sofiah cuba tersenyum. Mungkin faham dengan
kata-katanya.
“Oh
macam tu! Kakak terpaksa bersaing dengan kawan wanita abang lah kalau macam tu!
Saya tak tahu pun setakat mana keintiman mereka. Apa yang Sofie tahu, mereka
dah kenal rapat! Malah abang dah bawa kami jumpa Natallie tu!” kata Syarifah
Sofiah. Dia angguk. Selepas ni nanti banyak bahan yang akan digunakan untuk
membuatkan suaminya melepaskannya.
“Tak
perlu nak bersaing! Kalau dia nakkan kekasihnya, dia boleh jalan!” katanya
perlahan. Kata-kata itu tambah memarakkan mata adik iparnya. Tidak tahu pula
kalau hati adik iparnya marah bagai kayu disimbah minyak gas! Dia tidak akan
peduli!
“Betul?
Akak rela bermadu?” soal gadis itu. Entah berapa usianya. Mungkin dah lepas SPM
dah gadis manis ni tetapi mulutnya macam pisau boleh memotong sesiapapun yang
dia suka.
“Bukan
rela bermadu tapi kak rela diceraikan!” kedengaran tawa kecil Syarifah Sofiah.
“Kak
ni mudah mengalah!” kata Syarifah Sofiah lagi. Dia diam. Sebenarnya mahu
mencari kata-kata lain. Jangan dia sahaja yang asyik diperkotak-katikkan. Sakit
hatinya! Dia memang tidak mahu mengalah kalau suaminya memang teguh
mencintainya. Tetapi suaminya mencintai orang lain. Dia tahu!
“Tapi
jangan risau, abang Riz tu baik orangnya!” kata Syarifah Sofiah lagi. Pelayan
datang membawa minuman. Memang kebetulan dia haus. Sudahlah kerongkongnya kering
kerana sering beradu pandang dengan suaminya. Sekarang tekaknya kering kerana
terdengar kata-kata menyakitkan Syarifah Sofiah ini. Mama mertuanya hanya
mendiamkan diri.
“Ya
harap-haraplah dia lelaki yang baik!” katanya.
“Silakan
minum kak! Selepas ni kak rehat dulu, solat dan barulah kita makan malam,” kata
Syarifah Sofiah yang terlebih peramah pada petang ini. sebenarnya dia letih
hendak memikirkan mengenai suaminya tetapi mendengar kata-kata adik iparnya
akalnya bekerja keras semula.