Novel : Saat Cinta Membara Bab 1
Tajuk: Saat Rindu Membara!
Bab
1
“Izinkan
saya ambil Mai sebagai isteri ya selepas kita habis belajar nanti,” mersik
suara itu.Melamarkah atau bergurau tu?Lelaki ini biasa bergurau
dengannya.Kenapa dalam remang cahaya matahari ini dia mahu bergurau? Apa
untungnya?
Dia pandang wajah lelaki yang selama
ini sama-sama mendalami ilmu kedoktoran. Lelaki yang lebih tua setahun
daripadanya itu dipandang selamba.
Ketinggian mereka agak sama. Mungkin lelaki ini beza dua tiga inci
sahaja daripadanya.
Apa yang terkenang di kepalanya
ialah wajah sahabatnya Aliya Sofea yang terpisah sejak di bangku sekolah rendah
lagi. Ia ekoran ibu bapanya yang berkerjaya sebagai doktor kemudian memilih
untuk bercerai setelah anak-anak kian membesar. Aliya Sofea lima beradik memilih
untuk mengikuti emak mereka di Kuala Terengganu.
Sahabatnya Aliya Sofea menjadi pemurung. Sampai hari ini
mereka terpisah.Semasa di tingkatan dua mereka ada bertemu. Aliya Sofea terbang
semula ke negeri di bawah bayu. Hari ini Aliya Sofea memilih menjadi peguam.
Pengajiannya akan tamat dalam setengah tahun lagi.
Sedangkan dia memilih menjadi doktor, ekoran darah yang
mengalir dari nenek sebelah ayahnya yang merupakan seorang bidan pada zamannya
dahulu. Ah, hidupnya ini aneh kadang-kadang. Sukar dia hendak menerangkan
kehidupan ini.Atau, memang kehidupan begini?
Dua orang kawan baiknya memilih untuk memasuki dunia
perguruan yang penuh cabaran.Dia tidak sanggup menjadi guru dalam situasi
seperti ini.Namun menjadi doktor juga bukan pilihan sebenar tetapi mungkin
inilah takdir dirinya.
“Mai, dengar tak ni?” soal Airil Amar semula. Airil Amar
kawan baiknya di universiti sejak tahun pertama. Lelaki di depannya ini
bercakap soal yang sangat serius tetapi dia masih boleh memikirkan kawan
baiknya sewaktu di sekolah rendah. Memang dia bukan nak kahwinlah saat! Sebab
takdirnya sungguh berbeza!
“Dengar!” jawabnya memandang jauh ke depan. Kosong
pandangannya.Dia memang tidak mahu serius soal perkahwinan. Ah, kisah hidupnya
terlalu panjang untuk dikisahkan. Hendak menambah cerita, dia semakin
kusut.Tetapi dia buat-buat tenang dalam duka. Ha ha!
“Kenapa tak jawab?” soal Airil Amar yang sering
menemaninya ke mana-mana. Mereka dikatakan belangkas di universiti ini. Dia
bukan apa, dia memang sudah serasi dengan Airil Amar sejak tahun pertama di
kolej perubatan ini. Tetapi kalau masuk ke hospital, mereka berlainan tugas
walaupun sama hospital.
“Nak jawab apa?” soalnya seperti tidak tahu apa-apa yang
dikatakan Airil Amar.Ia soal berat tetapi dia mahu ringankan hal itu. Panas
telinganya.
Baru sahaja selesai menguruskan satu pembedahan, mereka
singgah di café hospital ini sekejap.Tetapi lelaki ini sibuk pula hendak
bernikah dengannya. Buat apa nak pilih dirinya. Di luar sana, ramai lagi gadis
yang manis-manis yang menunggu Airil Amar.Dia bukan tidak sudi.
“Tak dengarlah tu!”Airil Amar sudah tarik bibir panjang.
Dia tidak suka kalau orang lelaki merajuk. Buruk muka! Bisiknya sambil senyum
sendiri.
“Dengar! Tapi, mana sesuai kita berdua ni! Macam enggang
dan pipit, ha ha!” katanya ketawa selamba. Dia tarik senyum manis kepada Airil
Amar. Airil Amar pula sudah memasamkan mukanya. Ada dia kisah?
“Awak ni kan tak ambil serius soal perasaan saya!” kata
lelaki itu sudah agak tidak puas hati. Sebenarnya dia menjaga hati Airil Amar
seperti mana dia menjaga hatinya. Kenapa pula lelaki ini mahu mereka bercinta
sakan? Ah, kalau nak bercinta sakan mungkin bukan takdir mereka berdualah!
“Saya faham...” katanya perlahan. Namun perhatiannya
sudah mengarah kepada peminat-peminat Airil Amar. Buntang mata kecil lelaki ini
memandangnya.
“Faham apa? Kenapa cakap kita tak sesuai pula?” soal
Airil Amar masih tidak puas hati. Perlukah dia terangkan?
Dia terkenang Asyifa Rania. Pelajar jurusan Kejuruteraan
mekanikal itu menyukai Airil Amar.Malah ramai gadis menyukai Airil Amar Memang
mantap mereka berdua.Seorang doctor dan seorang jurutera nanti. Dia bayangkan Airil
Amar dan Asyifa Rania.
“Asyifa Rania…” usiknya perlahan.Terkenang Asyifa Rania
gadis yang agak ranggi dan suka bergaya dengan aksesori yang menyakitkan
pandangannya.Namun tidak semua orang tidak suka sepertinya.Kawan-kawan Asyifa
Rania semuanya suka aksesori yang selalu dia kenakan.Contohnya anting-anting
yang bulat dan agak panjang.Entah kenapa dia tidak suka.
“Kenapa dengan dia?” soal Airil Amar.Sekarang dia buat
tidak tahu pula.Mereka ketawa.
Gembira sungguh mereka.Dia memang mahu sentiasa kelihatan
ceria.Dia tidak suka dipandang sedih walaupun banyaknya kerjanya di hospital
dan assignment yang menunggu untuk dihantar kepada pensyarah.Itu bukan
dirinya.Kalau selalu sedih.
“Dia sayangkan awak Airil Amar!” katanya perlahan.Letih
dia memujuk Airil Amar ini.Lelaki ini buat tidak tahu dengan
kata-katanya.Asyifa Rania pun meminta dia memujuk Airil Amar agar menerima
gadis ranggi itu.Susahkah bagi Airil Amar?
“Tak de maknanya! Saya sayangkan awak!” kata Airil Amar
pula. Dia ketawa.
“Tak de yang lucu Maisara Hanis!” kata Airil Amar.Dia
masih tersenyum.Kalau nak belah hatinya, lebih banyak yang tidak lucu dan
berserabut tetapi dia tidak mahu dunianya sedih dan serabut.Dia mahu memilih
kegembiraan dan keceriaan.
“Memang tak lucu tapi awak ramai peminat Airil Amar.Awak
tak sedar?”Airil Amar tambah tarik muka masam. Dia pula semakin ceria.
Bukan apa, kalau sudah mereka bercuti semester dua bulan
akan datang, dia akan kesunyian. Dunianya hanya di rumah bersama ibu dan
ayahnya. Adik-beradiknya yang lain juga sibuk dengan dunia pelajaran
masing-masing. Kadang-kadang hanya malam sahaja mereka bertemu.Itu pun sesekali
kalau mereka balik dari asrama.
“Saya tak nak awak cakap pasal peminat Mai, saya nak
awak!” kata Airil Amar menjurus kepada hubungan mereka yang dia bayangkan hanya
sebagai sahabat atau kawan baik.Mereka bukan kekasih walaupun mereka selalu
diejek sebagai belangkas.Itu tidak benar. Mereka hanya layak jadi sahabat.
Sahabat baik!
Kenapa pula budak lelaki ini mahu memberatkan hubungan
mereka kepada lebih serius?Mereka masih muda dan masih banyak tugas yang hendak
dipikul dan kenapa hendak serius dengannya? Dan, dia memang tidak akan pernah
serius dalam hubungan persahabatan mereka berdua ini. Sebab, ah, biarlah
rahsia. Kata Siti Nurhaliza.
“Saya sayangkan awak seperti adik lelaki saya Amar!
Asyifa Rania cintakan awak!” katanya menyebut nama gadis yang Airil Amar tidak
suka.Mengelat wajah itu.Itulah hakikatnya.Mereka hanya sahabat. Ah sudah
berulang kali dia tegaskan.
“Awak gembira kalau saya dengan dia?” soal Airil Amar
serius. Dia diam. Sebak menggebu tetapi dia memilih senyum.Senyum itu lebih
membawa erti daripada sebak atau menangis. Lagipun dia memang tidak ada
perasaan lain kepada sahabatnya. Ah, sukar dia terangkan.
“Awak punya sukalah Amar! Kita tetap akan jadi sahabat!”
jawabnya selamba. Muka Airil Amar masam lagi. Dia tahu dan nampak dari kaca
mata tebal bakal doktor itu, singgah perasaan sedih dan marah.
Sedih kerana dia menolak cintanya dan marah kerana dia
dipermainkan. Ah, memang, dia tidak akan mampu menerima cinta Airil Amar. Cinta
Airil Amar terlalu agung dan suci.
‘Pergilah cari mana-mana gadis lain Airil Amar!’ Itu yang
dia mahu cakap.Tetapi dia tidak mampu mengeluarkan kata-kata itu dari
mulutnya.Sebenarnya dia lebih suka berterus-terang daripada memendam.
“Macam mana saya nak cari mana-mana gadis lain Mai, kalau
cinta saya ni untuk awak!” kata Airil Amar bersungguh-sungguh. Memang mahu
berdegup jantungnya namun dia sabar.Dia memang tidak setaraf dengan Airil Amar.Dia
anak perantau.Jauh merantau untuk menimba ilmu.
“Sudahlah kita bincang hal ini Amar! Kita masih muda.Kita
masih belajar!” katanya memujuk lelaki muda di depannya. Sebenarnya hatinya
parah. Tak perlu dia beritahukan kepada Airil Amar tentang hatinya.
“Jangan-jangan awak ni ada simpan kekasih kat kampung
kan?” soal Airil Amar membuatkan dia tersentak. Sejak tadi dia tidak pedulikan
ungkapan Airil Amar. Ah, tak usah disebutkanlah orang di kampung, malas dia
mahu fikir.
“Perlukah awak tahu?” soalnya tegas. Terbuntang lagi
pandangan tajam Airil Amar. Lelaki itu mengangguk. Dalam tajam tetap ada
menariknya pandangan mata lelaki ini.
“Perlu...” jawab Airil Amar. Dia terdiam seketika. Dunia
kedoktorannya di sini sudah memadai untuk dia melupakan kehidupan lampaunya.
Kata-kata Airil Amar seakan-akan menarik dia untuk terus meniti detik-detik
menyakitkan di kampungnya. Ah, sukar dia hendak menerangkan.
“Kalau perlu, nanti lah kita cerita panjang... sekarang
ni tak de maknaya!” katanya memaku janji. Terpukau Airil Amar dengan kata-kata
berisinya. Ah, tidak ada perlu diberitahu kepada kawan baiknya ini. Biarlah dia
pendamkan sendirian. Itu lebih menenangkan jiwanya.
“Janji?” kata Airil Amar.
“Kalau saya baik hati saya akan beritahu awak nanti!”
katanya.
“Wah, macam ada cerita tersembunyi pula awak selama ini!”
kata Airil Amar. Dia diam. Sukar dia hendak berterus-terang. Cukuplah sekadar
lelaki ini terlalu baik kepadanya selama ini. Selama lebih empat tahun mereka
saling mengenali. Lelaki ini prihatin dan mengambil berat tentangnya. Tetapi
itu bukan tiket untuknya berterus-terang seterang-terangnya. Kan...
“Itukah lelaki yang selalu menunggu awak di lobi asrama
awak dulu?” dia bulatkan mata. Dia geleng.
“Tak de kaitan!” katanya. Airil Amar ketawa.
“Mari kita balik!” katanya perlahan.
Dia berlalu.Hari sudah petang.Dia mahu berehat sebab esok
dia akan masuk ke bahagian wad pembedahan lagi. Dia terbayang kawan baiknya
Nurin dan kawan-kawan serumahnya yang sudah masuk ke bilik masing-masing.
Dia jadi tidak sabar!