Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Kuimpikan Bahagia 18

18 Pukul5.30 pagi, Nuha Qarina sudah terbangun. Celik sungguh matanya apabila tangan lelaki itu  sudah  melekat di pinggang kecilnya. Mahu dia tidak terkejut dengan tindakan lelaki ini. Boleh-boleh elok tangan kekarnya ini mendarat di pinggangnya. macam mana ni? Nak angkat, berat. Nak tolak nanti terbangun pula mamat sorang. Last-last, dia pandang wajah putih kuning lelaki ini. Memang ajaib ciptaan Tuhan. Ciptaan yang ditakdirkan untuknya. Alhamdulillah. tetapi kenapa dia selalu tidak bahagia? Apatah lagi mendengar cerita adik iparnya semalam, menambah kecewa di hatinya. Bagaimana dia mahu bahagia kalau mendengar lelaki ini mempunyai kekasih hati dan adiknya sendiri sangat akrab dengan gadis itu? Sediakah dia melepaskan lelaki ini? Ah, jiwanya tambah diamuk perasaan sedih dan terluka.       Sayang lelaki setampan ini rupanya milik orang lain. Bukan miliknya hakiki. Bukan dia. Dia...

Salwa Maisara 28

Salwa Maisara 28 "Eh, kenapa aku tidur di atas katil pula ni?" soalnya terpinga-pinga. semalam? apa yang berlaku semalam? kenapa dia tidak ingat? apa yang harus dia buat? kenapa lelaki ini elok-elok sahaja memeluk tubuh kurusnya ini? apa sebenarnya yang telah berlaku? "Eh, kenapa dia buat macam ni ya?" dalam banyak soalan dia sempat memerhatikan badannya yang masih berbalut pakaian. masih lengkap, fikirnya. tetapi apa yang telah berlaku? soalnya dalam hati. Jantungnya usah dicakap. jantungnya bagaikan gong yang dipalu. Memang teruk sungguh jantungnya ini. Namun dia ingin melarikan tangan lelaki ini bagaimana? DIa cuba mengangkat tangan lelaki ini. "Sayang...sayang...kenapa ni?" eh lelaki ni mengigau pula. apasal pula sibuk nak panggil dia sayang? matanya pula tertutup atau sengaja nak kenakan dia kan? "Boleh tak larikan tangan tu? Saya tak nak dipeluk-peluk begini!" katanya setelah lelaki itu membuka matanya. namun bukan arahannya yang di...

Selamat Bertemu Kembali

Assalamualaikum semua, Kepada semua pembaca setia di blog ini, saya akan menyambung semula enovel-enovel yang terbengkalai di blog ini. Doakan yang terbaik untuk saya dan anda semua ya. Aaha... doakan yang terbaik untuk kita semua dan doakan saya dapat menyiapkan enovel-enovel di sini dengan sesempurnanya. Insha Allah. Saya juga sedang menyiapkan sebuah lagi sinopsis enovel terbaharu untuk tatapan anda semua di blog ini. Insha Allah. Terima kasih ya. Iman. 9.9.15