Salwa Maisara 28
Salwa Maisara 28
"Eh, kenapa aku tidur di atas katil pula ni?" soalnya terpinga-pinga. semalam? apa yang berlaku semalam? kenapa dia tidak ingat? apa yang harus dia buat? kenapa lelaki ini elok-elok sahaja memeluk tubuh kurusnya ini? apa sebenarnya yang telah berlaku?
"Eh, kenapa dia buat macam ni ya?" dalam banyak soalan dia sempat memerhatikan badannya yang masih berbalut pakaian. masih lengkap, fikirnya. tetapi apa yang telah berlaku? soalnya dalam hati. Jantungnya usah dicakap. jantungnya bagaikan gong yang dipalu. Memang teruk sungguh jantungnya ini. Namun dia ingin melarikan tangan lelaki ini bagaimana? DIa cuba mengangkat tangan lelaki ini.
"Sayang...sayang...kenapa ni?" eh lelaki ni mengigau pula. apasal pula sibuk nak panggil dia sayang? matanya pula tertutup atau sengaja nak kenakan dia kan?
"Boleh tak larikan tangan tu? Saya tak nak dipeluk-peluk begini!" katanya setelah lelaki itu membuka matanya. namun bukan arahannya yang didengar tetapi lelaki itu terus memeluk tubuhnya. apa sudah jadi dengan lelaki ini? ah, dia tidak mahu berlaku seuatu kepada dirinya pada pagi yang berbahagia ini.Mahu dia tak menangis dengan tingkah laku lelaki ini. Dia terasa betapa berat kepalanya melihat lelaki ini dengan sikap selambanya.
"Takkan peluk isteri pun tak boleh?" soal lelaki ini. Memangboleh tetapi dia tidak mahu lelaki ini terlajak pula nanti. bukan apa, kan mereka hanya nikah buat sementara sahaja. Bukankah lelaki ini akan menikahi kekasihnya suatu hari nanti? JAdi, kenapa dia mahu beri harapan kepada lelaki ini? DIa memang sayang kepada pernikahan mereka ini tetapi siapa dia kalau hanya bertepuk sebelah tangan.
"Saya nak bangun, nak solat bang." katanya yang sudah bersedia hendak bangun dan memandang tualanya di hujung katil saiz king ini. Entak kenapa pula dia letak di situ tuala itu?
"Abang pun nak solat juga. tapi takkan seawal ni. Baru jam 4.30 pagi ini. belum masuk lagi waktu Subuh." kata lelaki it uyang memandang telefonnya. DIa menggeleng. Apa yang lelaki ini hendak buat? oh tidak!
"Err, saya belum Solat Fajar lagi." katanya.
"Solat apa tu?" soal lelaki ini. Dia mungkin pura-pura tidak tahu atau sengaja nak menguji dirinya.
"Solat sebelum Subuh." katanya. lelaki itu sudah memegang tangannya. Mahu sahaja dia berkasar dengan lelaki ini.
"Oh macam tu. Bukan nak lari dari abang ke? Elok-elok sayang tidur tadi, kenapa nak bangun pula. Marilah kita tidur. Abang mana ada nak kacau sayang." kata-kata lelaki itu membuatkan dia terkejut. Benarkah lelaki ini tidak mahu mengganggunya? aduhai!
"Tak pe lah saya nak ke tandas kejap." berdebar dadanya melihat mata kuyu lelaki itu. Pandai sangat nak memujuk lelaki ini. fikirnya dalam hati.
"Lepas ni kena tidur dengan abang tahu!" dia terpaksa mengangguk setelah lelaki ini melepaskan tangannya.
..... Bersambung.