Kuimpikan Bahagia 18
18
Pukul5.30 pagi, Nuha Qarina sudah terbangun. Celik sungguh matanya apabila tangan lelaki itu
sudah melekat di pinggang kecilnya. Mahu dia tidak terkejut dengan tindakan lelaki ini. Boleh-boleh elok tangan kekarnya ini mendarat di pinggangnya. macam mana ni? Nak angkat, berat. Nak tolak nanti terbangun pula mamat sorang. Last-last, dia pandang wajah putih kuning lelaki ini. Memang ajaib ciptaan Tuhan. Ciptaan yang ditakdirkan untuknya. Alhamdulillah. tetapi kenapa dia selalu tidak bahagia? Apatah lagi mendengar cerita adik iparnya semalam, menambah kecewa di hatinya. Bagaimana dia mahu bahagia kalau mendengar lelaki ini mempunyai kekasih hati dan adiknya sendiri sangat akrab dengan gadis itu? Sediakah dia melepaskan lelaki ini? Ah, jiwanya tambah diamuk perasaan sedih dan terluka.
Sayang lelaki setampan ini rupanya milik orang lain. Bukan miliknya hakiki. Bukan dia. Dia hanya isteri kerana mengikut kemahuan ibu bapa mereka. Kalau ikutkan lelaki ini belum tahu dia akan terpilih. Dia tahu siapa dirinya di sisi hati lelaki ini. Memang dia rasa sangat terpinggir. Ah, takkan pagi-pagi buta ini dia rasa terpinggir. Aduhai lah hati Salwa!
sudah melekat di pinggang kecilnya. Mahu dia tidak terkejut dengan tindakan lelaki ini. Boleh-boleh elok tangan kekarnya ini mendarat di pinggangnya. macam mana ni? Nak angkat, berat. Nak tolak nanti terbangun pula mamat sorang. Last-last, dia pandang wajah putih kuning lelaki ini. Memang ajaib ciptaan Tuhan. Ciptaan yang ditakdirkan untuknya. Alhamdulillah. tetapi kenapa dia selalu tidak bahagia? Apatah lagi mendengar cerita adik iparnya semalam, menambah kecewa di hatinya. Bagaimana dia mahu bahagia kalau mendengar lelaki ini mempunyai kekasih hati dan adiknya sendiri sangat akrab dengan gadis itu? Sediakah dia melepaskan lelaki ini? Ah, jiwanya tambah diamuk perasaan sedih dan terluka.
Sayang lelaki setampan ini rupanya milik orang lain. Bukan miliknya hakiki. Bukan dia. Dia hanya isteri kerana mengikut kemahuan ibu bapa mereka. Kalau ikutkan lelaki ini belum tahu dia akan terpilih. Dia tahu siapa dirinya di sisi hati lelaki ini. Memang dia rasa sangat terpinggir. Ah, takkan pagi-pagi buta ini dia rasa terpinggir. Aduhai lah hati Salwa!
“Eh, seronoknya dia peluk-peluk orang!” katanya sendirian. Dia cepat-cepat mahu mengangkat tangan suaminya itu dari pinggangnya. Dia harus berhati-hati. Kalau tidak lelaki itu akan tersedar dan dirinya akan terganggu pula. Jadi dia harus berhati-hati. Dia harus bangun awal dan balik ke rumah sewanya. Dia harus awal kerana kediaman rasmi ibu bapa mertuanya ini agak jauh juga daripada tempatnya bertugas.
“Hmmm, sayang Nuha,” bulat matanya berdebar dadanya. Lelaki itu mengetatkan pelukannya.
“Alamak, macam mana ni?” soalnya dalam hati. Lelaki itu bukan sahaja sudah mengetatkan pelukannya tetapi juga dia sudah sedar dan mengucup lehernya.
Dia yang sedang membelakangkan suaminya ini terasa gerun pula. Apa yang sudah suaminya ini buat? Tahukah suaminya yang dia sedang bersedia hendak bangun? Ah, suaminya pula bagaikan orang sawan tidak sedar diri bertindak mengucup bahagian di bahagian belakang tubuhnya ini. Apakah dia akan teruja? Aduh!
Takkan dia hendak berdiam diri. Lelaki itu sudah memusingkan tubuhnya secara paksa pula. Dia terpaksa pura-pura tidak sedar dan menutup matanya walaupun sudah berdepan dengan suaminya ini.
“Apa yang awak nak buat?” soalnya dengan terketar-ketar. Lelaki itu sudah mengucup pipinya dan hampir mencium bibirnya. Dia cepat-cepat bersuara.
“Sayang Nuha, percayalah abang rindukan isteri abang ni,” kata membisik di telinganya. Dia sudah ketakutan. Lelaki itu rupanya sudah sedar. Apa yang dia mahu jawab?
Mereka sudah sama-sama membuka mata dan berdepan. Takutnya Nuha Qarina dengan pandangan suaminya yang melekat ke arah matanya sukar dia hendak terangkan. Dia ingat semalam suaminya tidak akan mengganggunya. Dia ingat suaminya sudah kepenatan dan tidak mahu mengganggunya. Sekarang apa sudah jadi?
“Sayangku Nuha, abang takkan duakan Nuha. Percayalah abang. Abang baru tahu yang abang cintakan Nuha,” katanya. Nuha Qarina menutup matanya. Lelaki itu sudah memeluk tubuhnya erat. Bukannya dia tidak mahu dimanjakan oleh suaminya tetapi entah kenapa dia terasa cuak pula. Dia tidak menyangka lelaki yang sudah lenyap dari hidupnya hampir enam bulan ini, kini muncul kembali.
Bagaikan ikan tanpa air, dia hampir menggelupur sahaja apabila tiba-tiba sahaja ditinggalkan suami. Suaminya bagaikan matahari yang menyinari hidupnya. Air matanya bagaikan air di kali, mengalir mesra tanpa hentiannya. Dia teresak di dalam pelukan suaminya itu. Dia terasa seperti padang pasir yang tiba-tiba disirami hujan pula.
“Sayang, kenapa sayang nangis ni? Sayang tak percayakan abang?” soal lelaki bertubuh gagah yang sudah mengawal dirinya kini. Debaran di dadanya semakin menggila. Ketika telinganya tiba-tiba berada di dada suaminya itu, dia juga terasa betapa kuatnya denyutan jantung lelaki itu. Apakah lelaki itu turut sama berdebar seperti dirinya?
Dia menggeleng. Bukan dia tidak percaya. Percaya tetapi perasaan terkejut mengalahkan rasa ketidakpercayaan itu.
“Sayang, maafkan abang,” kata lelaki itu yang sudah mengucup dahinya. Dia menutup matanya untuk menikmati kesyahduan rasa bahagia yang mula menguntum di hatinya kini.
“Abang akan bahagiakan sayang,” janji lelaki itu. Dia menggeleng. Dia tidak perlu semua itu sebenarnya. Namun apakan dayanya jika suaminya datang semula datang dalam hidupnya dan memohon komitmennya sebagai isterinya pula.
Dia mengangguk walaupun dalam rasa sangsi yang tidak mampu ditahan. Lelaki itu sudah mengesat air matanya dengan tangannya dan mengucup pipinya. Sekali lagi dia teruja. Teruja sangat dengan perbuatan suaminya.
“Abang bahagia sangat malam ini,” bisiknya lagi. apakah dia juga bahagia? Ah, sukar dia hendak memberikan jawapannya. Bahagiakah jika sekian lama ini dibumbui dengan derita? Soalnya dalam hati. Rasa bahagia itu ditutupnya dengan kenangan pahit selama ini.
“Sayang bahagia?” Ya Allah, apakah jawapan yang cuba diberikannya kepada suaminya ini? Perlukah dia hanya mengangguk walaupun hakikatnya bagaikan dicucuk duri yang tajam menikam selama ini? Namun, ya, dirinya mala mini bagaikan padang pasir yang tiba-tiba menerima hujan. Hujan kebahagiaan. Ah, sukarnya diubati sakitnya dirinya selama ini tetapi kenapa hatinya begitu cepat terpujuk?
“Sayang bahagia kan?” bisik suaminya lagi. ah, kalau difikir sepintas lalu, dia memang bahagia. Bahagia amat. Apakah kebahagiaan ini akan berlarutan selamanya? Apakah selepas dia bahagia pagi ini, suaminya akan meninggalkannya lagi pada hari esok? Atau dia yang akan pergi? Ah! Sukar sungguh dia hendak percaya bahagia yang tiba-tiba mercup dalam hidupnya secara tiba-tiba ini.
“Sayang, answer me,” bisik suaminya seperti memaksanya pula. Akhirnya dia mengangguk dan membuka matanya. Suaminya itu sedang memandangnya dengan pandangan yang sukar dikawal. Mereka bertatapan seketika dan ah, dia menundukkan matanya semula. Dia tidak tahan melawan pandang pandangan menikam suaminya itu. Dan, seketika itu dia dan suaminya hanyut di lautan rindu. Dia juga turut membalas pelukan suami yang sekian lama dinantinya ini.
“Sayang, I love you,” kata suaminya ini. Inilah pengakuan yang ditunggu-tunggu selama ini.
“Err…” dia ragukah ini.
“Sayang, believe me, I love you sayang.” Ulangnya lagi. “Do you?” bisiknya lagi. Dia diam sahaja. Tidak mampu membalasnya. Terkejut, terkilan bertindan-tindan di hatinya.
“Sayang…” bisik suaminya seperti sudah geram dengan pegunnya.
“Ya.” Sahutnya.
“Do you love me?” apakah dia perlu menjawab soalan itu dalam situasi terkejut begini? Soalnya kepada hatinya.
“Berikan saya masa, mungkin agak terkejut saya ni,” jawabnya perlahan.
“Hmmm,” kata lelaki it uterus mengucup pipi dan telinganya. Dia kegelian dan cuba menolak perbuatan lelaki itu.
“Izinkan abang sayang,” bisik suaminya. Dia membeliakkan matanya. Mahu menangis pun ada. Redakah dia selaku isteri yang sebenar-benarnya menjalankan tanggungjawab kepada suaminya yang selama ini mengakui tidak mencintainya selama ini? Benarkah lelaki ini mencintainya dalam diam ini?
Bagaimana kerjayanya selepas ini? Ah, apa yang harus dijawabnya?
“Sayang…” bisik suaminya lagi. Hanya dengan anggukan sahaja dia telah pun menjalankan tugasnya sebagai isteri kepada lelaki ini akhirnya.
***
Dengan perlahan dia mahu bangkit dengan segera. Dilihatnya suaminya sudah terbaring lesu di pembaringan mereka. Dia terus membersihkan dirinya. pakaian malamnya dikutipnya perlahan. Air matanya terus mengalir deras sederas air terjun yang mengalir di Niagara. Dengan mata sayu suaminya itu hanya memerhatikannya. Apakah dia mengerti betapa sakit dilukai.
Ah, kali ini dia dilukai lagi? apakah selepas ini dia akan terluka lagi seperti enam bulan yang lalu? Dia tidak mampu meramal, dia hanya mampu berserah kepada Allah.
“Sayang Nuha, abang janji… abang janji akan melindungi sayang. Akan bertanggungjawab dan tidak akan membiarkan Nuha lagi. Percayalah sayang.” Sekali lagi dia terkejut. Rupanya suaminya menyedari akan hatinya yang terluka sekian lama. Sebenarnya dia sudah pun memfailkan permohonan cerainya di mahkamah syariah tanpa pengetahuan sesiapa kecuali kawan baiknya Kartika sahaja.
“Saya… saya… terluka bang,” katanya tergagap-gagap. Suaminya menutup mulutnya.
“Percayalah sayang, abang takkan biarkan sayang terluka lagi selepas ini,” kata lelaki itu. Apakah dia akan mempercayai lelaki ini atau menunggu sejauh mana kebenarannya?
Akhirnya dia menutup matanya. Dia berharap kejadian mengerikan beberapa bulan lalu hanya sebuah mimpi ngeri yang tidak akan berulang. Akhirnya suaminya itu sudah mengucup dahinya dengan penuh kasih sayang.
Happy Reading....