TEASER 1: CINTA SANG PILOT
ASSALAMUALAIKUM SEMUA....
INI BUKAN BAB YANG SETERUSNYA BAGI ENOVEL CINTA SANG PILOT
INI BUKAN BAB YANG SETERUSNYA BAGI ENOVEL CINTA SANG PILOT
Entah jam berapa Nukman Faris balik ke rumah pada malam itu aku sudah tidak sedar. Alih-alih tangannya sudah melekat di pinggangku dan kakinya yang agak memberat di kakiku. Bagaimana aku hendak menolak kakinya yang agak berat ini? Tangannya ini pun macam besi beratnya. Sukar aku hendak mengangkat tangannya ini. Macam dipaku pula. Melekat!
“Eh, macam mana ni?” soalku dalam gelap. Dia sudah membisik-bisik sesuatu dan menggigit telingaku. Aku terasa geli. Aku benci. Benci dengan kerenahnya ini. Mahu sahaja aku menolak tubuhnya ini. Namun aku tahu tubuh tegap ini tidak terkudrat aku hendak menolaknya. Akhirnya aku hanya mendiamkan diriku dan aku mengambil peluang jika dia melonggarkan pelukannya aku akan keluar dari pelukannya nanti. Bolehkah ini?
“Sayang, kenapa ni resah ni? Tadi kan dah janji kat abang kalau kat bilik boleh?” dalam gelap mataku membuntang dan mukaku membahang, jantungku bekerja keras kerana cukup terkejut. Janji apa pula ni? Dia masih bangun dan tangannya sudah bekerja meraba-raba di tubuh kecilku ini! Mak, ayah tolooong Tasya!
“Siapa kata? Saya tak kata apa-apa pun tadi!” soalku masih menolak tangannya yang gagah dan berat itu. Macam batu pula di pinggangku. Kalau pinggangku patah macam mana? Eh, lelaki ini selalu hendak menyusahkan aku. Kalau dia tidak menyusahkan aku boleh tak?
“Sayangkan cakap tadi. Nuraina kan saksi?” bisiknya. Aku mahu menangis. Mana ada aku mahu? Kalau pegang tangan bolehlah! Takkan dia nak minta yang bukan-bukan? Dia nak aku jalankan tugasku sebagai isteri sebenarnya? Takkan aku nak bantah pula? Kalau bantah, itu namanya aku akan dilaknat malaikat sehingga suamiku reda kepadaku. Argh!
“Mana ada!” tolakku perlahan. Dia sudah meminta aku menghadapnya. Dalam remang cahaya di bilik kami ini, aku pandang wajah mengharap itu. Aku pula masih berdolak-dalik. Sama ada mahu setuju atau tidak. Susahnya buat keputusan. Akhirnya aku mengangguk.
“Sayang rela kan?” soalnya berbisik. Dia sudah memeluk aku. Mukaku sudah kepanasan walaupun di dalam penghawa dingin yang agak kuat di bilik ini. Tadi, adiknya yang memaksa-maksa aku bercakap mengenai bahagia. Sekarang abangnya pula meminta aku sesuatu yang terpaksa aku setujui. Bukan terpaksa tetapi itu sebenarnya tugas sebagai isteri yang sebenarnya, zahir dan batin! Kataku dalam hati. Aku bertekad untuk menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik. Dengan baik dan penuh dedikasi sementara ibu bapa kami ada di rumah ini. Bagaimana? Ok tak janjiku itu?
“Kalau tak rela macam mana? Abang nak buat macam hari tu kan?” soalku. Dia mengucup tanganku yang sudah dibawa ke mulutnya. Aku tahu dia masih kesal dengan tindakannya. Sepatutnya aku tidak menyoal dia begitu. Berdosakah aku kerana cuba menyakiti hati suamiku sendiri? Sejahat manapun dia terhadapku, dia tetap suamiku. Aku terasa bersalah pula.
“Abang takkan buat macam tu lagi sayang. Percayalah, abang sayangkan isteri abang ni, isteri abang dunia akhirat,” katanya mengelus pipiku pula. Aku pejam mata seketika.
“Abang janji?” kulihat dia mengangguk. Kuletakkan tanganku di dadanya, debar dadanya sama kuat dengan debar dadaku. Kami berpandangan seketika. Apakah selama ini dia pun begitu? Soalku dalam hati.
“Abang akan janji sayang. Entah kenapa abang tak boleh nak kawal diri hari itu, ampunkan abang sayang,” katanya dengan sepenuh bisikan di telingaku. Aku angguk kemudiannya.
“Apa boleh buat bang, ia sudah terjadi terpaksa saya terima dengan reda.” Kataku perlahan. Aku sendiripun tidak mahu memanjangkan persengketaan kami bersama maka lebih baik aku dan dia saling bermaafan. Tidaklah kami bermasam muka.
“Terima kasih sayang. Abang sayang isteri abang ni,” katanya mengucup tanganku pula. Aku menutup mataku bagi menikmati apa yang sedang aku hadapi.
“Terima kasih kalau sudi sayangkan saya.” Kataku perlahan. Kami saling berbisik.
“Abang sentiasa sudi menjadi suami sayang. Abang harap kita akan menjadi suami isteri selama-lamanya.” Katanya pula. Aku hanya mengangguk. Pandangan kami bertaut. Walau hanya sesaat tetapi aku tetap terasa betapa berdegupnya jantungku dan betapa menggeletarnya tubuhku. Perasankah dia?
“Sayang bahagia sekarang kan?” aku pandang wajah dia. Kenapa lagi dia bertanya mengenai bahagia kami. Sebenarnya kami memang bahagia.
“Bahagia itu ada di hati. Abang bahagia tak kalau saya menjadi isteri abang? Bukankah abang terpaksa selama ini?” soalku ingin mengetahui hatinya yang paling tulus. Dia merenung aku. Kemudian dia mengangguk. Aku terasa sebak. Mungkin ini yang dinamakan dalam derita ada bahagia.
“Abang tidak terpaksa. Abang bahagia sejak abang mahu menerima sayang menjadi isteri abang untuk dunia dan akhirat sehingga ke anak cucu cicit kita sayang,” aku bahagia mendengar katanya. Tetapi aku masih ragu. Benarkah pengakuannya? Bagaimana dengan kekasihnya yang menunggu dia menceraikan aku?
“Kalau abang silap sayang tegurlah abang ya. Abang juga manusia biasa. Abang bukannya malaikat.” Katanya. Aku angguk lagi. Tatkala dia mendekatkan bibirnya ke bibirku, degupan jantungku semakin laju.
“Abang cintakan sayang, sayang Tasya cintakan abang tak?” apakah aku harus menerima cintanya itu? Benarkah dia cintakan aku? Bukankah dia hanya sayangkan aku sebagai sepupunya? Namun soalan itu terhalang di hatiku sahaja.
“Sayang, belum ada lagikah perasaan cinta kepada abang ni?” soalnya. Aku diam lagi. Diam tidak berkutik. Kenapa malam ini kedua-dua beradik ini menyoal aku dengan soalan yang sukar aku nak jawab?
“Benarkah abang cintakan saya?” soalku. Dia terus memeluk aku dengan sepenuh hatinya. Apakah dia hendak memberitahu aku tentang cintanya yang tulus?
“Abang, saya sukakan abang, saya kadang-kadang rindukan abang tapi cinta? Saya tak tahu lagi. Kalau benar cinta, nanti saya beritahu kat abang,” jawabku berterus-terang.
“Betul sayang rindukan abang?” soalnya. Aku angguk. Terasa malu sebab terlalu berani. Mahu sahaja aku tampar mulutku.
“Tapi, hanya rindu sedikit bukan cinta maknanya tu!” masih mempertahankan perasaanku sendiri. Walhal kalau tanpa dia di sisiku aku bagaikan kucing kehilangan anak. Resah berpanjangan.
“Abang akan tunggu cinta sayang,” katanya berbisik dengan penuh romantik di telingaku. Aku gosok telingaku perlahan. Aku pandang wajahnya mencari kebenaran. Apakah benar dia mencintai aku? Bagaimana dengan kekasihnya? Bukankah cinta pertama itu lebih bermakna berbanding cinta kedua?
“Bagaimana dengan kekasih abang? Kenapa cinta abang semurah ini?” soalku memohon kebenarannya.
“Cinta murah? Ini cinta sebenar, cinta berlandaskan agama kita dan cinta kerana sayang isteri abang,” jawabnya. Mukanya sudah kelat. Ya Allah, benarkah sesungguhnya pengakuannya ini?
“Bolehlah ni kan?” soalnya. Aku takut pula tiba-tiba. Andainya selepas ini nasib baik tidak menyebelahiku, bagaimanakah kehidupanku tanpanya di sisiku. Tetapi aku pendamkan semuanya. Cuma aku sebak seketika. Tetapi tanggungjawab dan amanah tetap sudah tersurat. Aku tidak seharusnya menolak amanah dan tanggungjawab ini.
Dia sudah kulihat tersenyum manis kepadaku lantas mengucup dahiku turun ke semua apa yang ada di wajahku hingga ke leherku.
Akhirnya pada malam itu rasmilah kami menjadi suami isteri yang sebenarnya. Aku hanya menangis di dalam hati walaupun dia cakap dia cintakan aku tetapi aku tidak tahu sejauh mana pula cintanya kepada kekasihnya. Lelaki kan punya kuota sampai empat? Takutnya!
***
“Sayang menyesal?” soalnya ketika aku sudah membersihkan diriku. Aku geleng-geleng. Aku tidak akan memberitahunya semua ketakutanku selepas ini. Aku tidak akan mengongsikan dengannya. Aku takut sebenarnya. Dia sudah membawa aku ke dalam pelukannya sekali lagi.
Aku tidak pernah menyesal dinikahkan dengannya. Apa yang aku kesalkan tuntutan perjanjian dan tagihan dari kekasihnya. Ah, biarlah dia yang selesaikan. Kataku yang sudah masuk ke dalam pelukannya. Dia mengelus dan mencium wangi dari rambutku yang sudah kusyampu wangi sebentar tadi.
“Abang mencintai sayang sampai akhir nafas abang, dunia akhirat.” Bisiknya. Air
mataku bagaikan aliran sungai mengalir tenang.
Ya Allah jika benar cinta kami berdua, satukanlah perasaan kami berdua hingga akhir hayat kami. Begitu dalam sebak aku berdoa.