Bab 15 Salwa Maisara cepat-cepat bangun dari tolakan lelaki itu. Sungguh tidak berperikemanusiaan betul! Mahu sahaja dia ketuk kepala lelaki ini tetapi dia tidak mampu. Tenaganya mengalahkan tenaga gergasi. Kalau gergasi baik lagi! Ini tidak, dia ini bukan gergasi! “Eh, apa yang awak nak buat kat saya ya?” soalnya bingung namun dia sempat bangun dan duduk dengan segera. Dia tidak mahu diperbodohkan oleh lelaki ini. Kedengaran lelaki itu ketawa. Entah apa yang ada dalam hatinya. Semakin menyakitkan Salwa Maisara. Mahu sahaja dia menangis apabila lelaki itu sudah menindih tubuhnya dan memeluknya. Dia mahu segera keluar dari bilik yang bagaikan neraka itu. dia mahu keluar tetapi dia tidak mampu. Tangannya masih menolak-nolak di mana-mana tindihan lelaki itu. malah kalau boleh dia sanggup memukul lelaki itu jika dia bertindak lebih-lebih pula. Sakit benar hatinya. “Awak tanya sayang, apa yang abang nak buat?” soalnya berbisik di telinganya. Tangan lelaki itu elok sahaja bertengg...