Api Rindu Masih Menyala Sudah dua bulan pernikahannya dengan lelaki kacukan Cina itu. Sudah dua bulan juga dia bagaikan terkurung di istana kaca lelaki itu. Dia sudah diberhentikan kerja dan hanya membuat kerja rumah. Selebihnya menelaah pelajarannya. Ke mana-mana sahaja dia pergi dia hanya ditemani oleh lelaki itu. Sehingga dia naik jelak dan sungguh benci. Dia resah tidak menentu. Walaupun perasaan bencinya masih menebal namun dia takut perasaan itu akan terhakis dari sehari ke sehari. Bencinya semakin nipis dan nipis. Bagaimana dia mengelakkan hal itu? “Boleh tak kalau kita mula sebagai kawan?” pinta lelaki itu suatu hari. Lelaki itu ditatapnya sesaat. Ketampanan lelaki itu terserlah walaupun pandangan mereka bertaut hanya sesaat. Namun, sesaat kemudian, dia sudah menjeling lelaki itu tanpa ampun. Entah kenapa perkahwinan tanpa perancangan menyebabkan hatinya bagaikan dirunut-runut untuk membenci lelaki yang be...
Bab 15 Salwa Maisara cepat-cepat bangun dari tolakan lelaki itu. Sungguh tidak berperikemanusiaan betul! Mahu sahaja dia ketuk kepala lelaki ini tetapi dia tidak mampu. Tenaganya mengalahkan tenaga gergasi. Kalau gergasi baik lagi! Ini tidak, dia ini bukan gergasi! “Eh, apa yang awak nak buat kat saya ya?” soalnya bingung namun dia sempat bangun dan duduk dengan segera. Dia tidak mahu diperbodohkan oleh lelaki ini. Kedengaran lelaki itu ketawa. Entah apa yang ada dalam hatinya. Semakin menyakitkan Salwa Maisara. Mahu sahaja dia menangis apabila lelaki itu sudah menindih tubuhnya dan memeluknya. Dia mahu segera keluar dari bilik yang bagaikan neraka itu. dia mahu keluar tetapi dia tidak mampu. Tangannya masih menolak-nolak di mana-mana tindihan lelaki itu. malah kalau boleh dia sanggup memukul lelaki itu jika dia bertindak lebih-lebih pula. Sakit benar hatinya. “Awak tanya sayang, apa yang abang nak buat?” soalnya berbisik di telinganya. Tangan lelaki itu elok sahaja bertengg...
BERPISAH “Ya Badrul Muluk, lagi cepat tuan hamba pergi lagi bagus beta rasa! Beta akan adukan hal ini kepada ayahanda esok jika tuan hamba terus di sini! Jadi ada baiknya tuan hamba pergi dari sini! Ia akan memulihkan keadaan!” titah Puteri Siti Selasih dengan tegas. Badrul Muluk dapat rasakan perasaan benci menyelinap di hati kakak iparnya itu. Badrul Muluk mengangguk. Dia faham jika abang dan kakak iparnya sendiri hendak mengadukan hal ini kepada sultan dan permaisuri dan barisan para menteri pada keesokan harinya. Kesal dan kecewanya terhadap abangnya sendiri semakin berganda-ganda. Dia tidak menyangka abangnya sendiri akan berubah secepat itu. “Baiklah bang, saya akan pergi dari sini. Tetapi....” dia terjeda seketika. Dipandangnya wajah murung abangnya sepuas hatinya. Mungkin selepas ini mereka tidak lagi dapat berpandangan seperti ini. “Apa lagi Badrul?” soal Saiful Muluk kepadanya. Badrul Muluk memandang abangnya. Dia kasihkan abangnya dan dia kasihan kepada ...