Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

Makluman: Novel Salwa Maisara

Assalamualaikum semua pembaca, Selamat pagi, Selamat Sejahtera dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 dengan tema Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.  Novel Salwa Maisara sedang bersiaran di ilham.karangkraf.com. Jika semua pembaca ada masa silalah singgah dan berikan bintang-bintang kepada novel online itu ya.  Terima kasih saya ucapkan kepada semua pembaca kerana selama ini menyokong saya dengan membaca novel-novel di dalam blog ini.  Untuk terus ke novel Salwa Maisara bolehlah ke link di sini; http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=3124&idc=16927 Sekian terima kasih.  Iman Nasuha. 

Novel Cinta Sang Pilot Sudah Siap Sepenuhnya

Assalamualaikum semua.  Apa khabar anda semua yang singgah? Saya berdoa dan berharap agar anda semuanya sihat-sihat dan ceria-ceria selalu.  Alhamdulillah, dengan segala suka citanya dan berdebarnya saya mengumumkan bahawa novel Cinta Sang Pilot sudah siap sepenuhnya dan sudah dihantar ke pihak penerbitan. Saya berdoa yang terbaik untuk novel sulung saya itu.  Para pembaca semua saya juga mengharapkan agar pembaca semua mendoakan yang terbaik untuk kelahiran novel sulung saya itu dalam bentuk cetakan buku. Dan, saya berdoa agar semuanya akan dipermudahkan.  Sama-sama kita menantikan keputusan dari penilaian ke atas manuskrip pertama saya Novel Cinta Sang Pilot.  Nak baca lagi, follow link ini:  http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2072&idc=16483 Baiklah, setakat ini dahulu cerita saya. Moga kita jumpa lagi di lain makluman.  Iman Nasuha. 

Novel: Salwa Maisara 14

Bab 14 Lelaki ini memang sudah gila. Apa lagi alasan yang hendak dia berikan agar dia dapat meloloskan diri daripada lelaki ini? Dia tidak mahu dibawa ke bilik lelaki ini. Dia sudah ditarik macam kerbau. Dia menguatkan kakinya menjejakkan ke lantai simen itu.             “Jangan tarik tangan saya lah bang! Sakit tahu tak? Malulah orang nampak!” katanya marah kepada lelaki ini. Lelaki ini bertambah menguatkan lagi pegangannya. Sakit hatinya.             “Apa nak malu! Kita kan suami isteri.” Kata lelaki itu seperti cuba mengusiknya. Lelaki itu masih memandangnya dengan pandangan yang cukup tidak disukainya.             “Suami isteri apa? Abang kan nak kita tinggal asing-asing! Buat apa abang nak bawa saya ke bilik abang? Ini sudah melanggar perjanjian!” soalnya mengembalikan paku buah keras. Lelaki itu berhenti dan...

Novel: Salwa Maisara 13

Bab 13 “Seronok jumpa kekasih di sini?” soal lelaki itu tiba-tiba. Salwa Maisara hanya menundukkan pandangannya sejak tadi. Sebenarnya hatinya semakin sakit dan sebenarnya dia mahu jegilkan matanya kepada lelaki yang tidak sedar diri dan tanggungjawab itu. tetapi, dia memaksa dirinya agar bersabar. Bersabar menghadapi dugaan dari suaminya ini. Walaupun mereka sudah sah menjadi suami isteri tetapi mereka tetap seperti orang asing. Dia jeling lelaki itu. Ah, berani-berani pula dia jeling suaminya yang matanya macam mata singa jantan hendak terkam mangsa itu! Haha!             “Err...” katanya. Dia gugup. Tidak menyangka sama sekali lelaki itu akan menuduhnya begitu.             “Saya Indra Roslan.” Kata ketua pensyarahnya itu bersedia untuk bersalaman. Dia tidak mengangkat tangannya.             “Mari...” dia teru...

Novel: Salwa Maisara 12

Bab 12 Terkocoh-kocoh Salwa Maisara turun ke cafe setelah bersiap ala kadar. Dia baru berasa lapar. Semalam dia langsung tidak makan. Sakit hatinya memikirkan suami yang baru dinikahinya. Bersuami rupanya bukannya menyenangkan, tetapi menyusahkan hidupnya pula. Seleranya hilang terpandangkan wajah suaminya yang agak masam dan marah-marah. Sayang sahaja wajah kacak macam pelakon Remy Isyak tetapi muka masam macam mangga muda! Pagi ini dia berasa agak lapar pula. Walaupun dia minum kopi yang disediakan di biliknya tadi, namun perutnya tetap tidak mahu bekerjasama dengan kemahuannya. Kemahuannya ialah tidur dahulu di biliknya itu. Ketika dia masuk ke situ, dia terus sahaja terpandangkan Encik Indra Roslan. Tidak sia-sia dia menginap di resort itu. rupanya ada orang yang dikenalinya di situ. Sayang pula dia sudah kahwin, tak dapatllah dia nak tackle lelaki yang sama kerja dengannya itu. sedikit hampa dia tetapi dia ingat dia sudah menjadi isteri orang. Dia terpandangkan dengan orang...

Makluman

Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada seluruh pembaca blog putrimanasuha ini. walaupun agak terlambat tetapi mungkin masih belum terlambat. Terima kasih atas komen-komen yang membina untuk penulis di blog ini. Penulis sungguh menghargai semua komen yang diberikan dan akan diambil tindakan. Semua novel di dalam blog ini sedang disiapkan sepenuhnya dengan kadar yang sangat segera dan cuba dihantar ke mana-mana penerbitan. In sha Allah. Doakanlah penulis dapat menyiapkan semua novel yang tergantung di blog ini. Sekali lagi, terima kasih di atas komen-komen yang membina dan cuba memperbaiki keseluruhan penulisan novel di blog ini. Terima kasih sekali lagi. Semoga hidup kita ceria-ceria sahaja! Penulis. Putrimanasuha.

Makluman

Makluman Novel Cinta Sang Pilot sudah mencecah 85 bab malam ini. Novel ini akan disiapkan secepat mungkin. Teruslah membaca novel ini melalui link http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2072&idc=16483 http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2072&idc=16483 Silakan baca ya dan komen.

Novel: Salwa Maisara 11

Bab 11 Telefonnya berbunyi lantang menyakitkan pendengarannya. Dia masih ingin tidur. Dia sudah setkan masa hendak bangun pagi ini iaitu jam 8.30 pagi. Dia sudah berjanji dengan Sulaiman semalam. “His, siapa pula yang telefon pagi-pagi buta ini!” dia sempat memandang jam di telefonnya, baru pukul 6.30 pagi. “Papa?” soalnya masih bercakap sendirian. Matanya terpaku di telefon pintarnya. Tidurnya yang selesa terganggu sedikit walaupun matanya letih semalam mengingati isteri yang baru dinikahinya semalam. “Apa lagi papa mahu pagi-pagi buta ni! Orang sudah lah penat, dia nak ganggu pula! His, mengganggu lah pula!” katanya masih membebel memandang telefonnya yang menjerit sejak tadi minta diangkat. “Aduhai! Kalau dia tanya pasal isteri yang aku dah tak tahu pegi mana semalam tu macam mana ye?” soalnya mahu mencipta alasan. “Ah, cakap sajalah dia ada di sini! Bukannya papa nampak pun!” katanya sendirian lagi. Dia malas mahu fikir. Dia cepat-cepat bingkas bangun dari katil em...