Novel: Salwa Maisara 14
Bab 14
Lelaki ini memang sudah
gila. Apa lagi alasan yang hendak dia berikan agar dia dapat meloloskan diri
daripada lelaki ini? Dia tidak mahu dibawa ke bilik lelaki ini. Dia sudah
ditarik macam kerbau. Dia menguatkan kakinya menjejakkan ke lantai simen itu.
“Jangan tarik tangan saya lah bang! Sakit tahu tak? Malulah
orang nampak!” katanya marah kepada lelaki ini. Lelaki ini bertambah menguatkan
lagi pegangannya. Sakit hatinya.
“Apa nak malu! Kita kan suami isteri.” Kata lelaki itu
seperti cuba mengusiknya. Lelaki itu masih memandangnya dengan pandangan yang
cukup tidak disukainya.
“Suami isteri apa? Abang kan nak kita tinggal
asing-asing! Buat apa abang nak bawa saya ke bilik abang? Ini sudah melanggar
perjanjian!” soalnya mengembalikan paku buah keras. Lelaki itu berhenti dan
memandangnya dengan tajam.
“Tinggal asing-asing? Melanggar perjanjian?” soal lelaki
itu. Dia angguk. Dia sudah terima pernyataan tinggal asing-asing itu. Kenapa
pula lelaki ini hendak membawa dia pergi ke biliknya? Soalnya masih
berdebar-debar. Sakit hati pun ada.
“Oh nak tinggal asing-asing ya?” soal lelaki itu. Dia
angguk. Ada kegembiraan dalam hatinya.
“Ya, kan awak suka kalau kita tinggal asing-asing?”
katanya pula. Menyengih lelaki itu. dia pula yang semakin benci kepada suaminya
ini. Ah, suami apa begini! Mungkin ini suami zaman moden. Oh, tidak. Harap-harap
tidak!
“Oh supaya senang awak nak berjumpa dengan kekasih awak
tadi tu kan? Memang pandai betul akal awak kan! Awak memang cerdik!” perli
suaminya itu. Bertambah sakit hatinya menerima tuduhan begitu.
“Jangan nak tuduh-tuduh sembarangan ya. Saya bukannya
macam abang!” suaminya semakin memandangnya dengan pandangan tajam. Dia menundukkan
pandangannya.
“Kenapa pula macam abang?” soalnya. Lidahnya kelu. Apa yang
dia tahu mengenai suaminya ini? Apa yang dia tahu mengenai lelaki ini? Ah,
sesak nafas dia. Dia terlalu harapkan ibu bapanya dalam menentukan jodohnya. Apa
yang dia tahu? Ah, apa? Cakap? Ah, dia semakin kelu. Tetapi apa yang dia tahu
lelaki ini ahli perniagaan. Tetapi niaga apa? Dia sebagai apa di syarikat
tempatnya berpaut itu? Huh, semakin menyampah dia direnung-renung mata galak
macam singa jantan itu!
“Banyak kekasih!” lelaki itu ketawa. Itu sahaja jawapan
yang mampu dia berikan. Tetapi di mana dia mendapat maklumat itu? siapa yang
beritahu dia? Dia main agak-agak. Aduh, matilah dia oleh lelaki ini. Kalau benar
sangkaannya tidak apa! Kalau tak benar, naya dia!
“Mana ada abang banyak kekasih!” kata suaminya itu. lelaki
itu sudah mendekatinya semula dan memegang tangannya. Mengucupnya perlahan dan
memegang bahunya. Eh, apa lelaki ni hendak buat kepadanya? Semakin bergalau
benaknya memandang tingkah lelaki ini yang semakin songsang dan menyakitkan
matanya.
“Lepaskan tangan saya.” Pintanya lagi. Lelaki itu terus
menarik tangannya, menggenggamnya dengan erat.
“Jangan banyak cakap! Kita bincang dalam bilik abang!”
kata lelaki itu dengan tegas. Dia terus ditarik menuju ke tingkat berapa entah!
Dia malas mahu memikirkan lelaki ini. Namun apa yang dia lihat, bilik lelaki
ini di bahagian hujung.
Sebaik sahaja tiba di bilik suite itu dia terus
dihumbankan ke tilam empuk saiz King itu. semakin meningkat takutnya. Namun dia
tidak mahu berhenti menolak kemahuan lelaki itu. Tetapi siapa dia?