Novel Cinta Sang Pilot Sudah Siap Sepenuhnya
Assalamualaikum semua.
Apa khabar anda semua yang singgah? Saya berdoa dan berharap agar anda semuanya sihat-sihat dan ceria-ceria selalu.
Alhamdulillah, dengan segala suka citanya dan berdebarnya saya mengumumkan bahawa novel Cinta Sang Pilot sudah siap sepenuhnya dan sudah dihantar ke pihak penerbitan. Saya berdoa yang terbaik untuk novel sulung saya itu.
Para pembaca semua saya juga mengharapkan agar pembaca semua mendoakan yang terbaik untuk kelahiran novel sulung saya itu dalam bentuk cetakan buku. Dan, saya berdoa agar semuanya akan dipermudahkan.
Sama-sama kita menantikan keputusan dari penilaian ke atas manuskrip pertama saya Novel Cinta Sang Pilot.
Nak baca lagi, follow link ini: http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2072&idc=16483
Baiklah, setakat ini dahulu cerita saya. Moga kita jumpa lagi di lain makluman.
Iman Nasuha.