Novel: Salwa Maisara 11
Bab 11
Telefonnya
berbunyi lantang menyakitkan pendengarannya. Dia masih ingin tidur. Dia sudah
setkan masa hendak bangun pagi ini iaitu jam 8.30 pagi. Dia sudah berjanji
dengan Sulaiman semalam.
“His,
siapa pula yang telefon pagi-pagi buta ini!” dia sempat memandang jam di
telefonnya, baru pukul 6.30 pagi.
“Papa?”
soalnya masih bercakap sendirian. Matanya terpaku di telefon pintarnya. Tidurnya
yang selesa terganggu sedikit walaupun matanya letih semalam mengingati isteri
yang baru dinikahinya semalam.
“Apa
lagi papa mahu pagi-pagi buta ni! Orang sudah lah penat, dia nak ganggu pula! His,
mengganggu lah pula!” katanya masih membebel memandang telefonnya yang menjerit
sejak tadi minta diangkat.
“Aduhai!
Kalau dia tanya pasal isteri yang aku dah tak tahu pegi mana semalam tu macam
mana ye?” soalnya mahu mencipta alasan.
“Ah,
cakap sajalah dia ada di sini! Bukannya papa nampak pun!” katanya sendirian
lagi. Dia malas mahu fikir. Dia cepat-cepat bingkas bangun dari katil empuknya
itu. Dia mencuci mukanya. Dia masih geram dengan sikap papanya yang mahu jadi
spy pada pagi ini. Semakin geram dia.
“Helo
asalamualaikum papa,” sapanya setelah dia memicit nombor papanya.
“Walaikumsalam,
bagaimana dengan pengantin baru? Isteri ok tak?” soal papa. Sudah disangkanya,
papa akan bertanyakan tentang menantunya.
“Oh
isteri? Err... ok lah papa,” jawabnya agak sedikit gagap.
“Jadi,
bagaimana dengan kes pencerobohan pejabat tu Budriz, papa bimbang sejak
semalam. Tapi yang papa sangsi, kenapa awal sangat Budriz bawa isteri Budriz
balik ke KK, kenapa tak pergi sendiri dulu then baru jemput isteri? Kankah lama
lagi cuti tu?” soal Datuk Badaruddin dengan panjang lebar. Lagi mengenai
menantunya. Apa lagi yang dia mahu jawab?
“Err...
papa, kes pencerobohan itu kes berat papa. Jadi saya kena bawa isteri saya,
takut pula ada hal yang berkaitan dan menyebabkan saya tak boleh nak balik ke
KL semula. Itu yang saya bimbang. Lagipun minggu depan ni saya sangat sibuk
papa. Jadi persiapan awal harus dibuat di sini,” kata Syed Budriz. Bolehkah
papanya terima alasannya? Papa menarik nafas payah.
“Agak
sukar. Kasihan pula kat Salwa. Baru bersanding dah terpaksa tinggalkan
keluarga,” kata papanya yang berasa kasihan kepada menantunya.
Eh,
papa ni. Boleh pula kasihan dengan menantu dia. Dengan anaknya tidak pula dia
kasihan dan simpati! Apa ni?
“Apa
boleh buat papa, saya memang tak sengaja,” kata Syed Budriz.
“Apa
kata esok Budriz bawa Salwa balik KL semula. Nak jumpa saudara mara dia dan
saudara mara kita lagi. Macam tak lengkap pula sebuah perkahwinan,” kata
papanya mencadangkan sesuatu yang dirasanya bagaikan sebuah bom jangka. Dia
picit kepala. Di mana dia hendak mencari gadis itu? mahukah dia mengikutnya
balik semula ke Kuala Lumpur? Aduh, pening dia!
Dia
tahu papanya seorang lelaki yang sangat prihatin kepada keluarganya sendiri.
Sama juga dengan mamanya. Mereka dua orang wanita yang sangat baik. Tetapi
akalnya belum sampai ke situ. Entah di mana dia mahu mencari isterinya saat
ini. Silap dia juga. Membiarkan isterinya balik sendiri ke rumah sewanya
semalam. Hendak menyesal pun tak guna!
“Tak
sempat papa, saya dah sibuk pada hari Isnin. Tak tahu kalau isteri saya dah
kerja hari Isnin tu,” katanya memberi alasan.
“Itu
Budriz boleh tangguhkan. Syarikat tu Budriz yang uruskan selama ini,” kata
papanya. Dia buntangkan mata. Apa lagi yang dia boleh cakap?
“Tapi
Salwa dah nak kerja papa,” katanya pula. Percayakah papanya? Mustahil orang
menikah tak ada cuti?
“Tak
apalah kalau macam tu, nanti hujung bulan ni lah papa dan mama pergi ke KK. Dah
lama juga papa tak ke sana!” bagaikan bom gugur di kepalanya. Aduh!
“Ya
mana-mana papalah! Kirim salam mama ya papa,” katanya kepada Datuk Badaruddin.
“Jaga
isteri elok-elok Budriz. Salwa tu bukan orang lain dengan kita, dia tu anak
kawan papa.” Kata Datuk Badaruddin.
“Ya
papa, saya akan jaga isteri saya, asalamualaikum papa!” dia berjanji tetapi
isterinya entah di mana.
Dia
meletakkan telefonnya tetapi mengangkatnya semula. Dia duduk di atas katilnya.
Dia terkenangkan isterinya. Dia belek-belek telefonnya. Semalam juru gambar
yang diupah keluarganya ada menghantar gambar-gambar perkahwinannya ke
telefonnya. Sebenarnya dia tidak mahu tetapi terpaksa menerimanya. Ada lebih
seratus keping semuanya. Gambar sepanjang pernikahan dan persandingannya.
Dia
terlihat wajah isterinya yang agak ceria walaupun dia seperti menyembunyikan
kesedihan. Agak muram juga wajah itu. Dia pandang wajahnya sendiri ketika dia
hendak mengucup dahi isterinya. Lama sungguh dia berdiam diri di situ. Dia
tidak mahu sebenarnya tetapi dia terpaksa melakukannya. Ini kerana dia dipaksa
oleh mama dan mak mertuanya. Dan sesiapa yang ada di situ.
Kebanyakan
gambar agak masam dan tidak tersenyum. Hanya beberapa keping sahaja dia
tersenyum nipis. Itu pun kerana dia dipaksa tersenyum. Benci sungguh dia dengan
perkahwinan yang dirancang keluarga. Dia seperti kerbau dicucuk hidung, asyik
mengikut kata keluarganya. Dulu, dia tidak mahu balik ke Malaysia. Ayahnya
paksa juga dia balik dan duduk di Sabah. Memanglah dia terkena kejutan budaya.
Sakit sungguh jiwanya pada permulaan tinggal di Sabah. Syarikat hanya diuruskan
oleh Sulaiman, sepupunya. Jika tanpa bantuan sepupunya memang dia sakit. Sebab,
dia tidak biasa dengan suasana agak sunyi seperti Kota Kinabalu. Dia mahu di
Kuala Lumpur. Tetapi ayahnya tidak mahu dia berada di Kuala Lumpur. Setiap
minggu pula dia balik ke Kuala Lumpur. Namun sekarang dia sudah berasa ok.
Hanya dua minggu sekali baru dia balik ke Kuala Lumpur menjenguk mama dan
papanya.
Apa
yang terbayang di wajahnya ialah wajah kekasihnya. Entah di mana pula Natalie
Juliana sekarang. Gadis kacukan Kadazan dan Inggeris itu memang didambakannya
sejak dulu. Entah kenapa dia memang meminati gadis yang pernah menjadi ratu
unduk ngadau itu. Namun, apa yang paling dibencinya ialah bantahan ibu bapanya
yang tidak mahu dia memilih gadis cantik itu. Entah di manakah silapnya!
Argh!
Dia geram dan masih geram!
***
Perutnya
berkeroncong tiba-tiba. Semalam, tengah malam, dia sudah singgah makan dengan
Sulaiman. Untungnya dia dapat tinggal di Kota Kinabalu, banyak restoran seafood
yang menjadi kegemarannya. Dia puas hati dengan situasi di sini.
“Lapar pula!” katanya. Dia melihat
bil bilik di atas mejanya. Penginapan beserta dengan sarapan. Dia terus berpakaian
lengkap. Dia mengambil bajunya yang berampaian di atas katil. Dia memang tidak
membawa pakaian lebih. Kalau nak lebih dia terpaksa balik ke rumah mengambil
pakaiannya. Dia mahu terus sarapan dan selepas itu dia akan bertemu dengan
Sulaiman seperti janjinya semalam.
Dia terus turun menuju ke cafe. Dia
mahu menikmati makan pagi dengan senyuman walaupun kepalanya masih berserabut
dengan pelbagai masalah. Tambahan pula dengan cadangan papanya. Hujung bulan?
Ya hujung bulan papanya akan turun ke sini. Silap hari bulan dengan ibu bapa
mertuanya. Ada dua minggu lagi sebelum hujung bulan! Katanya memandang kalender
di telefon bimbitnya.
Argh! Dia benar-benar tidak suka
dengan isteri dan ibu bapa mertuanya! Dia tidak suka! Dia benci! Dia benci
sungguh! Membayangkan senyuman manis isterinya pun dia seperti terasa hempedu
melintasi lehernya. Isterinya itu bukan tidak cantik, cantik dan manis. Tetapi
entah kenapa dia terbayangkan Natallie Juliana pula dalam senyuman itu. Apakah
sebab dia memang sudah jatuh cinta kepada Natallie Juliana menyebabkan dia
sangat benci kepada isterinya pula.
Happy reading ya....