Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Teaser Saat Cinta Membara 2

Teaser 2 “Perlukah saya hantar awak sehingga ke airport Imran?” soalnya kepada Imran apabila dua hari lagi lelaki itu akan balik ke Kota Kinabalu. Imran diam sambil memikir sesuatu. Dia  masih menunggu jawapan lelaki ini. “Sayang nak hantar abang ke?” soal Imran tersenyum kepadanya. Dia diam.  Bagaimana dia hendak menghantar suaminya ke KLIA nanti kalau dia sendiri tidak  ada kenderaan hendak ke sana? Dia menyesal pula menanyakan soalan itu kepada suaminya ini. “Nak juga hantar …” jawabnya masih ragu tetapi sudah terlanjur dia membuka cerita suaminya hendak balik...

3 ENOVEL HARGA RM28

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA, HARI INI SAYA NAK JUAL 3 ENOVEL IAITU;  1. CINTA SANG PILOT 2. ISYARAT CINTA 3. KUIMPIKAN BAHAGIA AKAN DIJUAL DENGAN HARGA RM28.00 DENGAN SYARAT MEMBELI SEMUA ENOVEL YANG SAYA TAWARKAN. TAWARAN INI HANYA SAH SEHINGGA 28 NOVEMBER 2016.  JIKA NAK MEMBELI ENOVEL-ENOVEL DI ATAS BOLEHLAH EMEL SAYA DI ALAMAT imanasuha@yahoo.com UNTUK PERTANYAAN LANJUT. TERIMA KASIH.

ENOVEL CINTA

ASSALAMUALAIKUM SESIAPA YANG HENDAK MEMBELI ENOVEL-ENOVEL DI DALAM BLOG INI, INILAH MASANYA. ENOVEL YANG ADA IALAH: 1. CINTA SANG PILOT - RM15 2. ISYARAT CINTA - RM15 3. KUIMPIKAN BAHAGIA - RM15 JIKA BELI SEMUA RM40.00 SAHAJA. EMELKAN KE imanasuha@yahoo.com UNTUK TUJUAN PEMBELIAN. TK

TEASER 1 ENOVEL SAAT RINDU MEMBARA

TEASER 1 (SAAT RINDU MEMBARA) Dia masuk ke dalam rumah. Entah kenapa dia terasa sunyi pula. Sudah  hampir seminggu dia bersama dengan suaminya. Selepas ayah dan ibu nya keluar bekerja, dia akan duduk di rumah bersama Imran. Tetapi hari  ini Imran dipanggil bekerja pula. Kenapa dia rasa sunyi? Kenapa dunia  bagaikan berada di dalam kotak? Sendirian dan terasing? Kenapa dan  kenapa? Selalunya ada sahaja butir-butir pertelingkahan mereka tetapi hari ini hanya wajah lelaki ini sahaja  yang bermain-main di anak matanya. Senyuman nakal suaminya. Kenyit mata suaminya. Renungan mata...

ENOVEL: SAAT CINTA MEMBARA

INFO SEMASA ENOVEL SAAT CINTA MEMBARA AKAN DIHENTIKAN PENULISANNYA DI BLOG INI DAN PENULIS SEDANG CUBA MENYIAPKAN ENOVEL INI SEHINGGA SELESAI. DOAKAN PENULIS YA. PENULIS AKAN CUBA MEMBERIKAN TEASER2 UNTUK TIDAK MENGHAMPAKAN PEMBACA DI BLOG INI TERIMA KASIH MASIH SETIA MENDATANGI BLOG INI. TERIMA KASIH SEKALI LAGI.

TEASER 1: CINTA SANG PILOT

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... INI BUKAN BAB YANG SETERUSNYA BAGI ENOVEL CINTA SANG PILOT Entah jam berapa Nukman Faris balik ke rumah pada malam itu aku sudah tidak sedar. Alih-alih tangannya sudah melekat di pinggangku dan kakinya yang agak memberat di kakiku. Bagaimana aku hendak menolak kakinya yang agak berat ini? Tangannya ini pun macam besi beratnya. Sukar aku hendak mengangkat tangannya ini. Macam dipaku pula. Melekat! “Eh, macam mana ni?” soalku dalam gelap. Dia sudah membisik-bisik sesuatu dan menggigit telingaku. Aku terasa geli. Aku benci. Benci dengan kerenahnya ini. Mahu sahaja aku meno...

Enovel Saat Cinta Membara Bab 27

“Lepas ni kita balik ya.” pintanya. Dia sudah rindu kepada ibunya. Tetapi dia tahu ibunya tidak akan lekat di rumah kalau petang-petang begini. Ada-ada sahaja aktivitinya. Ibunya aktif berpersatuan sejak akhir-akhir ini. “Balik?” soal lelaki ini. Dia angguk. Dia tidak mahu berlama-lama di pusat membeli belah kegemaran lelaki ini. Sesak nafasnya. Apatah lagi lelaki ini yang tidak lepas-lepas memegang tangannya. Sakit sungguh hatinya.  “Kita nak pergi nengok wayang lah sayang!” buntang matanya. Tengok wayang pula? Sudahlah dia kepenatan dan dia memang tidak biasa berjalan berj...