Bab 20 “Awak tidur dengan kekasih awak semalam?” soal Syed Muhammad Budriz setelah dia membuka pintu biliknya dengan susah payah. Matanya sudah macam mahu terkeluar mendengar tuduhan lelaki itu. Siapa yang tidak geram! Ingatkan dia ni perempuan murahan yang bawa lelaki tidur sesuka hati? Lelaki itu hanya diam macam batu tetapi soalannya boleh memecahkan batu granit. Telinganya pun boleh berdarah. Tidak sedikit pun menolongnya. Hilang pula machonya lelaki ini. Malah sakit hati mendengar soalannya. Adakah dia hendak tidur dengan lelaki lain? Eh, memang tidak patutlah! Patutkah dia hilang maruah hendak tidur dengan lelaki lain yang bukan muhrimnya? Soalnya dalam hati. “Abang sayang, saya ni masih tahu hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan, halal haram, dosa pahala, walaupun saya bukan ustazah! Kenapa abang nak tuduh-tuduh saya macam tu?” soalnya mengembalikan soalan kepada suaminya. Syed Muhammad Budriz ketawa....