Bab Dua
BERPISAH “Ya Badrul Muluk, lagi cepat tuan hamba pergi lagi bagus beta rasa! Beta akan adukan hal ini kepada ayahanda esok jika tuan hamba terus di sini! Jadi ada baiknya tuan hamba pergi dari sini! Ia akan memulihkan keadaan!” titah Puteri Siti Selasih dengan tegas. Badrul Muluk dapat rasakan perasaan benci menyelinap di hati kakak iparnya itu. Badrul Muluk mengangguk. Dia faham jika abang dan kakak iparnya sendiri hendak mengadukan hal ini kepada sultan dan permaisuri dan barisan para menteri pada keesokan harinya. Kesal dan kecewanya terhadap abangnya sendiri semakin berganda-ganda. Dia tidak menyangka abangnya sendiri akan berubah secepat itu. “Baiklah bang, saya akan pergi dari sini. Tetapi....” dia terjeda seketika. Dipandangnya wajah murung abangnya sepuas hatinya. Mungkin selepas ini mereka tidak lagi dapat berpandangan seperti ini. “Apa lagi Badrul?” soal Saiful Muluk kepadanya. Badrul Muluk memandang abangnya. Dia kasihkan abangnya dan dia kasihan kepada ...