Catatan

Kuimpikan Bahagia 17

Bab 17 Nuha Qarina agak keletihan melayan tetamu dan mertuanya pada malam itu. Dia tidak menyangka sambutan sungguh luar biasa. Dia berasa seperti baru berkahwin pula apabila merasakan keletihan begini. Namun dia masih sedar akan hakikat dirinya. dia berterima kasih kerana dengan pertemuan itu ia dapat mengeratkan silaturrahim antara keluarga mertua dan dirinya sendiri. Namun antara dia dan suaminya memang belum selesai lagi. Dia masih mempunyai perhitungan dengan lelaki itu. Sebelum dia meneruskan perjalanan lebih jauh dalam hubungan mereka yang seperti retak menanti belah ini, dia akan memohon hubungan mereka diakhiri dengan baik. Dia tidak akan sanggup lagi diperbodoh-bodohkan oleh sesiapa selepas ini. Cukuplah sekali ini sahaja dia berkahwin. Selepas ini, dia sanggup hidup sendirian sahaja.             “Aliff, bawalah Nuha masuk ke bilik. Mungkin dia dah penat tu.” Kata Datin Hamidah. Nuha Qarina tersenyum dan mengang...

Cinta Sang Pilot 17

Bab 17 Teruskan membaca kerana bab-bab seterusnya cerita akan semakin mencabar watak-watak yang terlibat di dalamnya. Penulis berdebar-debar menanti komen-komen pembaca.  “Kenapa macam resah semacam aje Ain? Sejak tadi memandang ke luar? Nak tengok siapa di luar tu?” tegur Datin Zahara kepada adiknya. Puan Zurain menyengih memandang kakaknya. Berulang kali dia menjeling jam di ruang tamu rumah kakaknya. Kebimbangannya bertambah sejak Natasya Umaira memberitahu yang sudah dalam perjalanan sejak jam 5.00 petang tadi. namun anak dan menantunya itu tidak muncul-muncul. Itulah dia berasa resah sekali. Kakaknya pula tidak pandai berasa bimbang dengan ketiadaan anak dan menantunya. Hairan sungguh dia.             “Saya bimbang dengan Natasya Umaira ni. Kenapa mereka lambat sangat ya. Saya risau pula. Entah ke mana pergi mereka berdua tu. Tasya tu bukannya biasa berjalan ke mana-mana di Kuala Lumpur ni kak.” kata Puan Zura...

Makluman

Assalamualaikum dan Selamat menikmati hujung minggu, Makluman kepada semua pembaca. Novel Cinta Sang Pilot sedang tersiar di ilham karangkraf. Sila baca dan berikan bintang ya. Terima kasih atas kerjasama. Inilah linknya. http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2072&idc=14781 Terima kasih. 

Cinta Sang Pilot 16

Bab 16 “Rozaila sayang, ya, apa khabar sayang,” sapa Nukman Faris apabila nombor kekasihnya tertera di skrin telefonnya. Berdebar-debar hatinya.             “Apa? Nak jumpa?” soalnya berulang kali. Suara Rozaila tidak berapa kedengaran. Sekejap ada sekejap tak ada.             “Jumpa? Ila sekarang di mana ni?” soalnya pula. setahunya kekasihnya itu masih di London dan akan terus membuat peragaan pakaian di Paris.             “Ila sudah balik di Kuala Lumpur? Jadi, di rumah?” kedengaran suara Rozaila agak manja tetapi seperti kedengaran seseorang di sisinya. Apakah...? Ah, dia tidak mahu berburuk sangka. Sudah lama dia mengenali kekasihnya. Sejak mereka masih di bangku sekolah menengah lagi. Dia tidak yakin jika kekasihnya itu akan menduakannya pula.           ...