Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Novel Isyarat Cinta

Bab 19 Adawiyah membelek dirinya dalam pakaian yang dibelikan oleh lelaki itu kepadanya. Pakaian yang agak simple dan menjadi kesukaannya. Jeans Levis dan t-shirt putih. Memang agak sesuai dengan tubuhnya. Dia mengenakan tudung putih juga. Memang agak kena pakaian itu di tubuhnya. Ketukan di pintu di biliknya bertalu-talu. ‘His, lelaki ini bukan main tak pandai nak sabar tau!’ kata Adawiyah merungut dalam hati. belum sempat dia membuka pintu lelaki itu sudahpun membuka pintu itu. kebetulan dia tidak mengunci pintu itu. Sekali lagi dia silap. Bahaya, Irfan selalu main redah sahaja!             “Sayang, marilah turun. Lama mak tunggu tu. Kasihan mak. Lagipun bukan selalu mak datang sini, janganlah lama-lama kat bilik aje,” kata Irfan mengejutkannya. Adawiyah menjeling suaminya. Apahal dia ni macam mak nenek pula hari ni? Selalunya kalau dia bangun sampai jam tiga petang pun dia tidak kisah!       ...

Novel: Salwa Maisara

Bab 1 “Wa, hari Ahad ini kita turun ke bandar kau nak tak? Aku rasa nak beli barang,” kata Rosnah, kawan serumahnya itu. Namun lidahnya terasa kelu. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu kawan serumahnya itu. Mereka sama tempat kerja dan duduk serumah. Tiket yang ditempahkan oleh emaknya sudah dicetak sebentar tadi.             “Tak dapatlah Ros, saya nak balik kampung. Tu yang saya ambil cuti dua hari. Mak ada hal nak cakap,” kata Salwa Maisara. Dia duduk di kerusi kayu memegang kepalanya. Rosnah sudah ketawa melihat gelagatnya seperti hilang anak itu.             “Macam tiba-tiba pula. Baru dua minggu lepas kau balik,” kata Rosnah.             “Entahlah, mak yang minta saya balik. Saya tak nak balik. Banyak kerja nak buat, kau faham juga kan,” kata Salwa Maisara.      ...

Novel: Isyarat Cinta 18

Bab 18 Hari Jumaat yang membahagiakan sebelum dia menghadiri kuliah pada keesokan harinya. Dia seakan malas hendak bangun pada pagi itu. Tiba-tiba telefonnya yang berwarna pink itu berbunyi. Kuat pula! Itu yang menyebabkan sakit telinganya mendengar suara yang bingit. Ini semua lelaki itu punya fasal. Sempat lagi dia membebel di bawah lindungan bantal. Ini kerana, lelaki itu telah menukarkan telefon Nokianya yang hanya berharga RM100 itu dengan telefon pintar Samsung S4 yang terbaru. Mahu sahaja dia membuang telefon itu namun dia tidak sampai hati. paling-paling dia melontarkan ke atas tilam empuk bersaiz ‘King’ itu.             Dia lega telefon itu berhenti berbunyi. Mungkin itu alarm yang ditukarkan oleh lelaki itu di telefonnya.             “Eh, siapalah yang ganggu akupagi-pagi buta ni! tak ada masa lain kah nak ganggu? Si Irfan bertuah tu pun sudah pergi dengan hany...