Novel Isyarat Cinta
Bab 19
Adawiyah
membelek dirinya dalam pakaian yang dibelikan oleh lelaki itu kepadanya.
Pakaian yang agak simple dan menjadi kesukaannya. Jeans Levis dan t-shirt
putih. Memang agak sesuai dengan tubuhnya. Dia mengenakan tudung putih juga.
Memang agak kena pakaian itu di tubuhnya. Ketukan di pintu di biliknya
bertalu-talu. ‘His, lelaki ini bukan main tak pandai nak sabar tau!’ kata
Adawiyah merungut dalam hati. belum sempat dia membuka pintu lelaki itu
sudahpun membuka pintu itu. kebetulan dia tidak mengunci pintu itu. Sekali lagi
dia silap. Bahaya, Irfan selalu main redah sahaja!
“Sayang, marilah turun. Lama mak
tunggu tu. Kasihan mak. Lagipun bukan selalu mak datang sini, janganlah
lama-lama kat bilik aje,” kata Irfan mengejutkannya. Adawiyah menjeling
suaminya. Apahal dia ni macam mak nenek pula hari ni? Selalunya kalau dia
bangun sampai jam tiga petang pun dia tidak kisah!
“Eh, awak ni! nasib baik saya tak
sakit jantung tahu! Asyik-asyik awak nak kejutkan saya. Apahal ni? Mak saya tu
tahu yang anaknya ni memang bersiap lambat!” kata Adawiyah. Irfan ketawa.
“Dah cantik dah isteri abang ni. Ayuhlah
kita gerak, nanti lambat pula abang nak meting petang ni. Bukan apa, abang nak
bawa sayang dan mak jalan-jalan hari ni. abang dah cuti setengah hari. Tak
dapat abang nak cuti sehari sebab abang dah appointment dengan pegawai tu
sebulan lalu. Tak apalah nanti abang cuti kalau sayang cuti semester, sayang
sebut aje sayang nak ke mana, abang akan bawa,” kata Irfan. Adawiyah diam.
Sebenarnya dia rasa sangat berdebar hendak keluar rumah bersama suaminya ini.
Dia lebih selesa duduk di rumah sahaja. Belum ramai yang tahu dia sudah
bertukar status. Baginya selagi belum diumumkan perkahwinan mereka, selagi
itulah dia belum sedia hendak ke mana-mana dengan lelaki itu. Namun, dia
memilih diam.
“Kejaplah Irfan. Awak boleh tunggu
di luar tak? Saya tak selesalah macam ni,” kata Adawiyah yang hendak mengambil
beg tangannya di dalam almari. Tudungnya pun mahu dikemaskan lagi. Wajahnya pun
belum disolek sepenuhnya dengan mekap. Itu yang dia agak sakit hati.
“Apa lagi?” soal Irfan.
“Beg tangan,” Irfan ketawa melihat
beg tangan Adawiyah. Hadiah pemberiannya sempena pernikahan mereka, Adawiyah
simpan baik-baik di dalam almari. Beg tangan itu terlalu mahal bagi seorang
remaja akhir sepertinya. Sudahlah mahal dan berjenama LV, besar pula saiznya!
“Mana beg tangan yang abang beri
hari tu?” soal Irfan.
“Simpan, tak apalah saya pakai yang
ni, lebih simple dan kecil,” Irfan angguk tetapi raut wajahnya bertukar kelat.
“Tak apalah kalau macam tu, nanti
kita beli beg tangan yang agak kecil dan sesuai dengan citarasa awak,” kata
Irfan yang sudah mendekati Adawiyah. Ini lah adegan yang tidak digemari oleh
Adawiyah. Berkali-kali disuruh keluar namun lelaki ini agak degil, lebih degil
daripadanya. Adawiyah benci, jantungnya tidak henti-henti berdebar-debar sejak
akhir-akhir ini.
“Awak, tunggu kejap. Awak turun
dulu,” kata Adawiyah tergagap-gagap melihat Irfan yang sudah meletakkan tangan
di pinggangnya dan menatapnya dari cermin besar di biliknya itu. Dia pula sudah
menundukkan wajahnya.
“Malam ni abang terpaksa tidur di
bilik ni dengan sayang,” kata Irfan mengucup ubun-ubun Adawiyah. Adawiyah
terkejut dengan kenyataan itu.
“Kenapa pula? Mak bukannya naik atas
pun, eh saya tak setuju. Awak selalu buat hal semata-mata nak paksa saya. Apapun
perbuatan awak semuanya dengan taktik yang kotor Irfan! Saya tak setuju!” Suaranya
agak kuat. Irfan menutup mulutnya. Dia pula berusaha mengelak dari Irfan.
“Sayang, jangan cakap kuat-kuat.
Apapun yang berlaku antara kita biar kita saja yang tahu, jangan jeritkan dengan
orang lain. Abang rela tunggu sayang, abang rela. Jangan nak jerit-jerit macam
ni. Memang abang selalu buat serba-salah dan terperangkap begini, tapi sayang
tahu kan betapa dalamnya cinta abang kepada sayang,” kata Irfan. Adawiyah
menggeleng.
“Sudahlah saya tak nak luahan cinta
sayang awak tu, marilah turun bawah! Nanti apa kata mak,” kata Adawiyah yang
menyedari akan kelewatannya. Irfan memegang tangannya dan menarik tangannya.
Mereka bergandingan turun ke bawah. Puan Musliah hanya memerhatikan mereka
tingkah mereka berdua. Sejuk hati Puan Musliah.
“Apapun yang berlaku, abang tetap
sayangkan sayang abang ni, tambah comel dan manis jika marah!” bisik Irfan lalu
mencuit dagu Adawiyah. Adawiyah tidak sempat mengelak.
“Awak ni ada-ada aje tahu! Suka menyakitkan
hati saya!” kata Adawiyah pula. Puan Musliah sudah berdiri apabila mereka sudah
berada di depannya pagi itu.
“Kalau begini kemesraan kamu berdua,
mesti tak lama lagi mak akan menimang cucu, memang seronok rasanya!” kata Puan
Musliah. Wajah Adawiyah sudah masam. Irfan pula begitu teruja dengan kata-kata
emak mertuanya.
“Mudah-mudahan lah mak, kalau ada
rezeki dan ada doa mak, memang tak lama lagilah tu,” sambut Irfan. Adawiyah
semakin marah dan geram dengan kata-kata itu. puan Musliah tersenyum manis dan
dia pura-pura tersenyum memanis wajahnya sedangkan hatinya panas sekali.
“Mak memang gembira kalau kamu ada
anak muda-muda ni Irfan. Mak pun boleh tolong jaga nanti,” kata Puan Musliah.
Adawiyah sudah pening kepala mendengar emak dan Irfan itu. dia menahan rasa.
“Mungkin belum lagi tahun ni mak.
Saya belum habis sekolah lah mak, kan saya masih sekolah lagi! Anak tu
nanti-nanti lah ya mak!” kata Adawiyah.
“Jangan cakap macam tu. wiyah
sekolah terus sekolah! Anak biar mak yang tolong jaga!” kata Puan Musliah.
“Eloklah tu mak, saya pun boleh cuti
kalau sayang abang ni pergi kuliah. Tak ada masalah kan mak!” balas Irfan pula.
“His, ada-ada ajelah awak ni bang,”
kata Adawiyah yang sudah tersasul memanggil suaminya.
“Marilah kita gerak sekarang
mak,kasihan pula mak tunggu lama tadi,” kata Irfan. Puan Musliah menggeleng.
“Mak faham. adawiyah memang begitu
kalau bersiap Irfan. Jangan terkejut dengan gaya dia tu,” kata Puan Musliah.
“Itulah abang tak percaya yang saya
ni bersiap lama mak, dia desak saya keluar tadi. Tu yang saya benci!” kata
Adawiyah mengadu kepada emaknya.
“Sabar ajelah dengan anak mak ni
Irfan. Dia memang serba-serbi lambat tetapi dia ni teliti,” puji Puan Musliah.
“Ala mak ni melebih-lebih pula.”
Kata Adawiyah malu-malu di depan Irfan.
“Tak apa mak saya faham. dia isteri
yang baik, percayalah mak. Saya tak menyesali menikahi dia mak,” kata Irfan
pula.
“Marilah kita gerak,” kata Adawiyah
pula. Dia tidak mau mereka berlama-lama menuturkan mengenai dirinya yang agak
lama bersiap. Mereka bertiga berjalan beriringan. Irfan setia memegang
tangannya yang agak sejuk kerana baru sahaja dia mandi sebentar tadi. Senyuman
manis terlakar di wajah lelaki itu. Begitu juga dengan emaknya. Dia sendiri
turut tersenyum namun tidak ada sesiapa yang tahu bagaimana perasaannya yang
sebenarnya seusai pernikahan yang menyakitkan ini.
Setelah tiba di bandar, Irfan
membawa mereka minum di Restoran Nasi Ayam Johan. Dia hanya minum teh tarik
sahaja. Kemudian, mereka menuju ke kedai menjual peralatan menjual alat
jahitan, emaknya terus memasuki kedai itu. Emak seperti sudah tidak sabar
hendak memasuki kedai itu. Begitulah kebiasaan emaknya. Irfan pula dilihatnya
sempat menitipkan sesuatu di tangan emak. Dia kalau boleh dia juga ingin
mengikuti emaknya. Namun tangannya bagaikan diikat dengan tangan lelaki itu.
“Kita tunggu sinilah. Kita lihat apa
barangan yang mak nak beli tu,” kata Irfan. Kalau sewaktu dia masih belum nikah
dulu, dialah orangnya yang akan membantu emak memilih benang-benang dan peralatan
lain. Dia berasa agak terikat dengan adanya Irfan di sisinya ketika ini.
“Orang nak masuk ke kedai lah nak
pilihkan mak benang,” katanya. Irfan menarik tangannya.
“Mari kita masuk. Lepas ni abang nak
bawa sayang ke kedai lain, beli barang sayang pula,” kata Irfan. Dia pantas
menggeleng. Dia segan nak membeli sesuatu hari ini. Dia segan kepada emaknya.
Bukan sahaja kepada emaknya, dia perasan yang semua orang mengenali Irfan dan
berasa hairan apabila melihat Irfan membawa seseorang di sisinya. Dia belum
berasa selesa berada di samping lelaki ternama itu. itulah dia selalu berhelah
jika dibawa ke mana-mana. Kecuali jika dibawa membeli barangan dapur yang telah
kehabisan, dia tidak menolak. Sebab, dia hendak memasak sahaja buat dirinya
pada masa ini. tidak elok rasanya dia hendak meminta lelaki itu membawa dia
makan ke sana sini. Dia memang belum sedia.
“Tak naklah, saya pening pula,” kata
Adawiyah berdalih. Irfan ketawa. mungkin dia sudah tahu helahnya yang tidak
suka berjalan-jalan.
“Abang tahu sayang tak selesa jalan
dengan abang,” kata Irfan seperti merajuk.
“Mana nak selesa jika semua mata
seperti hanya melihat awak.” Tawa Irfan kuat. Semakin dia sakit hati mendengar
ketawa itu.
“Sayang cemburukan?”
“His siapa nak cemburu! Tak selesalah!”
jawab Adawiyah mendahului Irfan. Tetapi Irfan cepat-cepat menarik tangannya.
Adegan tarik menarik dan kejar-mengejar semakin menarik perhatian orang yang
lalu lalang di situ. Dia geram dengan sikap Irfan.
“Hey, hai, Irfan, awak buat apa kat
sini?” pegangan tangan mereka terlepas. Seorang gadis manis yang berpakaian
t-shirt hitam dengan jeans hitam menegur Irfan. Matanya seperti terjojol keluar
melihat Irfan dengan dirinya ketika ini.
“Saya jalan-jalan. Tak nampak?” kata
Irfan menjawab selamba. Gadis itu ketawa lepas. Adawiyah menjadi tidak selesa
dengan gaya gadis yang tidak menjaga santunnya itu.
“Nampak, tapi siapa ni? Ini,
perempuan yang bekerja di kedai awak dulu tu, jadi kawan awak pula?” soal gadis
itu. adawiyah tersentak dengan soalan gadis itu. setahunya dia tidak pernah
terjumpa dengan gadis di depannya itu. mungkinkah gadis itu main serkap jarang?
“Marilyn, apa yang saya buat, dengan siapa saya berjalan,
boleh tak kalau awak tak sibuk?” soal Irfan serius. Irfan bertukar perwatakan.
Dari seorang lelaki yang lemah lembut dan mesra menjadi seorang lelaki yang
serius dan garang. Marilyn ketawa.
“Saya tak marah dengan siapapun awak
berjalan tapi biarlah sepadan dengan status awak kan?” kata Marilyn. Kata-kata
itu tentulah hendak menyindir dirinya yang berasal dari kampung ini. Namun dia
tidak mahu kisahkan hal itu. Dia sudah sah menjadi isteri Irfan, dia tidak mahu
peduli akan hal-hal lain.
“Bagus awak dengar kata. Kalau tak,
saya takut muka awak lebam nanti!” Kata Irfan seperti geram dengan kata-kata
gadis yang agak kurus dan ketinggiannya hampir dengan ketinggian Irfan. Dia
pula agak rendah berbanding gadis itu.
“Kenapa awak cakap kasar? Siapa
gadis kampung ni pada awak?” soal Marilyn semakin ingin tahu.
“Gadis manis ini isteri saya. kami
sudah menikah dua minggu yang lalu. Kalau kami bersanding nanti, saya akan
jemput awak. Awak datang tahu, jangan tak datang,” kata Irfan. Adawiyah
terkedu. Tangannya sudah berada di genggaman Irfan. Marilyn bulat mata melihat
aksi mereka.
“Oh isteri? Cepatnya awak kahwin!
Kenapa begitu terburu-buru? Awak ni macam tak ada gadis lain nak buat isteri!
Setahu saya dia ni bukan type pilihan awak!” kata Marilyn yang dulu sama-sama
belajar di luar negara bersama Irfan. Tidak menyangka Irfan berjalan dengan gadis
bertudung lengkap dan kekampungan.
“Dah jodoh apa nak buat,” jawab Irfan
sambil memeluk bahu Adawiyah. Marilyn tersenyum kelat. Tidak menyangka dia tidak
ada peluang hendak berdampingan dengan Irfan lagi. Namun dia tidak percaya yang Irfan akan kahwin
dengan gadis sedungu itu. mungkin Irfan hanya bergurau dengannya.
“Tapi, saya pun hairan kenapa sejak
akhir-akhir ini awak tak pergi ke mana-mana. Awak tak pergi ke kelab malam.
Kita orang tercari-cari awak Irfan, kami semua kesunyian tanpa awak, dah agak
lama juga awak tak datang,” kata Marilyn yang sudah memegang tangan Irfan
kemudian memeluknya tanpa sempat Irfan mengelaknya. Adawiyah terus memejamkan
matanya.
“Lyn rindukan awak Irfan. Malam ni
datang tau ke rumah Lyn, Lyn buat party hari jadi. Kalau boleh bawalah juga
teman baru awak ni,” kata Marilyn sudah
melentukkan kepalanya di dada Irfan. Dia sendiri tidak pernah berbuat demikian.
Dia memusingkan badannya.
“Hey, awak ni sungguh kurang sopan.
Orang timur tapi berlagak macam orang barat! Pergi! Eh, untuk pengetahuan awak,
gadis ini sudah menjadi isteri saya yang sah ya, bukan teman wanita!” kata
Irfan tegas. Irfan lantas memegang tangannya dan menciumnya di depan Marilyn.
“Oh isteri?” kata Marilyn menggigit
bibir.
“Ya saya isteri dia, kami sudah
menikah dua minggu yang lalu, awak masih tak percaya?” jawabnya bagi mengelak
salah sangka.
“Oh isteri, kenapa saya tak tahu
hari bahagia awak berdua, tahniah saya ucapkan!” kata Marilyn yang sudah
berubah wajah. Wajah Irfan berseri-seri. Dia pula hanya menjadi penonton dalam
diam.
“Terima kasih.” Kata Irfan.
“Saya pergi dulu, tapi Irfan kalau
ada masa datang lah ke majlis hari jadi saya malam ni, awak tahu kan mana nak
cari saya, bawa isteri awak sekali,” kata Marilyn. Adawiyah hanya mengangguk
walaupun ayat terakhir Marilyn itu agak menyakitkan hatinya. Namun dia tetap
mengangguk. Adawiyah tersenyum kelat.
“Maaflah saya memang tak dapat pergi
malam ni, kaki saya sudah diikat oleh isteri saya ni dan saya kena jalankan
tanggungjawab saya sebagai suami. Awak kena faham kan,” kata Irfan mengenyitkan
mata ke arahnya. Dia pula jadi hilang arah. Malu dan tersengih.
“Tak apalah kalau macam tu, saya tak
kisah, tapi kalau awak masih ingat saya, datang lah ke tempat kita selalu tau,
mana tau awak bosan di rumah,” paksa Marilyn lagi. Dia pula menjadi sakit hati
dengan kata-kata gadis itu.
“Terima kasihlah pelawaan awak tu. Awak
ke sini dengan siapa?” soal Irfan pula.
“Dengan kawan tapi entah ke mana
dia, katanya ke tandas tadi,” kata Marilyn. Adawiyah ingat kata-kata Marina
Chang, Irfan mempunyai ramai gf yang
dari pelbagai latar belakang. Mungkin gadis di depannya ini salah satu gadis
kesayangan Irfan. Gadis itu sampai berani memeluk Irfan di depannya. Malah
menangis dan minta dipujuk. Mungkinkah Irfan berjanji akan menikahinya juga?
Kenapa wajah gadis itu berubah apabila diberitahu yang mereka sudah menikah?
“Mari kita masuk ke dalam, mungkin
emak sudah siap membeli barang,” kata Irfan yang sudah memeluk bahunya. Dia
menuruti sahaja langkah Irfan.
“Kenapa ni macam sedih? Jangan risau
gadis tadi tu bukannya kawan abang pun, dia yang terhegeh-hegeh kat abang. Dulu
abang terpaksa layan dia. Sekarang dah lain,” dia geleng. Tidak ada maknanya
dia nak sedih.
“Tak adalah nak sedih, itu memang
masa lalu awak, buat apa saya nak sedih. Tu mak da siap pun membeli,” kata
Adawiyah menutupi perasaannya. Takkan dia nak tunjuk yang dia cemburukan gadis
langsing itu? Oh tidak! Nanti bukan main Irfan bersorak gembira akan sikapnya.
Oh tidak! Dia tidak seharusnya berasa begitu.
“Tak sempat sayang nak temankan
dia,” kata Irfan. Dia hanya angguk.
“Tak apalah lain kali ajelah, bukan
hari aje mak nak membeli benang. Ada banyak waktu kan?” katanya memujuk diri.
Sebenarnya dia terasa sangat sedih. Dia terlepas peluang keemasan ini. irfan
terus memeluk bahu dan memegang tangannya. Tahukah Irfan yang dia merajuk? Oh
tidak! Adawiyah, kenapa begini?