Bab 16: Isyarat Cinta
Inilah sambungan yang terbarunya bagi novel yang belum pernah tamat ini. Terima kasih membacanya ya.
Bab 16
Dalam
dia termenung seorang diri di dalam suasana ruang tamu yang dihias ala-ala
Inggeris itu, telefonnya berbunyi. Dia cepat-cepat melihat ke skrin telefon itu.
Nombor yang tertera itu amat asing baginya. Dia pasti nombor itu bukan milik
Irfan. Nombor Irfan bukan begitu. Dia tidak tahu siapakah yang empunya nombor
itu. Dia masih berteka-teki. Perlukah dia mengangkatnya dan berbual-bual dengan
empunya nombor yang sedang memanggilnya? Dia memikir seketika sebelum memicit
butang hijau. Tanpa bermaya dia menekan butang hijau itu dan mendekat telefon
ke telinganya. Sudah beberapa hari hidupnya tidak bersemangat. Dia tidak tahu
bilakah hidupnya begini akan berakhir.
“Helo,” jawab Adawiyah perlahan.
“Assalamualaikum, Wie kenapa lambat
angkat? Sibukkah?” Adawiyah sudah dapat meneka suara siapakah yang berada di
talian itu. Namun dia tidak tahu apakah motif di sebalik panggilan lelaki itu
untuknya. Apakah memberikan harapan buatnya atau memutikkan kembali hubungan
yang sudah hancur berkecai setahun lalu? Dia runsing dan pastilah dia tidak
akan rela mengulangi semuanya terjadi lagi. Dia tidak akan rela membiarkan
semua yang pernah terjadi berulang lagi. Dia tahu di mana kedudukannya sekarang
ini.
“Walaikumsalam, err, kat mana awak
dapat nombor saya ni? setahu saya, err saya tak pernah berikan awak kan?” soal
Adawiyah hairan. Dia sudahlah jadi patung cendana di rumah besar begini, lelaki
seorang ini pula cuba buat hal. Bengang dia seketika. Asyraf ketawa di hujung
talian. Dahulu dia paling menyenangi tawa dan senyuman lelaki bernama Asyraf
itu. Almaklumlah dia menyimpan perasaan kepada lelaki itu. Namun semuanya sudah
terpadam kini seperti hujan yang memadam tulisan di atas tanah selepas hujan.
Malah ia seperti pelangi yang terbit selepas hujan. Perasaannya yang dulu sudah
tidak ada hilang bersama pelangi yang baru muncul.
“Saya ambil dari pejabat kita dulu,
Puan Noni,” kata Asyraf. Dia terbayang kerani di tempat kerjanya, Puan Noni
yang sedang sarat mengandung.
“Kita tak ada kaitan lagi kan? Apa
hal call tengah-tengah hari buta begini? Jangan minta saya kembali kerja tau,”
kata Adawiyah menyindir. Asyraf ketawa di hujung talian.
“Jangan cakap macam begitu. Saya rasa
bersalah pula.” Kata Asyraf memujuk. Adawiyah susah hendak terpujuk lagi. Dan,
dia bukan seminggu yang lalu yang masih solo, kini statusnya sudah berubah
serta-merta. Sakit hatinya mengingati
status dirinya yang sudah berubah dengan serta-merta itu. mahu sahaja dia
mengoyak-ngoyak surat nikah mereka itu. mungkinkah ia tidak sah? Ah, sungguh
mustahil. Bisiknya perlahan.
“Jadi nak cakap apa? Nak cakap, saya
merayu kepada awak minta telefon saya, ini nombor saya...macam tu?” kata
Adawiyah. Asyraf ketawa. Adawiyah puas hati dengan kata-katanya. Biarkan lelaki
itu terasa dengan kata-katanya. Dulu bukan main lelaki itu jual mahal
kepadanya. Senyumannya tidak pernah berbalas. Dia seperti melukut di tepi
gantang. Dia menutup mukanya. Alangkah malunya. Sekarang ketika dia sudah
bergelar isteri walaupun hanya di atas kertas sahaja, baru lelaki yang dulu
disukainya itu datang dan cuba memberinya harapan. Ah, sudah terlambat Asyraf!
Dia tidak akan memberikan harapan baru kepada lelak itu.
“Bukan macam begitu, saya tak tahu
yang Wie dah berhenti kerja, kenapa tiba-tiba berhenti pula? Kalau kerana saya,
tak patutlah pula! Saya bukannya lama di syarikat ni! Saya tolong-tolong saja
di syarikat ni. Saya bukan kerja sepenuh masa! Kalau Wie berhenti pasal saya,
memang saya sedih lah, tak sempat kita nak jumpa dan saya janji nak belanja Wie
makan kan,” kata Asyraf dengan penuh kekesalan. Adawiyah beribu lebih kesal
dengan nasib yang tiba-tiba menimpanya. Baru sahaja dia memulakan kerja dia
sudah dipaksa berhenti kerja. kata Irfan, syarikat tempatnya bekerja itu
kepunyaan kawannya. Jadi dia akan rundingkan mengenai pemberhentiannya. Huh,
mengada-ada! Mentang-mentang kaya! Berlagak, marahnya kepada suaminya itu. Marah
dalam hati!
Adawiyah
berasa sebak. Dia memang tidak mahu berhenti walaupun bekas kekasihnya bersusun
di syarikat tempatnya bekerja itu. namun dia benar-benar terasa ada bala dalam
hidupnya dan akhirnya duduk seorang diri di rumah besar ini. memang sungguh
sedih sekali dan tidak pernah dibuat orang.
“Wie... awak masih di situ?” Asyraf
mengejutkannya. Adawiyah tersedar. Dia terbatuk kecil secara tiba-tiba.
“Bukan, saya ada hal berhenti. Bukan
sengaja saya nak berhenti,” Kata Adawiyah sungguh sebak sebenarnya. Pada hari
terakhir dia bekerja, kebetulan Asyraf keluar outstation ke kawasan pedalaman.
Jadi dia sendiri tidak sempat memaklumkan akan pemberhentiannya. Dia berasa
kasihan pula memikirkan Asyraf yang terpaksa mencarinya kini.
“Hal apa tu? Boleh saya tahu?” soal
Asyraf pula. Lelaki itu benar-benar tidak tahu apa yang sudah berlaku kepada
dirinya. Adawiyah tahu dia tidak sepatutnya berhubung lagi dengan lelaki lain. Adawiyah
sedar dia tidak sepatutnya berkongsi cerita dengan lelaki yang pernah menolak
kasihnya dulu. Kasihan dia.
“Ada lah tu tapi tak dapat saya nak
kongsi dengan awak, awak pula kenapa telefon saya ni? macam ada sesuatu pula,”
soal Adawiyah lagi masih tidak puas hati dengan kembalinya Asyraf ke dalam
hidupnya. Minggu lalu Rafiqah ada memberitahunya yang Asyraf ada mencarinya.
“Saya nak jumpa Wie, boleh tak?”
bertambah-tambah sebak hati Adawiyah. Namun lelaki itu adalah bayangan
semalamnya bukan kehidupannya pada hari ini. Kisah mereka sudah jadi sejarah.
“Untuk apa nak jumpa saya Asyraf?
Saya ni bukannya penting kepada awak, eh saya tak naklah! Apa kata Lysa nanti?
Eh, saya tak nak bertanggungjawab kalau Lysa mengamuk kat saya macam dulu,
tahu! Saya tak mahu jadi bahan ketawa orang! Saya pun tahu malu Asraf!” didengarnya
Asyraf ketawa kecil di hujung talian. Adawiyah menarik nafas panjang. Dunia
sudah terbalik nampaknya.
“Eh kami dah putuslah! Apa yang Wie
nak takut! Tak ada dah orang nak mengamuk! Rupanya saya terpilih kaca di antara
berlian. Maafkan saya Wie,” Adawiyah pula ketawa. kalau dua minggu yang lalu
dia mendengar kata-kata kesalan itu mungkin dia boleh memaksa emaknya menolak
pernikahannya dengan Irfan namun ia sudah terlambat. Bagaimanapun Asyraf masih
belajar. Pasti dia yakin Asyraf tidak akan setega Irfan yang menikahinya tanpa
syak wasangka. Dia benar-benar terkilan dengan tindakan Irfan yang drastik itu.
“Asyraf, saya tak senang nak keluar.
Sebenarnya Asyraf nak cakap apa ni?” Adawiyah gusar. Dia seperti dapat menghidu
apa yang akan dikatakan oleh lelaki itu kepadanya.
“Mari kita keluar walaupun kejap
aje, tolonglah Adawiyah. Saya perlu jumpa awak sekarang!” kata Asyraf lagi
mendesaknya. Walaupun suaminya yang tidak diinginkan iaitu Irfan balik tengah
malam namun dia tidak mahu lelaki itu membunuh kepercayaan kepada dirinya. Dia
tidak mahu membuat kes terhadap suaminya itu. Biarlah suaminya itu melukakannya
dia tidak mungkin melakukannya.
“Tak boleh, tetap tak boleh!
Selamanya tak boleh! Kalau dulu mungkin boleh, tapi sekarang semuanya sudah
menjadi tak boleh, maafkan saya Asyraf, saya memang tak dapat turuti kata-kata permintaan awak tu!” kata
Adawiyah lembut.
“Saya nak balik ke UK lusa, kalau
dapat saya nak jumpa Wie hari ini. kita
lunch sama, kan dah janji hari tu. kebetulan hari ini tak banyak kerja saya nak
buat,” kata Asyraf menagih janjinya. Kalau dia tidak berhenti kerja, pasti dia
sudah menerima pelawaan itu. Namun kerana dia sudah di rumah kaca mewah ini,
maka dia tidak mungkin menerima pelawaan ini. malah, hampir mustahil baginya.
“Baik-baik ya. Jangan nakal-nakal di
negeri orang ya, kasian Lysa nanti,” kata Adawiyah berpesan kepada Asyraf.
Asyraf ketawa.
“Saya nak jumpa awak Wie, boleh kan?
Hmm, apa yang berlaku kepada awak sebenarnya ya, kalau boleh saya ingin tahu,”
kata Asyraf lagi seperti memujuknya. Adawiyah menarik nafas payah. Sesuatu yang
amat sukar hendak dilakukannya.
“Apa awak nak cakap Asyraf? Saya
kata tak boleh, awak tak faham? kalau dua minggu dulu mungkin boleh tapi
sekarang dah lain tau!” kata Adawiyah bertegas.
“Saya nak kita jadi kekasih Wie,
saya menyesal kerana tak dapat terima rasa kasih Wie dulu. Saya menyesal
menerima Lysa,” luah hati Asraf. Mahu sahaja Adawiyah pengsan mendengar luahan
hati bekas cinta monyetnya itu. memang dia yang terhegeh-hegeh dulu. Menulis
surat, bertemu janji sehinggakan mereka berdua didenda oleh guru disiplin. Ah,
dia tidak mahu mengingati kisah silam yang aga menyakitkan itu sebenarnya. Namun
dia tetap berasa sedih kerana tidak ditakdirkan bersama dengan lelaki itu.
“Ha? Jadi kekasih? Apakah saya mimpi
Asyraf? Mungkinkah saya mimpi?” soal adawiyah terkejut.
“Tak awak tak mimpi Wie! Dulu saya
yang silap kerana tolak awak,” jawab Asyraf. Adawiyah menekup mulutnya walaupun
tidak dapat dilihat oleh lelaki itu. Dia turut menggeleng. Mahu sahaja dia
menekan butang merah di telefonnya itu. Dia sangat sebak dengan apa yang pernah
berlaku.
“Tak boleh, sangat tak boleh,” kata
Adawiyah memberikan jawapan yang telah muktamad.
“Kenapa pula? Bukankah Adawiyah
masih seperti dulu? Single and available?”
soal Asyraf. Adawiyah menggeleng. tidak mungkin dia kembali macam dulu.
Sayangnya Asyraf sudah terlambat.
“Sedangkan bukit pun boleh runtuh, hutan
pun boleh gondol, inikan pula manusia,” kata Adawiyah bermadah. Asyraf ketawa
dalam kecewa.
“Apa maksud Wie?” soal Asyraf tidak
faham.
“Saya tak mahu kita macam dulu! Dah
terlambat semuanya! Awak carilah gadis yang baik untuk diri awak yang baik,
yang kaya dan terpelajar tu!” kata Adawiyah. Asyraf ketawa lagi.
“Takkan macam tu sekali! Saya dah
fikir masak-masak, saya akan tunggu Wie, kalau nanti hati Wie terbuka untuk
saya, Wie beritahu saya ya, saya sentiasa menanti Wie,” kata Asyraf sedih
kerana semuanya sudah terlambat. Adawiyah benar-benar sebak dengan apa yang
berlaku kepada dirinya.
“Terima kasih Asyraf, kalau dulu
awak beritahu saya hal ini, mungkin saya terima tetapi sekarang dah lain,” kata
Adawiyah sayu.
“Awak dah kahwin?” soal Asyraf pula.
Itulah yang sebenarnya. Bisik Adawiyah.
“Tak perlu awak tahu, biarlah saya
saja yang mengetahuinya.” jawab Adawiyah
perlahan.
“Wie berahsia sekarang ya? Dulu
semuanya nak kongsi dengan saya,” kata Asyraf pula. dulu sudah berlalu. Ia sangat berbeza
berbanding sekarang.
“Tak apalah Asyraf. Kita dah tak
macam dulu. Saya harap Asyraf akan berjaya dalam perniagaan nanti. Selamat
meneruskan pelajaran. Jaga diri tau,” kata Adawiyah mengucapkan selamat kepada
Asyraf. Jantungnya berdetak kuat tiba-tiba.
“Sampai hati Wie tolak pelawaan
saya,” kata Asyraf merajuk. Adawiyah menggeleng.
“Tak, kita sudah tak macam dulu!
Sayang dulu itu sudah awak sia-siakan,” kata Adawiyah.
Adawiyah
mendengar pintu utama berkeriut seperti dibuka. Pucat mukanya. Entah kenapa
lelaki itu balik tiba-tiba hari ini.
“Tak apalah, kita sembang lain kali
ya,” kata Adawiyah menutup telefonnya. Dia menyembunyikan telefonnya yang tidak
canggih itu ke dalam poket seluarnya. Di pintu utama kelihatan Irfan sudah
berdiri dengan muka yang kelat. Benarkah bunyi tapak kaki Irfan yang
didengarnya tadi? Apakah dia mendengar perbualan mereka tadi? Aduh! Hidupnya
sukar dijangka!
“Assalamualaikum,” Irfan memberi
salam kepada Adawiyah.
“Walaikumsalam,” jawab Adawiyah
termangu. Hairan dengan kehadiran lelaki itu yang muncul secara tiba-tiba. Biasanya
pada waktu tengah hari begini lelaki itu entah di mana. Dia tidak pernah
mengambil tahu.
“Siapa yang panggil tadi? Abang kol
sayang tak dapat-dapat, terpaksa abang balik tengok sayang! Abang ingat sayang
sakit atau ada hal. Ada emergency call? Siapa call?” soal Irfan dengan panjang
lebar. Adawiyah menggeleng. Lelaki itu sudah mendekat. Adawiyah terasa mukanya
terasa panas. Mungkinkah lelaki itu sudah mendengar perbualan mesranya dengan
Asyraf?
“Tak, tak ada sesiapa. Kawan yang
telefon tadi, maafkan saya awak, kawan saya panggil lama pula. Saya tak
sengaja,” jawab Adawiyah terketar. Matanya ditundukkan. Pandangan mata Irfan
sedang meliar menyeluruhi wajahnya. Kebetulan rambutnya yang masih basah kerana
dia baru sahaja mandi setengah jam yang lalu dan belum sempat mengeringkan
rambutnya.
“Lelaki?” soal Irfan menilik wajah
Adawiyah mencari kejujuran. Adawiyah hilang kata. Hendak mengangguk atau
menggeleng.
“Perempuan, kawan lama di sekolah
dulu, kenapa salah?” soal Adawiyah memberanikan diri bertanya. Sebenarnya dia
tahu dia sudah salah kerana membohongi lelaki itu. dia menundukkan
pandangannya. Dia tahu lelaki itu boleh meneka jika dia membohong.
“Ya? Kawan perempuan sampai
berjam-jam begitu? Sampai nak jadi kekasih?” soal Irfan. Adawiyah tergagap dan
perlahan-lahan mengangkat kepalanya memandang lelaki itu.
“Awak tak perlu menyiasat begitu!
Kalau awak tak suka saya, lepaskan saya, saya tak menyesal pun!” jawab Adawiyah
tegas. Irfan tersenyum.
“Jangan lah marah sayang, abang
bimbangkan sayang, selalunya line clear saja! Hari ini pula sayang sangat sibuk
rupanya, maafkan abang,” kata Irfan berlembut. Adawiyah tersenyum dalam hati. sebenarnya
hatinya masih berdebar-debar jika lelaki itu tahu apa yang sedang berlaku tadi.
Dia tahu lelaki itu mahu memujuknya.
“Saya nak masuk bilik,” kata
Adawiyah yang sudah bersedia hendak berlari naik ke biliknya. Irfan hanya
ketawa.
“Tak boleh,” kata Irfan yang sudah
menarik tangannya dan mendekatkan dirinya kepada lelaki itu. Dia terus berasa
sesak nafas. Jantungnya hampir berhenti mengepam darah dan oksigen.
“Awak nak apa ni?” soal Adawiyah
berasa hairan dengan sikap Irfan yang tiba-tiba balik ke rumah pada waktu
matahari masih kelihatan.
“Abang nak pastikan sayang selamat,
dan abang nak awak,” jawab Irfan menggelisahkan hati Adawiyah. Adawiyah tidak
mahu suaminya yang tidak menegurnya selama berhari-hari ini akan meminta
haknya. Huh, dia minta tolong.
“Tak apa, terima kasih. Saya selamat
awak,” kata Adawiyah menunduk lagi dan bersedia hendak berlalu pergi. Boleh
sakit jantung dia jika Irfan selalu begini.
“Kawan lelaki telefon sayang tadi
kan? Dia nak apa? Nak berhubung semula?” soal Irfan tiba-tiba. Adawiyah tahu Irfan
masih tidak puas hati dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Perlukah dia berterus-terang?
“Hah?” pucat wajah Adawiyah. Dia
sudah menduga lelaki itu seperti dapat menduga aktivitinya ini.
“Mana ada, dia kawan lama,” kata
Adawiyah cuba bersikap jujur.
“Oh kawan lama? Baiklah, beritahu
kawan lama sayang tu yang sayang dah kahwin, baru aje,” kata Irfan memberi syarat.
Adawiyah mengangguk.
“Ha, jangan nak bohongi dia,” kata
Irfan semula. Adawiyah mengangguk bagaikan burung belatuk.
“Buat apa saya nak tipu? Bukan saya
ada untung! Kecuali jika awak lepaskan saya, baru saya beritahu dia yang saya sudah
dilepaskan,” kata Adawiyah. Irfan ketawa.
“Baguslah kalau macam tu, tak payah
abang nak ajar! Tapi beritahu dia, abang takkan sesekali melepaskan sayang abang
yang cantik manis ini. rugi abang tahu?” kata Irfan pula. Adawiyah berasa
geram.
“Apa lagi yang awak nak?” soal Adawiyah
berani. Irfan menentang anak matanya. Dia juga yang mengalah akhirnya.
“Pastilah abang nak isteri abang
yang comel ni. rugi abang dah terlepas memandang beberapa hari ini, abang
terlalu sibuk di beberapa buah kedai. Banyak barang baru sampai. Kalau tak, abang
tak nak berjauhan dengan isteri abang ni. kalau boleh abang nak bawa sayang pergi
honey moon, nak?” kata Irfan menerangkan kedudukan yang sebenarnya. Adawiyah
mengangguk masih termangu menunggu kata-kata seterusnya.
“Honeymoon? Oh tidak! Awak honeymoon
lah sendiri!” kata Adawiyah. Menyesal pula dia kerana mengangguk tadi.
“Rugi kita kalau tak honeymoon sayang,”
kata Irfan mencuit hidung Adawiyah. Itulah kegemaran Irfan. Selalunya hidungnya
yang akan menjadi mangsanya.
“Tak ada ruginya awak! Bukan saya
nak lari ke mana pun! Saya terkurung di sini macam burung tiong!” kata Adawiyah
menyindir suaminya itu. irfan ketawa kecil. Tidak sia-sia dia balik ke rumah.
“Oh macam tu? kalau macam tu, apa
kata sayang ikut abang ke opis? Jadi PA abang, nak tak?” Adawiyah pantas
menggeleng. Dia tidak mahu terus menerus berdua-duaan dengan lelaki itu di
mana-mana. Irfan sudah berani mendekatinya malah memegang tangannya. Dia takut
akan terjadi sesuatu kepadanya nanti. Kebetulan telefon lelaki itu berbunyi.
Adawiyah sedikit lega.
“Daddy, assalamualaikum,” Adawiyah
hendak menjauhkan diri. Irfan masih memegang tangan Adawiyah. Sambil itu dia
mengenyitkan mata kepada isterinya itu. Adawiyah geram.
“Sihat daddy, mummy macam mana? Sihat?
Syukur.” Adawiyah mendengar dengan teliti perbualan suaminya itu.
“Oh syukur daddy. Isteri saya? Oh,
alhamdulillah sihat. Honeymoon? Ayah nak sponsor? Oh terima kasih daddy. Daddy
dan mummy susah-susah aje. Tak, belum lagi daddy. Tunggu dadddy dan mummy lah
nampaknya. Tentu saya gembira daddy, Adawiyah gadis pilihan saya sendiri, gadis
yang cantik, comel dan sangat bersopan daddy,” kata Irfan bercakap dengan
ayahnya. Adawiyah membuang muka. Gembira sahaja perasaan Irfan. Seketika dia
terbayang wajah Asyraf yang baru sahaja menghubunginya. Jika suaminya tidak
balik mungkin lebih lama lagi dia bercakap dengan bekas cinta monyetnya itu.
“Macam tu lah daddy. Ya saya memang bersyukur
atas pernikahan ini daddy. Terima kasih daddy! Err, bila daddy dan mummy nak datang
sini dan jumpa menantu daddy yang comel ni?” kata Irfan sambil ketawa. Entah
apa yang diketawakannya. Adawiyah tarik muka masam. Selepas menyimpan
telefonnya lelaki itu sudah mengucup jemarinya. Terkedu Adawiyah. Sebenarnya
dia tidak suka.
“Dua minggu lagi? Oh, saya gembira mendengarnya
ayah, terima kasih ayah,” kata Irfan mengakhiri perbualannya dengan ayahnya.
“Kenapa awak ni hilang akal?” soal
adawiyah. Irfan ketawa.
“Daddy kirim salam, tak sabar nak
jumpa menantunya, mummy pun sama,” Adawiyah hanya kaku mendengar.
“Abang balik opis dulu ya, jangan
buat abang terkejut. Kalau telefon bunyi cepat angkat, tadi telefon sayang lama
tak boleh dikol, terpaksa abang balik walaupun abang sibuk benar!” kata Irfan
membuatkan matanya hendak terjojol keluar. Apakah itu hanya alasan? Selama
beberapa hari ini telefon itu tidak pernah berbunyi. Kenapa dia sangat pelik
hari ini? apa muslihatnya? Dia tahu suaminya ini penuh dengan muslihat.
“Walaikumsalam, err, awak tak makan lagi?
Saya ada masak sikit lauk,” pelawa Adawiyah perlahan. Irfan menggeleng. memang dia
sungguh banyak kerja. demi kerana kasihkan isteri dia terpaksa balik ke rumah melawat
isterinya.
“Jumpa petang nanti ya, kalau abang tak
sibuk abang nak bawa sayang makan di sebuah restoran Cina Muslim di pinggir bandar
ini tapi abang ada kerja penting nak buat,” Adawiyah hanya termangu dan tiba-tiba
berasa sedih. Lelaki itu tidak pernah sudi menjamah masakannya. Mungkin lelaki itu
faham dia tidak begitu pandai memasak.
Dia
masih terkenang-kenang dan meraba-raba dahinya. Itulah kegemaran baru suaminya.
Lelaki itu sudah meninggalkannya dua minit yang lalu dengan mengucup dahinya.
Entah kenapa debaran di dada masih terasa dan pandangan lelaki itu masih
tertinggal di matanya. Apa sudah jadi kepada dirinya? Apakah dia sudah jatuh cinta
setelah dua minggu mereka menikah? Ah, tidak mungkin ia akan terjadi!