Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Cinta Sang Pilot 20

Bab 20 “Aku kat mana ni?” soalku sendiri setelah aku tersedar. Aku terus duduk di atas katil empuk itu. Setahuku, tadi aku di dalam kereta. Sekarang aku di mana? Soalku sendirian. Kenapa aku sudah di atas katil? Di rumah siapa ni? Rumah sewaku? Eh, mana ada rumah sewaku berwarna hijau polos begini! Dalaman rumah sewaku berwarna pink. Katil aku berbunga merah hati dan krim. Kenapa suasana lain macam aje ni?             Aku ketuk dahi. Aku terlupa rupanya. Aku berada di rumah lelaki yang menjadi suamiku ini. Jadi, takkan aku terbang hingga sampai ke sini? Jangan... jangan...             “Hai, sayang sudah bangun? Cepatnya!” aku membuntangkan mataku memandangnya yang tersengih-sengih. Nasib baik dia tidak membuka tudungku. Pakaianku masih lengkap. Dia pula sudah duduk di sisiku. Aku menjauhkan sedikit jarak kami. Dia selalu membuatku takut.      ...

Cinta Sang Pilot 19

Bab 19  “Apa barang yang sepatutnya kita beli malam ni Tasya?” soal Nukman Faris kepadaku yang masih bersiap-siap memperbaiki tudung biru berlapis merah jambu ala-ala Fareeda. Tudung ini aku beli di sebuah kedai di Shah Alam ketika aku menemani Shamira ke sebuah kedai gunting wanita. Aku tidak mampu sangat hendak membeli tudung yang agak mahal. Aku jenis yang lokek untuk berbelanja untuk diri sendiri. Mungkin sebab aku dilahirkan dalam lingkungan keluarga yang sederhana menyebabkan aku tidak sampai hati hendak membeli barang-barang keperluan diri yang agak berjenama dan tentunya mahal. ‘Tanya aku pula? manalah aku tahu apa yang hendak dibeli di rumahnya ini! Berapa lama dia hendak tinggal di sini? Berapa orang nak makan? Eh, kenpa dia tanya aku? Bukankah aku akan balik semula ke rumah sewaku lusa? Esok kami akan ke rumah mama mertuaku. Eh, aku pun bingung dengan mamat satu ni!’ Aku juga tidak berapa peka apakah barang-barang yang hendak dibelinya untuk di rumahnya ini. Aku tid...

Novel Kuimpikan Bahagia 18

18 “Assalamualaikum mak!” dia memasuki halaman rumah emaknya. Dilihatnya emaknya sedang membelai bunga-bunga di taman mininya.             “Ya Allah, nak kau balik nak? Mari nak, mari naik nak. lama Nuha tak balik rumah. Macam tiga bulan lamanya kan!” Kata emaknya yang sedang sibuk itu. dia menyalami tangan emaknya dan memeluk bahu emaknya itu. mereka berpelukan seketika. Barangkali kerana lama tidak berjumpa menyebabkan emaknya semakin kerinduan.             “Minggu lalu mak ada telefon Nuha ya? Kebetulan Nuha ada kerja nak buat, tak  pula panggil mak balik. Maafkan saya mak! Nuha betul-betul sibuk mak!” kata Nuha Qarina perlahan. Lama mata mereka bertatapan. Jelas terpancar kerinduan di wajah tua emaknya itu.             “Ya, minggu lalu mak ada telefon Nuha tapi Nuha tak angkat. Nak cari Nuha mak tak tah...

Cinta Sang Pilot 18

Bab 18 Aku cepat-cepat bangun dan bersiap untuk mandi apabila tersedar dari tidurku pada petang ini. Lelaki di sisiku ini bukannya menyuruh aku mandi sebaliknya dia sendiri pun sudah tertidur. Dengan hati-hati aku bangun dan mengambil beg pakaianku yang sudah diletakkannya di dalam biliknya ini. Entah bila dia mengangkat begku yang berada di luar tadi, aku pun tidak sedar. Sejak tiba di sini, jantungku bagaikan tidak mahu bekerjasama denganku. Dadaku asyik berdetap-detup. Tubuhku asyik berpeluh-peluh. Keresahan atau ketakutan dengan tindakan lelaki yang keterlaluan beraninya. Walhal kalau dikira dengan tangan, baru dua kali kami bertemu. Pertama, sejak pernikahan kami. Kedua, kali ini; di rumahku seketika sahaja, di keretanya dan di rumahnya ini. Sepatutnya dia masih malu kepadaku atau sepatutnya dia membenci aku seperti mana semasa kami menikah dahulu. Dia memarahi aku kerana dia terpaksa menikah denganku. Hendak menitik juga air mataku pada ketika itu. namun aku sabarkan hatiku k...