Kuimpikan Bahagia 16
16
Dia tidak senang duduk dengan
apa yang baru dikatakan suaminya sebentar tadi. Dia baru sahaja hendak
menikmati makanan dengan kawan-kawan baiknya tetapi tindakan Aliff Hakimi
hendak menjemputnya dan bertemu dengan mama mertuanya memang terlalu mendadak
dan mengejutkannya. Malah, irama jantungnya bagaikan gendang dipalu dengan
pemalunya. Mestilah dia sangat terkejut. Selama ini dia tidak pernah bertemu
dengan mama dan papa mertuanya. Mereka hanya bertemu ketika majlis pernikahan
dan persandingan mereka. Dalam situasi sekarang dia hendak bertemu? Bila masa dia
hendak berkemas dan bergerak lusa?
“Apa yang berlaku ni Nuha?” pegangan tangan Beatrice di
bahunya mengejutkannya. Spontan dia menggeleng.
“Kenapa nampak resah ni?” Beatrice tidak puas hati selagi
dia tidak membuka mulut. Jus oren di gelas pun belum habis diminumnya.
“Tak ada apa-apa. Tiba-tiba sahaja ada orang nak jemput
saya makan di rumahnya,” jawabnya memegang gelas berisi jus oren itu.
“Itu murah rezeki namanya. Siapa yang baik hati tu?” dia
tersengih. Itu bukan murah rezeki namanya. Itu tempah bala. Dia pasti akan
terasa kekok andainya bertemu pada malam ini. Dia tidak bersedia dengan apa
yang dikatakan suaminya sebentar tadi.
“Suami saya. Dia tiba-tiba nak bawa saya jumpa dengan
mama dia. Tak tak sedia. Saya dah cakap yang saya ada hal sekarang ni, tapi dia
tak faham-faham,” kata Nuha Qarina. Beatrice sudah tersengih-sengih
memandangnya. Dia hanya mampu menggeleng. Beatrice pasti akan mengenakannya.
“Apa pula tak sedia, jumpa dengan mentua, bukan tak
biasa,” dia tertunduk. Memang dia tidak biasa. Mungkin kalau kahwin dengan
orang biasa dia tidak akan sekekok ini. Ah, dia faham juga, Beatrice tidak
pernah tahu akan pergolakan yang berlaku dengan rumahtangganya.
“Tak apalah, jumpa saja, bukan selalu kau akan jumpa dia.
Kau tenangkan dirilah,” jawab Beatrice. Ada benarnya kata-kata itu. Tetapi dia
tidak sampai hati pula hendak meninggalkan kawan-kawannya yang sedang makan
malam itu. Mereka meraikan dirinya.
“Saya segan pula nak bergerak sekarang Beat. Macam tak
sopan pula.” Katanya pula.
“Pergilah. Bukan selalu suami kau ada di sini. Kau pun
nak berangkat lusa. Jadi kau kenalah ambil hati mama mertua kau. Kau pergilah
beritahu kat kawan-kawan lain yang kau nak keluar awal. Masalah selesaikan?”
kata Beatrice memberi pendapat. Nuha Qarina angguk. Ada juga benarnya pendapat
anak Dusun Tatana itu.
“Betul juga kata kau. Terima kasih lah atas pendapat kau
yang bernas tu. Sebenarnya aku tak sampai hati nak tinggalkan majlis ini,” kata
Nuha Qarina yang berasa serba salah dengan apa yang berlaku secara tiba-tiba
ini.
“Sudahlah tu! Pergilah kau beritahu mereka, nanti suami
kau sampai pula.” Kata Beatrice lagi.
“Kepala kau memang geliga. Terima kasih Beat,” kata Nuha
Qarina yang sudah menyalami tangan Beatrice.
“Kau kan sahabat aku. Jadi, sahabat mesti selalu bantu
sahabat. Jangan pula sahabat lupakan aku yang tak nak sambung belajar ni,” kata
Beatrice yang belum mahu menyambung pelajarannya di peringkat sarjana.
Menurutnya, dia masih ada tanggungan. Adik-adiknya masih belajar. Terharu
sungguh dia mendengar kata-kata Beatrice. Mereka memang selalu berdua ke
mana-mana.
“Terima kasih Beat, kaulah sahabat aku! Sampai bila-bila
pun aku takkan pernah lupakan kau!” Beatrice tersenyum.
“Aku pergi ke sana dulu,” Nuha Qarina bergerak menuju ke
meja kawan-kawan yang lain. Beatrice meneruskan makannya. Telefon di beg
tangannya berbunyi. Cepat-cepat Nuha Qarina mengambil telefonnya.
“Assalamualaikum,” sapa Nuha Qarina.
“Walaikumsalam, Nuha abang sudah di ruang luar. Abang
tunggu ya,” kata Aliff Hakimi yang sudah berada di luar hotel Promanade itu.
“Ya sekejap ya bang. Saya minta kebenaran dengan
kawan-kawan lain dulu,” kata Nuha Qarina. Dadanya sudah berdebar-debar. Entah
kenapa jantungnya bergerak tidak seirama. Kawan-kawannya hanya memerhati. Dia
tahu suaminya tidak sabar hendak bertemunya, bukan tidak sabar hendak
mempertemukannya dengan mama mertuanya.
“Ya abang tunggu di luar ni ya.” Kata Aliff Hakimi yang
menunjukkan rasa prihatinnya. Nuha Qarina menutup telefonnya. Dia kembali ke
meja kawan-kawan yang belum diberitahunya.
“Saya pergi dulu ya. Maafkan saya sebab tak dapat
berlama-lama dengan kawan-kawan semua,” kata Nuha Qarina.
“Nak ke mana pula lepas ni?” Nuha Qarina tersenyum
simpul.
“Ada hal, nak jumpa mama mertua pula. Tiba-tiba pula suami
bawa jumpa mertua,”
“Suami ada di sini? Kenapa tak bawa?” sekali lagi Nuha
Qarina tersengih. Apa yang hendak dijawabnya.
“Ada kak Sarimah. Baru sampai dua tiga hari lalu.”
Kawan-kawannya tersengih-sengih.
“Patutlah, kan masih honeymoon,” tambah satu suara lagi.
Dia hanya tersenyum malu. Tuhan sahaja yang tahu perasaannya pada ketika ini.
Bulan madu yang sungguh menyakitkan itu tidak mahu dibayangkannya lagi. Lelaki
itu memang tidak ada perasaan untuknya sebagai isteri. Sedangkan dia sendiri
tidak begitu mengenali suaminya pada
permulaan pernikahan mereka. Tetapi dia tidak akan sesekali tega memberitahu
dia mempunyai seorang kekasih pada hari pertama pernikahan mereka. Tetapi,
kenapa lelaki itu tega?
“Mana ada kak, kakak ni pandai-pandai saja tau!” kata
Nuha Qarina.
“Pergilah… pergilah jangan risau kami faham,” kata Cikgu
Sarimah yang sudah menolak tubuh Nuha Qarina agar keluar dari ruang makan itu.
Dia hanya memberi isyarat tangan kepada kawan-kawan lelaki dan pengetua
sekolahnya.
“Terima kasih ya atas belanja makan ini.” Itu sahaja yang
mampu Nuha Qarina katakan. Dia terasa sungguh dihargai. Dia cepat-cepat menuju
ke arah ruang lobi dan mendekati kereta suaminya. Masihkah kereta yang sama?
Soalnya dalam hati. Nuha Qarina tercari-cari kereta Camry hitam milik suaminya
itu.
****
“Assalamualaikum,” Nuha
Qarina memberi salam kepada suaminya yang sedang duduk di dalam kereta
menunggunya. Lelaki itu cepat-cepat keluar dari keretanya lalu membukakan pintu
kereta untuknya.
“Silakan masuk sayang.” Bertambah berdebar dada Nuha
Qarina. Sebenarnya perlakuan suaminya yang amat pelik ini yang menimbulkan
keresahan di hatinya. Namun, dia memujuk dirinya agar dia tidak terpujuk atau
terpengaruh dengan tindakan suaminya yang sungguh aneh ini. Mungkinkah ada sesuatu
yang berlaku kepada suaminya sehinggakan dia mencari dirinya semula? Mungkinkah
dia hanya hadir untuk memohon kebenaran untuk bernikah dengan kekasihnya? Ah,
dia bias sahaja memberikan kebenaran dan menurunkan tanda tangan jika benar
suaminya inginkan bernikah lain. Namun, satu sahaja permintaannya agar
diperkenankan oleh suaminya ini agar menceraikan dirinya. Dia tidak mahu hidup
tergantung-gantung tanpa arah seperti layang-layang di udara sana. Setelah
terlepas dari tuannya, hancurlah ia diterbangkan angin. Ah, dia tidak mahu
menjadi seperti layang-layang putus tali itu.
“Eh, kenapa masih tercegat ni?” soal suaminya
menerbangkan seluruh pertanyaan dalam kepalanya. Mahu atau tidak dia terpaksa
masuk ke dalam kereta itu.
“Err, kita nak ke mana ni bang?” soalnya setelah suaminya
duduk di bahagian pemanduan.
“Kita?”
“Ke mana-mana sahaja yang sayang nak.” Kata-kata itu
seperti batu besar menghempap kepalanya.
“Ke mana-mana sahaja. Eh, tak naklah saya ikut. Kalau tak
ada nak ke mana-mana, baiklah saya bersama-sama kawan-kawan saya di dalam,”
kata Nuha Qarina yang terasa menyesal keran terasa dirinya tertipu oleh
suaminya. Lelaki itu ketawa. Terbuntang matanya memandang wajah kacak itu.
“Janganlah macam tu sayang. Kita nak jumpa mama dan papa
ni. Tetamu mama pun dah ramai di rumah tu.” Bertambah-tambah rasa terkejutnya.
Mula-mula kata suaminya, mama dan papanya nak jumpa. Sekarang ni pula siap
dengan tetamu pula. Siapa yang tetamu ni sebenarnya?
“Err, kenapa ada tetamu pula?”
“Kan saying ni isteri abang. Mestilah ramai rakan taulan
nak jumpa isteri abang yang cantik ni. Dulu kan kita tak sempat nak bersanding
di rumah keluarga saya. Kan abang sibuk masa tu,” Nuha Qarina ternganga. Dia
tidak menyangka mama mertuanya mengadakan majlis yang agak besar untuk
menyambutnya. Mungkinkah ini rancangan Aliff Hakimi? Fikirnya sendiri.
“Kenapa nak buat macam tu, saya… err… kita kan nak cerai.
Mama sepatutnya tak buat benda macam ni! Kamu sepatutnya terima menantu baru!”
Kata Nuha Qarina berterus-terang bertanya suaminya. Aliff Hakimi cepat-cepat
menutup mulut Nuha Qarina.
“Lepaslah! Lepas!” kata Nuha Qarina cuba melepaskan
dirinya daripada cengkaman tangan Aliff Hakimi. Aliff Hakimi baru tersedar
daripada tindakannya.
“Sayang, percayalah, abang tidak bermaksud hendak
meceraikan sayang. Lepas ni jangan nak sebut perkataan yang abang tak suka ya.”
Nuha Qarina terus mendiamkan diri.
“Tak apa, abang mampu kahwin walaupun empat isteri.” Kata
Nuha Qarina.
“Tak, takkan pernah, Nuha saja isteri abang, percayalah!”
kata Aliff Hakimi. Betapa terkejutnya dia dengan pengakuan suaminya itu. Ia
amat bertentangan dengan pengakuannya sebelum ini. Ah, dia tidak akan pernah
percaya akan kata-kata itu. Maaflah suami, dia memang tidak akan percaya akan
kata-kata suaminya itu. Sekali dia terkena sampai bila-bila dia tidak akan lupa!
“Baiklah abang, kita teruskan perjalanan.” Enjin
dihidupkan. Dalam perjalanan menuju ke rumah mama mertuanya tidak sepatah pun
dia bercakap. Dia masih berasa terkejut.
***
Tiba di perkarangan rumah,
orang ramai sudah keluar menanti mereka berdua. Mereka seperti pengantin pula.
Apa semua ini? Soal Nuha Qarina.
“Eh, menantu mama dah sampai. Ayuh sayang, silakan masuk
ke dalam.” Datin Hamidah dan Datuk Adnan sudah mengiringi kedatangan anak dan
menantunya. Nuha Qarina pula terus menyalami tangan mama mertua dan memeluknya.
Dia terasa betapa sebaknya dirinya kerana tidak pernah lagi bertemu dengan
wanita elit itu selepas mereka bernikah hari itu. Lama mereka berpelukan.
Tetamu-tetamu lain juga disalaminya.
“Apa khabar sayang Nuha?” soal Datin Hamidah.
“Baik mama. Mama dan papa pula apa khabar? Maafkan Nuha
kerana lama tak dengar berita mama dan papa.” Kata Nuha Qarina.
“Tak apalah sayang, mama faham. Papa pun faham sangat.
Mari kita makan malam dulu. Mama dah sediakan sebuah meja di situ,” Nuha Qarina
terkejut melihat perhiasan meja yang agak moden dan penuh dengan makanan.
“Nuha sayang, mari kita makan, abang pun dah lapar ni
sayang,” kata Aliff Hakimi yang tidak dipedulikan oleh mamanya sejak tadi. Para
tetamu juga memfokuskan kepada Nuha Qarina. Mereka terus duduk di kerusi yang
telah disediakan. Nuha Qarina terasa agak segan pula. Jika dia tahu begini
ramainya manusia, dia sepatutnya membawa kawan baiknya ke sini tadi.
“Lepas makan ni, Nuha tidurlah di sini ya.” Mahu tersedak
nasi yang berada di dalam mulut NUha Qarina. Aliff Hakimi pula cepat-cepat
menghulurkan air untuknya.
“Tidur sini?” mereka berdua berpandangan. Aliff Hakimi
mengangguk dan menggenyitkan mata kepadanya. Apa pula maksudnya?
“Ya mama, Nuha akan tidur
di sini sempena menyambut menantunya mala mini. Kan sayang, sayang akan
tidur di rumah mama mala mini kan?” Aliff Hakimi sudah menarik tangannya dan
mengucupnya di depan para tetamu. Mahu terkeluar biji mata Nuha Qarina.
“Err, saya ikut saja abang mama,” kata Nuha Qarina yang
tidak mahu memalukan suaminya itu. Tidak tertelan nasi di mulutnya. Dia tidak
tahu bagaimana keadaan mereka jika dia tidur sebilik dengan suaminya itu. Mahu
sahaja dia berterus-terang yang dia tidak akan tidur di rumah mama mrtuanya itu
tetapi dia bimbang dia akan menyakiti hati mertuanya. Biarlah perasaannya
dikorbankan.
“Ha, eloklah tu sayang menantu mama. Memang eloklah tu.
Malam ni Nuha tidur di rumah mama ni ya. Rumah ni dah lama tunggu kedatangan
Nuha. Mama rindukan Nuha,” terharu sungguh Nuha Qarina dengan ungkapan mama
mertuanya. Papa mertuanya hanya tersenyum-senyum di sisi isterinya.
“Ya mama, papa. Jangan risau, Nuha akan tinggal di sini
buat sementara waktu,” kata Aliff Hakimi dengan penuh bangga mengumumkan kepada
mama dan papanya. Pembantu mereka hanya tersengih-sengih mendengar perbualan
mereka. Perlahan-lahan dia mengunyah makanan yang masih bersisa di mulutnya.
“Nuha jangan risau, mama dah minta pembantu rumah ini
kemaskan bilik kamu Nuha. Mama dah sediakan semuanya!” kata Datin Hamidah.
Bertambah berdebar dada Nuha Qarina. suami di sisinya sudah memegang sebelah tangannya dan mengisyaratkan agar memberikan kerjasama pada pertemuan kali ini. dia pula menjadi sakit hati dengan apa yang dilakukan oleh lelaki itu.
“Tak apalah mama, Nuha pun boleh kemaskan nanti,”
jawabnya.
“Eh taka pa. mama dah minta pembantu selesaikan semuanya.
Nuha jagan bimbang. Mama mahu Nuha berasa selsa di rumah ini. Selesai makan
nanti, kita akan berbual-bual di luar melayan tetamu mama,” Nuha Qarina hanya
angguk.
“Terima kasih mama,”
“Tak apalah, terima kasih untuk suami Nuha yang begitu
sayangkan Nuha,” mahu tersedak makanan yang ada di mulut Nuha Qarina. Lelaki
itu dijelingnya sekilas. Lelaki itu tersnyum manis kepadanya. Mungkinkah
mamanya hanya bergurau sahaja?
“Terima kasih bang.” Katanya perlahan. Lelak itu
mengangguk-angguk dengan penuh bangga.