Cinta Sang Pilot 14
Bab 14
“Silalah
masuk. Inilah rumah kita,” katanya membuka pintu rumahnya. Semua lampu di ruang
tamu itu terpasang. Aku teragak-agak
hendak masuk ke dalam rumahnya itu. Dia tarik tanganku yang agak sejuk.
Serba-salah aku dibuatnya.
“Kita?”
‘Kenapa
rumah kita? Sedangkan kita akan berpisah tak lama lagi? Perjanjian sudah
termaktub, apakah lelaki di depannya ini lupa?’ lelaki itu kehairana melihat
aku garu kepala yang tidak gatal. Aku sudah kebingungan sendiri memandang pintu
rumah suami sementara itu.
“Kenapa tak nak masuk?” aku pandang
wajahnya. Aku pandang keseluruhan ruang tamu rumah itu. Pandai juga lelaki itu
menghias rumahnya. Mungkin emaknya masuk campur. Tetapi kenapa aku dibawa ke
rumahnya? Apakah motif lelaki ini?
“Siapa tinggal di sini?” dia sengih.
Wajahnya kacaknya terserlah pada cahaya yang samar-samar itu. Ah, sukanya aku
memandang wajah itu. Aku terasa sayu pula.
“Puas hati telek wajah saya?” bisiknya
di telingaku. Ya Allah, meremang tubuhku. Perasan pula lelaki ini. Mahu sahaja
aku melompat melihat tubuhnya yang sudah tidak sampai setengah inci dari
mukaku. Apakah dia hendak buat ini? Aku tolak wajahnya dan aku cepat-cepat
masuk ke ruang tamu rumahnya itu. Aku menundukkan wajah dan tidak berani hendak
memandang wajah tampan itu. Ketakutan menyelubungi wajah itu seperti rusa
takutkan singa.
“Ah, perasan! Awak ni kenapa, mana ada saya
telek wajah awak!” kataku yang menjauhkan diri daripadanya. Aku sakit hati
diperbuat begitu olehnya. Aku terasa hembusan nafasnya. Oh Tuhan!
“Mana ada perasan! Saya nampak awak
telek wajah saya!” ulangnya lagi sambil tersenyum dengan penuh tampan. Ah, aku
tidak mahu jatuh cinta entah ke berapa kali dengan suami sendiri. Dan, aku pun
tidak mahu di hadapannya akan perasaan yang berkumpul di dadaku ini. Aku nampak
senyuman mesranya memandang aku yang masih tersipu.
“Mana ada!” aku berdalih lagi. Habis
seluruh mukaku terasa panas. Mana aku mahu mengaku sedang menelek wajah kacak
milik suamiku itu.
“Ada!” katanya mendekatiku. Mukaku
sudah membahang. ‘Matilah aku!’ Bisikku dalam hati.
“Tak ada!” kataku. Dia sudah menangkap
tanganku.
“Saya tahu awak telek wajah saya!”
bisiknya di telingaku. Aku menjauhkan diri darinya. Aku sudah masuk ke ruang
tamu rumahnya itu dan berdiri di ruang tengah. Sofanya berwarna hitam
kupandang. Aku tidak berani hendak duduk di sofa itu.
“Tak apalah jika awak tak mengaku. Saya
faham awak malu dan saya tahu saya kacak!” ucapnya setelah agak lama kami
mendiamkan diri. Aku tersenyum kelat dan menggeleng. Aku tertanya sendirian.
Apakah yang sudah berlaku kepada lelaki ini sehingga menunjukkan kemesraannya
begini. Apakah dia sudah menukar perasaannya kepadaku atau dia hanya hendak
mengambil hatiku? Walaupun aku berasa gembira dengan apa yang ditunjukkannya
tetapi aku tidak suka dengan perbuatannya kepadaku. Jika rahsiaku terbongkar
lagi pada masa yang sama, apakah perasaannya yang baru berubah untukku itu akan
berubah semula menjadi benci, dendam dan sakit hati? Aku galau sendiri malah
aku takut, tersangat takut jika rahsiaku sendiri terbongkar. Ini kerana aku
tidak dan belum membuat pengakuan yang aku tidak mengandung. Mereka hanya
mendapat perkhabaran daripada keluarga Amri yang menyatakan aku mengandung dan
menjadi penyebab mengapa mereka memutuskan pertunangan denganku. Kad perkahwinan
pula sudah diatur.
Jadi,
ayah dan emakku sudah kebingungan lantas mencarikan pengganti untuk pengantin lelaki.
Lelaki yang malang menjadi pengganti Amri ialah sepupuku sendiri. Keluargaku berasa
malu dengan apa yang berlaku. Perkahwinan terpaksa diteruskan juga. Tinggal dua
minggu sahaja pernikahan dilangsungkan.
Ia
sangat menyakitkan bagi diriku. Sekarang pun aku berhadapan dengan situasi bagaimana
mahu berterus-terang dengan lelaki di depanku yang aku tidak mengandung.
“Perasan!” kataku. Dia sudah melabuhkan
punggungnya di sofa kulit itu.
“Mari kita duduk. Tentu awak penat
beberapa jam di dalam kereta. Saya faham, awak berbadan dua,” katanya lagi. Aku
mengangguk dan menuruti katanya. Bertambah-tambah kalut wajahku. Aku seperti sudah
melakukan pembohongan secara terang-terangan. Kini aku tersepit antara hendak berterus-terang
atau berdiam diri sehingga hari terakhir perkahwinan kami.
“Tak penat sangat, saya ok!” kataku
perlahan. Aku duduk di sisinya. Sebenarnya aku segan sangat. Tuhan sahaja yang
tahu perasaan debar dan kebingungan yang bercampur-campur mengganggu perasaanku.
“Awak suka tak rumah ni?” apa yang
hendak aku jawab? Aku tidak terfikirpun hendak mempunyai rumah dengan lelaki ini
atau apa sahaja hartanya, aku tidak sesekali terfikir ia akan menjadi harta kami
bersama. Aku masih terkejut dan tidak menyangka yang dia sudah mempunyai
rumah dan membawa aku ke rumahnya ini. Menurut emak, aku akan dibawa ke rumah
emak mertuaku di Damansara Utama. Kenapa aku dibawa ke sini?
“Tak suka? Hiasannya agak kelakian?”
dia desak aku lagi. Aku kurang arif tentang hiasan dalaman. Bagiku kalau rumah
ini sudah lengkap dengan segala kelengkapan rumah, aku tidak akan mengungkit
atau mengubah apa-apa lagi. Cukuplah dengan apa yang ada. Lagipun aku sangat
berkira tentang soal bajet. Aku tidak suka membazir. Kata ayah, membazir itu
amalan syaitan.
“Oklah ni!” jawabku ringkas. Tentu dia
tertunggu-tunggu. Dia berdiri dan menghidupkan suis televisyennya yang agak
besar. Mungkin lebih besar daripada televisyen di rumah sewaku. Mungkin saiznya
50”. Aku mengagak sahaja.
“Oh, ok kalau hiasan macam rumah saya
ni!” aku angguk.
“Kenapa awak bawa saya ke sini?”
soalku. Aku tidak selesa di sini. Aku bimbang keluarganya dan keluargaku akan
menunggu kami.
“Awak macam resah!” aku angguk.
“Tak apa, saya akan beritahu mama dan
mak awak,kita akan tidur di sini malam ini.” Aku buntangkan mata. Debarku
menjelma.
“Kenapa pula? tentu mama awak
tertunggu-tnggukan kedatangan kita petang ni!” dia geleng. Telefonnya berbunyi.
Aku kaku di sisinya.
“Assalamualaikum mama, ya ada.” Aku
dengar sahaja apa yang diperbualkannya. Pasti mamanya yang menghubunginya.
“Err, ada mama. Kami di rumah saya.
Saya dan dia tidur sini.” Jawabnya. Aku sudah butangkan mata. Kenapa pula kami
tidur di rumah ini. Aku nak tidur di bilik man? Aku tinjau-tinjau kawasan
seperti para pemimpin meninjau kawsasan mereka sendiri.
“Bila? Esok? Pagi atau petang? Pagi?
Ok!” dia letak telefon. Kemudian pandang wajahku.
“Siapa tu?” Soalku dalam takut dan berani. Sebenarnya, terus-terang aku tidak selesa berdua-duaan di rumah ini bersamanya.
“Mama!”
“Dia nak apa?”
“Dia nak awak duduk seminggu cuti ni di
rumah saya! Kita ada majlis!” aku semakin gemuruh. Apa yang hendak dikatakan
kepada lelaki ini.