Novel Kuimpikan Bahagia 18
18
“Assalamualaikum mak!” dia
memasuki halaman rumah emaknya. Dilihatnya emaknya sedang membelai bunga-bunga
di taman mininya.
“Ya Allah, nak kau balik nak? Mari nak, mari naik nak.
lama Nuha tak balik rumah. Macam tiga bulan lamanya kan!” Kata emaknya yang
sedang sibuk itu. dia menyalami tangan emaknya dan memeluk bahu emaknya itu.
mereka berpelukan seketika. Barangkali kerana lama tidak berjumpa menyebabkan
emaknya semakin kerinduan.
“Minggu lalu mak ada telefon Nuha ya? Kebetulan Nuha ada
kerja nak buat, tak pula panggil mak
balik. Maafkan saya mak! Nuha betul-betul sibuk mak!” kata Nuha Qarina
perlahan. Lama mata mereka bertatapan. Jelas terpancar kerinduan di wajah tua
emaknya itu.
“Ya, minggu lalu mak ada telefon Nuha tapi Nuha tak
angkat. Nak cari Nuha mak tak tahu di mana. Jadi, mahu tak mahu mak terpaksalah
tunggu Nuha panggil balik. Tapi sampai sekarang baru nampak muka Nuha. nasib
baik Nuha tak tukar nombor telefon!” kata emak perlahan. Sejak emak bersara
dari tugasnya sebagai pembantu kerani lima tahun lalu, kerja emak hanyalah
mengemaskan bunga-bunga di taman mininya ini.
“Saya sibuk sikit mak. Ada urusan yang nak diselesaikan
tapi sekarang sudah selesai!” Katanya perlahan. Emak sudah membawanya duduk di
kerusi panjang yang dibina oleh ayahnya di taman mini itu.
“Urusan apa nak? macam lain bunyinya!” kata emak Nuha,
Puan Zaharah lagi. Emak Nuha termangu. Tambahan pula Nuha Qarina masih berdiam diri.
“Nuha, mak nak
tanya sikit, kalau boleh?” Tanya emak Nuha, Puan Zaharah itu. mata emak Nuha
yang kuyu itu dipandangnya tajam. Ada kehairanan yang bersatu di dalam soalan
itu.
“Apa yang mak nak tanya, Ya Allah takkan nak tanya dengan
anak pun nak main minta izin lagi. Tanyalah mak!” kata Nuha Qarina perlahan.
“Nuha, hujung minggu lalu, keluarga Aliff datang!” pup,
bagai berhenti degupan jantung Nuha Qarina dengan kenyataan emaknya itu. Bulat
matanya memandang emaknya yang sudah bersedia hendak bercerita itu.
“Apa urusan mereka datang mak?” soal Nuha Qarina lagi.
“Mereka datang nak minta maaf nak. mereka tak tahu apa
yang telah berlaku. Mak pun cakap mak tak tahu apa-apa. Tiba-tiba Nuha datang
sendiri ke sini beberapa bulan lalu dan mak tak tahu di mana Nuha. Aliff apatah
lagi. mereka kesal juga dengan apa yang berlaku! Dan, segalanya tak patut berlaku!”
kata emaknya Puan Amnah dengan panjang lebar.
“Mak, mereka dah tahu apa yang berlaku kepada kami?” soal
Nuha Qarina ingin tahu apa yang sedang berlaku.
“Aliff, anak mereka tu yang datang ceritakan kepada
mereka. Tu lah mereka tahu. Macam Nuha juga. Mak tak mahu masuk campur walaupun
anak mak terluka tapi apa boleh buat, mak tak boleh buat apa-apa. Dah takdir!”
kata emaknya lagi yang bagaikan menerima kehendak takdir yang berlaku itu. sebak hatinya dengan apa yang berlaku.
“Datin Hamidah minta anaknya tu pujuk Nuha semula, mereka
tak mahu Nuha bercerai dengan anaknya tu! Mak bimbang juga kalau-kalau Nuha dah
tak mahu dengan lelaki itu! mak tahu perangai anak mak yang seorang ni! Kalau
anak mak lain, senang mak pujuk, tapi kalau Nuha, susah nak cakap!” kata
emaknya lagi. Nuha Qarina tertunduk lesu. Baru saja minggu lalu mereka bertemu
dan dia tidur di rumah emak mertuanya itu. Oh, mungkin emaknya tidak tahu.
“Saya pun sudah ada kehidupan saya sendiri. Apa yang sudah
berlaku, biarlah berlaku. Saya reda, mungkin jodoh saya sampai di sini saja.
Biarlah Aliff cari pengganti yang lain. Wanita yang lebih ‘grand’ yang lebih
berstandard, bukan macam kita, orang kampung saja!” Kata Nuha Qarina perlahan.
“Tapi kata Datin Hamidah tu, kamu belum bercerai lagi. mereka
tak mahu kamu bercerai nak. mana yang betul ni nak? mak pula yang dimarahi oleh
Datin tu nak! Mak tak dapat nak apa-apa sebab tak ada bukti nak!” kata emaknya
pula. Dia kehairanan. Dia mula beranggapan anak lelakinya Aliff Hakimi sudah
memberitahu akan apa yang telah berlaku kepada mereka berdua. Apa yang lebih
memalukan apabila mereka berpisah ketika hari pertama berbulan madu di Bali.
Entah apalah yang dapat dikatakannya lagi.
“Mereka tak faham tu mak! Tak apalah mak, saya akan
selesaikan sendiri. Mak tak usahlah risau!” katanya memujuk emaknya, Puan
Zaharah itu.
“Mak risau nak. memang mak risau, Datin pun risau. Mak
tahu gaya anak mak yang degil ni, tu lah mak risau sangat nak! tapi mak harap Nuha
boleh terima semula Aliff Hakimitu! Oh ya, Datin ada kirimkan kau kain sutera
untuk dibuat baju kebaya nak! katanya sesuai untuk kulit putih macam Nuha! Mari
mak tunjukkan kain tu!” kata emak lalu berdiri sambil mendaki anak-anak tangga
rumahnya itu. Nuha Qarina juga menuruti langkah emaknya.
“Tak perlu risaukan Nuha mak. Nuha kan biasa hidup
sendiri, tinggal dengan kawan. Sekarang pun Nuha masih macam tu. Nuha bukan
bergaul dengan budak-budak nakal tu mak! Nuha pandai jaga diri kan mak!” kata Nuha
Qarina memberikan jaminannya.
“Nuha, dulu Nuha masih bujang mak tak kisah. Tapi
sekarang Nuha dah jadi isteri orang, anak kenamaan di negeri kita ni.
Sepatutnya Nuha duduk rumah dia, bukan duduk rumah kawan! Mak malu nak!” kata
Puan Zaharah lagi. Pandangan matanya semakin sayu. Nuha Qarina tidak mahu
mengulas lebih banyak mengenai hal itu.
“Cantik kain ni mak. Tapi, saya sibuk nak buat baju baru
sekarang ni. Baju-baju yang dibuat sebelum kahwin pun masih belum habis pakai.
Datin tu memang suka belikan kain untuk menantunya mak. Mak, sedekahkan saja
kain-kain ni kepada orang-orang miskin di kampung mak di Papar tu! Saya tak
mahu! Baju saya tak habis pakai lagi. malah saya malu nak pakai mak, terlalu
banyak hiasan!” Kata Nuha Qarina membuka cerita baru. Dia tidak mahu
menceritakan sesuatu yang bukan pada petang ini. Kebetulan dia baru sahaja
balik dari mengajar.
“Mana boleh buat macam tu nak! Nuha tu kahwin dengan anak
orang ada-ada! Nuha kenalah pandai bawa diri!” kata mak Nuha lagi. sakit hati
Nuha Qarina dengan ungkapan nasihat emaknya itu.
“Biarlah mak. Sedekah tu kan ada pahala! Saya ni tak
apalah, boleh beli yang lain!” katanya sambil tersenyum manis kepada emaknya
itu.
“Nuha, Aliff dah jumpa Nuha ya? Datin dah marahkan dia,
keluarganya tak mahu kamu bercerai berai. Harapan mak macam tu juga. Janganlah
kamu bercerai berai. Usia perkahwinan baru lagi.” kata emaknya perlahan. Suasana
hening di rumahnya ini menenangkan jiwanya.
“Mak, saya balik dulu. Saya balik ni nak beritahu mak
yang saya nak berangkat ke Australia minggu depan. Permohonan saya melanjutkan
pelajaran dah diterima mak!” tidak terkata emaknya mendengar ungkapannya.
“Nuha, apa yang dah Nuha buat ni? Sepatutnya Nuha ni jadi
isteri orang bukannya nak belajar lagi! sudah Nuha minta kebenaran dengan suami
Nuha tak? Datin dan datuk dah tahu?” bentak emaknya.
“Mak, saya pun ada cita-cita macam orang lain. Soal jodoh
saya dengan Aliff biarkan lah masa sahaja yang akan menentukan. Saya tak boleh
nak kata apa-apa lagi. Semua sudah tak ada apa-apa lagi. dia yang buat hal
sendiri saya tak mahu tanggung! Saya pun susah nak cakap mak! Tolong rahsiakan
hal ini dari dia dan keluarga dia mak! Tolonglah mak!” kata Nuha Qarina
bagaikan membuka pekung di dadanya. Dia sebenarnya emaknya akan memarahinya
lagi tetapi kali ini emaknya seperti mahu berdamai dengannya.
“Tapi, Aliff kan ada. Kau tak kerja pun tak apa nak. buat
apa nak susah kan diri belajar lagi? Kau nak jadi apa? Pensyarah? Doktor?”
Emaknya ternyata masih belum faham dengan apa yang berlaku.
“Tidak mak. Oklah mak, Nuha balik dulu. Nanti Nuha datang
lagi.” katanya perlahan lalu mengambil tangan emaknya lalu mengucupnya lama.
Dia tiba-tiba terkenangkan Aliff Hakimiyang mengucup jari-jemarinya dengan lama
sekali. Alangkah menyayatkan hati dirasanya. Tuhan sahaja yang Tahu betapa
bahagianya dia saat itu. macam pertama kali mereka ditemukan sebagai pasangan
suami isteri yang bahagia. Hakikatnya mereka tidak bahagia.
“Bila kau berangkat nak?” soal emak Nuha benar-benar
susah hati dengan permasalahan rumah tangga anaknya yang semakin rumit itu.
“Minggu depan mak! Jangan bagi tahu mertua saya mak!”
katanya lagi mengulangi apa yang baru dikatakannya sebentar tadi.
“Tak baik macam tu nak. seolah-olah kau larikan diri! Mak
kasihankan si Alif tu yang terlari ke sana-sini tanyakan kau! Mak tak tahu nak
buat apa lagi. tapi apa yang mak nak beritahu, steri yang baik sentiasa berada
di sisi suaminya.” kata emak menasihatinya. Namun dia sudah tidak mendengar
nasihat itu. dia harus pergi tanpa pengetahuan lelaki itu. kalau lelaki itu tahu dia tidak tahu apa yang akan
berlaku kelak.
“Tak mak! Saya tak melarikan diri. Kebetulan saja. Kebetulan
tahun lalu saya ada memohon untuk melanjutkan pelajaran jadi sekaranglah masa
saya nak berangkat! Tiba-tiba saja saya diterima. Tolong mak, tolong rahsiakan
dari Aliff! Kalau mak mahu lihat anak mak ni bahagia mak!” kata Nuha Qarina
sambil menyalami tangan emaknya itu. dia tidak mahu berlama-lama di sana. Dia
harus pergi dulu sebelum Aliff Hakimidapat menghidu destinasinya kali ini.
“Mak akan cuba sedaya upaya nak! mak tak janji. Mak
doakan anak mak berjaya mencapai matlamat hidupnya. Tapi, mak kasihan kat
menantu mak tu! keseoranganlah dia!” kata emaknya cuba membela menantunya Aliff Hakimi itu. dia hanya tersengih tanpa memberikan apa-apa komen mengenai suaminya itu.
“Saya pergi dulu mak!” kata Nuha Qarina sambil menciumi
tangan emaknya.