Catatan

Novel Salwa Maisara Bab 23

Bab 23 Mereka hendak terbang ke Kuala Lumpur semula pada keesokan harinya. Namun dia resah. Malam ini mereka akan tidur di resort ini semula. Dia tidak selesa dengan lelaki ini. Namun, kerana ikatan yang telah mengesahkan mereka sebagai suami isteri menyebabkan dia terpaksa mengikut sahaja jejak suaminya. “Kita keluar sekarang?” soal suaminya kepadanya. Dia angguk.             “Ke mana?” soalnya pula.             “Ya nak ke mana sayang?” soal lelaki ini. dia geleng. Tidak tahu hendak pergi ke mana pada saat solat Zohor sudah dikerjakan. Sebenarnya dia mahu berehat tetapi sesudah ada lelaki ini di sisinya, dia serba salah. Hendak ke mana dia ni? Makan? Makan kat mana? Dia tidak tahu hendak memilih restoran yang baik di sini. Kalau restoran yang baik mengikut pilihannya dan standard kemampuannya memang agak banyak juga. Contohnya, Restoran Kak Dayang, Restoran Kak Nong,...

Saat Cinta Membara Bab 4

Bab 4 “Assalamualaikum.” Dia memberi salam apabila dilihatnya ada Nurin menunggunya di ruang tamu. Wajah manis itu tambah manis saat tersenyum.             “Walaikumsalam. Kenapa monyok aje ni?” soal Nurin Aninah. Dia tambah cuak. Bukan cuak kepada kawan baiknya sendiri. Inilah kawan baiknya walaupun mereka berlainan fakulti semasa di universiti. Namun Nurin Aninah yang banyak membantunya semasa di sini. Kawannya menyukat Bandar raya metropolitan Kuala Lumpur ini.             “Mana ada... sakit hati jalan jammed... aku lupa solat Asar di hospital tadi.” Katanya. Terus masuk ke dalam biliknya. Nurin Aninah tersengih.             “Takkanlah!” kata Nurin Aninah yang kehairanan melihatnya. Dia jeling kawan baiknya itu. Lalu dia cepat-cepat masuk ke dalam biliknya.         ...

Saat Cinta Membara Bab 3

Bab 3 “Mai, bila flight awak balik KK?” soal Airil Amri. Dia sibuk memerhatikan darah yang ada di tabung uji. Dia diam. Tetapi dia mahu kenakan sahabatnya ini. Nanti kalau dia sudah cuti dia sudah tidak ada masa nak berbual dan bergurau dengan lelaki ini.             “Awak nak ikut?” katanya cuba menyakat Airil Amar. Berseri wajah agak bulat itu.             “Nak, nak meminang orang kat sana!” buntang matanya. Airil Amar sudah sengih-sengih. Janganlah dia berdegup jantungnya.             “Nak pinang siapa? Puteri Senandung?” soalnya bergurau juga. Teruna di depannya ini tersenyum juga. Memang manis senyumannya itu. Kalau dirinya ini masih macam dulu pasti dia akan bulat-bulat menerima lelaki ini. Namun hasratnya bagaikan dipaku. Dipaku oleh pesanan ibunya.          ...

Novel Cinta Sang Pilot, Isyarat Cinta dan Kuimpikan Bahagia

Ketiga-tiga enovel cinta di atas iaitu Cinta Sang Pilot, Isyarat Cinta dan Kuimpikan Bahagia sudah pun siap untuk dibaca sepenuhnya oleh peminat-peminat novel cinta. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi penulis di imanasuha@yahoo.com untuk tempahan pembelian enovel itu.  Terima kasih. 

Saat Cinta Membara Bab 2

Bab 2 “Siapa lelaki yang mencari awak di pejabat hospital  semalam tu Mai?” seminggu kemudian, mereka bertemu lagi di kaunter wad perempuan ini. Dia pun rindu juga mahu berbual dengan Airil Amar. Mungkin hari itu dia merajuk. Sejak hari itu mereka jarang bertemu. Dia lebih suka begitu. Bukan apa dia risau dengan fitnah orang di sekeliling mereka. Keningnya bertemu.             “Lelaki? Semalam?” soalnya hairan.Mana ada lelaki yang dibenarkan mencarinya di kawasan universiti atau di mana-mana semasa dia masih belajar. Ada berani mahu mati?Soalnya dalam hati.             “A’ah lelaki dan semalam!” jawab Airil Amar.Dia geleng.Mana dia tahu siapa lelaki yang lelaki ini maksudkan. Kalau orang tidak perasan, mereka akan beranggapan Airil Amar lelaki lembut. Tidak, sebenarnya Airil Amar lelaki normal. Itu yang dia tahu. Tetapi jalannya memang agak lembut sedikit. Mungki...

Novel : Saat Cinta Membara Bab 1

Tajuk: Saat Rindu Membara!                             Bab 1 “Izinkan saya ambil Mai sebagai isteri ya selepas kita habis belajar nanti,” mersik suara itu.Melamarkah atau bergurau tu?Lelaki ini biasa bergurau dengannya.Kenapa dalam remang cahaya matahari ini dia mahu bergurau? Apa untungnya?             Dia pandang wajah lelaki yang selama ini sama-sama mendalami ilmu kedoktoran. Lelaki yang lebih tua setahun daripadanya itu dipandang selamba.  Ketinggian mereka agak sama. Mungkin lelaki ini beza dua tiga inci sahaja daripadanya.             Apa yang terkenang di kepalanya ialah wajah sahabatnya Aliya Sofea yang terpisah sejak di bangku sekolah rendah lagi. Ia ekoran ibu bapanya yang berkerjaya sebagai doktor kemudian memil...