Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Novel: Kuimpikan Bahagia

Kuimpikan Bahagia 18

18 Pukul5.30 pagi, Nuha Qarina sudah terbangun. Celik sungguh matanya apabila tangan lelaki itu  sudah  melekat di pinggang kecilnya. Mahu dia tidak terkejut dengan tindakan lelaki ini. Boleh-boleh elok tangan kekarnya ini mendarat di pinggangnya. macam mana ni? Nak angkat, berat. Nak tolak nanti terbangun pula mamat sorang. Last-last, dia pandang wajah putih kuning lelaki ini. Memang ajaib ciptaan Tuhan. Ciptaan yang ditakdirkan untuknya. Alhamdulillah. tetapi kenapa dia selalu tidak bahagia? Apatah lagi mendengar cerita adik iparnya semalam, menambah kecewa di hatinya. Bagaimana dia mahu bahagia kalau mendengar lelaki ini mempunyai kekasih hati dan adiknya sendiri sangat akrab dengan gadis itu? Sediakah dia melepaskan lelaki ini? Ah, jiwanya tambah diamuk perasaan sedih dan terluka.       Sayang lelaki setampan ini rupanya milik orang lain. Bukan miliknya hakiki. Bukan dia. Dia...

Novel Kuimpikan Bahagia 18

18 “Assalamualaikum mak!” dia memasuki halaman rumah emaknya. Dilihatnya emaknya sedang membelai bunga-bunga di taman mininya.             “Ya Allah, nak kau balik nak? Mari nak, mari naik nak. lama Nuha tak balik rumah. Macam tiga bulan lamanya kan!” Kata emaknya yang sedang sibuk itu. dia menyalami tangan emaknya dan memeluk bahu emaknya itu. mereka berpelukan seketika. Barangkali kerana lama tidak berjumpa menyebabkan emaknya semakin kerinduan.             “Minggu lalu mak ada telefon Nuha ya? Kebetulan Nuha ada kerja nak buat, tak  pula panggil mak balik. Maafkan saya mak! Nuha betul-betul sibuk mak!” kata Nuha Qarina perlahan. Lama mata mereka bertatapan. Jelas terpancar kerinduan di wajah tua emaknya itu.             “Ya, minggu lalu mak ada telefon Nuha tapi Nuha tak angkat. Nak cari Nuha mak tak tah...

Kuimpikan Bahagia 17

Bab 17 Nuha Qarina agak keletihan melayan tetamu dan mertuanya pada malam itu. Dia tidak menyangka sambutan sungguh luar biasa. Dia berasa seperti baru berkahwin pula apabila merasakan keletihan begini. Namun dia masih sedar akan hakikat dirinya. dia berterima kasih kerana dengan pertemuan itu ia dapat mengeratkan silaturrahim antara keluarga mertua dan dirinya sendiri. Namun antara dia dan suaminya memang belum selesai lagi. Dia masih mempunyai perhitungan dengan lelaki itu. Sebelum dia meneruskan perjalanan lebih jauh dalam hubungan mereka yang seperti retak menanti belah ini, dia akan memohon hubungan mereka diakhiri dengan baik. Dia tidak akan sanggup lagi diperbodoh-bodohkan oleh sesiapa selepas ini. Cukuplah sekali ini sahaja dia berkahwin. Selepas ini, dia sanggup hidup sendirian sahaja.             “Aliff, bawalah Nuha masuk ke bilik. Mungkin dia dah penat tu.” Kata Datin Hamidah. Nuha Qarina tersenyum dan mengang...

Kuimpikan Bahagia 16

16 Dia tidak senang duduk dengan apa yang baru dikatakan suaminya sebentar tadi. Dia baru sahaja hendak menikmati makanan dengan kawan-kawan baiknya tetapi tindakan Aliff Hakimi hendak menjemputnya dan bertemu dengan mama mertuanya memang terlalu mendadak dan mengejutkannya. Malah, irama jantungnya bagaikan gendang dipalu dengan pemalunya. Mestilah dia sangat terkejut. Selama ini dia tidak pernah bertemu dengan mama dan papa mertuanya. Mereka hanya bertemu ketika majlis pernikahan dan persandingan mereka. Dalam situasi sekarang dia hendak bertemu? Bila masa dia hendak berkemas dan bergerak lusa?             “Apa yang berlaku ni Nuha?” pegangan tangan Beatrice di bahunya mengejutkannya. Spontan dia menggeleng.             “Kenapa nampak resah ni?” Beatrice tidak puas hati selagi dia tidak membuka mulut. Jus oren di gelas pun belum habis diminumnya.    ...