Catatan

Novel: Isyarat Cinta

Bab 6 Adawiyah masih tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sepenuh hati. Kemesraan majikannya yang kacak bergandingan dengan kekasih hatinya sebentar tadi masih terbayang-bayang di matanya. Malah, hatinya sungguh ragu dan masih bertanya-tanya.             ‘Ke manakah mereka? Minum? Berjalan-jalan? Shopping? Bertuahnya gadis yang dibawa lelaki kacak itu.’ soal Adawiyah dalam hati.             “Adawiyah, awak jangan lupa tutup akaun petang nanti ya. Saya akan balik awal hari ni, ada hal di kedai yang satu lagi!” kata Marina Chang berpesan. Jam di tangan dikerlingnya, sudah pukul 1.00 petang. Ini bermakna dia akan rehat sebentar lagi. Dia akan berganti dengan SuIaiman untuk menjaga kedai. Sedangkan Marina Chang pula sudah bersedia hendak beredar entah ke mana.             “Tutup akaun? Macam mana tu?” soal adawiya...

Novel: Sentuhan Kasih

Agak lama juga saya tidak membuat penambahan kepada novel Sentuhan Kasih ini. Semoga terhibur... 10 “Assalamualaikum sayang! Sayang penat ya? Maaflah abang ada kerja sikit tadi. Kasihan sayang terpaksa tinggal sorang-sorang!” tiba-tiba aku terdengar suara berbisik di telingaku. Aduh, rupa-rupanya lelaki itu sudah balik dan duduk di sisiku. Aku menyesal kerana sudah terlena seketika di atas katil yang bertilam empuk ini. Entah bilakah waktunya aku tertidur aku pun kurang pasti. Selepas aku bersolek tadi aku sudah pun menyiapkan diriku untuk keluar bilik. Tetapi, ya aku tidak sedar bilakah waktunya aku terbaring di atas katil empuk lagi besar ini. Melihat wajah Aliff Safwan yang begitu dekat dengan mukaku, menyebabkan mukaku menjadi panas dan tidak selesa. Aku cuba bangun. Tetapi, Aliff Safwan sudah begitu cepat mencengkam tanganku. Aku tidak suka diperlakukan begitu. Dia lantas mengucup pipiku. Lama dan mengasyikkan.          ...

Novel: Isyarat Cinta

Bab 5 Marina Chang yang baru tiba ke kedai itu, sibuk bertanya kepada Adawiyah kenapa majikan mereka memanggil Adawiyah. Adawiyah mengangkat bahu. Dia tidak akan sesekali berkongsi cerita dengan orang kuat majikannya itu. Ia sungguh memalukannya dan dia rasa betapa besarnya dosa berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrimnya! Mak, tolonglah Adawiyah! Pelanggan pula semakin ramai dan pekerja lelaki pula iaitu SuIaiman sibuk mengangkat kotak-kotak masuk ke dalam stor. Jadi, Adawiyah seperti tidak sempat menjawab pertanyaan Marina Chang. Dia hairan begitu ramai yang membeli telefon bimbit di kedai ini setiap hari. Dia sendiri pun tidak pernah bercadang menukar telefonnya sejak dua tahun ini.             Tiba-tiba seorang gadis yang agak cantik, tinggi lampai dan seksi datang menghampiri mereka. Adawiyah melayan macam biasa. Malah tersenyum manis. Dia tidak mengenali siapakah gadis tersebut.       ...

Novel: Isyarat Cinta

Bab 4 Hampir terloncat Adawiyah kerana terkejut pada pagi yang mulia ini. Ketika dia masuk dari pintu belakang melalui kunci pendua yang diberikan oleh Marina Chang, majikannya Muhammad Irfan sudah berada di dalam bilik pejabatnya. Dia sedang meneliti sesuatu. Mungkin meneliti akaun syarikatnya. Jam di tangan Adawiyah baru menunjukkan pukul 7.55 pagi.             ‘Awalnya bos datang! Bukankah bos nak pergi outstation? Kenapa ada di sini?’ bisik hati adawiyah tiba-tiba risau dengan kehadiran majikannya. ‘Kopi kaw-kaw terpaksa disediakan.’             Adawiyah terkaku seketika. Selama dua minggu dia bertugas, tidak pernah majikannya itu muncul begitu awal. Biasanya pukul 10.00 pagi atau pukul 11.00 pagi adalah waktunya. Namun pagi ini sangat berlainan sekali. Adawiyah teringat yang dia perlu datang awal menggantikan Marina Chang pada pagi ini. Pintu depan kedai pula per...