Novel: Isyarat Cinta
Bab
6
Adawiyah
masih tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sepenuh hati. Kemesraan
majikannya yang kacak bergandingan dengan kekasih hatinya sebentar tadi masih
terbayang-bayang di matanya. Malah, hatinya sungguh ragu dan masih
bertanya-tanya.
‘Ke manakah mereka? Minum?
Berjalan-jalan? Shopping? Bertuahnya gadis yang dibawa lelaki kacak itu.’ soal
Adawiyah dalam hati.
“Adawiyah, awak jangan lupa tutup
akaun petang nanti ya. Saya akan balik awal hari ni, ada hal di kedai yang satu
lagi!” kata Marina Chang berpesan. Jam di tangan dikerlingnya, sudah pukul 1.00
petang. Ini bermakna dia akan rehat sebentar lagi. Dia akan berganti dengan SuIaiman
untuk menjaga kedai. Sedangkan Marina Chang pula sudah bersedia hendak beredar
entah ke mana.
“Tutup akaun? Macam mana tu?” soal
adawiyah yang tidak biasa membuat kerja-kerja perakaunan. Hari-hari dia hanya
menjahit baju-baju kurung membantu emaknya.
“Alaa, senang saja tu. Awak kira
jumlah jualan hari ini dan masukkan dalam laptop. Esok pagi saya semak betul
atau tidak kerja awak! Mana ada susahnya!” kata Marina Chang. Adawiyah berasa
lega seketika.
“Oh, kalau macam tu tak adalah
masalahnya. Nanti saya akan buat.” Jawab Adawiyah.
“Tak apa, mari sini masuk dalam
bilik bos, saya tunjukkan kepada awak macam mana nak buat!” Masuk ke bilik
majikannya lagi menambah masalah kepada Adawiyah. Dia paling tidak mahu masuk
ke dalam bilik pejabat majikannya itu. Dia tidak mahu perkara pagi tadi
berulang kembali. Teragak-agak Adawiyah masuk mengikuti Marina Chang yang sudah
menghadap laptop di bilik majikan mereka.
“Begini, masuk bahagian akaun untuk
hari ini, kemudian klik jumlah. Kalau ada benda yang orang beli, awak masukkan
dulu item yang dibeli di sini,” kata Marina Chang. Adawiyah mengangguk. Dia
sudah faham akan tugas barunya walaupun baru pertama kali ditunjukkan
kepadanya. Cuma, dia tidak selesa kalau terpaksa masuk ke dalam bilik
majikannya itu.
“Rina, esok awak yang buka pintu
kedai?” soal Adawiyah. Dia tidak mahu kejadian pagi tadi berulang kembali. Dia
benar-benar takut terjadi apa-apa yang tidak disenanginya.
“Err, tengoklah kalau saya tak
lambat! Esok saya kena ke kedai yang satu lagi. Awaklah yang datang awal.
Mungkin dalam jam 10.00 pagi barulah saya tiba di sini,” kata Marina Chang yang
memberitahu akan jadual kerjanya yang banyak. Cuma petang ini dia sudah ada
temujanji dengan ibunya.
“Oh, kalau begitu tak apalah Rina.
Esok saya cuba datang awal.” Kata Adawiyah mengalah. Wajahnya tidak ceria.
“Sayang Adawiyah!” kata Marina Chang
mencubit pipi Adawiyah yang gebu.
“His, jangan cubit-cubit pipi saya
ni, nanti turun saham tau!” kata Adawiyah bergurau dengan Marina Chang.
“Oklah saya gerak dulu ya. Jumpa
esok tau! Hey, hati-hati mungkin majikan kita tu akan datang lagi petang ni!”
kata Marina Chang mengenyitkan mata. Berdegup jantung Adawiyah mendengar
kata-kata Marina Chang. Adawiyah menghantar Marina Chang yang keluar melalui
pintu belakang.
Hari semakin petang. Tinggal Adawiyah
sendirian di kedai itu. SuIaiman sudah lama keluar dari kedai. Dia yakin
majikannya tidak akan datang semula ke pejabatnya petang ini. Lagipun, bukan di
kedai ini sahaja ada pejabatnya. Di semua kedai yang dibukanya di Kota Kinabalu
ini, dia mempunyai pejabat. Jadi, dia mempunyai banyak pilihan hendak pergi ke
cawangan yang disukainya.
Tiba-tiba telefon bimbit Adawiyah berbunyi.
“Asalamualaikum Iqa,”
“Walaikumsalam Wie, petang ni aku balik
awal ya. Jangan cari aku. Aku ada hal di rumah petang ni. jadi, esok kita pergi
kerja sama-sama! Tunggu tau!” kata Rafiqah.
“Oh ya? Tak apalah kalau macam tu, aku
tak dapat balik ni!” balas Adawiyah.
“Hati-hati ya Wie,” pesan Rafiqah. Adawiyah
hanya mengangguk. Sebenarnya dia terkejut kenapa Rafiqah tidak menunggunya petang
ini. mahu atau tidak dia harus belajar untuk balik sendirian jika Rafiqah balik
awal dari tempat kerjanya.
“Kau pun baik-baik ya, Iqa.” Balas Adawiyah
dengan penuh kesedihan. Namun dia tidak dapat berbuat apa-apa.
Bab
7
“Adawiyah,
saya nak menjadi kekasih awak! Saya tahu awak tak ada teman lelaki,” hendak
terjojol mata Adawiyah mendengar kata-kata Muhammad Irfan majikannya yang agak
memeranjatkan itu. Majikannya itu datang dengan sut kemasnya pada petang yang
semakin gelap ini. Bergegar jantungnya malah buah jantungnya bagaikan hendak meloncat dari tangkainya!
Tangannya yang lincah menulis
sesuatu di buku log itu terhenti. Mata majikannya yang sepet tetapi menarik itu
dipandangnya sekilas. Seketika mata mereka bertaut rapat. Cepat-cepat Adawiyah
melarikan pandangannya ke sisi yang Irfann. Ternyata majikannya itu sedang
merenungnya tajam dan penuh makna. Entah apa maknanya dia tidak mampu
mentafsirnya.
‘Apa? Nak menjadi kekasih? Mimpikah
lelaki ini? Atau, gila?’ Bisik Adawiyah perlahan. Dia takut lelaki di depannya
itu mendengar bisikan hatinya. Mudah-mudahan tidak.
Irfan Irfan datang dengan penuh harapan dan dia
tidak mahu pergi dengan kehampaan. Senyuman manis terukir di bibir lelaki itu.
Jiwanya meronta selama ini harus diluahkan kepada gadis yang selalu menjadi
intipannya di kedainya ini.
Lelaki itu masih berdiri tegak di situ
sedangkan jiwa dan emosi Adawiyah bergolak sekali. Kebetulan hari sudah
merangkak malam dan Adawiyah sepatutnya menutup kedai yang sudah dijaganya
selama hampir dua bulan ini. Kebetulan juga pada masa yang sama pengunjung yang
datang ke gedung membeli belah ini sudah beransur kurang. Jadi, kesempatan ini
seharusnya digunakan oleh Adawiyah untuk menutup kedai telekomunikasi berpontensi tinggi di sini. Dia tahu pasti
majikannya itu sedia maklum akan tugasnya. Kedua-dua rakan sekerjanya sudah
lama pulang.
‘Ah, tak mungkin majikannya ini akan
jatuh cinta kepadanya. Mungkin kah majikannya ini mabuk?’ bicara hatinya lagi.
Semua kedai akan dibuka pada pukul 9.30 pagi dan ditutup pada pukul 7.00 malam,
kecuali hari perayaan. Kedai akan ditutup pada pukul 10.00 malam.
Adawiyah sempat memerhatikan orang
yang lalu lalang di kedai itu. Tidak ramai sudah yang lalu lalang. Mengapa dia
sendiri nanar dengan kata-kata majikannya itu? Selama ini majikannya itu tidak
pernah menunjukkan sesuatu yang istimewa ketika berhadapan dengannya.
Majikannya ini cukup serius dan sering berwajah tegang di pejabatnya. Kenapa
hari ini majikannya bertukar menjadi mesra dan siap meluahkan perasaan segala?
Mungkinkah majikannya ini baru putus cinta lalu mencari penggantinya? Kenapa pula
Adawiyah yang menjadi mangsa? Tidak putus-putus hati Adawiyah bertanya dan
bertanya tentang perubahan sikap majikannya itu.
Setelah beberapa minit berdiam diri,
Adawiyah memberanikan diri bertanya kepada majikannya itu.
“Encik Irfan, apa yang encik cakap
tadi?” Muhammad Irfan terus memegang pergelangan tangan Adawiyah erat. Dia
benar-benar ingin meluahkan perasaannya pada saat semua pekerjanya yang Iain
sudah pulang ke rumah masing-masing. hanya Adawiyah yang ada di sini. Baginya
inilah masa yang sesuai untuk dia bertemu dengan Adawiyah yang sedang
menyelesaikan kerja-kerjanya di kedainya itu.
“Saya nak jadi kekasih Adawiyah
kalau Adawiyah belum ada kekasih, saya ikhlas,” ulang Muhammad Irfan sekali
lagi. Kali ini suaranya merayu. Pandangan matanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Err, mungkin tuan ni
salah...eh...bos.. ni salah orang. Saya ni bukan Syikin atau Lavendar atau Afifah
atau sesiapa saja kekasih bos. Saya ni Adawiyah, pekerja bos! Mungkin bos ni
mabuk!” Adawiyah agak ketakutan. Dia ingin menjauhi lelaki itu.
Adawiyah
memikirkan kalau lelaki di depannya itu salah orang. Selama dia bekerja di
sini, dia tahu majikannya itu bertukar-tukar pasangan. Ada-ada sahaja gadis
manis yang datang berjumpa dengannya. Jadi, Adawiyah beranggapan yang
majikannya itu tersalah orang. Walaupun di hatinya menyukai ketampanan lelaki
itu namun dia tidak mahu menunjukkan perasaannya. Tambahan pula dia menyedari
siapa dirinya.
“Tidak! Saya tak salah orang dan
saya tak pernah mabuk sejak saya bertemu Adawiyah!” sahut Irfan yang masih
berdiri di depan Adawiyah yang sibuk menghabiskan kerjanya. Namun ayat jawapan
majikannya itu membuatkan Adawiyah terkejut. Dia tidak menyangka sejak bekerja
di sini beberapa kejutan datang dalam hidupnya.
“Saya tak mahu tahu hal tu! Saya
memang tak layak untuk bos! Saya ni cari rezeki di sini,” kata Adawiyah yang terlupa
panggilan bos itu.
Dia memang biasa juga bergurau
dengan majikannya ini tetapi itu pun jika ada rakan sekerjanya yang Irfann.
Kalau tidak ada Marina Chang atau SuIaiman belum tentu Adawiyah akan menegur
majikannya itu. Sepatah yang ditanya maka sepatahlh yang dijawabnya. Itu pun
hanya membincangkan mengenai perniagaan sahaja. Kebetulan pula hari ini Marina
Chang keluar awal terpaksa lah dia menjaga kedai ini sehingga habis waktu.
“Tak salah kan kalau saya melamar
Adawiyah menjadi kekasih saya?” ucap Irfan dengan serius lagi. Jantung Adawiyah
bagaikan bergegar rasanya. Dia tidak menyangka lelaki yang menjadi majikannya
selama hampiir sebulan ini ada hati nak menjadikan dia sebagai kekasih. Ah,
tidak mungkin. Mungkinkah lelaki itu hanya hendak menjadikan diirnya sebagai
barang mainan seperti gadis-gadis yang datang ke kedai ini?
“Tak boleh bos! Saya ni bukan orang
yang tepat menjadi kekasih bos! Ramai lagi gadis yang bos kenali layak menjadi
kekasih bos! Bukan saya...” Adawiyah mengundur. Dia mahu menjauhi lelaki yang
kini semakin mendekatinya itu.
“Adawiyah tidak sudi menerima saya
sebagai kekasih? Ok, sebagai kawan, boleh?” soal Muhammad Irfanlagi sambil
berbisik di telinganya. Hendak berbulu telinga Adawiyah. Adawiyah menggeleng.
Dia semakin hairan dengan permintaan lelaki yang agak aneh itu. Betapa teganya
lelaki itu meminta-minta sesuatu yang bukan-bukan darinya. Selama ini
majikannya itu hanya memerhatikannya. Lantas, Adawiyah menggeleng.
“Kenapa hari bos sangat pelik?
Bukankah saya ni pekerja bos? Saya bukan Syikin bos!” rayu Adawiyah
menggeletar. Tangannya sudah berada di genggaman lelaki itu. Dia tidak pernah
terfikir akan berpasangan dnegan lelaki itu sebagai kekasih. Apatah lagi dia
masih muda. Apatah lagi baru tahun dia berani keluar dari rumahnya mencari
kerja.
“Saya bukan pelik Adawiyah. Saya
normal. Saya memang ingin memberitahu perasaan saya kepada Adawiyah. Saya
ikhlas,” luah hati Irfan.
“Oh, saya takkan dapat menerima bos.
Tak ada gunanya bos beritahu saya perasaan bos tu! Saya bukanlah orangnya yang
layak untuk lelaki hebat seperti bos ni!” luah Adawiyah jujur. Muhammad Irfan ketawa.
“Kenapa pula tak boleh sayang? Saya
benar-benar ikhlas nak menjadi kekasih hati zahir dan batin untuk Adawiyah!”
hampir pengsan Adawiyah mendengar penerangan kata-kata majikannya itu. Kenapa
lelaki itu memilih dirinya sedangkan lelaki itu tidak pernah mempedulikan
dirinya selama ini. Adawiyah benar-benar tidak faham dengan keinginan lelaki di
depannya itu.
“Adawiyah dengar tak ni?” soal
Adawiyah sambil menggoyangkan bahu Adawiyah. Adawiyah menutup matanya. Adawiyah
nanar.
“Saya dengar bos tapi hentikanlah
keinginan bos tu. Saya tak layak untuk bos. Saya gadis miskin yang memang tak
layak untuk lelaki seperti bos! Saya tak layak bos! Bos, tolonglah hentikan
permintaan bodoh ini!” jawab Adawiyah beersungguh-sungguh. Wajah lelaki yang
tegang dengan kulit putih kuning dipandang kejap.
“Saya tak kisah siapapun gadis
pilihan saya. Saya benar-benar ikhlas hendak menyayangi Adawiyah. Apakah cinta
dan kasih sayang itu harus dibezakan oleh miskin atau kaya? Tolong jangan
hampakan saya Adawiyah!” rayu majikannya lagi. Kali ini Adawiyah menggeleng
berkali-kali. Tidak mungkin dia menyatakan persetujuannya terhadap permintaan
lelaki itu pada saat dia baru sahaja mmeulakan kuliahnya.
“Lupakanlah bos. Saya nak kemaskan
kedai ni. Saya nak balik awal malam ni. Semalam tak ada bas,” kata Adawiyah
kelam kabut menghabiskan kerjanya. Buku log birunya disimpan di dalam bilik
majikannya itu. Muhammad Irfan terus mendapatkan dia di bilik sebelahnya.
Oh dia terlupa. Dia meneruskan
catatan terakhirnya di buku log itu. Majikannya tidak mahu dipedulikannya.
Selepas itu tangannya lincah mengemaskan rak-rak yang sudah tidak tersusun di
bilik majikannya itu. Persoalan yang baru dikemukakan oleh majikannya tidak
harus terperam di mindanya. Harus dilupakan sahaja.
“Saya tak bergurau Adawiyah. Saya
tak main-main dengan Adawiyah. Saya sungguh-sungguh ni!” kata Irfan. Merah muka
Adawiyah. Adawiyah tetap dengan kerjanya. Dia berasa bagaikan dimalukan dengan
tindakan majikannya itu. Entah apakah dosanya kini. Kini, sudah dua kali lelaki
itu memalukannya di kedai ini.
‘Eh ni tak boleh jadi ni! Mahu tak
mahu aku kena berhenti kerja ni!’ Bisik Adawiyah semakin ketakutan.
“Dengar sini Adawiyah! Dengar sini!
Tengok ke dalam mata saya! Tengok saya! Saya sedang bercakap sesuatu yang
penting kepada Adawiyah! Saya sebenarnya sayangkan Adawiyah dan saya sudah lama
memikirkan hal ni!” kata Muhammad Irfan yang sudah memegang tangan Adawiyah
yang lincah membuat kerja. Tangan lembut Adawiyah sudah dikucupnya perlahan.
Adawiyah semakin tidak selesa.
“Bos tak faham ke saya cakap? Saya
tak rela! Saya tak suka! Saya tak mahu! Saya tak mahu dibawa ke hulu ke hilir!
Bos boleh berhentikan saya kalau bos tak suka saya! Berdosa buat begini bos!
Saya ni bukan muhrim kepada bos!” kata Adawiyah mula bertegas dengan tindakan
lelaki itu menyentuh tangannya. Adawiyah benar-benar terasa dirinya penuh
dengan dosa.
“Saya sayangkan Adawiyah. Saya mahu
Adawiyah berhenti dan menjadi suri dalam hidup saya,” kata Muhammad Irfan bersungguh-sungguh.
Matanya yang sepet itu menjadi sayu menghadapnya. Adawiyah semakin geram.
“Saya tak mahu dengar bos! Saya tak
layak nak dengar semua tu! Jangan buat begini pada saya! Saya merayu bos!” kata
Adawiyah yang sudah teresak-esak.
“Adawiyah harus perkara penting ni.
Penting dalam hidup kita berdua sayang. Saya sukakan Adawiyah. I love you
Adawiyah, love you! Adawiyah saja yang layak menghuni hati saya ni,” kata Muhammad
Irfan yang sudah membawa tubuh kecil Adawiyah ke dalam pelukannya. Mereka
bertatapan seketika. Adawiyah terlena di dalam dakapan lelaki itu sesaat.
Sesaat kemudian dia sudah menolak sekuat hatinya. Namun lelaki itu sudah
bersedia terhadap perbuatannya. Alangkah kesalnya dirinya menjadi seorang
Adawiyah yang tewas oleh perasaannya.
“Lepaskan saya bos, berdosa buat
saya begini. Bos pun tahu dosa kan! Saya tak mahu begini bos! Saya tak mahu
berdosa! Saya nak kerja!” kata Adawiyah yang baru dapat melepaskan dirinya dari
pelukan kemas lelaki itu.
“Maafkan saya Adawiyah. Itulah
perasaan saya yang sebenar. Kalau boleh saya nak melamar Adawiyah malam ni,”
Kata Irfan Irfan. Dia baru menyedari sikapnya sendiri. Wajah Adawiyah yang
sudah sedia merah itu bertambah merah dan kalut dengan renungannya.
“Tak ada gunanya bos meminta maaf
kepada saya. Mohon kepada Tuhan,” kata Adawiyah dengan penuh ketegasan.
“Saya perlukan Adawiyah dalam hidup
saya, saya benar-benar ikhlas ni. Entah kenapa melihat wajah Adawiyah sahaja
saya dapat rasa yang Adawiyah akan menjadi isteri saya,” Adawiyah menggeleng
dan bertambah pelik. Tangannya lincah mematikan suis komputer dan mengambil beg
tangannya. Sesungguhunya lelaki itu tidak akan mengendurkan perasaan kasihnya.
Lelaki itu bagaikan terkena pugaian seseorang.
Tetapi dia tidak tahu tentang ilmu sihir begitu. Dia tidak mengamalkan
ilmu-ilmu sihir begitu.
“Berilah saya waktu
mempertimbangkannya bos. Permintaan bos terlalu berat bagai batu menghempap
kepala saya ni.” Kata Adawiyah lagi mula memikirkan helah agar lelaki itu dapat
melepaskannya. Dia benar-benar kelelahan melayani kerenah bosnya itu. Kalau
berbalas cakap, entah sampai esok pun belum selesai. Dia berfikir pantas dengan
bertoleransi dengan lelaki majikannya itu.
“Saya akan beri waktu untuk Adawiyah
memikirkannya. Nanti dah fikir, beritahu saya ya! Harap Adawiyah tidak
menolak,” Adawiyah mengangguk. Buntag mata Adawiyah dengan permintaan itu.
Tidak disangkanya lelaki yang ego dan sombong itu akan merendahkan dirinya di
depan Adawiyah.
“Terima kasih bos, eh Irfan,” kata
Adawiyah tersasul-sasul. Dia serba-salah sebenarnya. Muhammad Irfan tersenyum
puas.
“Ambillah selama mana Adawiyah nak!
Saya akan terus menunggunya,” kata Muhammad Irfan mula bertoleransi. Adawiyah
berasa sedikit lega.
“Jangan terlalu berharap Irfan, saya
belum tentu lagi,” jawab Adawiyah terketar-ketar. Terbayang akan wajah emaknya
Puan Musliah, Adawiyah sangat serba-salah dan kebimbangan. Kalaulah lelaki itu
mahu memberinya waktu, dia bakal pergi dari kedai itu. Dia takkan kembali lagi!
“Saya sudah terlanjur mencintai
Adawiyah!” katanya perlahan. Suara itu tetap didengari Adawiyah.
“Lupakanlah cinta awak tu! Banyak
lagi gadis yang layak untuk awak Irfan! Saya ni memang tak layak untuk Irfan, kalau
kawan-kawan Irfan tahu, tentu mereka ketawakan bos eh Irfan sebab suka orang
macam saya ni! saya ni dah lah kolot, kampungan lagi!” kata Adawiyah memberanikan
diri. Sebenarnya dia merayu kepada lelaki itu agar melepaskan perasaan
untuknya. Irfan berasa cuak mendengarnya.
“Jangan fikir perasaan orang lain.
Fikirkan kebahagiaan sendiri sayang!” hampir gugur jantung Adawiyah mendengar
ungkapan sayang lelaki itu.
“Saya
balik dulu bos, harap-harap hari ni bos mengigau dan esoknya bos tak ingat
apa-apa!” kata Adawiyah yang cuba bergurau. Dalam ketawanya itu dia sebenarnya
menggigil ketakutan. Muhammad Irfan turut ketawa.
“Saya tak mengigau, percayalah!”
balasnya sambil mengenyitkan matanya kepada Adawiyah. Hendak pengsan Adawiyah
melihat tingkah laku majikannya itu. entah apa yang telah dilakukannya
menyebabkan majikannya itu menyukai dirinya. Dia benar-benar bekerja untuk
menyara diri dan emaknya. Dia tidak pernah melencongkan niatnya. Dia memang
agak senang dengan wajah tampan majikannya itu tetapi itu bukan bermaksud dia
harus jatuh cinta kepada lelaki itu.
Majikan
yang selalu sibuk dengan tugasnya dan sering berwajah masam itu boleh
mengenyitkan mata kepadanya, memang sebuah sejarah yang manis dalam hidupnya!
Malah, majikannya itu tidak lama di situ. Seringkali hanya dalam setengah jam
atau satu jam sahaja. Dia pula sibuk melayani pelanggan di bahagian kaunter.
Waktu bilakah lelaki itu memerhatikannya? Waktu bila pula lelaki itu jatuh
cinta kepadanya? Eh, pening sungguh dia memikirkan perkara itu! macam karut pun
ada! Macam tak diterima akal pun ada!
“Saya balik dulu bos,” kata Adawiyah
terketar-ketar. Air matanya mahu sahaja mengalir. Dia memang menyukai lelaki
kacak itu. Namun dia tidak pernah menaruh harapan yang lelaki itu akan
bertindak sejauh itu terhadapnya.
“Adawiyah, awak belum boleh balik
lagi. Saya tak bergurau ni. saya ikhlas dengan niat saya! Awak kena balik
dengan saya. Keluar dengan saya. Ada tugas yang belum selesai,” Adawiyah
mengerutkan dahinya. Lelaki di depannya itu sudah mula cerewet. Dia semakin
geram. Hari petangnya sepanjang hari ini dihabiskan bersama lelaki itu. apakah
lelaki itu gila? Dia tidak mengenali lelaki itu, takkan nak jatuh cinta pula?
“Apa yang tak selesai bos? Saya dah
lambat ni,” kata Adawiyah semakin ketakutan. Hari sudah semakin gelap. Suasana
di sekitar kedai itu sudah semakin lengang.
“Saya akan benarkan Adawiyah balik
dengan syarat,” kening Adawiyah terangkat. Dia hairan memikirkan helah lelaki
itu.
“Apa syaratnya bos?” berdebar dada
Adawiyah apabila lelaki itu meminta syarat. Dia menundukkan pandangannya ketika
mata mereka saling bertaut. Huh, memang parah lelaki di depannya itu.
“Syaratnya, Adawiyah temankan saya
makan dulu. Saya lapar ni. Seharian saya tak makan dan ambil masa untuk
meluahkan perasaan saya ni,” Adawiyah menggeleng.
“Huh tak makan? Hari-hari Irfan
keluar dengan gadis-gadis cantik, kata tak makan sejak tadi?” kata Adawiyah
kehairanan. Tengah hari tadi Muhammad Irfan keluar dengan gadis Iain bernama
Syikin. Kenapa pula tidak makan?
“Memang
saya tak makan sejak tengah hari. Huh, gadis tu hanya tahu menyusahkan saya!”
kata Muhammad Irfan merungut. Adawiyah terdiam. Entah dia boleh percaya atau
tidak. Sukar hendak diduga kata-kata majikannya.
‘Setuju atau tidak? Kalau setuju
pasti lambat sampai ke rumah. Apa alasan nak diberikan kepada emak? Kalau dia
tak setuju, mamat ni akan buat sesuatu!’ Bisik hatinya perlahan. Perasaannya
berbolak balik.
“Bagaimana, setuju tak?” Adawiyah
geram dengan lelaki di depannya itu. Lelaki itu bukan lelaki yang penyabar. Dia
semakin sakit hati namun dia tidak mahu meluahkan kemarahannya kepada
majikannya itu.
“Boleh tak Iain kali Irfan? Saya ada
hal penting di rumah. Saya kena minta kebenaran dengan mak saya dulu, tak boleh
nak jalan-jalan tanpa kebenarannya!” pinta Adawiyah. Dia berdoa agar lelaki itu
akan melepaskannya. Dia takut bas masuk ke kampungnya akan bergerak.
“Tak, hanya hari ni saya buka. Esok
saya akan outstation ke Kuala Lumpur,” kata Muhammad Irfan memohon kepada
Adawiyah. Tunak matanya memandang Adawiyah. Adawiyah berasa serba-salah.
Aduh, kenapa lelaki ini datang
mengucapkan kata cintanya? Apakah semurah itu cintanya kepada setiap gadis?
Tetapi lelaki ini datang dengan pakej lengkap. Sedangkan dia belum bersedia
untuk menerima sesiapapun dalam hidupnya. Tambahan pula buah hatinya baru
sahaja meninggalkannya. Haru, haru!
“Sebentar saja bos. Saya tak boleh
lama-lama. Tak baik keluar berduaan tanpa muhrim bos,” kata Adawiyah
mengingatkan Irfan. Muhammad Irfan mengangguk.
“Err, sekejap sahaja. Kita makan di
tempat yang terbuka. Saya dah tempah pun tempatnya. Saya tak mahu kalau
Adawiyah tak sudi pula. Lepas makan saya hantarkan Adawiyah balik ke rumah.
Saya janji!” Kata Muhammad Irfan berjanji. Adawiyah hampir pitam mendengar
jawapan majikannya itu. Kalaulah dia awal keluar tadi, taklah dia jadi bingung
begini!
“Err, sekejap saja ya bos, tapi
nanti balik saya naik bas,” kata Adawiyah yang mahu lelaki itu berjanji.
“Tak apa, saya hantar Adawiyah ya.
Jangan itu pun tak sudi!” kata Irfan. Muhammad Irfan bergegas menutup pintu
kedainya. Adawiyah menurut sahaja perbuatan majikannya itu. Sebenarnya hatinya
masih berdebar dan Tuhan sahaja yang
Tahu.
“Tak apa bos, rumah saya jauh dari
sini. Jauh sangat bos!” kata Adawiyah. Akalnya bingung.
“Tak apa, kereta saya yang bawa awak
bukan saya yang dukung awak,” kata lelaki itu lagi. Adawiyah malas mahu
menjawab. Lelaki itu benar-benar sudah bersedia dengan penolakannya.
“Jangan lama sangat Irfan, saya ada
kerja nak buat di rumah!” jawab Adawiyah lagi. Dia benar-benar ketakutan dengan
pelawaan majikannya itu. Selama ini bukan tidak pernah majikannya itu mempelawa
makan tengah hari, tetapi dia sentiasa mempunyai alasan yang kuat untuk
menolaknya. Namun petang ini dia sudah tidak ada alasan. Apakah dayanya, mahu
tidak mahu dia terpaksa menurut paksaan Muhammad Irfan sekali majikannya.
‘Kurang asam punya bos!’
“Ayuh kita keluar. Hati-hati di
depan tu gelap!” kata Muhammad Irfan yang sudah memegang tangan Adawiyah.
Muhammad Irfan membukakan pintu
kereta untuk Adawiyah. Adawiyah terasa sebiji batu besar menghempap ke
kepalanya. Dia ingin pengsan di situ juga!
“Kenapa diam?” soal Muhammad Irfan setelah
beberapa minit melabuhkan punggungnya di kerusi empuk kereta mewah itu.
Adawiyah pun tidak tahu apakah jenama kereta yang dinaikinya. Apa yang dia
tahu, kereta tu buatan luar negara.
“Tak ada apa-apa nak cakap. Saya
penat,” Adawiyah memberikan alasan agar majikannya itu cepat-cepat
menghantarnya pulang.
“Tak apa, Adawiyah rehat dulu ya.
Nanti kita makan kat sana baru hilang penat Adawiyah,” jawab majikannya.
Alangkah malasnya Adawiyah dengan jawapannya majikannya itu. Kalaulah
majikannya itu memahaminya dan terus menghantarnya pulang. Alangkah baiknya!