Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Novel Cinta Sang Pilot Bab 33

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,  Penulis mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sumbangan pembaca membaca novel Cinta Sang Pilot di blog ini. Tajuk novel ini juga akan ditukar kepada NIKAH TIGA HARI! Penulis sangat menghargainya. Novel ini cuba ditulis dengan sebaiknya dan cuba melamar mana-mana penerbitan yang menerimanya kelak. Harap pembaca mendoakan kelahiran enovel ini menjadi sebuah buku novel untuk tatapan semua. Doakan yang terbaik untuk novel ini dan sekali lagi penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Mudah-mudahan doa kalian dan usaha penulis menyiapkan enovel ini akan dimakbulkan Allah akhirnya.  Terima kasih sekali lagi.  Bab 33 “Malam ni papa dan mama serta mak ayah kita akan datang ke rumah kita! Kita kena sedia apa yang patut.” bulat mataku mendengarnya. Sudahlah tanganku dipegangnya kejap seolah-olah tidak mahu aku pergi lagi tanpa pengetahuannya. Ah, malas aku dengan manusia ini! Kepenatan di dewan kuliah belum hilang. Kep...

Novel Cinta Sang Pilot Bab 32

Bab 32 “Cakap betul-betul Natasya, awak ke mana tiga hari ni?” tiba-tiba tanganku direntap kasar. Baru sahaja aku membuka pintu kereta lelaki itu sudah menangkap tanganku. Dia mencari mataku. Aku sudah terketar. Sebenarnya aku mahu bebas daripada gangguan lelaki ini. Aku terkenang tindakan Amri memasuki rumah sewaku dahulu. Aku berasa aku diserbu oleh Amri sekali lagi. Aku ingin lari daripadanya. Memang sejak akhir-akhir ini Amri hendak mendekati aku ketika aku di sekolah. Tetapi di depan lelaki ini aku seperti berdepan dengan penjenayah yang siaga mempengapa-apakan aku. Siapa yang tidak takut jika pernah menjadi mangsa kepada lelaki ini? Amri selalu menunggu aku di kantin sekolah, masih jelas dalam ingatanku. Senyuman manisnya terlakar di wajahnya ketika aku berada di jarak yang agak jauh. Mungkin tatkala itu dia merindui aku. Dia tidak selalu melawat aku. Sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Dia menjadi guru di sebuah sekolah pedalaman. Tetapi di depanku ini bukan Amri.  ...

Novel Cinta Sang Pilot Bab 31

Bab 31 “Papa tak sihat Nukman,” itulah kata pembukaan yang dikatakan mamanya ketika punggungnya baru sahaja menghenyak di kerusi restoran mewah itu. Terbuntang matanya. Wajah kusut papa dipandangnya. Wajah berseri mama pun dipandangnya bersilih ganti. Timbul rasa kasihan kepada papanya itu. selama ini papanya memang mengharapkan akan kerjasamanya namun dia mengabaikannya. Mamanya pula memujuk papanya agar mengizinkan dia menjadi pilot dan bukannya menjadi pengganti di syarikat gah papanya. Sekarang apa sudah jadi? Apakah yang sedang berlaku kepada mama dan papa ini? Baru dua hari dua malam mereka tidak bertemu. Kali terakhir mereka bertemu dengan ibu bapa Natasya Umaira dan isterinya pada malam itu. Dia masih ingat. Hari ini mama dan papanya sudah memberitahu masalah papa yang tidak sihat. Apa masalahnya sebenarnya ni? Dia sudah masak benar dengan mamanya sebenarnya. Namun dia mahu mendengar apakah yang sebenarnya berlaku kepada suami isteri berdua ini. Dia mahu mendengar dengan t...

Novel Cinta Sang Pilot Bab 30

Bab 30 Kesal! Kesal sungguh dia!             Bertindak melulu bukannya menyelesaikan masalahnya malah dia sudah memanjangkan masalahnya kini. Tompokan darah di atas katilnya menunjukkan kesahihan sepupunya masih dara ketika dia mengganggu gadis itu tadi. Gadis manis yang sudah dinikahinya lebih tiga bulan itu masih dara. Kenapa diwar-warkan oleh orang kampung dan ahli keluarganya yang isterinya ini mengandung? Apa buktinya? Atau, ini perangkap untuknya? Buat apa pula mak ngahnya hendak perangkap dia? ah, dia bingung! Bingung sungguh dia!. Dia pula menyangkakan yang gadis itu telah memperdayakannya selama ini. Tetapi, benarkah dia diperdaya? Kalau diperdaya, apa motifnya? Ini, tompokan merah di atas cadarnya ini buktinya! Gadis itu masih dara! Argh! Apa yang telah aku lakukan? Soalnya dengan seluruh rasa bersalah. Apakah yang harus dilakukannya? Kenapa dia terlalu berburuk sangka ketika memikirkan gadis itu telah memerangka...