Novel Cinta Sang Pilot Bab 27
Bab 27
Nukman
Faris memandang telefon pintarnya. Hatinya terasa panas tetapi ditahannya.
Hendak marah pun. Hendak menerkam pun ada. Hendak mendiamkan diri pun ada. Namun
dia sabarkan dulu apa yang sedang tertakung di hatinya ini. Jika dia hilang
sabar, susah pula nanti!
Dia
menekan nombor isterinya. Lama berbunyi dan tidak diangkat. Mungkin tidur,
desisnya. Ke mana pula dia? Mungkin turun ke bawah berbual dengan emak dan
mamanya. Atau mungkin berjalan-jalan dengan mamanya. Mamanya memang suka
melayan adik beradiknya jika ada kesempatan. Dia hubungi sekali lagi.
“Assalamualaikum,” apabila dia
mendengar ada suara mengangkat telefon. Entah apa yag sedang dibuatnya.
“Walaikumsalam,” suara itu serak. Mungkinkah
dia baru sahaja bangun tidur atau sibuk membuat kajiannya. Dia hanya
meneka-neka sahaja. Namun apa yang menjadi persoalan tetap menjadi persoalan.
“Dah makan?” soal Nukman Faris.
“Dah, sarapan tadi. Kenapa ya
Nukman?” soal Natasya Umaira pula.
“Begini, saya nak bawa sayang pergi
bersiar-siar petang ni. Nanti selepas solat Zohor sedia ya.” Kata Nukman Faris
tidak memberitahu hal yang sebenarnya. Dia tidak mahu isterinya itu bersedia
jika dia tanyakan soalan itu di telefon.
“Ke mana?” soal Natasya Umaira
kehairanan dengan arahannya. Memang dia jarang mengajak isterinya itu ke
mana-mana. Jika hendak dibawa ke mana-mana, pasti isterinya hairan.
“Ke mana yang Tasya suka?” soalnya
pula. natasya Umaira kebingungan. Dia tidak mahu ke mana-mana pada waktu tengah
hari ini sebenarnya. Dia juga tidak begitu tahu selok–belok Kuala Lumpur. Dia
lebih suka duduk sahaja di rumah mama mertuanya ini. Dia tidak ada masalah.
“Eh malaslah awak ni! Orang tanya
dia nak usik pula.” kata Natasya Umaira yang sudah berasa tidak selesa.
“Kita pergi ke mana-mana lah.”
Ternganga mulut Natasya Umaira. Kalau hendak berjalan-jalan atau bersiar-siar,
biarlah pada waktu peatang atau malam, tak siapa tahu mereka. Nanti kalau
terserempak sesiapa, suaminya itu juga malu. Ini kerana, Nukman Faris bernikah
dengan gadis kampung sepertinya. Huh! Malunya!
“Awak tak balik makan?” soal Natasya
Umaira pula. nukman Faris tidak menyangka isterinya itu mengambil berat tentang
dirinya.
“Err, sudah! Saya sudah makan tadi.
tasya dah makan?” Natasya Umaira menggeleng. Oh, dia lupa dia bercakap melalui
telefon. Nukman Faris pasti tidak melihatnya.
“Belum, saya tertidur ketika surf
tentang kajian tadi.” katanya jujur. Nukman Faris tahu isterinya jujur namun
kenapa dia tidak pergi ke klinik semalam?
“Tak pe, sekejap lagi saya balik dan
jemput Tasya ya. Jangan tak pergi tau! Saya dah dekat rumah dah ni!” Kata
Nukman Faris. Natasya Umaira sudah pandang jam dinding di bilik Nukman Faris
itu. Awal lagi, katanya dalam hati.
“Baiklah tapi jangan lama tau, saya
nak balik ke rumah saya petang ni! Esok saya ada kelas.” kata Natasya Umaira
dengan suara cemas. Tentu Shamira sedang menantinya. Nukman Faris pula
tersengih. Dia juga teringat akan temu janjinya dengan kekasihnya sepatutnya
malam ini namun Rozaila sendiri sudah memungkiri janjinya.
“Ya saya ingat. Eh, kan kita nak
beli barang lagi untuk di rumah kita tu! Balik rumah sewa kejap je tau! Nanti
mak dan mama datang, kita tak siap lagi susah juga! Tapi bab mengemas tu kita
boleh minta tolong pekerja di situ,” Kata Nukman Faris memberi cadangan. Dia
tahu Natasya Umaira sibuk.
“Eh tak pe, saya boleh aje. Bukannya
besar rumah awak tu! Kejap aje tu siap dan kemaskan.” kata Natasya Umaira
menolak cadangannya.
“Kasihan pula isteri saya ni! Kalau
kita ambil pembantu kemaskan rumah pun tak pe. Saya ok aje.” Katanya. Natasya
Umaira kedengaran menarik nafasnya. Mungkinkah dia tidak selesa?
“Tak payah lah susah-susah Nukman.
Saya akan kemaskan nanti. Bilik awak kat rumah tu kecil aje tu!” kata Natasya
Umaira. Nukman Faris tahu dan sedar isterinya dibesarkan dalam lingkungan
kesederhanaan, jadi dia lebih suka berdikari.
“Oklah Tasya, ready-ready ye, kejap lagi saya sampai!” kata Nukman Faris. Natasya
Umaira hanya menggumam kecil. Semakin berdebar hatinya hendak memerhatikan
kandungan gadis itu. Memang perutnya agak kempis tidak seperti orang
mengandung. Morning sickness pun takde. Benarkah dakwaan gadis itu yang dia
mengandung? Kalau ditanya tentang kandungannya dia tidak pernah memberi
jawapannya. Dia diam dan terus diam dengan wajah mencuka! Sinar pengantin baru
pun masih ada di wajah itu?
Ada
sesuatu yang tidak kena? Apa yang tidak kena itu? soalnya memikir-mikir. Makin
difikir makin dia bingung.
***
“Semalam
Tasya pergi tak ke klinik? Apa kata doktor?” soal Nukman Faris apabila sahaja
Natasya Umaira sudah duduk di sebelahnya. Bulat mata Natasya Umaira mendengar
soalan Nukman Faris. Menggeletar tubuhnya.
“Err,” Natasya Umaira tidak
terjawab. Gugup dia. Benarkah ada sesuatu yang hendak disembunyikannya? Kenapa
tidak berterus-terang dengannya? Bukankah mereka sudah sah menjadi suami
isteri, kenapa ada rahsia?
“Eh, kenapa ni? Tak tahu tempat tu
ke?” kata Nukman Faris seolah-olah tidak mengetahui cerita sebenar. Natasya
Umaira menggeleng.
“Tak ada,” kata Natasya Umaira. Dia
sudah kebimbangan.
“Jadi semalam tak pergilah?” soal
Nukman Faris. Natasya Umaira angguk.
“Ke mana semalam?” Natasya Umaira
hilang kata. Dia sudah membohongi suaminya itu.
“Saya... saya tak pergi.” Jawabnya
jujur walaupun terketar-ketar. Matilah aku! Bisik Natasya Umaira.
“Tak pegi? Jadi, Natasya hanya
jalan-jalan je? Tahu tak saya pusing-pusing nak tunggu parking, rupanya Tasya
tak pegi klinik tu! Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa diam aje?” Natasya
Umaira buat muka cuak dan seperti tidak rasa bersalah. Sebenarnya dia yang
patut marah dengan tindakan isterinya yang suka berahsia itu. mahu sahaja dia
memarahi isterinya itu.
“Kenapa macam tu?” soalnya lagi.
Natasya Umaira tidak tahu apa yang hendak dijawabnya sekarang.
“Saya kan sudah jumpa doktor minggu
lalu. Buat apa saya nak jumpa balik-balik! Apa istimewanya klinik awak
tunjukkan tu?” Jawab Natasya Umaira. Dia terasa sungguh geram pula dengan
isterinya itu ketika ini. Rupa-rupanya dalam diam dia pandai menjawab. Sakit
pula hatinya.
“Tapi kenapa tak beritahu semalam?”
Nukman Faris menyoal siasat hal itu. natasya Umaira mengesat air matanya yang
bergenang di pipinya.
“Maafkan saya.” Kata Natasya Umaira
yang sudah terasa bersalah. Dia hanya menjeling Natasya Umaira. Dia geram
sebenarnya.
“Tahu tak betapa sukarnya saya cari
parking dan pusing-pusing di kawasan klinik semalam? Alih-alih, rupanya Tasya
tak pegi klinik tu? Kenapa macam tu ye?” kata Nukman Faris menguatkan suaranya.
“Maaf... maafkan saya. Saya tak
sengaja Nukman! Saya pun tak suruh awak nak sibuk-sibuk cari klinik untuk saya!
Saya tahu apa yang saya buat selama ini! Awak tak perlu masuk campur ke atas
diri saya!” terketar-ketar tetapi panjang lebar.
“Itu namanya tak sengaja ya?”
soalnya dengan penuh sinis. Natasya Umaira diam dan meneruskan esakanya. Dia
terasa betapa kasihannya kepada isterinya itu. entah kenapa dia sanggup buat
apa sahaja untuk gadis itu kini. Apakah ini yang dinamakan cinta? Apakah cintanya
kepada Rozaia lain?
“Sekarang Tasya kena denda.” Bulat
mata Natasya Umaira.
“Denda apa?” dia tersengih. Sudah
ada peluangnya untuk mengusik Natasya Umaira yang agak innocent itu.
“Petang ni sampai malam ni ada tugas
untuk Tasya.” Kata Nukman Faris. Bulat mata Natasya Umaira. Dia sengih lagi.
“Tugas apa?” soal Natasya Umaira.
Nukman Faris sudah ketawa geli hati tetapi ditahannya ketawanya.
“Sekarang kita ke klinik. Jumpa
doktor Sham. Saya dah janji dengan dia. Malam ni akan saya beritahu kemudian.”
Kata Nukman Faris ketawa. Natasya Umaira semakin resah.
“Kenapa macam resah?” soalnya kepada
Natasya Umaira. Natasya Umaira hanya memandang ke hadapan.
“Tak de.” Kata Natasya Umaira. Dia
sudah reda. Dia hendak berterus terang dengan suaminya pada hari ini selepas
pemeriksaan di klinik nanti. Apa yang terjadi, jadilah. Dia sudah tidak peduli.
“Itulah, dengan saya jangan nak
tipu, buruk tau padahnya!” katanya seperti cuba mengusik isterinya itu. natasya
Umaira menjeling.mungkin geram dengan sikapnya.
“Apa pulak! Saya...saya tak
sengajalah!” kata Natasya Umaira.
“Tak sengaja? Kenapa tak hubungi
saya?” soalnya. Hairan sungguh dia dengan tingkah laku isterinya. Mungkinkah
ada yang disembunyikan.
“Saya...saya...tertinggal telefon!”
jawabnya berdalih. Padahal elok saja telefon di dalam begnya.
“Boleh pula macam tu?” kata Nukman
Faris yang tidak puas hati dengan jawapan isterinya itu. dia tahu isterinya itu
menyembunyikan sesuatu. Kenapa wajah itu pucat seperti orang ternampak hantu?
“Tu lah tak sengaja!” kata Natasya
Umaira pula. nukman Faris menggeleng. Ada hati lagi isterinya hendak
membohonginya. Dia tidak suka dibohongi. Kenapa dia tidak berterus-terang
sahaja? Kalau berterus-terang, hilang marahnya. Dia semakin geram.
“Awak sengaja tu! Apa yang awak
sembunyikan dari saya?” soalnya kesal.
“Tak de!” jawab Natasya Umaira.
Suara itu menggeletar. Macamlah dia tidak faham akan maksud dari wajah itu.
“Tak pe, kita jumpa Dr. Sham nanti
tahulah apa sebenarnya yang berlaku.” Natasya Umaira serba salah pula. Wajah
itu kelat. Namun dia cuba bertenang. Natasya Umaira memang gadis yang mempunyai
keanehan dan sekaligus keistimewaan dalam diam. Ah, dia sudah meneliti dalaman
sepupunya itu.
***
“Mengandung?”
soal Doktor Shamsuri. Natasya Umaira bagaikan hendak pitam apa bila soalan
begitu. Nukman Faris mengangguk. Sebenarnya sudah lama dia hendak
berterus-terang dengan Nukman Faris tetapi Nukman bagaikan tidak faham akan
hint-hint yang telah dibuatnya. Misalnya dia memohon minta diceraikan sebab
urusan pernikahan mereka sudah selesai. Tetapi Nukman Faris buat-buat tidak
dengar akan permintaannya. Sekarang siapa yang salah dan akan disalahkan?
Dirinya lagi kan? Aduhai! Sakitnya kepala, bisik Natasya Umaira yang sudah serba
tidak kena.
“Kalau tengok hari tu macam
mengandung doktor. Doktor tolong periksa dululah. Jika mengandung, doktor tahu
lah tu!” kata Nukman faris. Isteri di sisinya sudah pucat seperti kehilangan
banyak darah. Hairan pula dia. Takkan Natasya Umaira takut?
“Okey, kalau mengandung, sila buat
pemeriksaan air kencing dululah. Nani, awak beri botol kepada Puan Natasya ya.”
Kata Doktor Shamsuri memberikan arahan kepada pekerjanya. Dengan berat hati
Natasya Umaira berdiri dan menuju ke tandas seperti yang ditunjukkan oleh Nani.
Nukman Faris hanya memerhatikan pergerakan isterinya yang agak kekok itu.
Doktor Shamsuri pula hanya tersenyum memandang sahabat baiknya itu.
“Tasya, nak abang temankan ke bilik
air?” soalnya memegang lengan Natasya Umaira. Dia tidak jadi berdiri apabila
melihat perlakuan Natasya Umaira yang agak pelik itu. Natasya Umaira menggeleng
dan tidak memandang wajahnya pun. Dia pun haiiran dengan tingkah laku
isterinya. Apakah ada sesuatu yang disembunyikan? Kenapa dia harus sembunyikan?
“Apa dia kata? Kenapa tak jumpa
semalam?” soal Shamsuri. Nukman Faris menggeleng.
“Entah, dia hanya memohon maaf
sahaja. Alasannya dia dah jumpa doktor minggu lalu.” Kata Nukman Faris. Lama
mereka mendiamkan diri seolah-olah mereka tidak mengenali antara satu sama
lain.
“Sampai biarkan awak
berpusing-pusing di kawasan sibuk ni?” soal Shamsuri. Nukman Faris diam. Entah
apa yang hendak dijawabnya.
“Entahlah, isteri saya tu memang
pemalu.” Shamsuri sudah ketawa.
“Sudah doktor,” kata Nani.
“Tulis laporan,” Natasya Umaira
sudah duduk di depan doktor. Nukman Faris hanya memerhatikannya.
“Ini doktor.” Kata Nani menyerahkan
laporannya.
“Mana?” Lama Doktor Shamsuri
meneliti laporan itu.
“Negative? So? Tak mengandung?” muka
Natasya Umaira sudah kemerah-merahan. Wajahnya juga sudah berkerut. Apakah aap
yang dikatakan oleh doktor itu benar atau tidak? Atau salah penglihatan?
Mustahil!
“Tak mengandung?” soal Nukman Faris
pula.
“Negative!” kata Doktor Shamsuri. Terangkat
kening Nukman Faris memandang laporan itu. Memang negatif keputusannya, takkan
pembantu jururawat itu akan berbohong! Nukman Faris cuba tersenyum memandang
sahabatnya. Dia cuba menutupi sakit hatinya. Sakit hati kerana dibohongi!
“Eh betulkah ni doktor?” soal Nukman
Faris. Natasya Umaira hanya menundukkan pandangannya. Dia tahu dia tidak
mengandung. Sekarang suaminya itu sudah tahu dia tidak mengandung. Mungkin
selepas ini dia akan diceraikan dengan segala hormatnya.
“Takkan saya nak bohong, mungkin
selama ini anggapan encik silap. Inikan pengalaman pertama kamu,” Kata Doktor
Shamsuri. Nukman Faris tersenyum-senyum mendengar kata-kata sahabatnya itu.
“Mungkinlah. Sebab saya tak biasa
lagi kan doktor! Jadi, tak delah yang nak diperiksa ni doktor?” soal Nukman
Faris. Doktor Shamsuri menggeleng.
“Tak delah. Ada nak ubat apa-apa ke
puan?” tanya Doktor Shamsuri kepada Natasya Umaira. Natasya Umaira menggeleng
dan tunduk membisu.
“Tak pelah doktor kami balik dulu.
Berapa nak bayar ni doktor?” doktor Shamsuri bersalaman dengan Nukman Faris.
“Tak de lah. Tak ada apa yang
diperiksa, rupanya tak mengandung! Lain kalilah, kalau dah sah mengandung baru
jumpa saya ya.” Kata Doktor Shamsuri. Mereka beriringan keluar dari kawasan
klinik itu. masing-masing membisu seribu bahasa.
“Maafkan saya,” kata Natasya Umaira
ketika dia sudah di dalam kereta. Wajah itu seperti hendak meraung, namun dia
sabarkan dirinya.
“Tak ada apa yang nak dimaafkan.
Semuanya sudah berlaku.” Kata Nukman Faris. Akhirnya suasana menjadi sesepi
kuburan sehinggalah mereka sampai di depan halaman rumah mama mertuanya.
“Saya bukan sengaja nak berbohong,
semata-mata nak terus perkahwinan ini.” Kata Natasya Umaira sebelum turun dari
kereta. Air matanya sudah menitik jatuh ke pipinya. Nukman Faris mengerutkan
dahinya. Dia tidak tahu apa yang hendak diucapkan. Dia sendiripun berasa amat
terkejut dengan apa yang berlaku. Memang perkahwinan mereka tidak dirancang
tetapi harapannya tumbang.
Harapan
hendak menikah dengan kekasihnya. Ituah yang dia geram dengan pernikahannya
ini. Namun, kenapa kini hatinya libang libu? Perasaannya terhadap Rozaila
seperti dipaksa-paksa. Tetapi wajah isterinya sentiasa di matanya. apakah ini?
Ah, dia sungguh terganggu! Dia semakin terganggu dengan berita yang baru
didengarnya ini. Oh tidak!
“Jangan cakap dulu. Nantilah kita
bincang. Saya sendiripun sedang bingung sekarang!” kata Nukman Faris.
“Perceraian kita boleh
dipercepatkan.” Kata Natasya Umaira pula. terasa kerdilnya diri di depan gadis
manis yang merupakan sepupunya ini. Entah apa yang hendak dikatakannya. Dia
sendiri runsing. Akhirnya dia keluar dari keretanya dan terus duduk di sofa di
depan televisyen. Tidak elok rasanya jika dia terus masuk ke dalam biliknya.
Natasya Umaira pula sudah menghilang entah ke mana.
“Cerai sekarang?” Natasya Umaira
angguk. Dia pula yang susah hati.
“Awak nak mak bapa kita tu mati
cepat?” Natasya Umaira diam. Dia memikirkan papanya yang ada masalah di
bahagian jantung. Mamanya pun mempunyai sakit juga. Ah, dia tidak mahu
membayangkan kesusahan itu.
“Bukan macam tu Nukman. Tapi, awak
dah selamatkan saya. Awak dah buang aib saya. Awak dah buat baik kat saya. Kira
oklah tu! Sekarang kalau awak nak ceraikan saya, dipersilakan dengan segala
hormatnya!” kata Natasya Umaira. Biar betul gadis ini! Kenapa dia memohon
perceraian pada suasana begini! Nukman Faris memikirkan apa yang sudah mereka
lakukan selama ini. Memang ada benar kata-kata itu. Namun dia tidak mahu
memikirkannya sekarang. Entah kerana apa, kerana sayang lah mungkin!
“Nantilah kita bincang. Kita kena
pergi ke Tesco dulu lah beli barang. Nanti terkejut pula mak dan ayah bila
masuk rumah kita tak de barang langsung!” kata Nukman Faris, dia mengarahkan
keretanya menuju ke Tesco yang berdekatan dengan rumahnya.
“Saya rasa eloklah awak fikirkan
cepat-cepat Nukman. Kekasih awak pun sudah memaksa-maksa awak menikahinya.
Kalau sempat dua minggu ini, awak uruskanlah, biarlah saya pinangkan awak untuk
Rozaila. Saya rela diceraikan kerana sudah sah saya tak mengandung Nukman!
Takkan lahir anak sesiapa dari dalam perut saya ni!” kata Natasya Umaira dengan
bersungguh-sungguh. Nukman Faris pandang isterinya. Kasihan pula dia kepada
seraut wajah ayu di sisinya itu. kenapa beriya-iya minta ceraikan? Dia belum
pun mengambil apa-apa keputusan buat masa ini!