Novel Cinta Sang Pilot Bab 32
Bab 32
Teruskan membaca enovel ini dihttp://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2072&idc=15789
Tolong sokong enovel ini.
Terima kasih banyak-banyak. Budi kalian tetap saya kenang!
“Cakap
betul-betul Natasya, awak ke mana tiga hari ni?” tiba-tiba tanganku direntap
kasar. Baru sahaja aku membuka pintu kereta lelaki itu sudah menangkap tanganku.
Dia mencari mataku. Aku sudah terketar. Sebenarnya aku mahu bebas daripada
gangguan lelaki ini. Aku terkenang tindakan Amri memasuki rumah sewaku dahulu.
Aku berasa aku diserbu oleh Amri sekali lagi. Aku ingin lari daripadanya.
Memang sejak akhir-akhir ini Amri hendak mendekati aku ketika aku di sekolah. Tetapi
di depan lelaki ini aku seperti berdepan dengan penjenayah yang siaga mempengapa-apakan aku. Siapa yang tidak takut jika pernah menjadi mangsa kepada lelaki ini?
Amri selalu menunggu aku di kantin sekolah, masih jelas dalam ingatanku. Senyuman manisnya terlakar di wajahnya ketika aku berada di jarak yang agak jauh. Mungkin tatkala itu dia merindui aku. Dia tidak selalu melawat aku. Sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Dia menjadi guru di sebuah sekolah pedalaman. Tetapi di depanku ini bukan Amri.
Dia menungguku di depan rumah sewaku. Aku pastikan betul-betul selepas beberapa kali aku tutup dan buka matanya. Aku lihat. Aku tidak mahu tertipu oleh mataku sendiri. Lelaki ini mungkin datang mahu menceraikan aku. Aku baru sahaja balik ke rumah. Aku baharu sahaja balik dari Perak dengan memandu sendiri. Aku terbayang-bayang kali terakhir aku di rumahnya. Dia sudah melakukan pencerobohan sebenar-benar pencerobohan kepada tubuhku. Dia sudah menghancurkan harapanku selama ini.
Aku mahu sahaja menolak lelaki itu di tepi longkang di depan rumah sewaku ini namun aku tidak sampai hati pula. jadi aku mendiamkan diri dengan mata terbuntang macam ikan merah dan nafas turun naik. Fikiran pula sudah kacau bilau dan tidak tahu apa yang patut aku lakukan setelah kemunculannya yang tiba-tiba ini. Sakit sungguh hatiku namun demi menghormati dia yang berstatuskan suami kepadaku, aku harus menghormatinya. Tetapi apabila aku ingati akan sikapnya yang ceroboh untuk memuaskan nafsunya, aku mengendurkan rasa hormat itu. Malah, benci terlalu banyak dalam hatiku.
Dia menungguku di depan rumah sewaku. Aku pastikan betul-betul selepas beberapa kali aku tutup dan buka matanya. Aku lihat. Aku tidak mahu tertipu oleh mataku sendiri. Lelaki ini mungkin datang mahu menceraikan aku. Aku baru sahaja balik ke rumah. Aku baharu sahaja balik dari Perak dengan memandu sendiri. Aku terbayang-bayang kali terakhir aku di rumahnya. Dia sudah melakukan pencerobohan sebenar-benar pencerobohan kepada tubuhku. Dia sudah menghancurkan harapanku selama ini.
Aku mahu sahaja menolak lelaki itu di tepi longkang di depan rumah sewaku ini namun aku tidak sampai hati pula. jadi aku mendiamkan diri dengan mata terbuntang macam ikan merah dan nafas turun naik. Fikiran pula sudah kacau bilau dan tidak tahu apa yang patut aku lakukan setelah kemunculannya yang tiba-tiba ini. Sakit sungguh hatiku namun demi menghormati dia yang berstatuskan suami kepadaku, aku harus menghormatinya. Tetapi apabila aku ingati akan sikapnya yang ceroboh untuk memuaskan nafsunya, aku mengendurkan rasa hormat itu. Malah, benci terlalu banyak dalam hatiku.
“Kenapa awak ada di sini? Apa yang
awak mahu? Awak sudah tinggalkan saya di rumah sewa saya hari tu, kenapa awak
datang lagi? Kalau boleh saya tak mahu awak muncul lagi dalam hidup saya!” kataku
dengan suara yang agak berani walaupun hatiku masih terketar-ketar. Dia datang secara tiba-tiba. Aku lihat
keretanya di ruang parkir kereta. Dia tidak menggunakan keretanya sendiri.
Oh, tidak! Dia membawa kereta papanya. Mahu sahaja melompat jantungku melihat dia yang datang tiba-tiba ini. Nasib baik aku tidak ada sakit jantung. Kalau tidak, sudah lama aku mati!
Oh, tidak! Dia membawa kereta papanya. Mahu sahaja melompat jantungku melihat dia yang datang tiba-tiba ini. Nasib baik aku tidak ada sakit jantung. Kalau tidak, sudah lama aku mati!
Kulihat wajahnya kusut. Bukan macam
tiga hari lalu, dia kelihatan segak dan bergaya walaupun hanya mengenakan
pakaian kasual. Kali ini dia datang, dia mahu apa daripadaku? Dia mahu haknya
lagi sebelum menceraikan aku? Ah, betapa sakitnya diri disakiti.
“Apa yang awak nak dari saya Nukman?
Kenapa awak tiba-tiba datang? Bukankah awak sudah dapat apa yang awak mahukan
selama ini? Kenapa awak perlu cari saya lagi?” soalku teragak-agak. Dia memandang
wajahnya bagaikan singa yang hendak menelan mangsanya. Pastilah aku masih terkejut dengan kedatangannya.
Lelaki ini sedang elok memegang lenganku. Aku cuba meronta minta dilepaskan.
Dia masih memegang lenganku dengan kuat. Aku tidak tahu. Hari ini aku akan
berterus-terang dan meminta dia melepaskan aku jika benar dia sudah tidak
perlukan aku dalam hidupnya. Aku akan rela dengan apapun keputusannya. Tetapi kalau dia tidak menceraikan aku, apakah aku juga rela? Ah, wajah garang Rozaila pula melambai-lambai ke arahku.
“Mama dan mak cari awak,” katanya
perlahan. Aku tahu itu hanya alasannya. Aku benci dengan lelaki ini. Benci!
Benci dengan kepura-puraannya selama ini. Benci sungguh aku. kalau aku mampu
membunuh lelaki itu, mahu sahaja kubunuhnya biar aku turut sama puas hati! Sama seperti mana dia puas hati merenggut harta yang kujaga selama ini.
“Kenapa mama awak tu? Atau awak yang
mimpi sengaja nak mereka cerita?” soalku lagi. Badanku sudah lah melekit selepas balik dari Perak tadi.
Sekarang pula dia hendak berlakon di depanku. Aku sudahlah menahan air kecil sejak tadi, sekarang dia masih memegang lenganku dengan erat sekali. Apakah
lelaki ini bermimpi atau dia masih berada di awang-awangan kerana baru habis
daripada tugasnya? Walaupun sebenarnya penantianku terjawab hari ini namun aku
tetap berasa tidak selesa jika asyik direnung begini.
“Lepaskanlah tangan saya Nukman!
Saya jijik dengan awak!” dia bagaikan baru tersedar daripada mimpinya atau alam
fantasinya. Mahu sahaja aku menumbuk-numbuk tubuh tegap itu. Namun aku sedar
aku tidak punya kekuatan itu. Entah-entah aku yang akan masuk ke dalam
pelukannya.
“Sudah lama saya nak awak beritahu
saya.” Katanya tegas. Aku kehairanan. Dia begitu pandai menghuru-harakan
perasaanku. Mahu sahaja aku pukul muka agak hitam manis itu. namun dia
memiliki ketampanan yang diwarisi daripada papanya. Itu aku tidak nafikan namun
apa yang kumarahkan ialah kesukaannya melakukan di luar kemahuanku. Dia tidak
pernah meminta aku membuat penjelasan selama ini. Apa yang dia mahu? Mataku
sudah bulat memandang wajah yang kurindui itu namun dalam rindu aku sangat
membenci dia. Membenci perbuatannya yang melampau itu!
“Apa yang awak maksudkan ni? Saya
tak faham. Cuba awak jelaskan sikit...” Kataku yang sudah terasa kusut dengan
kemahuannya yang tidak jelas pada pemahamanku.
“Ada sesuatu yang saya tidak tahu
selama dan awak belum beritahu saya?” soalnya lagi. Aku semakin buntu.
Soalannya semakin menghuru-harakan akalku. Akalku kusut.
“Saya semakin tak faham,” kataku.
Dia ketawa. Debaran jantung usah dicerita. Bagaikan gong dipalu dengan kuat sekali.
Oleh kerana kerinduanku yang sekian lama tidak bertemu aku memberanikan menatap
wajah kusut itu. ah, tidak! Aku sudah membenci wajah yang telah mencalarkan
maruahku sekali lagi.
“Ha, dah puas tatap wajah handsome
saya ni?” aku tersentak. Dia sempat lagi buat lawak denganku. Mukaku tebal
berinci-inci. Merahnya mukaku mengalahkan ikan merah.
“Jangan nak perasan! Saya tengok ada
kemerahan di pipi awak.” Dia memegang pipinya. Aku tersengih-sengih sendiri.
Aku cuba buat lawak walaupun jantungku bagaikan rebana dipalu.
“Jangan nak buat cerita lain. Saya
tahu awak renung muka saya yang handsome ini! Sekarang Tasya, tolong
berterus-terang dengan saya. Apa yang sudah berlaku kepada awak, kalau saya
takkan lepaskan awak, awak tak berikan berita pun kepada saya selama ini!”
katanya seperti pura-pura selamba dan tidak ada perkara yang berlaku kepada
kami. Aku geleng tetapi sempat menjelingnya. Menjeling penuh kebencian. Kalau
dia tidak muncul di depanku itu lebih baik! Aku tidak mungkin lagi mahu
memandang wajah itu walaupun aku kerinduan setengah mati. Aku sanggup menahan
perasaanku.
“Apa ni? Awak minta berita? Saya tak
tahu pun apa nombor telefon awak. Saya tak tahu pun awak kerja di mana. Saya
hanya tahu awak tinggal di mana. Saya hanya tahu awak sepupu saya dan suami di
atas kertas saya sebab kita ada perjanjian. Selepas awak rogol saya, saya mahu
awak ceraikan saya sekarng juga! Selainnya saya tak mahu apa-apa daripada awak.
Apa sebenarnya yang awak nak dari saya ni Nukman?” kataku dengan panjang lebar.
Dia berani pula hendak mengugut aku. Sebenarnya, aku tidak pun save kan nombornya di telefonku hari itu. telefon comelku itu mati tiba-tiba. Akhirnya aku kehillangan nombornya.
“Ini,” dia memegang perutku. Mataku
terbeliak. Ya Allah, dia meraba perutku yang masih kempis malah semakin
mengecil kerana aku rasa hidupku tidak tenang sejak akhir-akhir ini. Walaupun
aku terkejut, aku tetap menahan geli kerana dia memegang perutku. Tidak ada
sesiapapun tahu, aku sebenarnya tidak mengandung kecuali dia yang telah merogol
aku hari itu.
“Apa ni? Kan awak dah tahu saya tak
mengandung! Apa lagi yang awak mahu?” Ah, apakah dia terlupa yang aku kononnya
mengandung? Ah, mungkin lelaki ini sudah sasau dan mencipta sesuatu cerita
denganku. Aku bertambah benci kepadanya.
“Saya menunggu perut awak berisi,
itu yang awak mahu selama ini kan? Saya akan tunggu saat itu!” katanya lagi. Kebencianku menaik darjahnya. Aku terkejut
dan mataku usah dicerita bagaikan mahu terkeluar dari kelopaknya. Dia sudah
menunjukkan senyum kacaknya yang kurindui selama ini. Ah, aku benci lelaki ini
sebenarnya. Aku benci dia yang masih memegang perutku dan menganggap aku mahu
mengandungkan anaknya. Aku takkan sesekali mahu mengandungkan anaknya di rahimku ini! Ah bingung aku sebenarnya. apakah yang lelaki ini mahukan daripadaku?
“Saya takkan mahu mengandung anak
awak! Kalau mengandung pun saya akan buang!” kataku tegas. Biarkan hatinya lebih meradang. Aku seperti menjolok sarang tebuan pula.
“What? Jangan awak pandai-pandai nak
buang anak saya dan anak awak! Awak takkan terlepas dari saya kalau awak buang
anak saya!” katanya yang sudah mengugut aku. Matanya sudah merah. Aku ketakutan
tetapi aku tidak mahu menunjukkan ketakutanku lagi di depannya. Aku tidak mahu
dipandang lemah. Aku benci dia!
“Tak de gunanya!” kataku menepis
tangannya yang masih hinggap di perutku. Aku kegelian sebenarnya.
“Itu anak kita yang sah sayang bukan
anak haram!” katanya. Aku pandang ke arah lain. Orang kalau nak beranak,
melakukannya dengan penuh kerelaan tetapi dia sudah merogol aku, aku memang
tidak mahu anak ini!
“Ini hasil anak yang awak rogol
saya! Saya takkan rela!” kataku.
“Tak, saya tak rogol awak, saya buat
dengan penuh rindu dan kasih sayang saya,” katanya bersungguh-sungguh. Mungkin sudah sasau manusia di depanku ini. Aku tersenyum sinis. Aku berasa cuak dengan kata-katanya yang tidak serupa bikin itu sebenarnya. Dia ingat kalau dia sudah merogol aku, aku akan percaya dia melakukannya penuh rindu! Gila!
“Jangan ganggu saya boleh tak? Saya
rasa tak perlu awak nak ambil tentang kehidupan saya. Awak boleh pergi dari
hidup saya jika awak rasa saya ini menyusahkan awak!” dia ketawa. Dadaku
diserbu sebak. Selama ini aku tahu dia tidak mengambil tahu mengenai diriku.
Ah, aku tidak yakin dia akan mengambil berat tentang diriku. Aku tidak yakin.
“Tak boleh! Saya kena ganggu awak
hari ini. Sudah lama saya tunggu masa ini.” Katanya. Aku semakin berdebar. Apa
sebenarnya yang aku nak beritahu dia? Bagaimanakah dia nanti? Bagaimana wajahku
nanti?
“Awak, kenapa tinggalkan saya tanpa
beritahu saya awak ke mana? Macam orang gila saya cari sayang! Telefon pun
sayang offkan!” soalnya sambil memegang perutku sekali. Aku menepis tangannya
sekali lagi. Kali ini dia sudah bersedia. Tawanya dikulum di mulutnya. Aku
semakin benci wajah itu.
“Jangan ganggu saya! Boleh tak?”
soalku pula. Aku tidak mahu menjawab soalan demi soalannya yang memeningkan kepalaku. Malah, kedatangannya menamatkan semua kegembiraanku.
“Saya takkan ceraikan awak! Awak
mahu menjawab kalau saya hadapkan awak ke mahkamah kerana memperdaya saya?”
ugutnya. Aku terperangah. Mulutku terbuka luas. Aku tarik nafas
panjang-panjang. Aku masih mahu hidup. Jangan kerana ugutan kecil ini aku terus
mati. Aku mahu terus bernafas.
“Err, Nukman. Izinkan saya ke atas
kejap. Awak silakan naik ke atas dulu. Saya baru je sampai dari kuliah. Apa
kata kalau awak naik dulu. Lepas saya dah rehat, baru kita bincang, boleh?” aku
memikirkan jalan penyelesaiannya.
Jangan sampai dia membuat laporan polis gara-gara mengetahui aku seolah-olah membuat pembohongan kepadanya selama ini. Aku harus buat sesuatu. Berterus-terang adalah jalan penyelesaiannya. Nukman Faris sudah melepaskan tangannya. Aku masih terasa geli. Kukeraskan perutku. Aku tahu dia setuju dengan cadanganku.
Jangan sampai dia membuat laporan polis gara-gara mengetahui aku seolah-olah membuat pembohongan kepadanya selama ini. Aku harus buat sesuatu. Berterus-terang adalah jalan penyelesaiannya. Nukman Faris sudah melepaskan tangannya. Aku masih terasa geli. Kukeraskan perutku. Aku tahu dia setuju dengan cadanganku.
“Baiklah, saya beri awak masa untuk
membersihkan diri. Lepas ni awak mesti cakap yang benar dengan saya. Bukan
asyik cakap merapu depan saya.” Aku mengangguk dengan wajah cuak lagi.
‘Merapu?’
bila masa aku merapu? Setahuku aku tidak pernah cakap merapu. Aku cakap betul
sahaja dengannya. Soalku sendiri.
“Pembetulan,
saya tak pernah merapu. Saya mahu awak berterus-terang saja. Lupakan kisah kita
dan saya akan lenyap dari hidup awak. Apa-apapun yang berlaku biarlah saya
tanggung sendiri!” Kataku lagi.
Dia mengangguk. Selama ini aku tersepit. Tersepit antara fitnah dan cinta. Aku serba-salah. Aku tahu dia pula akan membuat keputusan yang aku nanti-nantikan selama ini. Ah, aku harus pasrah. Mungkin petang ini aku sudah bertukar status. Ah, aku tidak mahu ingat perkara itu. Selama ini aku memang kusut hati memikirkan Nukman Faris dan Amri. Dua orang lelaki yang berlainan karekter dalam hatiku. Namun, aku sudah menutup hatiku untuk mencintai Amri. Dan, aku bakal menutup hatiku untuk lelaki di depanku ini. Dia juga sudah menghancurkan perasaanku.
Dia mengangguk. Selama ini aku tersepit. Tersepit antara fitnah dan cinta. Aku serba-salah. Aku tahu dia pula akan membuat keputusan yang aku nanti-nantikan selama ini. Ah, aku harus pasrah. Mungkin petang ini aku sudah bertukar status. Ah, aku tidak mahu ingat perkara itu. Selama ini aku memang kusut hati memikirkan Nukman Faris dan Amri. Dua orang lelaki yang berlainan karekter dalam hatiku. Namun, aku sudah menutup hatiku untuk mencintai Amri. Dan, aku bakal menutup hatiku untuk lelaki di depanku ini. Dia juga sudah menghancurkan perasaanku.
Kami beriringan naik ke dalam rumah sewaku. Dia
memegang tanganku. Aku mahu menepis tangannya namun tangan sasa iitu terlalu
kuat untukku. Nasib baik tidak ada Shamira.
“Awak
duduk dulu di sini.” Aku ke dapur menyediakan air sirap untuknya. Kebetulan
hanya ada air sirap di dalam peti sejuk. Aku meletakkannya di atas meja. Dia
sudah duduk di sofa sambil memandang ke arah dengan pandangan yang sukar
kuteka.
“Saya
nak masuk ke bilik dulu. Silalah minum.” Dia angguk. Aku terus menuju ke bilikku.
***
“Kenapa
awak tuduh saya merapu?” soalku yang sudah duduk di depannya. Kebetulan pula
Shamira tidak ada di sini. Aku sudah menghantar dia ke rumahnya tadi.
“Awak ke mana tiga hari, petang ni
baru nampak batang hidung awak? Awak suka melihat saya susah! Hari-hari mama
dan emak awak tanya ke mana awak, apa yang saya nak jawab?” aku tersenyum
getir. Ternyata senyumku tidak seiring dengan tingkahku. Setelah dia calar
maruahku, dia mahu aku muncul lagi di depannya? Aku benci dengannya.
“Maaflah awak, saya tak sangka
kuliah kami diadakan di Perak. Jadi saya tak sempat beritahu saya ke situ. Saya
dan Shamira.” Kataku terketar.
“Kenapa buat macam ni kat saya? Tak
kasian kat saya? Mama seolah-olah menganggap kita bergaduh tahu!” katanya. Aku
geleng. Aku tidak mahu dia menipu keluarga kami lagi. Aku mahu dia
berterus-terang yang kami akan bercerai. Kami memang bergaduh. Orang gila
sahaja yang tidak tahu mentafsir sama ada kami bergaduh atau tidak.
“Awak tak perasan, hari tu awak
hantar saya ke rumah sewa saya dan tinggalkan saya macam tu aje. Awak tak
ingat?” soalku. Aku pun ada perasaan. Perasaanku ketika bagaikan dicarik-carik.
“Saya bingung masa tu, bingung
sangat! Saya macam lupa apa yang sudah saya lakukan! Kemudian malamnya baru
saya sedar!” katanya. Aku memehatikan dia yang mengenakan jeans dan t-shirt
lusuh berwarna putih itu. Dia nampak santai dengan pakaian itu dan aku memang suka dengan penampilannnya begitu. Ah, kenapa lagi aku menyukainya dengan memujinya begitu. Kalau dia tahu, apa yang akan dia buat kepadaku?
“Apa yang membuatkan awak bingung?
Saya kan sedia aje diceraikan setelah terbukti saya tak mengandung hari tu,
kenapa awak buat hal pula? Meninggalkan saya sendirian di rumah sewa hari tu
bermaksud awak hendak menceraikan saya. Awak sepatutnya sudah menyediakan surat cerai kita,” kataku penuh yakin walaupun hatiku selalu terasa sakit jika menyebut perceraian di depannya. Apakah aku sebenarnya tidak mampu diceraikannya?
“Memang saya nak ajak awak berbincang
pada keesokan harinya selepas menjemput awak dari kuliah. Tapi awak takde. Awak
lesap entah ke mana. Nasib baik saya tak buat laporan polis!” katanya. Aku
pandang wajahnya. Agak terkejut dengan ugutannya. Namun, memang aku rindukan seraut wajah kacak itu. Tapi, aku sudah
terluka, terluka oleh tindakan melulunya!
“Saya pergi kuliah di Perak. Tempat
kuliah kami ditukar,” kataku. Dia pegang tanganku tiba-tiba.
“Ayuh kita pegi rumah saya. Kita
bincang di sana,” katanya yang sudah menarik tanganku. Aku serba-salah. Buat
apa pula hendak pergi ke rumahnya semata-mata hendak berbincang. Alangkah
baiknya dia lafazkan sahaja cerai andainya dia memang sudah tahu masalah kami
sudah selesai.
“Eh, kejap-kejap! Saya nak kuncikan
pintu rumah ni dulu,” kataku tanpa mahu memanjangkan keras kepalaku. Lebih baik aku ikut sahaja katanya. Beg tangan dan beg pakaianku masih ada di dalam
kereta.
“Kejap ya, awak tunggu kat kereta.
Saya nak kemaskan barang dulu. Pakaian yang banyak belum bercuci,” kataku. Dia pantas berdiri tetapi masih memerhatikan tingkahku dengan pandangan berani.
“Bawa aje, saya hantar kat dobi
nanti!” katanya yang sudah berdiri di pintu. Aku geleng. Tidak elok membazir.
Aku masih sihat lagi.
“Tak pelah, saya akan basuh
kain-kain saya sendiri nanti,” kataku. Dia hanya tersenyum.
“Mungkin awak penat dan mahu
berehat, jadi saya tolong hantar pakaian awak ke dobi nanti. Kebetulan pakaian
saya banyak belum bercuci,” katanya. Aku nampak wajah kusut itu semakin berseri. Apakah benar selama
tiga hari dia mencari aku?
“Baiklah,” aku tidak tahan
diasak-asak dengan pujukan. Akhirnya aku bersetuju menerima cadangannya. Aku
benci dengan keselambaannya.
Setelah berkemas ala kadar, aku dan
dia bergerak ke rumahnya. Sebenarnya aku masih lagi penat dan terkejut.
Kedatangannya yang tiba-tiba menjadikan dadaku sebu, sebu dengan debaran. Masuk
ke keretanya aku memejamkan mataku. Aku takut diasak lagi dengan pelbagai
soalan.
“Datin Murni ajak kita ke kedainya,”
bulat mataku memandangnya. Cepatnya baju pengantin kami siap. Baru tiga hari
aku tinggalkan dia. eh, aku ni kalau boleh sudah tidak mahu hendak bersama-sama
dia ke mana-mana. Sakit hatiku kepadanya belum hillang lagi.
“Baju dah siap?” dia angguk dan me mandu
dengan tenang.
“Cepatnya!” kataku. Mataku yang
mengantuk kutahan. Nukman Faris memandu dengan kadar kelajuan yang sederhana.
Entah bilalah kami sampai ke rumahnya.
“Biasalah tu! Butik Datin Murni
memang biasa menerima tempahan pakaian perkahwinan!” katanya.
Aku pandang wajahnya, wajahku kelat. Tempahan pakaian perkahwinan itu siap, bermakna aku akan ke butik Datin Murni bersamanya lagi. Ah, lagi-lagi dengannya. Aku mahu bersendirian di rumah sewaku sebenarnya dan melengkapkan kerja kursusku yang kebanyakkannya separuh jalan.
Mungkinkah aku turut bingung dengan hala tuju rumah tanggaku yang tidak menentu? Kalaulah lelaki ini tahu, mahukah dia bertoleransi denganku dan mengasihani keadaan hatiku yang tidak terurus ini?
Aku dilanda rusuh lagi. Rusuh oleh tingkah lelaki kacak di depanku ini!
Tolong sokong enovel ini.
Terima kasih banyak-banyak. Budi kalian tetap saya kenang!