Novel Isyarat Cinta Bab 26
Bab 26
“Wiyah,
dia nak datang tak?” soal Puan Musliah seperti tidak sabar. Adawiyah angguk. Wajah
lelaki itu terlakar di wajahnya. Sebenarnya dia sakit hati.
“Wiyah dengar tak?” soal Puan
Musliah lagi. Adawiyah mengangguk.
“Datang, dia nak datang lah tu,
dengan gembiranya dia nak datang mak! Jangan risau! Sebab dia yang gila nak
kahwin!” kata Adawiyah.
“Bagus, Wiyah pakai baju kebaya yang
sudah mak beli petang tadi,” bulat mata Adawiyah.
“Mengapa
begitu hebat persediaan emak? Siap beli barang lagi?”
“Anak
mak hanya seorang. Jadi, mak tak mahu menyesal kemudian hari. Biarlah mak
gunakan wang yang ada untuk meraikan anak mak yang seorang ni! Mak mahu tengok
anak mak bahagia dan gembira!” kata Puan Musliah. ‘Mak, saya tak gembira dengan
pernikahan ini! Saya tak suka dengan lelaki itu! Kenapa mak buat semua ini?’
“Tak payah lah nak susah-susah mak.
Saya nak tidur! Tertekan sungguh saya dengan gaya lelaki tu!” kata Adawiyah.
Besar mata Puan Musliah.
“Apa? Bakal laki kau nak datang, kau
nak tidur? Eh, manusia jenis apa kau ni?” kata Puan Musliah. Bertambah sakit
hatinya.
“Mak dah sediakan pakaian tu. Kau
pakai nanti malam. Jangan nak banyak cakap. Kau
layan bakal suami kau tu baik-baik! Mak tak pernah nak ajar sayang buat
yang bukan-bukan! Tapi sayang pula buat sesuatu yang mengejutkan mak!” kata
Puan Musliah.
“Saya tak buat apa-apa mak!
Percayalah saya! Dia hanya bawa makan di sebuah hotel pada malam saya balik
tengah malam tu! Dia minta saya temankan makan! Katanya dia lapar! Walaupun
saya sudah beritahu dia yang saya nak cepat! Dia tak nak dengar!” kata
Adawiyah.
“Sudahlah! Pergi siap dulu. Nanti mak
ketuk bilik. Kami masak dulu apa yang patut,” kata Puan Musliah.
Adawiyah
menurut sahaja arahan emaknya. Dia sedih kerana ayah kandungnya tidak pernah
dia tahu di manakah gerangannya. Kalau boleh pada waktu penting begini dia
mempunyai ayah untuk menjadi wali dalam pernikahannya nanti. Namun ia adalah
sesuatu yang amat mustahil. Emaknya tidak pernah berkongsi perasaan dengannya
mengenai ayahnya. Dia pun tidak tahu sama ada ayahnya masih hidup atau sudah
meninggal dunia.
“Baiklah mak, saya akan keluar nanti!
Mak jangan risau!” kata Adawiyah dengan perasaan sebak.
“Begitulah anak mak yang baik,” kata
Puan Musliah. Adawiyah cebik tetapi tetap angguk kepala.
***
Baru
sahaja dia masuk ke biliknya untuk bersiap, telefon antiknya berbunyi. Dia
mengangkatnya walaupun nombor itu amat asing baginya.
“Helo,” sapanya.
“Adawiyah,”
“Marina? Awak apa khabar? Maafkan
saya, lama kita tak jumpa!”
“Tak apalah! Saya faham masalah awak
hari tu!” kata Marina Chang. Adawiyah mahu menangis. Dia baru sahaja gembira kerja
di kedai milik Irfan, lelaki itu pula buat masalah! sakit hatinya.
“Tak apalah, tak ada rezeki kita nak
jumpa. Apa nak buat! Sepupu awak tu yang buat masalah! saya pun tak tahu nak
cakap apa!” kata Adawiyah. Marina Chang ketawa.
“Saya! Betulkah awak nak nikah
secepat ini? Kenapa saya tak tahu?” soal Marina Chang, sepupu Irfan. Mahu
sahaja Adawiyah menangis mendengar suara Marina Chang.
“Tak tahu lah Rina mungkin dah jodoh
saya. Sepupu awak tu tak sabar-sabar sakit hati saya ni!” Kata Adawiyah semakin
sebak.
“Syukurlah kalau sepupu saya tu
nikah dengan awak Wiyah. Saya sokong. Selama ini dia banyak kekasih! Saya
sendiri pun susah hati! But, don’t worry,
thanks to you. I hope you will happy until the end with my cousin!” kata
Marina Chang yang sudah berbahasa Inggeris. Adawiyah hanya faham
sedikit-sedikit.
“Terima kasih Marina. Aku bimbang
aje dengan ibu bapa dia yang tak dapat datang,” kata Adawiyah.
“Jangan risau. Saya dah cakap dengan
ayahnya Irfan tadi. Dia setuju dengan pernikahan ini. Esok saya pun akan
datang, saya cutilah esok.” Kata Marina Chang.
“Saya tunggu awak,”
“Baju dah ada?”
“Mana ada, baju saya ajelah!”
“Dengarnya Irfan dah belikan awak
baju kurung moden, cantik! Sarat dengan batu!” kata Marina Chang. Adawiyah
ketawa. Bila masa lelaki tu beli? Tak suka dia mendengarnya!
“Sempat dia tempah?”
“Dia kata dah lama dia suruh
kawannya pereka fesyen buat baju tu,” mahu terkejut Adawiyah. Lelaki itu penuh
dengan persediaan.
“Betulkah?”
“Saya dah tengok tadi, memang
cantik!” kata Marina Chang lagi.
“Ya lah, jumpa esok lah ya, saya nak
siap ni, dia nak datang!” kata Adawiyah.
“Ok tapi esok Irfan tak bawa pun
saya datang ke rumah awak! Saya tak dapat nak pegi lah Wiyah , siapa nak jaga
kedai!” kata Marina Chang.
“Ya tak ya jugakan! Awak memang tak
patut pegi!” kata Adawiyah.
“Irfan mana mahu kedainya rugi! Satu
sen pun tak mahu rugi!” kata Marina Chang. Adawiyah tahu Irfan sangat berkira
orangnya.
“Awak yang fahamkan!”
“Wiyah, kalau awak dah nikah nanti,
kalau awak ada masa, awak datanglah ke kedai Irfan macam selalu ya. Mintalah
Irfan hantarkan awak, kami sunyi sejak awak tak de. Sulaiman selalu tanyakan
awak,” kata Marina Chang.
“Pandailah awak nak reka cerita!”
“Betul!”
“Hmm, tengoklah nanti ya. Ok lah
Rina, kita sambung nanti ya.” Kata Adawiyah menamatkan perbualan mereka.
***
Tepat
pukul 8.30 malam, lelaki itu datang seorang diri. Tidak ada sesiapa yang
menemaninya. Dia sendiri pun tidak meminta dia datang dengan sesiapa. Puan
Musliah, adiknya Masniah dan Rauf dan Mak Janna sudah menunggu di ruang tamu
akan kedatangan Irfan. Adawiyah pula sibuk di dapur. Adawiyah tidak disuruh
masuk campur dalam urusan orang tuanya.
“Assalamualaikum,” Irfan memberi
salam. Rauf yang berada di depan pintu menyambut Irfan.
“Walaikumsalam, silakan masuk.
Datang seorang saja? Tak ada sesiapa?” kata Rauf. Rauf mewakili kakaknya.
“Tak da, saya seorang. Ini baju
untuk majlis esok untuk Adawiyah.” Kata Irfan menyerahkan sebuah plastik kepada
Rauf. Rauf menyambutnya.
“Terima kasih. Silakan duduk.” Irfan
patuh. Rauf meletakkan beg plastik itu di atas sofa. Mak Janna dan Masniah
disalaminya.
“Kita terus kepada perbincangan
utama ya. Saya ni Rauf, pak cik Adawiyah. Saya ni diwakilkan oleh mak Adawiyah
untuk membincangkan hal ini. Ini Masniah, mak cik Adawiyah. Ini mak kami, Mak
Janna, nenek Adawiyah.” Irfan angguk.
“Ya saya faham. Teruskan.” Kata
Irfan.
“Apa yang sebenarnya berlaku ni?
Kenapa tergesa-gesa nak nikah? Anak saudara kami tu masih belajar lagi. Dia
belum layak nak kahwin. Boleh tak kalau kamu diikat dulu oleh tali pertunangan,
jangan nikah dulu.” Kata Rauf. Irfan diam.
“Tak boleh pak cik. Saya ni dah
terlanjur nak nikah. Ibu bapa saya pun dah tahu. Saya tak kisah kalau dia nak
sekolah dulu. Saya sedia menanggung sehingga dia habis belajar. Saya memang dah
jatuh sayang kepada dia. Saya ikhlas nak ambil dia jadi isteri saya yang sah,”
dengan penuh keyakinan Irfan memberitahu kemahuannya di depan pak cik Adawiyah
yang bertubuh besar dan berkulit putih kuning itu.
“Maksud pak cik, kita tunggu lagi
tiga bulan ka, atau lepas hari raya?” soal Rauf.
“Saya tak mahu biarkan lama-lama hal
ini. Mungkin mak Adawiyah sudah beritahu tentang hal ini. Saya tak boleh nak
tangguh akan hal ini.” Kata Irfan bersungguh-sungguh.
“Baiklah, kalau macam tu. Kita
setuju dengan sebulat suara. Tapi kami minta agar pihak Irfan akan menjaga anak
saudara kami ini dengan baik. Kalau tak nak lagi, kembalikan kepada kami
semula. Anak saudara kami ni tak ada ayahnya. Mak nya ibu tunggal jadi, tolong
jaga anak saudara kami baik-baik. Kata orang bukan emas jadi ukuran, budi yang
baik dipandang orang.” Kata Rauf.
“Itu saya setuju pak cik. In sha
Allah saya akan menjaga Adawiyah seperti saya menjaga nyawa saya dan menyayangi
dia sepanjang saya masih bernyawa ini.” Kata Irfan. Adawiyah di bahagian dapur tidak terkata.
“Baiklah kalau begitu, esok hantar
lah wakil kamu datang ke sini. Kami sedia menerima.” Kata Rauf. Irfan
mengangguk.
“Baiklah terima kasih ya pak cik.”
Kata Irfan.
“Lagi satu, siapa yang akan jadi
wakil esok? Dengarnya ibu bapa kau tidak ada di sini.” Irfan agak terkejut.
“Oh tentang hal itu pak cik, ayah
dan emak saya dah minta tolong emak angkat saya dan ayah angkat Mak Temah dan
Pak cik Taha serta beberapa orang AJK masjid.” Kata Irfan.
“Ibu bapa kau mana? Kenapa bukan
mereka yang datang sendiri?” kata Rauf. Mak Janna masih mendengar perbualan
mereka.
“Oh emak saya masih mendapatkan
rawatan di Taiwan. Lagipun ayah saya ada urusan di situ.” Kata Irfan menerangkan
kedudukan sebenarnya.
“Sebenarnya saya bukan apa, pak cik
bimbang jika ibu bapa kau tak setuju dengan pernikahan yang secara tiba-tiba
ini. Tapi jika mereka sudah dimaklumkan mengenai hal ini, pak cik tak masalah.”
kata Rauf lagi.
“Ya pak cik. Ibu bapa saya memang
sudah meminta Pak cik Taha dan Mak Temah untuk menjadi wakil sepanjang majlis
ini nanti.” Kata Irfan.
“Marilah kita sama-sama menikmati
juadah malam pula. Kami ada sediakan makanan untuk makan malam,” pelawa Rauf.
Irfan hanya mengikut sahaja.
“Err, boleh saya cakap dengan
Adawiyah kejap?” pinta Irfan.
“Panggilkan Adawiyah,” bisik Rauf
kepada adiknya Masniah. Masniah tergesa-gesa ke bahagian dapur.
“Adawiyah, bakal suami kamu
panggil,” kata Masniah. Adawiyah betulkan tudungnya.
“Apa lagi yang dia nak? Tak sabar
pula!” kata Adawiyah menghentak-hentak kakinya. Puan Musliah yang memerhatikan
anaknya itu hanya menggeleng.
“Entah, mungkin ada nak tanya.”
Adawiyah menonong ke depan. Irfan tersenyum-senyum.
“Awak nak apa lagi ni?” soal
Adawiyah.
“Wiyah, jangan kasar macam tu? Ada
mak kamu ajar begitu? Eh, awak ni tak ada sikap pemalu lah pula! Kalau anak
nenek dah lama nenek ketuk!” tegur Mak Janna. Adawiyah terkejut. Dia terkejut
ada neneknya duduk di bahagian hujung sofa. Ingatkan neneknya sudah masuk ke
bilik emaknya.
“Tak apa lah nenek, Adawiyah ni
memang begini tapi dia baik.” Kata Irfan yang tidak mahu bakal isterinya itu
dimarahi di depannya. Adawiyah rasa malu. Wajahnya kemerah-merahan.
“Silakan duduk encik,” kata Adawiyah.
Mereka duduk berdepan. Irfan tersengih-sengih. Mak Janna jadi saksi.
“Terima kasih.” Kata Irfan.
“Apa hal?”
“Sudah cuba baju yang saya bawa
tadi? Saya nak tahu, kalau tak sesuai ada masa lagi saya minta kawan saya
betulkan malam ni,” kata Irfan. Adawiyah tidak terkata. Sejak tadi dia sibuk di
dapur membantu emaknya. Seorang jiran membantu mereka.
“Baju apa?”
“Baju kebaya biru firus.” Mata Irfan
menikam hatinya. Pandangannya Tuhan sahaja yang tahu. Adawiyah cepat-cepat
menundukkan kepalanya ke lantai berkarpet merah hati itu.
“Oh tak cuba lagi. Mana awak letak?”
Mak Janna tersengih-sengih.
“Ada sana tu? Atas sofa tu!” kata
Mak Janna.
“Saiz apa?”
“S lah kut!”
“Ok lah tu! Tudung ada?”
“Ada siap dengan aksesori, bukan
saya yang pilih, kawan saya di butik tu yang cadangkan, saya ikut ajelah. Pegilah
cuba dulu,” Adawiyah bergerak mencuba baju itu. Adawiyah keluar semula.
“Oklah ni!” kata Adawiyah sudah
membelek-belek baju itu. Memang cantik. Matanya berkilat memegang baju yang
sarat dengan batu itu. Memang benarlah kata Marina Chang petang tadi.
“Terima kasihlah! Awak susah-susah
pula.”
“Tak ada susahnya. Saya dah lama
tempah baju ni!” kata Irfan. Terkejut Adawiyah. Setelah semuanya selesai, Irfan
balik ke rumahnya pada jam 10.00 malam.