Novel Cinta Sang Pilot 25
Bab 25
Aku
merenung bulan yang mengambang terang dan bersinar cantik di angkasa sana. Aku
duduk di balkoni selepas berbincang dengan ahli keluarga tadi. perbincangan
yang menyesakkan dadaku. Aku tidak sangka keputusan mama begitu menduga imanku
sekali. Alangkah ngerinya kehidupanku pada musim cuti sekolah ini. Entah apa
lagi yang mereka hendak buat kepada kami selepas ini, aku pun tidak tahu.
“Kenapa duduk di luar malam-malam
macam ni?” soal Nukman Faris membisik di telingaku. Aku geleng. Aku mahu
menangis di hadapannya agar dia faham yang aku tidak setuju dengan cadangan ibu
bapa kami. Namun, mahukah Nukman Faris menyatakan ketidaksetujuannya kepada ibu
bapanya? Sedangkan tadi dia sudah setuju dengan sebulat hatinya? Benarkah dia
setuju dengan sebulat hatinya?
“Saya tak setujulah Nukman,” kataku
perlahan. Aku menarik nafas payah. Aku dengar nafas Nukman Faris juga. Agak
sukar hendak membantah cadangan mereka.
“Ayuh kita masuk. Sejuk ni, tak elok
untuk kesihatan anak dalam kandungan Tasya,” katanya yang sudah menarik
tanganku. Dia sudah mendudukan aku di birai katil yang berhias cantik itu. siap
dengan hiasan katil pengantin. Mama, Datin Zahara sentiasa inginkan
kesempurnaan kepada anaknya ini. Aku hanya tumpang sekaki melihat keindahan di
dalam bilik Nukman Faris yang berhias cantik ini.
Aku
terpaksa ikut juga kata-katanya. Namun aku masih tetap tidak puas hati dengan
persetujuannya sebentar tadi.
“Kita ikut ajelah apa yang mereka
mahu tu Tasya, saya rasa kita tak rugi juga. Sebab kita pun sepupu. Ia dapat
mengeratkan silaturrahim antara kita. Selama ni kita lama tak jumpa.” Kata
Nukman Faris. Aku membulatkan mataku memandangnya. Apakah aku tidak salah
dengar?
“Mengeratkan silaturahim? Apakah
dengan cara begini?” kataku terkejut. Aku takut ada sesuatu berlaku kepada
hatiku sendiri dan aku tidak dapat menolaknya. Dia pula tidak apa, dia sudah
ada kekasih. Sedangkan diriku ini bagaimana kalau selalu dekat dengannya dan
akhirnya jatuh cinta kepada sepupuku sendiri? Apa yang akan aku buat? Kenapa
lelaki ini tidak mahu fikir panjang?
“Jadi, bagaimana lagi? Apa yang saya
boleh buat untuk menolak cadangan mereka Tasya? Apakah kita membantah kata-kata
mereka dan kita masing-masing bermasam muka dengan ibu bapa kita sendiri? Macam
tu?” soal Nukman Faris. Aku termangu. Banyak sekali aku termenung panjang sejak
tiba di kediaman rasmi Datuk Norman ini.
“Bukan macam tu,” kataku dengan muka
masam. Nukman Faris menunggu jawapanku dengan resah.
“Jadi?” soalnya memerlukan
jawapanku. Aku memang tidak setuju dengan cadangan ibu bapa kami. Namun aku
tidak tahu bagaimana hendak membuat bantahan. Pasti Nukman Faris tidak akan
setuju.
“Saya pun bingung Nukman. Saya
sebenarnya nak tinggal aje di rumah sewa saya tu dengan Shamira. Banyak
asignment yang kami kena bincangkan bersama, tapi kalau dah mereka masuk campur
saya tak boleh nak kata apa lagi! Saya takut pula sekarang ni! Banyak benda
yang saya takutkan!” kataku kepada Nukman Faris.
“Senang aje, lepas kuliah tu pergi
lah ke rumah sewa dan buat perbincangan. Saya akan temankan,” aku angkat
kening. Kenapa lelaki ini terlalu baik?
“Awak ni kenapa nak buat baik sangat
kat saya?” soalku kehairanan. Dia pegang tanganku. Dia mula lagi dengan tingkah
yang disukainya iaitu memegang tanganku dan mengucupnya perlahan-lahan. Apa
yang aku tidak suka, dia seperti tidak segan silu mengucup tanganku dan
memanggilku sayang di depan orang tua kami. Aku sebenarnya hendak menarik
tanganku tetapi dia seperti sudah mengunci tanganku agar aku tidak dapat
melepaskan diri.
“Baik?” soalnya. Aku angguk. Aku
benci dia selalu mengembalikan soalanku dengan soalan juga.
“Ya awak kenapa baik sangat kat
saya? Lebih baik awak teruskan berbuat jahat kepada saya dan jangan layan saya
baik-baik,” kataku kepadanya. Dia sudah ketawa. Apakah itu ketawa yang
dibuat-buat? Apakah dia tertekan sama sepertiku?
“Tasya sayang, awak kan sepupu saya.
Tak elok saya nak layan awak jahat-jahat macam dulu. Saya dah boleh terima awak
sebagai sepupu saya. Awak sepatutnya bersyukur,” katanya. Aku mula resah dengan
jawapannya.
Hanya
kerana aku sepupunya maka dia melayan aku dengan baik-baik? Jawapan itu
sebenarnya lebih menyakitkan aku kemudian hari. Kenapa tidak dia buang sahaja
aku sekarang? Tidaklah aku terjatuh perasan suatu hari nanti!
“Oh,
kerana kita sepupu? Pegang-pegang macam ni sepupu dibolehkan lah ye?” soalku
yang masih keliru dengan jawapannya. Dia angguk dan ketawa. Berseri-seri wajah
lelaki kacak itu. apakah itu seri pengantin?
“Taklah
macam tu. Kita kan sudah halal, kenapa tak boleh bersentuhan?” soalnya pula.
aku kesal. Dia seperti mengambil kesempatan ke atasku kerana pernikahan kilat
kami ini. Alangkah sedihnya aku.
“Sepatutnya
awak mengharamkan diri awak menyentuh kulit saya, sebab kalau kita dah cerai
nanti, tak siapa yang nakkan saya ni dah! Sebab saya ni dah diganggu!” dia
ketawa mendengar jawapanku. Aku lupa yang aku hampir dapat disentuh oleh Amri.
Nasib baik Shamira menyelamatkan aku. Kalau tidak, aku tidak tahu apa yang aku
katakan. Aku sungguh kesal sekali. Ada juga manusia yang bertopengkan keagamaan
untuk membuat kejahatan. Bencinya aku dengan Amri.
“Awak
ni kelakar lah Tasya. Tapi suka hati saya lah nak sentuh atau tidak kat awak,
awak kan isteri saya!” katanya pula. kali ini dia menggunakan tiket isteri pula
untuk menyentuh aku. Tadi dia menggunakan tiket sepupu kerana bermesra dan
tinggal serumah denganku. Eh, aku bingunglah dengan keadaanku ini.
“Awak
yang kelakar! Apa sahaja arahan mama awak, awak nak terima! Awak ni peliklah
Nukman!” kataku yang hampir sahaja memarahi dia. Dia ketawa lagi. Apakah benar
aku berlawak di depannya? Aku sebenarnya bersungguh-sungguh mahu menolak
cadangan mamanya tetapi dia cakap aku lawak pula. memang sakit lelaki di
depanku ini.
“Kita
ikut ajelah apa yang mama dan mak kita nak. Kita cari jalan macam mana nanti.
Janganlah nak sedih-sedih dan nak memberontak pula. mereka ibu bapa kita yang
melahirkan kita ke dunia ini. Mereka tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan
nak membantah-bantah pula. apa pula cakap kita ni kalau nanti kita jadi ibu
bapa? Jadi, sementara mereka masih sihat dan bernafas ini, kita ikutlah cakap
ibu bapa kita, jangan ada kesalan di hati!” kata Nukman Faris seperti seorang
ustaz yang memberikan tazkirah kepada anak didiknya. Aku angguk perlahan-lahan.
“Awak
disuruh pegi honeymoon pun awak nak! Apa ni Nukman? Saya tak nak pergi
honeymoon!” kataku.
“Apa
yang susahnya? Kalau kita diberikan tiket honeymoon kita pegi ajelah. Apa yang
susah! Kita jalan-jalan tenangkan fikiran!” katanya. Aku pula seperti hendak
berteriak mendengar jawapannya yang selamba itu.
“Saya
tak nak macam tu! Kalau ada tiket tu, senang aje, awak tukar nama saya kepada
Rozaila, tak perlu saya nak susah-susah kan!” Nukman Faris sudah geleng kepala.
“Saya
tak nak buat hal sayang. Kalau kat tiket tu nama sayang, sayang dan abang lah
kena pergi. Bukan orang lain. Mungkin dengan Rozaila nantilah. Bukan masanya
sekarang!” jawabnya. Dadaku berdebar-debar. Memang benar dia masih menyimpan
harapan nak kahwin dengan kekasihnya. Aku menjadi sedih pula.
“Ah,
awak ni asyik nak ikut cakap orang tua awak! Saya tak naklah!” kataku macam nak
merajuk. Nukman Faris sudah ketawa. Dia kelihatan riang dan ceria aje malam
ini.
“Jangan
bimbang, mungkin lama-lama mereka dah lupa nak belikan tiket untuk pergi
honeymoon tu sayang!” katanya. Aku geleng. Aku tidak percaya kedua-dua ibu
bapanya akan lupa akan hal itu.
“Tak
mungkin mereka lupa Nukman!” kataku.
“Mungkin
ya. Kita pegi aje. Nanti kita shopping dan jalan-jalan!” kata Nukman Faris
lagi.
“Saya
tak sampai hati nak hancurkan hati kekasih awak Nukman, kalau emak saya, saya
takut Rozaila datang lagi ke rumah awak. Saya tahu awak dan Rozaila dah hidup
macam suami isteri kan?” kataku yang masih mengingati kekasihnya Rozaila. Dia
pegang tanganku lagi dan mengucupnya seperti biasa. Sepatutnya dia memarahiku
kerana aku sudah cuba menyakiti hatinya. Aku hanya memerhatikannya.
“Jangan
buruk sangka sayang. Buruk-buruk saya ni belum pernah lagi nak ganggu anak dara
orang lain,” katanya. Aku cebik bibir. Memang aku tidak percaya.
“Kenapa
bibir tu, nak minta kena kucup?” soalnya menakutkan aku. Aku tutup bibirku. Aku
tahu bibirku ini sudah hilang sucinya.
“Gila!
Awak ni gila!” kataku lagi. Dia sudah ketawa senang hati.
“Saya
cakap yang benar, kasihan Rozaila!” kataku. Dia geleng-geleng kepalanya.
Tanganku masih dipegang.
“Jangan
sebut nama orang lain kalau kita berdua sayang,” aku buntangkan mata.
“Kenapa
pula macam tu?” dia tersenyum manis kepadaku. Sekarang aku rasa hanya dialah
kekasihku. Namun hakikatnya tidak.
“Sebab,
momen-momen manis antara kita ini akan kekal di dalam ingatan kita nanti,” aku
terpaku menghadapinya. Apakah aku tidak salah dengar? Kenapa pula dia hendak
mencipta momen-momen manis denganku? Aduhai, aku tidak faham dengan kerenah
suamiku ini.
“Nukman,
saya rasa sudah tiba masanya kita hentikan keadaan begini. Saya takut terjadi
sesuatu antara kita!” Kataku. Dia masih tersengih.
“Sayang,
jangan risau. Selepas ini kita akan berjauhan dan sukar bertemu. Kalau awak
rindu, jangan lupa kenang momen-momen indah yang sudah kita lakarkan,” katanya
bermadah-madah pula. Aku tidak sangka lelaki ini romantik orangnya. Untunglah
Rozaila mendapat kekasih yang romantik dan penyayang macam sepupuku ini.
“Saya
tak nak ingat-ingat awak dah! Nanti saya jatuh cinta susah pula! siapa nak
cintakan saya pula kalau awak dah kahwin dengan kekasih awak?” soalku. Dia
memandang aku penuh belas kasihan. Dia masih mengusap-usap tanganku, jemariku
dengan lembut dan aku mahu sahaja menangis.
“Itu
kita kena buat cerita lain nanti. Apa yang kita lalui sekarang adalah sebuah
perjalanan hidup kita. Kita hadapi dengan gembira. Kalau suatu hari ada sesuatu
berlaku kepada kita, kita harus berani hadapinya sayang,” kata Nukman Faris
seperti mahu memujuk aku lagi. Dia sudah banyak kali memujuk aku.
“Eh,
apa sebenarnya maksud awak macam tu?” soalku tidak puas hati. Aku tidak mahu
berlaku apa-apa terhadapku. Dia lelaki tidak apalah. Tetapi aku? Aku yang
parah.
“Maksudnya,
kalau sayang dah jatuh cinta kat abang, kita teruskan pernikahan ini walaupun
abang dah kahwin dengan Rozy!” aku rasa hendak tercabut nyawaku. Dia sekarang
ada hati pula hendak memadukan aku dengan kekasihnya.
Ohoh!
Tidak! Tidak! Sakit hatiku! Aku bagaikan nak mati!
“Oh
awak berniat hendak memadukan saya dengan kekasih awak?” soalku. Dia ketawa
senang hati.
“Tak
nak jatuh cinta dengan saya yang kacak ni?” soalnya. Aku semakin galak
membuntangkan mata. Hairan dengan kenyataannya.
“Saya
tak mahu awak jadi biawak hidup menanggung hidup saya Nukman! Cukuplah awak dah
selamatkan saya dari fitnah orang kampung! Jangan nak harap kita saling jatuh
cinta pula!” kataku memulangkan paku buah keras pula. dia tutup mulutku dengan
tangan lebarnya. Aku sukar bernafas.
“Jangan
cakap macam tu Tasya. Maafkan saya. Mungkin saya dah buat silap. Jangan lah
cakap macam tu!” dia cuba angkat daguku agar aku memandang wajahnya. Aku
keraskan mukaku. Aku sudah sebak. Dadaku sebu dengan rasa sedih. Kenapalah aku
ditakdirkan hidup begini. Alangkah baik kalau aku teruskan sahaja hidup dalam
fitnah orang kampung dahulu. Janganlah aku kahwin dengan lelaki ini. Kami tidak
mencipta apa-apa perasaan. Redah sahajalah fitnah itu. lama-lama mulut orang
kampung akan berhenti bercakap kalau mereka tahu aku tidak mengandung. Ah,
menyesalnya aku.
“Sudahlah
Nukman! Hari ni jangan halang saya! Saya nak tidur kat sofa aje. Awak tidur kat
katil tu!” kataku yang sudah menangis. Nukman Faris memandang aku dengan wajah
sayunya. Dia menyapu-nyapu mukanya. Mungkin dia juga berasa serba-salah dengan
apa yang berlaku kepada kami.
“Sayangku
Tasya, maafkan saya. Permintaan orang tua kita nampaknya merumitkan keadaan
kita. Kita bertahan dululah. Jangan lah berfikiran apa-apa dulu. Biarkan sahaja
waktu mengalir bagaikan air sungai mengalir tenang. Kita ikut aje permintaan
mereka. Tak pe malam ni saya tidur kat bawah ni, kalau Tasya tak sudi nak tidur
sekatil dengan saya.” Aku buntangkan mata. Bukan maksudku begitu.
“Tak!
Tak! Jangan salah sangka! Awak tidur atas katil, saya kat bawah!” kataku.
“Tak
pelah kalau awak tak sudi.” Katanya merajuk.
“Saya
sudi, ok, tak pe kita tidur sekatil,” dia sudah tersenyum manis. Air mataku dikesatnya
dengan tangannya.
“Terima
kasih sayang. Jangan menangis lagi. Malam ini sepatutnya kita bahagia seperti mana
kata orang tua kita. Jangan nak sedih-sedih, saya pun rasa serba salah kalau sayang
selalu bersedih macam ni!” katanya. Aku sudah tersenyum. Patutlah Rozaila begitu
mencintai Nukman Faris ini, dia memag lelaki yang prihatin dan penyayang.
“Ya
lah, saya nak ke buang air kejap, maafkan saya.” Kataku yang tidak tahan dengan
panahan mata tajam Nukman Faris itu. desahan nafasnya bagaikan masih terasa
menampar-nampar pipiku. Kata-katanya bagaikan air menenangkan aku. Ah, aku tdak
harus berlama-lama dengan lelaki ini. Aku kelak yang akan kecewa dengan
cadangan ibu bapa kami yang tidak masuk akal ini. Ah, entahlah!
“Pergilah
sayang, lepas ni kita tidur ya. Esok kita ada aktiviti lain lagi!” kata Nukman
Faris pula. aku mengangguk. Sebenarnya wajahku sudah panas seperti terbakar
dipanah terik matahari. Jadinya, aku harus cepat-cepat hentikan perasaan halus
yang menjalar indah di hatiku ini. Kalau perasaan Nukman aku tak tahulah!