Novel Cinta Sang Pilot 26
Bab 26
Setelah
balik dari klinik, Nukman Faris bertemu dengan kawan baiknya semasa di
universiti itu. Kebetulan mereka memang rapat sejak di bangku sekolah. Sengaja
dia tidak memberitahu isterinya mengenai pertemuannya dengan kawannya Shamsuri
itu pada keesokan harinya.
“Apa khabar Sham? Lama sungguh kita
tak jumpa.” Kata Nukman Faris menyalami tangan Shamsuri. Shamsuri yang sudah
mempunyai klinik sendiri itu hanya tersengih.
“Aku baik-baik aje lah Nukman. Jadi,
apa niat kau nak jumpa aku ni? Biasanya kalau tak de hal penting takdelah pilot
kita ni nak jumpa dengan aku ni!” kata Shamsuri sudah mengusiknya. Nukman Faris
tersenyum pahit. Memang mereka agak jarang bertemu sejak masing-masing sibuk
dengan kerjaya.
“Aku memang lah selalu sibuk tapi
hari ini aku mesti jumpa kau. Semalam kan aku dah minta isteri aku jumpa kau.
Aku tak dapat turun, kawasan klinik kau tu memang kawasan yang sangat sibuk!”
kata Nukman Faris. Berkerut-kerut dahi Shamsuri.
“Eh, tuan pilot kita ni sakit ke?
Bila masa kau kahwin? Setahu aku Rozy belum nak kahwin. Macam mana pula kau dah
kahwin? Eh, kau kahwin diam-diam ya? Tapi, Rozy kat luar negara kan? Apa ceta
ni Nukman?” soal Shamsuri kehairanan. Muka Nukman Faris bertukar kelat. Dia
terlupa yang sahabat baiknya itu tidak tahu yang dia sudah kahwin. Dia belum
memberitahu mana-mana kawannya akan hal yang baru sahaja menimpanya.
“Maafkan aku Sham, aku lupa nak
beritahu kau, sebenarnya aku dah kahwin, bukan dengan Rozy. Tapi dengan sepupu
aku di kampung.” Bertambah terkejut Shamsuri. Tetapi cepat-cepat dia
menghulurkan tangan untuk menyalami tangan Nukman Faris untuk memberikan
tahniah.
“Oh, kenapa aku tak tahu yang kau
dah kahwin? Kenapa tak jemput aku?” soal Shamsuri. Nukman Faris tersengih.
Terkenang peristiwa di mana dia dipaksa oleh mamanya. Mahu atau tidak, dia
hanya ada satu jawapan iaitu setuju.
“Maaflah, aku kelam kabut masa tu!”
bertambah berkerut dahi Shamsuri, doktor muda yang berkarisma itu. dalam usia
muda dia sudah menjadi pakar perubatan wanita. Shamsuri memang pemuda yang amat
rajin belajar sewaktu di zaman persekolahan dan universiti.
“Macam mana pula kelam kabut
sehingga tak sempat panggil aku. Kau mesej aje lah aku. Bukannya susah pun!”
kata Shamsuri. Bertambah kelat wajah Nukman Faris.
“Bukan macam tu Sham. Aku
terperangkap masa tu!” mahu terbuntang mata Shamsuri.
“Takkan sepupu kau nak kenakan kau?”
Nukman Faris menggeleng. Dia takut sahabat baiknya itu terkeliru pula dengan
bahasanya.
“Bukan dia kenakan aku. Masa tu
keluarga sepupu aku dah atur perkahwinan tapi tiba-tiba pihak lelaki mengundur
diri. Mahu tak mahu aku jadi galang gantinya. Ngeri kan!” kata Shamsuri.
Shamsuri mengangguk-angguk.
“Oh macam tu. Ingatkan kau dah
terlanjur dengan sepupu kau!” kata Shamsuri yang salah sangka. Nukman Faris
menggeleng. Dia tidak akan sampai hati melakukan sesuatu yang tidak baik kepada
sepupunya sendiri. Kasihan sepupunya itu.
“Aku ni memang nakal tetapi
nakal-nakal aku belum sampai hati nak
buat tak tentu dengan sepupu aku tu!” kata Nukman Faris. Shamsuri
mengangguk-angguk.
“Aku percayakan kau. Aku tahu kau
budak baik. Anak kebanggaan datin dan datuk. Aku tahu... aku faham... tapi
kasihan lah Rozy, melepaslah dia tak dapat nak kahwin dengan kau.” Nukman Faris
tersenyum kelat semula. Memang dia sangat hampa kerana tidak dapat nikah dengan
kekasihnya. Namun dia tidak dapat menolak jika suatu hari dia akan menikah juga
dengan kekasihnya itu.
“Terima kasihlah kerana percayakan
aku. Lagi dua minggu majlis persandingan aku di sebuah hotel. Nanti aku
confirmkan kau. Mama aku yang uruskan semuanya.” Kata Nukman Faris.
“Untung kau punya mama yang baik dan
melakukan segala-galanya untuk anak kesayangannya.” Kata Shamsuri.
“Kau macam perli aku aje!” kata
Nukman Faris. Shamsuri ketawa.
“Jadi apa ceta semalam? Siapa nama
isteri kau tu? Aku masih ingat lagi pelanggan yang datang ke klinik aku
semalam.” Kata Shamsuri. Nukman Faris tersenyum.
“Ada tak semalam Natasya Umaira
Binti Mohd. Tajuddin datang jumpa kau.” Kata Nukman Faris. Shamsuri mengerutkan
keningnya mengingat-ingati nama pelanggan yang mendapatkan perkhidmatannya di
kliniknya di Damansara.
“Macam takdelah!” berkerut dahi
Shamsuri. Dia sendiri teringin juga hendak bertemu dengan isteri Nukman Faris.
“Tak de?” kata Nukman Faris
kehairanan. Dia tidak menyangka kalau isterinya itu membohonginya. Ke mana dia
pergi? Dia sangat sangsi. Apa yang
sebenarnya berlaku? Dia bawa balik semalam, isterinya nampak tenang aje.
“Memang takde lah Nukman. Takkan aku
nak bohong kau!” kata Nukman Faris.
“Kat kawasan sana tak de klinik lain
kan?” soal Nukman Faris.
“Memang tak de. Seingat aku, hanya
klinik aku lah kat sana!” kata Shamsuri.
“Jadi apa nak buat?” kata Nukman
Faris.
“Kau bawa semula ke klinik aku. Kau
bawa driver papa kau untuk bawa dia jumpa aku. Apa sakit dia?”
“Aku nak dia periksa kandungan dia.
Kebetulan dia jatuh hari tu. Dia ditolak oleh kekasih kesayangan aku hari tu!”
kata Nukman Faris.
“Oh macam tu. Kasihan pula dia. Baik
kau cepat-cepat bawa dia. Aku takut ada sesuatu berlaku kepada kandungan dia.
Tapi kamu macam pasangan kekasih juga, kau cintakan sepupu kau tu? Kenapa dia
sampai mengandung?” Kata Shamsuri yang sudah kebimbangan.
“Nantilah cerita. Dan, kau macam tak
faham-faham pula. kalau dah kahwin, memanglah bakal timang anak!” jawab Nukman
faris selamba.
“Dah berapa bulan kandungan dia?
Anak kamu?” Nukman Faris angguk.
“Aku tak tahu. Tapi, memang dia dah
mengandung lah, mengandung anak kami!” kata Nukman faris. Dia terpaksa menutupi
maruah isterinya. Walhal mereka tidak pernah melakukan apa-apapun. Apatah lagi
dengan adanya perjanjian mereka. Dia tidak mahu membuka rahsianya sendiri.
Biarlah hanya dia sahaja yang tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka.
“Oh tahniah lah dulu. Jadi bila kau
nak bawa dia? Jangan sampai esok. Esok aku ada mesyuarat di Putrajaya,” kata
Shamsuri yang mengingati jadual kerjanya esok.
“Ya petang ni lah. As soon as
possible!” kata Nukman Faris. Dia terbayang wajah mulus Natasya Umaira. Entah
apa yang telah berlaku kepada gadis itu.
“Baik, kita jumpa petang ni. Aku
akan masuk ke klinik dalam jam 3 petang.” Kata Shamsuri. Mereka bersalaman
semula.
“Kita jumpa petang ni.”