Novel Cinta Sang Pilot Bab 33
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Penulis mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sumbangan pembaca membaca novel Cinta Sang Pilot di blog ini. Tajuk novel ini juga akan ditukar kepada NIKAH TIGA HARI! Penulis sangat menghargainya. Novel ini cuba ditulis dengan sebaiknya dan cuba melamar mana-mana penerbitan yang menerimanya kelak. Harap pembaca mendoakan kelahiran enovel ini menjadi sebuah buku novel untuk tatapan semua. Doakan yang terbaik untuk novel ini dan sekali lagi penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Mudah-mudahan doa kalian dan usaha penulis menyiapkan enovel ini akan dimakbulkan Allah akhirnya.
Terima kasih sekali lagi.
Bab 33
Penulis mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sumbangan pembaca membaca novel Cinta Sang Pilot di blog ini. Tajuk novel ini juga akan ditukar kepada NIKAH TIGA HARI! Penulis sangat menghargainya. Novel ini cuba ditulis dengan sebaiknya dan cuba melamar mana-mana penerbitan yang menerimanya kelak. Harap pembaca mendoakan kelahiran enovel ini menjadi sebuah buku novel untuk tatapan semua. Doakan yang terbaik untuk novel ini dan sekali lagi penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Mudah-mudahan doa kalian dan usaha penulis menyiapkan enovel ini akan dimakbulkan Allah akhirnya.
Terima kasih sekali lagi.
Bab 33
“Malam
ni papa dan mama serta mak ayah kita akan datang ke rumah kita! Kita kena sedia
apa yang patut.” bulat mataku mendengarnya. Sudahlah tanganku dipegangnya kejap
seolah-olah tidak mahu aku pergi lagi tanpa pengetahuannya. Ah, malas aku
dengan manusia ini!
Kepenatan
di dewan kuliah belum hilang. Kepenatan memikirkan dia pun belum reda. Sekarang
dia pula datang membawa lebih banyak masalah dan menambah kepenatan kepadaku!
Apa ni mama ni? Mereka tak pandai nak kasihankan aku!
“Kita akan makan di luar malam ini,
tak payah masak,” jawabnya menutup sedikit geramku kepada ibu bapa kami. Emak
pasti faham yang aku tidak suka memasak jika aku terlalu sibuk dengan
tugasanuku.
Wajahku
jadi cuak dengan kata-kata itu. Aku tahu kata-kata itu hanya akan memerangkap
aku masuk semula ke dalam bilik neraka itu. Aku tidak mahu masuk semula ke
bilik itu tetapi apa pilihan yang aku ada jika ibu bapaku datang dan hendak
bermalam di rumahnya malam ini?
Memang
urusan kami belum selesai. Aku kena bersabar dalam sehari dua sahaja lagi. Jika
aku tidak sabar memang aku sudah lenyapkan diri. Biar semua orang aku susah
kerana mencari aku. Namun aku tidak mahu menyusahkan emak dan ayah. Mereka
sudah agak tua. Bila masa lagi mereka akan berbahagia dalam hidup mereka.
Biarlah aku berkorban dan terkorban demi mereka.
“Bukankah awak dah kemaskan rumah
dan beli apa yang patut? Apa lagi yang awak risau?” soalku dengan mata
mendongak ke arahnya. Aku tidak ada rasa hormat lagi kepadanya. Malah aku benci
dan meluat kepadanya. Dia tidak faham. Kalau boleh aku tidak mahu lagi bertemu
dengannya. Kalau boleh aku tidak mahu pandang mukanya. Kalau boleh aku tidak
mahu membuat apa-apa tugas dengan dia. kalau boleh dan semuanya kalau boleh.
Tetapi nampaknya, semua perkara aku tidak boleh. Semua perkara aku kena dan
terpaksa menuruti arahannya. Arahannya bermakna hukuman mandatori bagiku.
Sakitnya hatiku!
“Memang sudah. Saya hanya cakap aje.
Mana ada saya risau! Kalau mak saya datang, saya lagi suka!” Kataku. Aku lega.
Aku tidak ada hati lagi hendak membuat sesuatu di dalam rumahnya yang sudah
kuanggap macam neraka itu. Sebenarnya aku lebih takut jika emak mengetahui apa
yang berlaku dalam rumah tangga kami.
“Kenapa awak suka pula?” soalnya.
Aku pandang dia. Lelaki ini bagaikan tidak ada perasaan dan belas kasihan jauh
sekali.
“Tak lah awak berbuat sesuka hati
awak kepada saya!” aku melihat dia ketawa kemudiannya. Panas sungguh hatiku.
Kalau setiap masa setiap ketika aku bersama dia, aku rasa aku boleh jadi
tertekan. Amat tertekan dengan sikapnya.
“Saya takkan buat sesuatu kepada
sayang. Abang sayang isteri abang!” aku mahu sahaja pengsan mendengar pengakuan
itu. kenapa sesuka hatinya berubah? Bukankah selama ini dia membenci aku? Bukankah
selama ini aku bukan sepupu pilihannya? Bukankah selama ini bencinya mencapai
langit kepadaku.
Kalau
sebelum itu aku mendengar pengakuannya, aku pasti akan melonjak-lonjak
kegembiraan. Tetapi setelah apa yang aku lakukan kepadaku telah menghancurlumatkan
maruahku, maka kata-katanya itu hanya kubiarkan mengalir bagaikan air sungai
mengalir tenang. Aku tidak mahu apa-apa luahan perasaannya mengganggu
perasaanku. Jantungku berdegup kencang. Berdegup kencang kerana aku mengingati
kesakitan hatiku diluluhkan dalam sekelip mata. Jangan marah suamiku jika
perasaan marah dan benciku ini sukar hendak aku lenyapkan. Sukar!
“Kenapa diam?” aku bulatkan mata
memandangnya. Sebenarnya, kalau boleh aku tidak mahu memandang wajah itu lagi.
Nasib baik aku masih terikat dengan perkahwinan yang menyakiti aku ini, jika
tidak aku memang sudah lenyapkan jasadku.
“Apa lagi nak dibualkan?” aku
pura-pura mencari idea hendak berbual dengannya. Dia sudah menjeling aku. Ah,
bab ini aku paling tidak suka. Dia memandang aku seolah-olah itu pandangan
sayang buatku. Dia memandang aku seolah-olah aku ini adalah kekasihnya. Walhal
itu pandangan yang mematikan akalku. Aku benci. Benci dengan pandangan itu. Walaupun
seraut wajah dan mata kuyu memang ingin sangat aku pandang. Namun itu dulu,
sebelum dia merogol aku. Sekarang aku sudah tidak mahu membalas pandangan itu.
Aku sanggup diam macam batu daripada memandang wajah itu!
“Maafkan abang!” katanya mengubah
panggilan dirinya. Kenapa dia harus berubah demi diriku? Sepatutnya dia harus
meninggalkan aku. Aku telah membohongi dia dan aku terhegeh-hegeh hendak
menikahi dia. Kononnya.
“Maaf? Abang?” soalku agak pelik. Aku
terpaksa memandang dia dengan pandangan cuak. Dia sudah tersenyum penuh manis.
Dia tersenyum seolah-olah selama ini dia memang menyayangi aku. Walhal aku ini
hanyalah pelap kaki yang diletakkan di hujung kakinya.
“Kenapa kalau saya biasakan diri
saya abang, tak boleh?” aku ketawa. Aku tidak mahu berdiam diri lagi. Aku tidak
mahu diperbodohkan oleh lelaki itu kaluini. Dulu bukan main lagi dia jerkah
kalau aku panggil dia abang. Sampai hendak terkencing-kencing aku! Sekarang dia
yang bahasakan dirinya abang pula. kenapa dia suka melakukan perubahan dalam
dirinya secepat mungkin? Dia ini seperti sumpah-sumpah yang sesuka hati menukar
warna tubuhnya. Pelik! Pelik!
“Bukan tak mahu tapi mak saya tak
ada beranakkan abang saya. Awak hanya abang sepupu! Bukan abang, satu bapa satu
emak!” aku sudah kembalikan paku buah kerasnya. Dia pula ketawa. Eh, aku geli
dengan ketawanya itu. Mahu sahaja aku muntah! Muntah kuning muntah hijau!
“Tak pe, kita mulakan sebagai abang
sepupu, panggil aje saya abang. Saya pun tua dari sayang kan.” Katanya menambah
darjah kehairananku kepadanya. Aku berasa keanehan. Aneh kerana dia seolah-olah
sudah menjadi suami yang soleh kepada Natasya Umaira kini. Namun hakikatnya dia
bukan suami yang begitu. Dia suami yang kejam!
Aku
mahu menangis pun ada. Kalau sejak hari pertama dia buat begitu kepada aku, aku
tidak akan berasa cuak begini. Tetapi kenapa setelah lebih tiga bulan bernikah
baru dia hendak membahasakan dirinya begitu? Mungkin lelaki di sebelahku ini
sakit, sakit mental! Apakah dia berasa bersalah di atas tindakannya tiga hari
yang lalu. Ah, lelaki ini, banyak pula perubahannya. Kenapa dia harus berubah!
Dia tidak sepatutnya berubah! Aku yang sepatutnya sakit hati!
“Sayang? Peliklah awak ni! Saya ni
bukan kekasih awak yang awak nak panggil-panggil sayang! Saya tak nak pengakuan
awak begitu, tahu tak! Saya benci dan nak muntah pandang muka awak! Apa yang
saya mahu sekarang Encik Nukman, saya nak awak ceraikan saya! Saya ni memang
tak layak untuk awak! Saya ni orang kampung, budak kampung yang telah memperdayakan awak!” kataku cuba berdegil dengannya. Dia
masih ketawa tetapi mukanya kelat. Pandangannya masih melekat kepadaku. Aku sudah
mengenakan dia. Ah, diri, kenapa sedegil itu hendak menerima kata-katanya? Bukankah dia suami, kenapa aku harus berkeras dengannya? Soal hati kecilku. Sebenarnya aku geram. walau apapun kejahatannya terhadapku, dia tetap suamiku.
“Kenapa pula tak mahu kalau abang
panggil sayang ni sayang! Sepatutnya dari mula abang panggil sayang begini!”
aku jeling dia. Wajahku masih cuak dan sedih pun ada. Kenapa setelah dia rogol aku baru dia
hendak menukar semua panggilannya?
Apakah dia berasa bersalah terhadapku? Ah, tak perlu rasa bersalah!
“Jangan panggil saya sayang! Saya
bukan sayang awak! Saya bukan kekasih awak! Selama ini awak selalu mengingatkan
saya yang awak ada kekasih dan awak nak nikah dengan dia! Bukan saya kekasih awak kan?” kataku dengan penuh ketegasan semula. Aku benci
dengan sikapnya yang mula berubah. Kononnya mahu ambil perhatian. Huhu!
Sudahlah kau Nukman!
“Kita boleh mula dari awal lagi
Sayang! Kita mulakan dari angka 1, pastikan kita berjaya menjadi kekasih yang kita akan bercinta sehingga ke akhir hayat kita!” kata-kata itu memujuk
atau rasa bersalah? Aku tidak tahu! Ah, gila ni! Memang gila lelaki ini! Apakah
aku mimpi? Atau, dia mahu memujuk aku setelah dia merogol aku? Apakah dia takut
aku akan membongkar semua kejadian ini kepada mamanya atau emaknya?
“Malam ni kita tidur lain bilik!
Awak sudah dapat apa yang awak nak, jadi tolong jauhkan diri dari saya,” kataku
memandang dengan pandangan yang marah dan benci. Aku rela apa yang dia lakukan
kerana aku isterinya. Tetapi sebenarnya, dia tidak sepatutnya meminta haknya
dengan cara yang paling kotor begitu. Aku tidak mahu terkena untuk kali kedua.
“Kita suami isteri yang sah. Nanti
apa kata mak dan ayah awak kalau kita tidur di bilik berlainan sayang, ah bukan
lamapun lagi sayang. Tinggal lebih seminggu aje,” katanya. Aku bertambah benci
memandang wajah itu. Kalau boleh sekarang pun aku mahu lenyapkan diri!
“Awak nak ambil kesempatan lah lagi?
Saya ni suka memperdayakan awak kan!” kataku lagi. Entah kenapa kami masih lagi
menjadi suami isteri walaupun suami isteri di atas kertas itu. Aku masih geram
dengan sikapnya. Kalau boleh aku tidak mahu pandang wajahnya. Aku geram
setengah mati kepadanya.
“Main lepas aje cakap ya. Abang ni
suami sayang!” katanya. Aku buntang mata. Baru kini dia mengakui yang dirinya
itu suamiku? Selama ini dia tidak mahu menerima aku sebagai isterinya. Entah
kawan-kawannya suka atau tidak dia bernikah denganku. Entah-entah aku menjadi
bahan tawa mereka. Itu aku tidak kisah. Ketawalah dan ejeklah macam mana pun,
tetapi tuduhannya yang mengatakan aku cuba memerangkapnya yang sukar aku
terima. Kesalku memanjang.
Selepas
itu dia merogol aku pula. Siapa lagi mahu percaya kalau dia suamiku? Kalau
boleh aku mahu sahaja bercerai dengannya saat ini! Kalau emakku tahu pasti dia
akan mendesak aku memohon cerai daripada lelaki itu. Aku tidak mahu lagi
berlama-lama dengannya. Tetapi kenapa pula mama mertuaku sesuka hatinya hendak
melangsungkan majlis persandingan antara Nukman Faris dan Natasya Umaira dalam
majlis yang gilang gemilang? Kenapa lagi ada majlis itu? Aku mahu sahaja
memeluk emak dan kami duduk berdua di sofa di rumah kami. Sakit hatiku
mengenang duka yang dilakukan Nukman Faris yang hilang timbang rasa!
“Siapa suami saya?” aku menyoal
dengan penuh kebencian. Dia tersengih.
“Sayangkan isteri abang!” katanya
cuba memaut bahuku. Kalau dulu aku boleh terima jika dia memeluk aku. Sekarang
aku rela menjadi bola dan menjadi barang mainan tetapi menjadi boneka mainan
lelaki ini.
“Maaflah, saya nak ingatkan awak
Encik Nukman Faris, Rozaila menanti lafaz nikah awak. Saya menanti lafaz cerai
awak!”kataku kepada Nukman Faris. Nukman Faris tersengih. Dia garu kepalanya
yang tidak gatal. Aku sudah tidak kisah dengan sikapnya.
“Sampai matipun takkan ada lafaz
cerai untuk sayang! Sayanglah isteri abang, kenapa nak bercinta dengan gadis
lain pula! Giliran aku ketawa.
“Nukman, mungkin awak lupa kita akan
bercerai selepas ini!” kataku kepadanya. Aku mahu ingatkan dia kalau dia
terlupa.
“Hanya apabila nyawa abang bercerai
dari badan, barulah kita bercerai!” aku bulatkan mata. Mungkin seminggu yang
lalu kalau aku dengar kata-katanya itu, aku akan tersenyum malu dan mahu
memeluknya. Kini aku tidak akan tertipu lagi. Setelah apa yang dia lakukan
kepada aku, sekarang dia hendak stay pula dengan diriku. Memang tak elok lah!
“Dengar baik-baik dan ingat
elok-elok! Jangan nak minta cerai buat masa ini. Awak kena tabah menghadapi
hari-hari kita bersama! Jangan lagi nak desak-desak abang, abang takkan
lepaskan sayang! Jika tidak, tahulah apa yang akan jadi kepada sayang tu!” katanya
memujuk aku. Mataku mahu sahaja terbeliak mendengar katanya. Kenapa pula aku
tidak boleh meminta cerai? Memang bergegar arasy, aku tahu tetapi aku tidak mampu untuk hidup sebagai isterinya lagi. Aku tidak harap menjadi
isterinya. Biarlah aku menjadi janda dalam tempoh terdekat ini. Aku lebih rela
menjadi janda daripada hidup merintih di samping lelaki ini.
“Saya dah beritahu awak hari tu,
segalanya sudah selesai dan saya tidak mengandung! Awak boleh ceraikan saya!
Kenapa pula awak datang dengan wajah menggila dan merogol saya!” lelaki itu
menutup mulutku.
“Tolong jangan sebut lafaz cerai
itu! Kalau awak sebut semula saya akan buat lagi macam hari itu.” katanya
seperti mengugut aku. Aku ketap bibir. Lelaki ini memang tidak tahu malu!
Oh, tolonglah lepaskan aku Nukman!
Kataku merintih dalam hati. Mungkin bukan takdirnya kami diizinkan menjadi
suami isteri yang bahagia. Aku jijik dengan sikapnya yang sudah menjatuhkan
maruahku hidup-hidup.
“Awak ingat saya takut?” dia sudah
mendekati aku.
“Awak tak takut? Betul?” soalnya
sudah memeluk bahuku. Aku menutup mata dan menggeletar. Memang aku takut jika
dia benar-benar hendak mengotakan kata-kata ugutannya.
“Awak takut ya? Kenapa tubuh ni dah
menggeletar?” bisiknya di telingaku. Aku sudah menutup mata. Tetapi ketika
telefon bimbit iphone-5s nya berbunyi nyaring, aku bersyukur sangat. Bersyukur
kerana aku bagaikan terlepas dari maut!
Aku
mendengar lagi dia mendengus dan menatap aku dengan pandangan sayu. Aku pula
semakin membenci wajah kacak tidak ada perasaan itu! Ah, haruskah aku membenci dia?