Novel: Sentuhan Kasih
12 Kami bergegas ke pintu kereta dan Aliff lantas menghidupkan enjin keretanya. Sepanjang jalan kami menyepikan diri. “Aliya, abang tak kan selesa kalau Aliya membisu macam ni! Mesti ada apa-apa yang mama katakan kepada Aliya kan!” kata Aliff Safwan memegang tanganku sambil meneruskan pemanduannya. Aku masih tidak berkutik. Mukaku masam. “Aliya dengar tak?” suaranya dikuatkannya. Wajahnya ditolehkan ke arahku. “Ya Aliya dengar! Saya belum pekak lagi ni tahu tak?” kataku menjawab perlahan. “Apa masalah Aliya sekarang ni? Tiba-tiba sahaja sudah naik angin!” soal Aliff Safwan lagi. Aku menggeleng. Mataku kufokuskan ke arahnya. Aku tidak mahu dia hanya menyalahkan aku. Aku tahu dia sudah tahu punca kenapa aku me...