Novel: Isyarat Cinta
Bab
8
Adawiyah
mengetuk pintu rumahnya. Dia berdoa agar emaknya belum tidur lagi. Dia tahu
emaknya pasti akan marah kerana dia balik lewat malam ini. Wajahnya yang kalut
dan ketakutan dengan tindakan Irfan dirapikan seketika. Dia tidak mahu emaknya
tahu apa yang telah berlaku.
“Laa, Adawiyah rupanya? Mak ingatkan
tak balik! Kenapa balik lambat malam ni?” soal emak yang baru membuka pintu.
Dia memegang bersama baju yang sedang dijahitnya. Adawiyah menyalami tangan
emaknya.
“Maafkan saya mak. Saya ada kerja sikit
di kedai tadi,” jawab Adawiyah perlahan. Pelbagai perasaan tidak senang membuak
di hatinya namun cuba disembunyikannya. Dia tidak mahu berbohong kepada emaknya
tetapi dia sangat malu hendak berterus terang. Dia cuba bersikap tenang
walaupun dia sendiri masih terkejut dengan lamaran majikannya petang tadi.
“Tak pernah kau begini lewat balik
Wiyah. Lain kali cuba balik awal ya. Bas bukan senang nak masuk sini. Lagipun
kau tu anak gadis. Tak baik balik malam. Nanti apa kata orang di sekitar
perumahan kita ni,” kata emaknya Puan Musliah yang kelihatan bimbang
terhadapnya. Adawiyah mengangguk. Dia memang tidak mahu balik lewat ke
rumahnya. Dia pun sangat menjaga perilaku dirinya. Ah, lelaki itu yang suka
memaksa-maksanya! Kenapalah dia tidak berkeras tadi. Kalau berkeras, taklah dia
dia balik selewat ini! His, nanti kau Irfan!
“Ya mak, saya masuk ke bilik dulu,”
kata Adawiyah meminta diri untuk masuk ke dalam biliknya.
“Tapi...” langkah Adawiyah terhenti
apabila didengarnya emaknya masih bersuara. perlahan dia menoleh ke belakang memandang wajah emaknya. Ada sesuatu yang menyebabkan
emaknya tidak puas hati.
“Err ada apa mak?” soal Adawiyah
semakin berdebar. Jantungnya yang hampir tercabut belum reda sakitnya akibat
panahan luahan perasaan Muhammad Irfan kini emaknya pula semakin aneh. Menggigil
tubuh Adawiyah dengan keraguan emaknya.
“Siapa yang hantar kau balik tadi?
Bas tak ada, dah tengah malam macam ni! Mak tak nak kau malukan mak nak! Mak
paling pantang kalau anak mak buat sesuatu yang memalukan mak! Kau tu sudahlah
tak ada ayah!” kata emaknya seperti penyiasat. Suara emaknya sudah ditinggikan sedikit. Bergetar jantung Adawiyah. Adawiyah menelan air liur yang
terasa kelat. Pandangan mata emaknya juga mengalahkan mata penyiasat. Cepat-cepat
dia menundukkan pandangannya. Dia takut kepada kemarahan emaknya.
“Tuan punya kedai tu mak. Dia yang
bagi kerja jadi dia yang hantar tadi. Wiyah tak nak juga nak sambung kerja mak,
tapi apa boleh buat, ada kerja sikit! Terpaksalah Wiyah buat!” jawab Adawiyah
yang pening memikirkan jawapan kepada soalan emaknya itu. Dalam hati Adawiyah
berdoa agar emaknya berhenti dari bertanya yang bukan-bukan. Dia sudah
kehabisan jawapan.
“Biasanya majikan kau tu tak ada di
kedainya kan? Pekerja lain mana? Pekerja lain mana?” Adawiyah mengangguk. Emaknya memang tahu pergerakan majikannya.
Dia sendiri yang memberitahu emaknya.
“Ya mak, tapi petang tadi dia datang
pula. Datang bawa kerja pula. Tu saya balik lambat. Kerja tu dia nak bawa ke KL
esok. Mahu tak mahu dia hantar lah saya. Marina pula dah ke kedainya yang satu lagi,” kata Adawiyah berdoa agar emaknya
percaya dengan apa yang telah diberitahunya.
“Dah makan?” soal emaknya. Adawiyah
mengangguk. Dia memegang perutnya.
“Sudah mak, dah makan tadi. Kenyang
betul ni,” jawab Adawiyah. Uh, makan di restoran eksklusif amat memeranjatkan Adawiyah.
Seumur hidupnya tidak pernah dia masuk ke dalam restoran semewah itu. Restoran
itu pula terletak di dalam sebuah hotel yang memang terkenal. Dia malas mahu
mengingati tempat itu. Makin dikenang makin sakit hatinya malah menggigil
tubuhnya mengingati ungkapan kata cinta majikannya itu!
"Dia bawa makan lagi? Wah, itu masih jadi bos atau kekasih? Jangan-jangan dia ada hati kat kau tak Wiyah?" Ya Allah soalan emaknya memang bisa menggugurkan jantungnya. Apa yang harus dijawabnya?
"Tak lah... tak lah mak, Wiyah ni pekerja ja. Mana ada layak jadi kawan dia," jawabnya teragak-agak. Mata emak memandangnya dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirnya. Pasti emaknya banyak pengalaman menilik perasaan anak gadis seperti dirinya. Takutnya!
"Jangan kau buat hal dengan bos kau WIyah. Malu mak nanti. Kalau kau tak mahu kerja, kau berhenti saja, janganlah kerja balik sampai tengah malam begini!" kata emaknya. Emaknya seperti dapat membaca apa yang bersarang di hatinya. Ya, Adawiyah akan cari jalan agar dia dapat keluar dari tempatnya bekerja itu.
"Ya mak, kalau Wiyah tak selesa, Wiyah akan berhenti nanti. Kalau Wiyah tolong mak menjahit lagi bagus kan mak!" katanya memujuk emaknya. Puan Musliah mengangguk.
"Dia bawa makan lagi? Wah, itu masih jadi bos atau kekasih? Jangan-jangan dia ada hati kat kau tak Wiyah?" Ya Allah soalan emaknya memang bisa menggugurkan jantungnya. Apa yang harus dijawabnya?
"Tak lah... tak lah mak, Wiyah ni pekerja ja. Mana ada layak jadi kawan dia," jawabnya teragak-agak. Mata emak memandangnya dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirnya. Pasti emaknya banyak pengalaman menilik perasaan anak gadis seperti dirinya. Takutnya!
"Jangan kau buat hal dengan bos kau WIyah. Malu mak nanti. Kalau kau tak mahu kerja, kau berhenti saja, janganlah kerja balik sampai tengah malam begini!" kata emaknya. Emaknya seperti dapat membaca apa yang bersarang di hatinya. Ya, Adawiyah akan cari jalan agar dia dapat keluar dari tempatnya bekerja itu.
"Ya mak, kalau Wiyah tak selesa, Wiyah akan berhenti nanti. Kalau Wiyah tolong mak menjahit lagi bagus kan mak!" katanya memujuk emaknya. Puan Musliah mengangguk.
“Masuklah Wiyah, pergilah rehat. Tak
dapat juga Wiyah nak tolong jahitan mak malam ni. Hari pun sudah jauh malam
ni,” nasib baik emaknya memberikannya ruang untuk berehat. Memang dia sungguh
penat memikirkan majikannya itu. Kerjanya tidak lah sepenat mengingati luahan
perasaan majikannya.
“Wiyah masuk dulu mak. Maafkan saya
mak. Memang saya nak balik awal tadi, tapi tiba-tiba bos datang bawa kerja
baru! Kasian mak buat kerja sorang-sorang!” kata Adawiyah.
“Tak apalah nak, tak payah risaukan
mak dan jahitan ni! Mak pun tak ambil tempahan lagi!” kata emak. Kata-kata itu
melegakan hati Adawiyah.
“InsyaAllah mak, esok Wiyah balik
awal ya,” kata Adawiyah berjanji.
***
Di dalam bilik Adawiyah menangis
semahu-mahunya. Dia takut dengan luahan perasaan majikannya itu. Tidak pernah
dia menyangka majikannya yang dikelilingi oleh gadis-gadis cantik itu akan
tertarik kepadanya. Memang sungguh mengejutkannya. Mungkinkah lelaki itu hendak
memerangkapnya? Dia biasa mendengar orang bandar memperdaya gadis-gadis miskin yang mahu kekayaan segera ke medan pelacuran. na'uzubillah.
“Maafkan saya Adawiyah. Saya tak
pandai berbahasa. Sebenarnya saya benar-benar sudah jatuh cinta kepada Adawiyah
ni,” tambah Muhammad Irfan dengan suara lunak. Kali ini di bawah sinaran lampu
yang samar-samar, Adawiyah terasa kelu untuk bersuara.
Dia
hanya menundukkan pandangannya. Dia tidak mahu terlalu mempercayai kata-kata
majikannya itu. Selama hampir sebulan berada di bawah naungan majikannya ini,
majikannya itu sering bertukar-tukar pasangan. Syikin, Miriam, Afifah, Anne dan
ramai lagi. Memang dia tahu majikannya itu mempunyai barisan teman wanita yang
seksi, cantik dan comel. Pakaian mereka pun bukan calang-calang semuanya. Dia
tidak percaya dengan mudahnya kalau lelaki itu tiba-tiba meluahkan rasa cinta
terhadap dirinya. Mungkinkah lelaki itu mahu memerangkapnya? Soalan itu berulang lagi di benaknya. Hati Adawiyah pula
berteka-teki dalam diam.
“Jangan diam begini Adawiyah,
katakanlah sesuatu agar saya berasa senang hati dan tidur dengan nyenyak malam
ni atau Adawiyah masih tak percayakan saya?” soalan itu sekali lagi memerangkap
Adawiyah.
“Err, bukan begitu bos, saya...,
saya...” Adawiyah terkaku dalam suasana yang sungguh romantik itu. Adawiyah
memang tidak selesa berdua-duaan dengan lelaki itu. Adawiyah berasa betapa
dirinya sudah tidak berharga lagi. Lelaki di depannya itu sesuka hati
meramas-ramas tangannya dan lengannya. Adawiyah terasa ingin menangis saat itu
juga. Namun dia terpaksa menjaga maruah lelaki itu dan maruahnya juga.
“Adawiyah, Adawiyah dah lupa,
panggil saya Irfan saja. Lagi sekali panggil saya bos, saya akan cium awak!” kata-kata
itu membuatkan jantung Adawiyah bagaikan terloncat keluar. Bulat matanya
memandang lelaki itu. sudahlah dia semakin takut dengan sikap lelaki yang
semakin menjadi-jadi itu. Lelaki itu siap mengugut lagi! Geram sungguh dia!
“Hah!” Adawiyah terkejut dan matanya
membulat.
“Kenapa? Tak percaya?” Irfan
tersengih-sengih memandangnya.
“Jangan buat sesuatu yang tak
senonoh di sini bos...er ...er Irfan! Saya ni sudah berdosa besar bos!” kata
Adawiyah yang tersasul-sasul. Muhammad Irfan ketawa lagi. Dia tidak peduli
dengan orang yang berada di sekelilingnya. Dia suka melihat Adawiyah kelam
kabut begitu.
“Saya tak biasa Irfan, maafkan saya.
Lagipun saya ni pekerja, mana layak nak berkawan-kawan dengan bos!” Dalam diam
Adawiyah mengutuk majikannya. Sekelip mata juga tangan halusnya sudah berada di
dalam genggaman Irfan. Adawiyah tidak dapat menarik tangannya semula. Adawiyah
ingin menangis saat itu juga. Wajahnya terasa kalut sekali. Lelaki di depannya itu pula bagaikan tidak memahami perasaannya. Namun terpaksa ditahannya. Beberapa orang pekerja
dan pengunjung di situ bagaikan mengenali Irfan. Jadi, Adawiyah harus berlagak
selamba di hadapan orang ramai di restoran eksklusif itu.
“Macam tu lah kalau tak nak kena
cium!” kata Muhammad Irfan sambil ketawa kecil. Adawiyah semakin ketakutan dan
benci dengan sikap lelaki itu.
“Lepaskan tangan saya Irfan, tak
baik dilihat orang. Kita bukan siapa-siapa. Saya tak biasa begini!” dalam
ketakutan Adawiyah masih sempat memberi nasihat kepada Irfan. Muhammad Irfan melepaskan
genggamannya. Namun sempat diusapnya tangan mulus itu. Adawiyah menarik nafas
lega.
Makanan
yang terhidang didepannya belum disentuhnya. Hanya jus mangga sahaja yang
disisipnya dua kali. Itupun hampir tidak tertelan di tekaknya. Menu di atas
meja itu tidak pernah dilihatnya. Semuanya tidak masuk di dalam selera
kampungnya. Kalau sambal belacan dan ikan masin pasti membuka seleranya.
“Maafkan saya Adawiyah tapi
percayalah saya memang sayangkan Adawiyah. Sudikah Adawiyah menerima lamaran
saya malam ni?” soal Muhammad Irfan yang begitu bersungguh-sungguh. Lelaki itu
memang pandai mengambil hati wanitanya. Namun Adawiyah tetap belum dapat
menerimanya.
Kalaulah lelaki yang sedang
mengungkapkan kata-kata penuh cinta dan kasih sayang itu adalah bekas
kekasihnya Asyraf, pasti dia akan terus mengangguk. Itulah lelaki yang
diharapkan. Kini, Asyraf entah di mana. Namun begitu Irfan tetap juga disenanginya
sebagai majikan. Lelaki itu tampan dan selalu kemas dalam penampilannya.
Namun
dia tetap tidak berani untuk mengambil keputusan menerima lamaran itu. Dia
benar-benar tidak memiliki kekuatan dan kepercayaan untuk menerima cintanya.
Tengah hari tadi dia baru sahaja kelaur dengan gadis yang Iain, malam pula
dia meluahkan perasaan kepadanya, Adawiyah memang tidak mahu percaya sama
sekali! Hidup mati semula pun Adawiyah tidak akan percaya!
“Maafkan saya Irfan. Saya belum
bersedia hendak menerima apa-apapun kata-kata Irfan malam ni. Saya tak bersedia
sebenarnya. Irfan carilah gadis lain, bukan saya, saya belum sedia,” kata Adawiyah cuba menyusun kata-kata yang terbaik agar tidak
menyakiti hati majikannya. Mungkin kalau orang lain yang menerima luahan cinta
ini pasti melonjak gembira namun bukan dia orangnya. Malah, dia semakin takut
kalau lelaki itu bertindak yang bukan-bukan terhadapnya.
“Jangan sebut gadis lain di sini. Saya hanya mahu Adawiyah, bukan gadis lain. Tak apalah saya akan tunggu sampai
Adawiyah bersedia. Fikirkanlah selama mana pun. Saya tetap akan tunggu!” kata Irfan kelihatan tulus dan jujur.
Sebenarnya dia tidak mahu sabar mendengar persetujuan gadis manisi dan ayu itu.
Namun dia tidak boleh memaksa.
“Saya akan beritahu ibu bapa saya
kalau Adawiyah sudah setuju!” sebuah lagi kejutan untuk Adawiyah. Kenapa sampai
begitu cepat pula? Adawiyah tersangat takut.
“Jangan bos err Irfan. Jangan dulu,
saya tak sedia lagi ni! saya ni kan masih belajar, saya sedang sambung
pelajaran saya!” kata Adawiyah menelan liur. Sekali lagi tangannya sudah di
dalam genggaman lelaki itu.
“Ya, saya akan tunggu Adawiyah
sedia,” kata Muhammad Irfan mula bertoleransi dengan Adawiyah. Adawiyah
terkedu.
“Jangan buat begini Irfan. Kita
belum ada ikatan yang menghalalkan perbuatan begini,” kata Adawiyah
mengingatkan lelaki di depannya itu. Dia bukan hendak tunjuk pandai atau bijak
tetapi hanya mengingatkan.
“Jangan bimbang Adawiyah. Saya akan
memecahkan benteng larangan kita. Saya akan menikahi awak tak lama lagi,” bulat
mata Adawiyah. Lelaki itu terlalu nekad dan sangat menakutkan diri Adawiyah
sendiri. Dia benar-benar resah pula. Dia belum mahu terikat dengan sesiapa lagi.
'Baru sahaja tahun lepas dia menamatkan persekolahannya, takkan tahun ini dia mahu bergelar isteri pula? Eh, memang tidak boleh diterima akalnya ni! Kalau akal orang lain dia tak tahulah! Dan, dia hairan pula, apakah yang ada di wajahnya ini sehinggakan lelaki itu terus gila dan jatuh kasih kepadanya? Dia mahu bertanya soalan begitu, hatinya meronta namun ditahannya rontaan soalan itu!'
'Baru sahaja tahun lepas dia menamatkan persekolahannya, takkan tahun ini dia mahu bergelar isteri pula? Eh, memang tidak boleh diterima akalnya ni! Kalau akal orang lain dia tak tahulah! Dan, dia hairan pula, apakah yang ada di wajahnya ini sehinggakan lelaki itu terus gila dan jatuh kasih kepadanya? Dia mahu bertanya soalan begitu, hatinya meronta namun ditahannya rontaan soalan itu!'
“Jangan Irfan! Saya belum sedia
lagi! Saya tak sedia nak komitmen apa-apa dengan insan bernama lelaki setakat
ni! Irfan tahu kan saya ni masih muda lagi! Saya belum sedia lagi! Tolonglah!”
kata Adawiyah memohon ditangguhkan hasrat lelaki itu. Kali ini dia benar-benar
memohon agar Irfan mendengar rintihan hatinya itu.
“Tak apalah, saya boleh sabar selagi
awak belum sedia lagi, yang penting awak terima saya sebagai kawan, cinta boleh
dipupuk kan?” kata Irfan. ‘Cinta?’ Adawiyah menelan air liur apabila menyebut
cinta. Dia memang tidak bersedia untuk menyebut perkataan itu. Cukuplah kasih
sayang emaknya sahaja. Kawan sekolahnya pun tidak pernah mendapat layanan
istimewa. Lagipun, dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia tidak mahu apa
yang berlaku kepada emaknya berlaku pula kepada dirinya. Dia bukan mudah
percaya kepada lelaki. Setakat berkawan dengan lelaki baik dia tidak akan berbuat
demikian. Dia tidak rela diperlakukan seperti emaknya! Tidak rela!
“Irfan, awak kena fikir dulu sebelum
buat apa-apa keputusan. Antara kita banyak perbezaannya. Saya bimbang keluarga
awak akan menentang hasrat awak ni!” kata adawiyah. Muhammad Irfan ketawa.
“Kalau keluarga saya tak menentang,
apakah Adawiyah sudi menerima saya?” soal Irfan. Buntang matanya. Soalan itu sekali lagi
memerangkapnya. Sungguh Adawiyah tidak ada jawapannya! Serba-salah pun ada.
Kenapa sampai kepada ibu bapa? Dia belum menyanggupi permintaan lelaki di
depannya itu! Dia belum mahu dilamar!
“Banyak gadis di luar sana, jangan
terburu-buru memilih saya, kita pun baru kenal lagi Irfan!” kata Adawiyah
bagaikan seorang kaunselor.
“Saya tetap akan memilih Adawiyah
menjadi suri hidup saya, Adawiyahlah gadis pilihan saya tu!” Adawiyah semakin
pening dengan pengakuan lelaki itu. Tidak pernah dia berjumpa dengan lelaki
senekad itu. Baru sahaja berjumpa, sudah berani melamarnya. Mungkinkah itu
hanya godaan sahaja? Adawiyah semakin berhati-hati terhadap majikannya itu.
“Berikan saya waktu memikirkannya,
jangan paksa saya! Saya akan berikan jawapan kalau saya sudah ada jawapannya!”
kata Adawiyah berusaha memujuk lelaki itu. pandangannya ditundukkan.
“Saya berikan awak masa. Jangan lama
sangat ya.” Kata Irfan memberikan syarat sekali lagi. Balik-balik dia juga yang
terperangkap.
“Terima kasih Irfan,” kata Adawiyah.
Matanya ditundukkannya ke arah makanannya yang belum berusik. Dia memang sudah hilang
selera mendengar paksaan majikannya itu. Tidak semena-mena dia pula yang
menjadi mangsa luahan hati lelaki itu. Sungguh di luar dugaan!
“Terima kasih untuk apa?” soal Irfan.
Adawiyah tersipu-sipu. Lelaki itu memang pandai hendak memerangkapnya. Mungkin
kerana lelaki itu biasa mempunyai teman wanita.
“Untuk segalanya malam ni,” kata
Adawiyah malu-malu.
“Kasihmu sudah lama kuterima sayang,”
kata Irfan. Sekali lagi Adawiyah terkesima.
“Err, ayuhlah kita balik, saya dah
lewat ni!” kata Adawiyah teragak-agak. Jam di tangannya sudah lebih jam 9.00
malam. Dia sudah bimbang. Dia bimbang emaknya akan keresahan di rumah. Dia
tidak pernah selewat begini kalau balik ke rumah.
“Tapi kita tak boleh balik lagi,”
kata Irfan. Mata majikannya menatap kemas ke anak matanya. Adawiyah cepat-cepat
menundukkan pandangannya. Jantungnya berusaha keras berdegup dengan kencang.
“Kenapa pula? Nanti saya lambat
pula, kampung saya jauh,” kata Adawiyah semakin cemas. Kali kedua dikerlingnya
jamnya. Jam sudah menunjukkan lebih pukul 9.00 malam. Dia sudah membayangkan rasa bimbang dan curiga
emaknya. Aduh, apa yang bakal dijawabnya?
“Adawiyah sayang kena habiskan
makanan ni,” kata Irfan mengenakan syarat lagi. Lelaki ini memang penuh dengan
syarat.
“Ha?” Adawiyah terkejut. ‘Makanan
aneh di atas meja itu dihabiskan?’ Adawiyah telan liur lagi. Dia benar-benar
tidak dapat menghabiskan makanan asing baginya itu. Tak mungkin!
“Haa...a..biskan?” Irfan mengangguk.
“Ya, kena habiskan! Ni makanan saya,
untuk saya. Awak punya makanan tolong habiskan ya!” desak majikannya itu.
Adawiyah terpaksa menjamah makanan yang agak banyak di dalam pinggan itu.
“Pakai sapu tangan tu dan letakkan
di atas riba!” kata majikannya. Dia menunjukkan cara menggunakan sapu tangan
putih itu. Adawiyah mengangguk walaupun tidak biasa dengan keadaan itu.
Mahu
tak mahu Adawiyah terpaksa menghabiskan makanan di depannya. Irfan juga terus
memakan makanan yang sudah ditempahnya dengan lahap. Memang benar dia lapar.
Selepas makan, Irfan terus memanggil
pekerja di restoran itu. Adawiyah pula hanya bergerak melalui pegangan tangan
Irfan yang menariknya ke mana-mana.
“Boleh tak saya berkenalan dengan
keluarga Adawiyah?” satu kejutan lagi ketika Adawiyah hendak melangkah masuk ke
rumahnya. Memang lelaki di sisinya itu penuh dengan kejutan.
“Tak boleh, mak saya dah tidur. lain
kalilah,” kata Adawiyah bagaikan memberikan harapan.
“Ya Iain kali lah ya,” kata Irfan
mengulangi kata-katanya. Adawiyah terus menutup mukanya dengan selimut apabila
mengingati lelaki itu mengucup tangannya sekali lagi sebelum dia keluar dari
kereta mewah majikannya itu. Adawiyah benar-benar masih lencun dalam debaran
kencang. Ya debaran demi debaran. Kejutan demi kejutan. Kalau ada kejutan lagi
esok pagi pasti Adawiyah pengsan!
“Hmm... Wiyah belum tidur lagi?”
soal Puan Musliah yang tiba-tiba membuka pintu biliknya. Kenangan bersama Irfan
habis hilang serta merta. Malunya! Dia tertangkap oleh emaknya.
“Mahu tidur dah ni mak!” jawab
Adawiyah. Dia terasa pipinya panas sekali. Puan Musliah hanya tersenyum. Dia
bagaikan dapat membaca apa yang berlaku kepada anak gadisnya. Namun dia tetap
menunggu anak gadisnya itu membuka mulutnya untuk berterus terang.
“Ya tidurlah!” kata Puan Musliah
menutup pintu semula.
“Ya, selamat malam mak!” kata
Adawiyah lantas bangun mematikan suis lampu di biliknya.
‘Huh, gara-gara kau lah Irfan Irfan,
aku hampir-hampir tertangkap oleh mak!’ Bisik Adawiyah menutup mukanya dengan
bantal. Esok dia sudah membuat perancangan sendiri.