Novel: Sentuhan Kasih (Bab 5 dan 6)


Ini sambungan Novel bertajuk: Sentuhan Kasih. Moga enjoy membacanya ya!


5

Selepas acara persandingan hari itu, aku hanya termenung di bilikku. Selepas makan aku tidak menunggu lama di luar walaupun saudara mara masih ramai. Ahli keluarga terdekat Aliff Safwan kebanyakannya sudah balik ke rumah masing-masing setelah majlis persandingan selesai. Aku mengambil kesempatan untuk masuk ke dalam bilik merenungi nasibku yang agak malang berbanding sahabat-sahabat sepermainan dan persekolahanku. Uh!
“Aliya masuk bilik sekejaplah, nak solat. Dah lewat dah ni,” Kataku meminta kebenaran daripada Aliff Safwan yang sedang asyik bercerita dengan rakan-rakan yang menghadiri majlis persandingan kami. Aliff Safwan hanya mengangguk sambil melepaskan tanganku yang beku. Pandangannya tajam memerhatikan aku yang masuk dengan langkah laju. Sahabat-sahabatku sudah lama berlalu. Maklumlah, kebanyakan mereka sudah menjadi ibu-ibu. Tentulah mereka terpaksa balik awal kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil-kecil. Aku memahami keadaan mereka. Barangkali aku antara yang terakhir yang menjadi raja sehari di antara sahabat-sahabat yang seusia denganku.
“Sayang masuk dulu, nanti abang menyusul. Kawan-kawan masih ramai lagi di sini. Takkan abang nak beredar. Kawan-kawan abang ni datang dari jauh tahu! ” Katanya sambil mengenyitkan matanya kepadaku. Aku hanya mengangguk. Berdebar tak sudah apabila dia memberitahu akan menyusul kemudian. Aku tidak mahu adegan hari pertama pernikahan kami akan berulang lagi. Aku benar-benar belum bersedia. Aduh bagaimanalah aku hendak menghadapi diriku sendiri di dalam bilikku itu nanti. Bilik yang kuhuni seorang diri selama bertahun-tahun kini kukongsi bersama lelaki yang sungguh asing dalam hidupku ini. Bagaimanalah keadaanku ini? Fikirku sewaktu aku berjalan masuk ke dalam bilikku.
Setelah bersolat Asar, aku membaringkan diriku di atas katil peraduan kami. Entah, apakah yang berlaku selepas ini. Aku memejamkan mataku sambil berdoa agar tidak ada apa-apa hal yang menakutkan berlaku kepadaku. Aku membayangkan Aliff Safwan hanya berlagak seperti seorang abang yang hanya memandang aku tanpa perasaan. Bolehkah?
Tiba-tiba pintu bilikku dibuka perlahan. Lelaki itu masuk dan berdiri memandangku dari arah pintu. Aku pura-pura tidak menyedarinya. Aku pura-pura beku di atas katil. Walhal dadaku berdebar kencang sekencang-kencangnya. Bagai ribut taufan bakal melanda. Tidak lama dia sudah menghampiriku. Aku pura-pura memejamkan mataku. Aku berasa bimbang jika berlaku sesuatu yang aku tidak izinkan ia berlaku.
“Sayang dah tidur ya,” bisiknya di telingaku sambil mengucup dahiku. “Tapi, wajah sayang berpeluh-peluh. Penghawa dingin masih hidup lagi ni. Betulkah sayang tidur ni? Sayang takut abang ya? Apa nak takut? Abang kan manusia juga, bukan makan orang!” bisiknya lagi sambil duduk di sisiku. Kali ini dia terus sahaja menundukkan wajahnya dan mengucup pipiku, lama sekali. Dia pun menggesel-geselkan pipinya di pipiku dengan penuh kasih sayangnya. Aku geram dengan tindakannya. Aku membekukan diriku. Tidak mungkin aku akan membalasnya.
“Aliff, tolong Aliff. Aliff kena solat Zohor dulu, waktu dah nak habis ni!” kataku mendapat idea untuk melarikan diri daripada gangguannya. Lelaki ini benar-benar tidak mahu menunaikan janjinya. Aduh, habislah aku kali ini. Sesudah kata-kataku itu, barulah dia menyedari dirinya. Dia duduk menghadapiku yang kemalu-maluan. Wajahku panas sekali. Doaku tidak menjadi rupanya. Aliff Safwan berubah menjadi ‘harimau’ sebaik sahaja selamat menikahiku. Aduh!
“Oh, ya tak ya jugakan! Abang nak ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang! Kebetulan abang pun belum sembahyang Zohor lagi! Nantilah kan!” katanya perlahan dan melepaskan tanganku. Aku tidak bersuara. Hanya anggukan sahaja kuberikan. Kaku seluruh tubuhku mendengar janjinya. Perkataan ‘nanti’ terlalu mengganggu aku! Suaranya yang agak kasar berubah menjadi lembut. Alangkah takutnya aku kepada lelaki ini. Sepatutnya, kalau berkahwin dengan lelaki yang kucintai, keadaan bukannya begini lagi. Oh, alangkah malangnya nasibku.
“Tunggu abang di sini ya. Abang nak solat sebentar. Aliya jangan ke mana-mana ya. Abang nak cakap sesuatu dengan Aliya lepas ni tau.” Katanya meminta aku berjanji. Aku terpaksa mengangguk ketika kulihat matanya cukup mengharap. Ketika dia sudah memulas tombol paip, aku bergegas keluar dengan debaran di dada yang masih sekencang taufan. Aku duduk di bawah khemah yang masih berdiri. Masih ramai saudara mara di sana.
“Apa hal muka Aliya ni? Macam orang dikejar pencuri?” tegur kakak iparku, Kak Maheran apabila aku sudah keluar dari bilikku. Aku mendiamkan diriku. Silapku juga yang membiarkan rambutku tidak berkemas. Tangan kasar Aliff Safwan sempat mengganggu kepalaku sebentar tadi. Aku tersenyum.
“Bukan apa kak, kelam kabut keluar tadi, takut Aliff tak selesa. Dia nak solat!” kataku memberi alasan. Kak Maheran tersenyum simpul mendengar alasanku.
“Benarkah macam tu? Bukankah Aliya yang tak selesa? Aliff tu biasa saja akak nampak! Dia tu nampak matang lah Aliya! Macam ada sesuatu aje kamu berdua ni!” kata Kak Maheran lagi bagaikan penyiasat yang cuba mengenakan aku. Aku buntu hendak menjawab kali ini. Kak Maheran tentu lebih berpengalaman daripadaku dalam hal ini. Aku tidak senang dengan setiap usikan kakak iparku ini. Dia selalu mengenakan aku.
“Tak adalah kak. Saya biasa saja kak, tak ada masalah!” Kataku perlahan. Aku bercadang hendak masuk ke bilik emak membetulkan rambutku yang sedikit kusut.
“Aliya!” tiba-tiba kudengar suara Aliff Safwan memanggilku. Aku menoleh ke arahnya. Dia sudah tercegat di muka pintu bilikku. Geramnya aku dengan suara itu. Kebetulan emak berada di depan pintu biliknya berhampiran denganku.
“Ya bang, ada apa  bang?” soalku berbasa-basi di depan emak. Emak tersenyum melihat aku menghampiri Aliff Safwan dengan penuh lemah lembut. Ah, aku hanya pelakon sementara dalam hal ini.
“Masuk kejap sayang. Abang nak…” kata Aliff Safwan lagi. Wajah putih kuning itu enggan kupandang. Aku terpaksa akur dengan permintaannya. Emak pula sudah pergi entah ke mana.
“Apa hal lagi ni? Awakkan tengah solat, buatlah cara solat!” soalku kasar apabila aku sudah berada di bilik. Mataku marak memandangnya. Dia masih memandang aku dengan penuh kasih sayang.
“Sayang, di mana sayang letakkan pakaian abang, abang tak jumpalah!” katanya perlahan dengan senyuman yang manis. Aku pura-pura tidak memandangnya. Wajahku sengaja murung.
“Ada lah di sini, di almari ni. Saya dah kemaskan.” Kataku perlahan. dalam gejolak rasa yang tidak menentu, aku sempat mengemaskan pakaiannya selepas majlis nikah semalam. Aku sudah mengemaskan pakaiannya itu di dalam almari yang baru dibelikannya. Kalau bukan emak yang memarahi aku semalam, beg pakaian Aliff Safwan masih tercegat di hujung katilku ini.
“Terima kasih, sayang. Nasib baik sayang begitu prihatin terhadap pakaian abang kalau tidak tentu ia masih di tepi pintu! Rupanya sayang ni sayang juga kat abang kan!” katanya perlahan. Aku terasa diperbodohkan.
“Aliff nak cari apa ni sebenarnya? Kacaulah!” soalku acuh tak acuh. Tanganku meronta minta dilepaskan.
“Hai tadi, bukan main lagi sayang panggil saya ni abang. Kenapa tiba-tiba dah tukar? Takutkan mak ya? Suami tak takut pula?” soalnya tersenyum kesal. Wajahku tunduk ke lantai. Aduh, bagaimana aku hendak memulakan hidup dengannya kalau aku tidak pernah mencintainya? Hai, dalam dunia semoden kini, ada juga manusia yang terpaksa menikahi lelaki yang tidak dicintainya. Bisikku dalam hati.
“Saya tanya ni nak cari apa?” soalku lagi. Buntang mataku melihatnya. Wajahnya yang berseri-seri tetap tersenyum memandangku.
“Abang nak cari sejadahlah sayang.” Katanya menghampiriku yang sudah duduk di birai katil di sebelah kiri bilik kami itu. 
“Aliff tak nampak sejadah dalam telekung Aliya ni? Pakai saja apa yang ada!” kataku kasar menunjukkan sejadah yang kuletakkan di atas sofa di bilikku ini. Marak matanya menatapku. Aku marah kerana hasratku bertemu dengan emak terpaksa kubatalkan gara-gara panggilannya.
“Maaflah sayang abang memang tak nampak. Tapi semalam, abang ada bawa sejadah juga. Abang bimbang kalau Aliya tak sudi nak kongsi dengan abang!” Katanya masih lagi bercakap dalam kelembutan walaupun suaraku sudah naik ke atas. Selepas menunjukkan sejadah itu aku lantas hendak keluar lagi.
“Sayang nak ke mana tu?” soalnya lagi. Mata kami bertatapan. Aku cepat-cepat menundukkan pandanganku ke permaidani indah berwarna biru muda berbunga merah di bilikku itu.
“Saya…saya nak jumpa mak kejap. Pandai-pandailah awak layan diri ya! Kiblat arah sana tu!” Kataku perlahan lalu menuju ke arah pintu.  Agendaku yang terputus tadi harus kuteruskan.
“Jangan lama ya, abang nak cakap sesuatu dengan sayang. Ada hal penting tahu!” Katanya pula. Aku tidak mempedulikan lagi panggilan atau pesanannya. Lelaki itu cuba meminta perkara yang bukan-bukan daripada aku. Itulah yang membingungkan kepalaku.
“Saya kena ke dapur sediakan minuman awak! Tentu awak haus kan!” kataku selamba. Walaupun aku tidak berhasrat hendak ke dapur. Dia hanya mengangguk.
“Tak payah susah-susah lah sayang. Makanan dan minuman di luar tu masih banyak. Abang ni tak cerewet soal minum dan makan. Minum kat kedai pun boleh! Tapi abang ni haus yang lain!” katanya lagi sambil menunjukkan bibirnya. Aku menjuihkan bibirku ke arahnya. Dia ketawa melihat tingkahku.
“Kenapa bibir sayang macam tu?” katanya berseloroh. Aku ketakutan dibuatnya. Aku cepat-cepat bergerak ke pintu. Aku bimbang banyak perkara lagi yang bakal diucapkannya. Aku masih dibeliti ketakutan sebenarnya.
“Ha, ya lah tu! Pandailah awak!” kataku. Aku segera memboloskan diriku untuk keluar dari bilikku sendiri. Wajahnya yang tersenyum tidak mahu kupandang! Aduh, saratnya hatiku dengan perasaan benci menyebabkan aku ingin berada jauh dari lelaki yang sudah sah menjadi suamiku itu! ‘Tapi, bagaimana?’ Melihat orang ramai yang sudah berasak di rumahku itu menjadikan mindaku lebih kebingungan! 


6
 Aliff Safwan masih belum keluar-keluar dari bilik pengantin. Sudah lebih setengah jam aku menunggu di ruang tamu ini. Agaknya dia biasa berzikir panjang selepas solat, bisikku dalam hati. Ayah dan emak tidak kelihatan. Mungkin mereka masih melayani tetamu-tetamu yang datang silih berganti walaupun majlis persandingan sudah berlalu. Resah aku sendirian memikirkan lelaki itu. Aku menarik nafas berkali-kali.
            “Kenapa seorang diri saja ni? Abang mana? Takkan dah bergaduh pula!” soal abang Mazlan yang tiba-tiba menghampiri dan duduk di sebelahku. Aku mengangkat bahu. Aku menarik muka masam. Tidakkah abang Mazlan mengerti betapa aku terpaksa menikahi lelaki yang bukan kucintai! Kalaulah semua orang mahu mengerti!
            “Cik abangnya mana? Takkan dah tidur kepenatan pula dik! Last-last adik duduk depan tv!” kata abang Mazlan lagi sambil berseloroh denganku. Abang Mazlan tersenyum sinis. Aku terpaksa buat-buat tidak tahu. Kalau aku membalas, tentu banyak lagi yang akan diperkatakannya. Mahu tidak mahu aku terpaksa mendiamkan diri sambil tersenyum manis.
            “Tengah tunggu lah ni. Dia tengah solat tu,” kataku perlahan. Abang Mazlan tersenyum manis memandangku. Aku tidak memandang mata abang Mazlan. Malu benar aku kepada abang sulungku itu.
            “Lamanya dia solat, mengalahkan wali! Untunglah adik abang ni dapat suami yang baik macam Aliff tu! Tentu emak dan ayah tak bimbang serahkan Aliya kepada Aliff!” katanya lagi. Aku mengangkat bahu lagi. Aku geram sebenarnya. Aku tidak dapat membayangkan bagaimana hidupku selepas ini.
            “Mungkin dia terus solat Asar. Maklumlah sekarang ni dah masuk Asar.” Kataku memberi alasan. Entah apa yang dilakukan oleh Aliff Safwan di dalam bilik itu. Jangan-jangan dia merajuk dengan kataku tadi atau dia sedang tidur. Bisikku sendiri.
            “Saya masuk dulu bang. Tengok kalau Aliff dah habis sembahyang!” Kataku meminta diri. Aku sebenarnya tidak tahan mendapat usikan dari abangku sendiri. Lebih baik aku mendiamkan diri atau berkurung sahaja di dalam bilik. Itu lebih baik dan tidak menyakitkan hatiku sendiri.
            “Ha macam tu lah isteri yang baik! Jadi, kopi ni terpaksalah abang minum. Mana ada orang nak minum ni, sayang pula kopi ni kalau tak diminum, tentu akan sejuk!” katanya meneguk segelas kopi yang kubancuhkan khas untuk Aliff Safwan. Aku hanya mengangguk. Aku masuk ke dalam bilik. Sebenarnya aku malas hendak mengetahui apa yang berlaku kepada lelaki itu. Aku benar-benar malas. Namun, demi tidak memalukan diri sendiri, aku jenguk juga lelaki itu di dalam bilik kami yang berhias indah itu.
            “Sayang, kenapa lambat sangat sayang masuk?” soalnya apabila aku menjenguk ke dalam bilik kami. Aku terkejut dengan sikapnya yang sedang berbaring di atas katil. Mataku buntang menentang ke dalam anak matanya yang tunak. Aku benar-benar terkejut dan benci dengan apa yang kulihat. Segala hadiah yang bersusun di atas katil sebentar tadi, sudah dialihkannya ke atas meja berdepan dengan sofa di bilik ini. Semua hadiah disusunnya dengan kemas di atas meja di sudut katil peraduan kami.
            “Ingatkan Aliff masih solat. Itu yang saya tak masuk. Sekarang kan dah masuk waktu Asar.” Kataku berdalih.
            “Ya, abang dah solat Asar. Abang tunggu Aliya sebenarnya. Sayang ke mana tadi? Mari duduk kat abang sini,” katanya menepuk-nepuk tilam di sisinya. Dadaku kembali bagai dilanda taufan. Lama aku menatap wajah tampan seperti yang dikatakan oleh saudara maraku. Ah, bagiku bekas kekasihku Nizam tentunya lebih tampan dan membahagiakan. Tetapi lelaki itu tidak sudi pula kepadaku! Sia-sia aku menunggunya bertahun-tahun dulu! Detik hatiku kesal!
            “Apa yang tercegat di pintu tu? Marilah masuk! Takkanlah Aliya masih takut! Abang ni tak makan orang tau!” katanya lagi mematikan lamunanku. Pandangan kami berpaut lagi. Aku menjadi risau amat.
            “Err, tak ada apa-apa. Saya masih terkejut sebenarnya! Ingatkan awak masih solat!” Aku menutup pintu bilik perlahan-lahan. Aku menggelengkan kepala.
            “Awak nak cakap apa  sebenarnya ni?” soalku lagi. Aku bergerak menghampirinya antara mahu dengan tidak.
            “Sayang, mari tengok tangan sayang,” katanya. Aku menunjukkan kedua-dua tanganku. Dia menyambut tanganku. Dia lantas mengucup tanganku. Aku terkesima lagi. Banyak kejutan yang dibuatnya sejak dia sudah menikahi aku semalam.
            “Awak nak cakap apa sebenarnya?” soalku kasar sambil menarik tanganku. Dia cuba menggodaku lagi.
            “Takkan nak sayang isteri pun tak boleh?” katanya pula. Aku berfikir sejenak. Aduh, silapku juga kerana menerima dia sebagai suami.
            “Boleh tapi awak kan suami atas kertas sahaja. Mana boleh nak pegang-pegang macam ni! Itu dah kira memungkiri janji namanya!” Kataku mengingatkannya kepada perjanjian kami. Dia terus sahaja mengucup belakang  tanganku dengan sepenuh perasaannya. Malah, dia terus mencumbui aku. Aku tidak menyangka akan perbuatannya. Aku mencubit lengannya. Aku tahu mungkin dia sudah terlupa akan perjanjian kami. Dia menghentikan perbuatannya.
            “Awak nak apa sebenarnya Aliff?” soalku lagi. Kali ini dia berhenti dalam aksinya dan memandang aku penuh tajam.
            “Awak kan isteri abang? Tak kira sah atas kertas sahaja atau tidak! Abang tak kisah. Aliya tetap isteri abang yang sah dan sejati!” katanya tegas. Buntang mataku dengan kata-katanya.
            “Maksudnya awak sudah lupa akan persetujuan janji awak? Awak tahu saya boleh heret awak ke mahkamah syariah atau mana-mana mahkamah yang saya mahu?” soalku. Dia ketawa dengan kuat.
            “Aliya sayang. Mari sini, kalau saya minta hak saya pun sekarang dan awak bawa ke mahkamah, Aliya sayang tetap akan kalah! Abang tetap akan menang. Tapi, bukan itu caranya seorang suami yang menyayangi isterinya, kan. Abang yakin suatu hari Aliya akan mencintai abang sepenuh hati! Abang akan buktikan!” katanya mencabar perjanjian kami. Aku terkesima mendengar ikrarnya. Mataku yang terbuntang dipandangnya dengan penuh kesayuan.
            “Cubalah kalau berani! Semua yang awak cakap tu takkan berhasil Aliff! Perhubungan kita berjalan atas dasar perjanjian yang kita buat di hadapan peguam!” kataku tegas. Marak matanya memandang cabaranku.
            “Betul? Kalau begitu sekarang saya cuba. Tengok siapa akan kalah dan menang! Siapa yang akan kalah di mahkamah cinta abang!” katanya lantas menarik tubuhku ke ribaannya dan memeluk pinggangku seeratnya.
            “Awak dah gila! Awak dah gila Aliff!” kataku separuh berteriak sambil dia sudah mencumbui seluruh wajah dan leherku. Dia benar-benar lelaki yang pantang dicabar. Tubuhku terketar ketakutan. Air mataku mengalir perlahan.
            “Saya memang dah gilakan Aliya sayang! Tak kira bagaimana sahihnya surat perjanjian yang kita tandatangani. Abang memang sudah jatuh cinta kepada Nuraliya Maisharah ni!” bisiknya dan dia semakin rakus dengan perbuatannya.
            “Aliff please. Please forgive me! I just joke with you.” Kataku memohon maaf kepadanya sebelum aku tergolek di pangkuannya. Dia meleraikan pelukannya ke atas diriku. Kurasakan juga dadanya berdebar laju seperti mana lajunya debaran jantungku. Dia ketawa lagi selepas melepaskan aku. Butang baju kebayaku hampir-hampir terlondeh. Nasib sahaja tidak sempat dia menariknya ke bawah dengan kasar sebentar tadi. Kalau dia berkasar sedikit lagi, pasti sesuatu akan terjadi. Aku sedikit lega apabila dia meleraikan pelukannya. Aku menjadi malu dengan tindakannya. Aku sedar kini, lelaki di hadapanku ini memang pantang dicabar! Lelaki gila!
            “Pandai pun takut. Abang saja nak try test!” katanya sambil ketawa. Mukaku sudah kemerah-merahan menahan ketakutan. Malah, air mataku sudah tumpah ke bumi. Aku semakin geram dengan jawapannya.
            “Awak memang tak tahu nak malu!” kataku dengan suara yang amat perlahan. Aku tidak berani memandang ke wajahnya.  Aku membetulkan pakaianku semula.
            “Sayang abang Aliya, mari duduk dekat abang.” Katanya memujuk aku semula. Mahu sahaja aku berlari kea rah pintu yang hanya beberapa langkah di belakang. Namun, aku tidak sepatutnya berbuat demikian. Hatiku melarang aku berbuat demikian.
Aku menggelengkan kepalaku. Mukaku sudah memerah. Dengan selangkah kakinya yang agak besar, dia sudah menghampiriku dan mengangkat tubuhku untuk duduk di sisinya. Aku menjadi bertambah sangat malu dengan sikapnya. Entah kenapalah lelaki ini terlalu berubah begitu cepat apabila aku sudah sah menjadi isterinya.
            “Kenapa sayang takut ni?” soalnya pula. Aku menggeleng. Air mataku masih deras menuruni lurah pipiku.
            “Jangan menangis sayang. Abang gurau saja. Abang minta maaf ya!” Katanya lagi sambil mengesat air mata yang mengalir di pipiku. Perlahan dia mengucup belakang tanganku dengan penuh syahdu.
            “Patutkah awak main-main macam tu? Saya dah cakap dengan awak berkali-kali, tapi awak buat-buat tak dengar!” suaraku teresak. Tanganku sudah berada di dalam genggamannya. Dia lantas mengucup tanganku lagi dengan perasaan bersalah. Aku hanya mampu menitiskan air mataku.
            “Tak, tak! Abang takkan ulangi lagi. Percayalah. Mari duduk dekat dengan abang.” Dia memimpin aku duduk di sofa bilikku itu.
            “Janji ya.” Kataku yang sudah berhenti menangis. Dia mengangguk penuh kesungguhan.
            “Err sayang, lihat jari-jari sayang. Eh, eh jari-jari sayang ni kecil dan lembut. Ni mesti tak pandai masak dan tak pernah cuci pinggan mangkuk ni,” Dia membawa jari-jemariku itu ke mulutnya lalu dikucupnya dengan penuh kasih sayang. Aku menutup mataku. Aku takut ada sesuatu akan berlaku seperti tadi. Beberapa saat kutunggu, dia masih mengucup tanganku. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Kami masih memakai baju pengantin seperti tengah hari tadi.
            “Sayang, mari abang pakaikan sayang cincin ni satu lagi. Cincin ni arwah nenek abang hadiahkan. Nenek abang ni bersahabat baik dengan nenek sayang tu. Dia nak isteri abang yang pakai cincin ni apabila abang sudah menikah. Sekarang abang sudah menikah, jadi abang berikan cincin ni kepada isteri abang yang cantik dan comel ini,” katanya sambil mencubit pipiku pula. Aku tidak sempat mengelak. Mata kami bertatapan seketika. Aku cepat-cepat menundukkan pandanganku. Tidak tahan dengan pandangan lelaki itu. Sebentuk cincin berpermata putih diletakkan di jari manis kananku. Sekali lagi air mataku mengalir. Entah kenapa air mataku tidak berhenti-henti mengalir apabila dia memasukkan cincin ke jari manisku. Mungkinkah aku masih mengingati seseorang?
            “Terima kasih Aliff. Terima kasih juga kepada nenek Aliff yang memilih saya!” Kataku lantas mencium tangannya dan dia mengucup kening dan rambutku. Lalu dia memeluk aku, erat sekali. Aku tidak membalas pelukannya itu. Tidak ada sesiapa yang menyaksikan kecuali kami berdua sahaja di dalam bilik pengantin yang dihias cantik itu.
            “Sekarang ni kita boleh keluar untuk menikmati minum petang. Aliya dah sediakan minuman kan?” Katanya. Aku hanya mengangguk. Namun, debaran di dadaku masih mengganggu aku.
            “Tapi, air yang saya bancuh tadi abang Mazlan sudah minum. Awak lambat sangat!” Kataku seperti anak kecil.
            “Tak apalah. Sayang kan boleh buat secawan lagi untuk abang. Tentu lebih special kan!” katanya lagi. Aku mengangguk. Kami beriringan keluar dari bilik.
            “Hmm, pengantin dah keluar. Hmm, romantiknya!” kata satu suara dari arah luar. Aliff Safwan memandang aku. Aku tertunduk malu. Masih mengingati peristiwa yang berlaku di dalam bilik sebentar tadi. Kami hanya mendiamkan diri. Semua ahli keluarga sedang menunggu kami rupanya. Kami berdua mengambil tempat. Aliff Safwan masih  tidak mahu melepaskan tanganku.
           

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Api Rindu Masih Menyala

Novel Cinta Sang Pilot 1

Novel Cinta Sang Pilot 36