Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014

Assalamualaikum semuanya,  Pada kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru iaitu Tahun 2014. Marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa agar apa yang kita cita-ciitakan, kita rancang dan kita usahakan pada tahun 2014 ini akan tercapai akhirnya. Kalau pun tidak tercapai semuanya, sekurang-kurangnya 80% kita nampak hasilnya. Jangan tak berhasil langsung.  # Jangan tak berusaha, kita mesti berusaha dan berdoa.  Menurut Khalil Gibran, penyair hebat itu, kita nikmati hasil nukilannya, iaitu;  Keindahan adalah kehidupan itu sendiri saat ia membuka tabir  penutup wajahnya. Dan kalian adalah kehidupannya itu, kalianlah cadar itu. Keindahan adalah keabadian yag termangu di depan cermin. Dan kalian; adalah keabadian itu, kalianlah cermin itu. Sekian dulu untuk kali ini.  Semoga terus berimpian untuk merealisasikan semua impian kita!

Novel Cinta Sang Pilot 8

Bab 8 “Macam mana bro, aku dengar kau lepas tengok orang kampung kahwin, rasa nak kahwin tak?” soal Suffian, rakan sekerja Nukman Faris yang agak muda. Mereka berkawan baik sejak di bangku sekolah. Nukman Faris geleng. Dia tidak tahu bagaimana hendak membuka cerita. Kawan-kawan dan rakan sekerjanya tidak tahu dia sudah berkahwin. Hanya segelintir kawan baiknya sahaja yang tahu.          “Tak tahu lagi.” Katanya.          “Bagaimana dengan Rozaila, bila nak habiskan zaman bujang? Teman steady dah ada,” kata Suffian. Memikirkan Rozaila, Nukman Faris semakin pening. Hari-hari Rozaila menagih meminta dikahwini walaupun dia sedang berada di luar negara. Wang poketnya habis membayar bil-bil telefon sahaja. Dia tidak tahu bagaimana hendak bertindak lagi. Dia tidak mahu membelakangkan ibu bapanya.          “Belum lagi rasanya,” itu sahaja jawapan yang mampu diberika...

Novel Cinta Sang Pilot 7

Bab 7 “Anak mak sudah sampai?” aku mendengar suara emak di talian. Aku gembira mendengarnya.             “Alhamdulillah mak, sudah petang tadi,” suaraku serak akibat banyak menangis. Aku sangat sedih dengan nasib yang menimpaku. Baru sahaja Amri memutuskan pertunangan kami, aku serasa mahu meraung. Apa tidaknya, dia memberitahu ibu bapaku yang aku sedang mengandungkan anaknya. Kemudian dia memberitahu yang aku sendiri memutuskan pertunangan kami. Ya Allah bagaimana aku harus menghadapi keadaan itu. Ibu bapaku pula tidak mengendahkan pengakuanku. Amri cuba mencerobohi diriku di rumah sewaku. Nasib baik kawan baikku cepat datang, jika tidak, aku sudah hilang maruah oleh tunangan sendiri. Akhirnya aku terpaksa memutuskan pertunangan kami. Seminggu selepas itu Amri pula mengadu kepada emakku mengenai tingkahnya. Dua hari kemudian, ibu bapa Amri mengembalikan hantaran yang telah dihantar dulu. Seminggu kemudian, keluarga mak...

Novel Kuimpikan Bahagia 10

10 Kenapalah suaminya itu datang semula ketika dia sudah menyediakan tiket perjalanan dan segala-galanya untuk sebuah perjalanan yang jauh dan agak lama itu. Dia sudah berkira-kira untuk tidak akan kembali lagi ke  negerinya ini selagi pengajiannya tidak tamat. Mampukah Nuha Qarina? Apatah lagi dengan pujuk rayu lelaki yang memegang gelaran suami itu tidak pernah berhenti datang ke rumahnya ini. Namun, dia terpaksa menolak pelawaan lelaki itu demi untuk tidak mengecewakan banyak pihak dalam hal ini. Dia tidak mahu bakal isteri mudanya akan sakit hati dengan tindakannya keluar berdua-duaan dengan lelaki itu. “Apakah yang kau fikirkan Nuha? Macam ada sesuatu yang berat pula kau fikirkan? Ada apa-apa ya?” soal Kartika tiba-tiba. Dia menutup matanya hendak melupakan lelaki itu. namun, siapalah dia hendak melupakan lelaki yang telah mencuri hatinya ini. “Tak ada apa-apa Ika. Tapi, saya ni memang hari-hari fikirkan sesuatu yang berat! Maklumlah, kan ! Saya… saya sedang meng...

Novel Cinta Sang Pilot 6

Bab 6 “Ya sayang, saya pun rindukan sayang juga. Balik? Mestilah nak balik! Saat ni pun saya nak balik jumpa sayang. Tak sabar nak jumpa kekasih saya yang comel tu! Nak peluk cium kekasih yang saya cintai, rindui,” begitu mesra dia bercakap di telefon bimbitnya di ruang balkoni bilikku ini.             “Sayang nak ke mana? Eropah? Buat apa? Pertunjukan fesyen! Ala, tak dapatlah kita nak jumpa! Rindu sangat tau! Memang saya rindu sangat kat sayang!” Aku terduduk di birai katil mendengar bicara mesranya itu. Aku sedih dengan nasibku ini. Sepatutnya orang lain yang menjadi pengantin baru akan berasa gembira dengan pasangannya. Tetapi aku merana. Dua kali merana sebenarnya. Putus tunang dan tidak diakui oleh suami sendiri. Hubungan kami hanya di atas kertas! “Bila sayang balik ke Malaysia? Tiga minggu lagi? Lamanya tu!” Memang banyak kudengar hubungan yang hanya diakui di atas kertas, tetapi aku ingat ia hanya sah di dala...

Novel Kuimpikan Bahagia 9

9 Azan menandakan waktu Isyak sayup-sayup kedengaran ketika Nuha Qarina membuka pagar rumah yang dikongsi bersama sahabatnya Kartika. Pada waktu pejabat sudah berakhir, perkhidmatan teksi memang sukar hendak diperolehi. Dia keletihan mendapatkan teksi petang itu. Dilihatnya ada kereta Kartika sedang berparkir di dalam pagar itu tetapi terdapat sebuah lagi kereta Vios berwarna hitam seperti kereta yang pernah menjadi miliknya berparkir di situ? Siapa yang datang? Bisiknya tanpa sempat melihat nombor flat kereta itu. Berdebar keras jantungnya. Selama beberapa bulan dia di sini, tidak ada sesiapa mencarinya, hatta keluarganya sekalipun. Dia bagaikan orang asing di rumah sewa sahabatnya ini. Ah, mungkinkah kawan-kawan Kartika yang datang ke rumah mereka ini lagi seperti minggu lalu? Tetapi, malam ini bukan malam minggu, bisiknya lagi. Kereta itu pula bagaikan kereta yang amat dikenalinya. Mungkinkah dia? Apa mahunya? Bisiknya lagi. Dia terus mengambil tas tangannya lantas mengun...

Novel Cinta Sang Pilot 5

Bab 5 Dia serba-salah hendak masuk ke bilik pengantin pada malam kedua dia bernikah. Selepas solat Isyak tadi, dia terus keluar dari bilik pengantin tadi. Tidak betah dia berada di dalam bilik itu lama-lama. Rasa menyesal pun ada. Ini kerana mama dan papanya sudah membuat tawaran untuk bermalam di hotel yang berhampiran dari kawasan tempat tinggal Natasya Umaira. Tetapi dia menolak mentah-mentah. Baginya, pernikahan sementara tidak harus diraikan secara berlebihan. Buat apa nak tinggal di hotel sakan! Lainlah kalau dia bernikah dengan kekasihnya Rozila. Barulah dia akan meraikan pernikahannya secara besar-besaran seperti impiannya. Kemudian mereka akan berbulan madu di Paris seperti permintaan Rozila kekasihnya! Ah, kenapa nasibnya terpaksa bernikah dengan sepupunya pula! Mereka pun bukan nak buat apa-apa. Dia hanya sekadar menutup malu keluarga mak ngahnya dan malu Natasya Umaira sendiri. Natasya Umaira sendiri yang memintanya begitu. Cukuplah tiga hari dia menjadi suami ke...